Monday, February 22, 2010

Penyakit Lazim pada Arnab


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Penyakit Lazim pada Arnab

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Sudahkah Periksa kesihatan arnab anda?
Untuk makluman anda arnab yang sihat hanya menghasilkan 2 jenis najis iaitu najis solid atau Fecal ( yang berbentuk bulat kering dan tidak berbau) dan juga najis yang dikenali sebagai Cecotropes. Ada beberapa pemilik arnab terutama yang baru dengan arnab, akan hairan melihat arnab mereka memakan najisnye sendiri.. hahah.. bukan ke mudah kalau arnab dah memakan najisnya sendiri, kurang satu kerja. Jangan lah salah sangka najis yang dimakan oleh arnab itu dikenali sebagai Cecotropes atau cecal. Cecal dihasilkan sendiri oleh sistem semulajadi arnab, dan biasanya dimakan terus oleh arnab sebaik sahaja dikeluarkan dari “OVEN” semulajadinya. Cecal yang dimakan oleh arnab ini mengandungi bakteria baik dan juga khasiat dan diperlukan oleh arnab untuk memenuhi nutrien pemakanannya dan juga membunuh kuman jahat didalam usus.

Cirit Birit (Diarrhea)
najis seperti air yang pekat.. pada peringkat awalnya hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.
- masalah ini jarang berlaku kepada arnab dewasa, ia biasanya lebih cenderung berlaku kepada arnab muda yang berumur 8 minggu kebawah. Jika ini berlaku kepada arnab dewasa , ini ada berkemungkinan daripada diet yang ditukar secara mengejut, atau mungkin juga disebabkan oleh beberapa masalah seperti : Cacing Gelang, Cacing Pita dan juga ganguan usus.

Cirit birit lebih senang menyerang arnab yang muda , Mengapa?
- Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan tidak mendapat susu ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu ibunya dan terlalu muda untuk dipisahkan dari susu ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku. Sekiranya masalah ini berlaku, terus dapatkan rawatan untuk arnab anda. Jangan dibiarkan masalah ini berterusan. Ini adalah kerana sekiranya cirit birit berterusan arnab akan ternyahidrat, lemah dan seterusnya kematian berlaku.

Apa yang perlu dilakukan
Dapatkan rawatan segera daripada veterinar.
Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan
Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat; atau anda boleh memcuba bancuhan serti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
1 cawan air bersih
2 camca teh gula
1/4 camca teh baking soda
secubit kecil garam

Rehydration Solution (ORT)
Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. Pastikan arnab anda bersih dan selesa serta memastikan ia minum lebih banyak air. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
Berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit.

Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu dan cecal ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.

Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbihidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.


Pemberian Ubat Ubatan
Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku

Stress
Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.
Jangkitan
Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.


Tanda-tanda cerit beret
Najis yang lebik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
arnab hilang upaya dan lemah
jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku

Mengelakan dari berlaku;
Secara ringkas bagi mengelakan cirit birit berlaku amat mudah;
Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

Apa Perlu Dilakukan;
Segera dapatkan rawatan
Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selesa. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan. Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat; atau anda boleh memcuba bancuhan ORT seperti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab sehingga pulih dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya.
Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.
Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
Probiotics seperti Denes Probiotic + Powder adalah sangat membantu jika anda boleh mendapatkannya. Dicampur didalam makanan

Selain itu Arsenicum album 30c drops atau Phosphorus 30c juga boleh mambantu. Mungkin boleh didapati dari veterinar atau Farmasi. Diberi terus secara oral. KUTU HAMA( FUR MITES )
Kutu dan hama adalah masalah biasa kepada arnab, kucing dan juga anjing. Dan haiwan haiwan ini boleh jadi pembawa kepada masalah ini, dan ia boleh dijangkiti oleh manusia atau pemilik haiwan haiwan berkenaan. Ia adalah disebabkan oleh parasit Cheyletiella Paracitoctorax dan juga Listrophorus Gibbus

Cheyletiella Paracitoctorax biasanya hanya berada dipermukaan kulit dan paling biasa pada arnab .Ia juga dikenali sebagai ‘walking dandruf’ . Dan ia biasa juga terdapat pada arnab arnab yang sihat. Kitaran hidupnya adalah selama 5 minggu. Kutu hama betina bertelur dan melekatkan telur di bulu arnab atau rambut , 3 ke 4mm dari kulit.
Sintom dan tanda tanda kritikal : wujud keruping dibahagian tengkuk arnab dan kelihatan seperti lapisan kelemumur. Dan menyebabkan kegatalan pada arnab. Dan kehilangan atau keguguran bulu berlaku.
Rawatan : Dapatkan suntikan IVERMECTIN di klinik veterinar
Listrophorus Gibbus (kutu babi) adalah kutu yang jarang sekali di jangkiti arnab. Ia mudah dijangkiti oleh arnab yang kerap lepas bebas di halaman rumah dan padang. Ini adalah kerana ia hanya bertelur di dalam tanah dan hanya larva yang hinggap pada arnab, kucing dan juga anjing. Kutu tersebut akak menghisap darap perumah sehinga 3-4 kali ganda dari saiz badanya dan jatuh semula ke tanah untuk meneruskan kitaran hidupnya.

