Jika kita membaca Al-Quran , terdapat beberapa jenis haiwan yang disebut di dalamnya. Antara binatang tersebut ialah Lembu, Lebah, Labah-labah, Semut, Lalat dan Nyamuk
Lembu merupakan binatang yang amat berguna kepada manusia. Daging dan susu diperlukan oleh manusia.... Sesetengah negara di dunia menjadi kaya raya disebabkan ternakan lembu
Makanan dan minuman lembu, diproses menjadi darah, daging, air kencing, najis dan susu...Lembu merupakan binatang yang amat berguna kepada manusia. Daging dan susu diperlukan oleh manusia.... Sesetengah negara di dunia menjadi kaya raya disebabkan ternakan lembu
bagaimana proses yang dilakukan oleh lembu? kalau manusia ingin memproses bahan mentah supaya menjadi empat lima benda yang berbeza-beza di antara satu sama lain, manusia memerlukan sebuah kilang yang amat besar, lengkap dengan para pakarnya... Itu pun kemungkian besar manusia tidak boleh memproses benda-benda itu sebagaimana yang diproses oleh kilang lembu....
Firman allah S.W.T
Terjemahan:
Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu dari apa yang terbit dari perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang hendak meminumnya
( surah Al-Nahl 16:66)
Disebabkan kepentingan lembu, satu surah di dalam Al-Quran dinamakan " Surah Lembu". Lembu tetap menjadi bahan kajian yang berguna kepada manusia untuk menunjukkan kebijaksanaan Ciptaan Allah.
Firman Allah S.W.T
Terjemahan:
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu kamu beoleh punca-punca yang menyedarkan ( tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya) kami beri kamu minum daripada susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga beroleh rezeki penghidupan kamu.
(surah Al-Mu'minun 23:21)
Ayat ini menjelaskan bahawa tidak sekadar susu sahaja yang disediakan oleh binatang untuk manusia, malah daging dan berbagai-bagai kegunaan kepada manusia... Dan manusia mesti memikirkan perkara itu... "Tiadalah (haiwan) yang melata di bumi dan tiada pula burung yang terbang dengan dua sayapnya melainkan semuanya itu umat seumpama kamu juga"
(Surah Al-An'aam 38)
“Dialah yg menjadikan bumi utk kamu yg mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya..” surah Al-Mulk, 15.
Maka bila kita fikirkan Allah itu maha pemurah lagi maha pengasihani.... Nikmat yang diberikan kepada kita haruslah kita syukuri....
“Maka, nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan? ” surah Ar-Rahman.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.
binatang ternakan seperti ayam tiada sebut dlm al-quran
ReplyDeleteagak2 nye ayam ni boleh mkn ke x?
takut ayam ni dtg dari kacukan binatang yang haram bersama burung ke?