Sintom dan tanda tanda kritikal : Larva biasanya akan menhisap darah di telinga, tepi mata, bawah dagu, di bahu, kaki dan celahan kaki. Kesan gigitan dari kutu tersebut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan kesan garu boleh menyebabkan jangkitan.
KURAP ( Burrowing Mite)
Kurap adalah masalah jangkitan yang serius dan jika tidak dirawat lebih awal akan menjadi kritikal. Bukan itu sahaja parasit daripada kurap ini boleh menjangkiti arnab arnab lain, kucing , anjing dan mungkin juga pemilik haiwan tersebut. Kitaran hidup bagi parasit ini adalah 3minggu. Hanya larva berada di permukaan kulit, parasit betina memasuki kulit untuk bertelur dan terus berada didalam sel kulit.
Sintom dan tanda tanda kritikal : Jangkitan akan mula kelihatan pada mulut dan hidung, kemudian merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang kandang badan. Kurap akan menyebabkan arnab mengaru dengan kuat dan menyebabkan jangkitan kurap merebak dan menyebabkan bulu jatuh dan kulit kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering. Kerak terbut mudah merekah dan berair dan boleh menyebab jangkitan yang lebih serius menyebabkan arnab kurang daya tahan , lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja. Rawatan : Dapatkan rawatan Veterinar dengan segera. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Bersihkan sangkar dengan penyah kuman, dan biarkan selama beberapa harisebelum digunakan semula, ini adalah kerana parasit dari kurap boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa perumah. Asingkan arnab yang terkena jangkitan daripada arnab , kucing atau anjing yang lain. Ini bagi megelakan daripada wabak berjangkit.
KUTU TELINGA (EAR MITES)
Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjankiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Serangan oleh parasit ini menyebabkan telinga arnab gatal. Apabila arnab mengaru telinga. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut. Sintom dan tanda tanda kritikal : gatal telinga,sering mengaru telinga dan mengoyang goyang kepala dengan kerap dan mungkin tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan di dalam telinga. Kupingan yang berwana kelabu-kekuningan sebenarnya adalah ratusan dan mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.
Jika tidak mendapat rawatan pada peringkat ini kupingan nipis ini mungkin akan menjadi kerak yang keras yang boleh menjadi tebal sehingga 2cm dalam sesetengah kes. Kerat tersebut tidak boleh dibuang dibersihkan ini kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan kepada arnab. Luka tersebut seterusnya akan menjadi lebih serius jika dijangkiti parasit dan boleh mendatangkan masalah lain.
Rawatan : Jika diperingat awal dan ringan… cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan miyak mineral atau minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada Veterinal. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal dengan sendiri, Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual ini adalah kerana kitaran hidup Kutu telinga adalah 21 hari IVERMECTIN tidak membunuh telur , jadi suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari mampu membunuh larva dari telur yang menetas.
IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus kepada telinga yang dijangkiti kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan dan oral.

JANGKITAN VIRUS
* Infectious myxomatosi
* Shope fibroma
* Papillomatosis
* Rabbitpox
JANGKITAN VIRUS
INFECTIOUS MYXOMATOSIS o Penyebab Myxoma viruso Jangkitan melalui gigitan nyamuk dan sentuhan
o Terjadi pada musim nyamuk membiak
o Tanda klinikal:
Conjunctivitis
Anorexia
Edema pada hidung, bibir dan mata
o Euthanasia
SHOPE FIBROMA * Penyebab Fibroma virus
* Bawaan vektor (serangga)
* Tumor pada kaki dan tapak kaki
* Berbulan-bulan sebelum hilang sendiri
PAPILLOMATOSIS * Penyebab
1) papovavirus
* Nodule berwarna kelabu putih bawah lidah dan lantai mulut
2) Shope papiloma virus
* Ketuat di leher, telinga, bahu dan perut
* Pencegahan dengan vaksin

RABBITPOX
* Penyebab vaccinia virus
* Acute
* Demam, nasal dan conjunctival discharge
* Ruam pada kulit
* Kematian tinggi
JANGKITAN BAKTERIA
* Pasteurellosis
* Yersiniosis
* Listeriosis
* Staphylococcosis
* Mastitis
* Pneumonia
* Enterotoxaemia
* Mucoid enteropathy
* Tyzzer’s disease
* Salmonellosis
* Conjunctivitis
JANGKITAN BAKTERIA
PASTEURELLOSIS

* Kesan:+ Abscess+ Snuffles+ Genital infection
* Penyebab Pasteurella multocida
* Berlaku bila stress
* Antibiotik berkesan hanya sementara
* Singkir arnab berpenyakit
* Pembentukan nodules di hati, paru-paru, limpa dan usus
* Jangkitan melalui pencemaran
* Bersifat kronik
* Penggunaan disinfektan
LISTERIOSIS * Penyebab Listeria monocytogenes
* Kematian dan keguguran dalam masa singkat
* Pinpoint foci pada hati,limpa dan uterus
* Penggunaan antibiotik dan disinfektan
STAPHYLOCOCCOSIS
* Penyebab Staphylococcus aureus
* Septicaemia dan kematian anak dalam sarang
* Suppurative inflammation pada kulit dan kelenjar susu (dewasa)
* Jangkitan melalui aerosol dan sentuhan
* Pemberian antibiotik
MASTITIS * Mutu kebersihan sangka
* Kelenjar susu bengkak
* Rawatan dengan penicillin
* Anak diberi susu gantian
* Singkir arnab yang tidak ekonomik (2 – 3 kelenjar susu rosak)
PNEUMONIA
o Penyebab:
o Pasteurella spo Klebsiella pneumoniae
o Bordetella bronchiseptica
o Ventilasi, sanitasi dan sarang yang kurang memuaskan
o Anorexia dan dyspneao Rawatan dengan oxytetracycline @ penicillin

CONJUNCTIVITIS
* Pada jantan dewasa dan anak
* Penyebab Staphylococcus aureus @ P.multocida
* Rawatan dengan antibiotik ointment
* Kes selalu berulang
ENTEROTOXAEMIA
* Penyebab Clostridium spiroforme
* Diarrhea* Arnab berumur 4 – 8 minggu
* Tanda klinikal:
o Lemah, bulu kusut dan perut/ekor kotoro Mati dalam 48 jamo Usus dipenuhi cecair, dinding usus merah
MUCOID ENTEROPATHY
* Diarrhea pada semua peringkat umur
* Tanda klinikal:
o Najis diselaputi mukus, dehydration dan bulu kusut
o Constipation dan impaction pada cecumo Bersifat kronik

TYZZER’S DISEASE
* Penyebab Bacillus piliformis
* Kematian arnab berumur 6 – 12 minggu
* Jangkitan secara oral (pencemaran)
* Tanda klinikal:
o Diarrhea, anorexia, dehydration dan kematian dalam 3 hario Necrotic enteritis

SALMONELLOSIS
* Penyebab Salmonella typhimurium
* Jarang berlaku, tidak penting
* Berkaitan kebersihan sangkar
* Tanda klinikal:
o Anorexia, dehydration dan diarrhea

JANGKITAN PARASIT
* Dermatophytosis

* Coccidiosis
* Tapeworm infection
* Mite infestation
JANGKITAN PARASIT

DERMATOPHYTOSIS
* Jarang berlaku, tidak penting
* Pada kepala dan keseluruh badan
* Corak bulat, merah dan berkapsul
* Penyebab Trichophyton mentagrophytes
* Asingkan arnab yang dijangkiti
* Gunakan sulphur di kotak sarang dan iodine untuk sapuan

COCCIDIOSIS
* Penyebabo Eimeria stiedae (hepatic)o Eimeria magma, E. irresidua (usus)
* Yang sembuh jadi pembawa
* Jangkitan secara oral (pencemaran)
* Rawatan guna Coccidiostat dan disinfektan
* Tanda klinikal:
o Kematian tinggi, diarrhea, enteric lesion

PENYAKIT BUKAN INFEKSI
* Moist dermatitis
* Cannibalism
* Hair chewing/hairballs
* Heat exhaustion
* Broken back
* Pregnancy toxaemia
* Dystocia
* Ulcerative pododermatitis
* Dental malocclusion

PENYAKIT BUKAN INFEKSI
MOIST DERMATITIS
* Kulit basah ketika minum
* Mungkin kerana paip tidak sempurna, masalah gigi, sangkar kotor
* Rawatan:
o Gunting bulu
o Guna antiseptic powder
o Antibiotik bagi kes teruk

CANNIBALISM
* Ibu makan anak di sarang
* Akibat gangguan @ kurang makanan
* Singkir ibu yang bermasalah

HAIR CHEWING DAN HAIRBALLS
* Gumpalan bulu tersekat dalam perut
* Arnab jadi anorexia, kurus dan mati dal 3 – 4 minggu kemudian
* Cegah dengan beri makanan berfiber
* Tambah magnesium oxide dalam makanan

HEAT EXHAUSTION
* Ventilasi buruk menyebabkan kematian
* Pencegahan:
o Pengudaraan yang baik sewaktu dalam perjalanan, binaan bangunan dan bekalan air bersiho Stok ternakan

ULCERATIVE PODODERMATITIS
* Sore hocks
* Akibat tekanan berat badan, lantai sangkar kasar
* Rawatan:o Alas lantai
o Biak baka sederhana berat
o Jaga kebersihan lantaio I
odine untuk sapuan

DENTAL MALOCCLUSION
* Kerosakan gigi
* Kesan dari:
o Suka gigit sangkar
o Pertumbuhan abnormal
* Arnab kurus sebab sukar makan
* Gigi dipotong tetapi selalunya berulang
* Singkir arnab bermasalah
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks..

19 comments:

  1. tahniah,post yang menarik

    ReplyDelete
  2. bertanya..

    rawatan ivermec dgn suntikan sj kah..
    atau boleh di campur ke dalam minuman arnab

    ReplyDelete
  3. As'kum..

    Ternyata panjang lebar juga penerangan anda. terperinci. Di Malaysia, bidang haiwan dan alam sekitar masih berada di tahap tk dipedulikan, tidak diambil serius oleh kerajaan. Kpd mereka yg sayangkan haiwan peliharaan, bolehlah disusulkan dgn amalan penjagaan kesihatan di website mini ini:

    Penjagaan serta Merawat Haiwan Kesayangan

    Semoga berjaya. Tq.

    ReplyDelete
  4. nak tanya..arnab boleh demam tak??bagaimana nak tau die demam??

    ReplyDelete
  5. mcm mna kutu hama tu boleh brjgkit pd mnusia ek? otg td sy ada sapu minyak n ubat dkat arnab sy..dia ada kuping1 putih..sy sou dgn guna kpas. tp sy pgang arnab sy dgn tgn... tkut brjgkit lak..lpas tu sy bsuh tgn dgn klorok,sbun...dan mndi .. boleh ke dgn cra tu? kutu tu x kan mlekat pd kulit ek

    ReplyDelete
  6. huuu arnab saya pula taknak makan... kuat minum air je,kaplanya pun miring2x.. risau pula dgn keadaan arnab ne..

    ReplyDelete
  7. Arnab saya pula sring brsin.Apakah lngkh utuk mncgahnya

    ReplyDelete
  8. Plesssss......give more explanation about heat stroke.....plesssss....arnab sy not well skrng...pless bloger tolong jwb....huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Arnab sy bersin saja macam kena selesma kat sini x de klinik haiwan tolong lh cari tahu ubt yg boleh sy berikan

    ReplyDelete
  10. Arnab sya dekat hidung bulu nya gugur dan merah... Ap masalah nya? Ap patut sya buat agar tidak berlaku lgi? Plizz tlg

    ReplyDelete
  11. Arnab saya ad ketul ii isi dekat perut diaa sakit apa ehh

    ReplyDelete
  12. Arnab mati dgn Tiba2 sbb apa yea

    ReplyDelete
  13. Salam,nk tanya kenapa ye anak arnab sya kekejangan n kaki sebelah dia mcm xstabil,klu jatuh susah nk bgn blik,and then 3,4 hari lps tu dia mati,ank arnab sya bru umur 1 bln lebih

    ReplyDelete

  14. salam, arnab saya di jangkiti kutu dipercayai datang dari kucing, arnab tersebut sentiasa menggaru dan saya kuatir jika kulitnya terluka akibat garu tersebut dan menyebabkan jangkitan lain pula, bagaimana cara mengatasinya

    ReplyDelete

  15. salam, arnab saya di jangkiti kutu dipercayai datang dari kucing, arnab tersebut sentiasa menggaru dan saya kuatir jika kulitnya terluka akibat garu tersebut dan menyebabkan jangkitan lain pula, bagaimana cara mengatasinya

    ReplyDelete
  16. Terima kaseh atas semua pencerahan yang di beri...

    Selamat maju jaya...

    ReplyDelete
  17. Salam saya baru bela arnab masalah skrg anak yg baru lahir sdh 11 hari mati x tahu puncanya..ibu arnab ada bg susu tapi mati jgk

    ReplyDelete
  18. salam, arnab saya ada satu benjolan merah di badan nya. penyakit apa tu ye. saya baca mcm x jumpa je penjelasan untuk penyakit tu. dia selalu makan sayur kobis/carrot. kadang kadang dia ada makan kurma jugak. tpi kurma saya bagi masa bln puasa je. lepas tu baja mcm biasa dan kalau tak pun dia makan daun. 8 tahun dah dia kat rumah ni. tapi baru tu je saya tengok ada benjolan merah. tu yg bingung ni 😢 ada yang sama ke?

    ReplyDelete