Tuesday, January 31, 2012

Oxytocin, Prostagladin, Estrogen, Estrumate


Oxytocin
-Mengalak penurunan susu
-Membantu kelahiran (ketika servik telah terbuka)
-Mengecutkan rahim selepas beranak
- Rawatan Lekat uri



Prostagladin
-Mengaktifkan pusingan berahi
-Merawat penyakit Pyometra/ Mummified Fetus ( anak mati dlm kandungan)
-Synchronise berahi/ Heat Synchronise dimana Lembu yang disuntik Prostagladin 2 kali iaitu pada hari pertama dan pada hari ke 11 akan menunjukkan berahi pada masa yang sama.. Suntikan AI dijalankan pada 72 dan 96 jam selepas suntikan Prostagladin kedua



Estrogen
-Merawat Anestrous pada lembu
-Mempengaruhi berahi lebih cepat membolehkan 2 kali beranak dalam setahun bagi kambing
-Merelaxkan otot cervix utuk rawatan mummified Fetus dan Returned Placenta
- Bagi tujuan pengemokan pada kambing dan lembu


Estrumate
-Estrumate adalah Prostagladin sintertik untuk lembu bermasalah susah biang atau sukar dikesan biangnya bagi tujuan pembiakan berancang
-Mengugurkan mummyfied fetus
- Rawatan Piometra yang kerapkali selepas lekat uri
- Rawatan Metritis

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Wednesday, January 25, 2012

Deticking, Deworming, Maggot Wound


Secara umumnya, kehadiran parasit akan melemahkan sistem imuniti ternakan terhadap serangan penyakit, mengakibatkan ternakan menjadi lemah dan gagal respons terhadap sebarang rawatan yang diberikan, dan akhirnya boleh membawa maut.

Kehadiran parasit menyebabkan ternakan mengalami gangguan terhadap sistem pemakanan dan penghadaman makanan (seperti hilang selera makan dan mengalami ceret beret). Sesetengah parasit yang hidup dengan menghisap darah ternakan pula akan mengganggu dan melemahkan fungsi organ dalaman ternakan (akibat gangguan terhadap bekalan darah dan oksigen).
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Deticking, Deworming, Maggot Wound
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tidak kira LEMBU, KAMBING, ANJING dan KUCING...selalu mengalami masalah ini.
A) Endoparasite Parasit luar badan (tick, lice, fly, fleas)
B) Internal parasit Parasit dalam badan ( cacing Nematode, Trematoda, Cestoda)
_______________________________
Internal parasit
_______________________________
1) Kecacingan
Kecacingan merupakan masalah yang dihadapi oleh penternak yang mengamalkan sistem ternakan ekstensif, semi intensif dan integrasi. kecacingan pada ternakan seperti kambing, lembu dan bebiri di sebabkan oleh serangan cacing dari kumpulan nematode, trematode terutamanya jenis haemonchus contortus, trychostrongylus dan oesophagustostomum..
Terdapat pelbagai jenis cacing yang selalu menyerang ternakan iaitu:
-Nematoda cacing gelang (ascaris )
-Cestoda Cacing pita (monienzia)
-Trematoda Cacing pipih (fasciola)

A) Kecacingan pada Lembu, kambing dan bebiri
Tanda-tanda bebanan cacing seperti
-Kurang selera makan
-Kurus/lemah
-Berak cair/diarea
-Najis berbau
-Bulu tidak kemas dan pudar
-Perut buncit/abdomen besar
-Selaput basah pucat
-Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu

Pengesahan bebanan kecacingan adalah dengan melakukan Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)- bilangan telur cacing dalam tinja. Caranya adalah dengan mengambil sampel tinja dalam gerompok 10% ternakan.. jika keputusan makmal menunjukkan kiraan telur cacing melebihi 500 epg per gram , maka perlulah diberikan ubat cacing pada ternakan tersebut..

Pemberian ubat cacing (deworming)
Contoh rawatan anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral
-Systemic/Synaptic
-Chanaverrn Plus
- Menbandazole, oxybendazole, Albendazole (tablet/ syrap)
sekurang-kurangnya lakukan program pemberian ubat cacing 3 bulan sekali pada semua ternakan..
-Cidectin - cecair sapuan pada kulit ternakan

-Ubat cacing di berikan pada ternakan yang berumur 6-8 minggu keatas, sekiranya ternakan baru pertama kali diberikan ubat nyah cacing ulangi pemberian ubat nyah cacing selepas 3 minggu berikutnya.

-Bagi ternakan yang mengamalkan sistem lepas bebas ( ektensif) pemberian ubat nyah cxacing perlu dilakukan lebih kerap ( setiap 2-3 bulan)

-Bagi ternakan yang mengamalkan sistem intensif , semi intensif program nyah cacing dilakukan setiap 4 bulan..

-Pemberian ubat nyah cacing boleh dilakukan secara suntikan ivermectin atau oral/ minuman Levamisole dan pour-on (cydectine)

-Pemberian secara 'underdose' boleh menyebabkan cacing membina daya ketahanan terhadap ubat yang diberikan.
Rawatan Cara Tradisional merawat masalah kutu pada haiwan atau ternakan seperti lembu atau kambing
a.  MINYAK MARGOSA.  150 ml (½ botol) diberi kepada anak lembu berumur 6 bulan hingga 1 tahun ATAU
b.  KICAP.  Sebanyak 350 ml kicap diberi minum kepada lembu/kerbau ATAU
c.  BUAH PERIA.  2 biji buah peria diberi   makan kepada tiap-tiap seekor lembu yang kurus kerana  cacing ATAU
d. PUCUK BETIK.  Pucuk betik beberapa kali digunakan bagi mengubati/menghapuskan cacing. 

B)Kecacingan pada kucing dan anjing
Menyingkir bebanan kecacing pada kucing dan anjing secara relatifnya mudah dan tidak mahal. Oleh itu lakukan rawatan berkala, kerana terdapat juga cacing yg begitu mudah berjangkit pada manusia.

-Dos yang seharusnya diberikan pada kucing :
ubat cacing bagi kucing dan anjing Praziquantel, Pyrantel Pamote
*Yang paling baik adalah diberikan ubatnya 3 kali seminggu atau pun sebulan sekali selama 3 bulan berturut-turut kemudian setahun sekali...

Atau pun pemberian ubat cacing pada kucing seperti dibawah
*Usia 2-12 minggu – berikan dos setiap 2 minggu*Usia 4 -6 bulan – berikan dos setiap 1 bulan*6 bulan ke atas – berikan dos setiap 3 bulan
-Dos yang seharusnya diberikan pada Anjing :
usia 1-6 minggu- ulangi selepas 2 minggu kemudiannya..
Ulangi lagi selepas 3 minggu selepas pemberian kedua
Umur bawah 1 tahun lakukan 3 bulan sekali
Umur atas 1 tahun lakukan 6 bulan sekali
_______________________________
Endoparasite
_______________________________

2)Bebanan kutu
Kutu merupakan parasit yang menginap pada kulit ternakan, kutu hidup dengan menghisap darah ternakan tersebut.Kehadiran kutu dapat dilihat dari keadaan luaran ternakan iaitu:1. kulit menggelupas2. ternakan kambing akan tergaru-garu menyebabkan bulu kelihatan tidak kemas, tanggal dan menjadi tipis.

Bebanan kutu boleh menggugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit seperti Babesiosis.
Tick-Boophilusmicroplus- Vector babesiosis

A) Kutu pada Lembu, kambing dan bebiri
-Bagi ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri yang dilepas meragut terdedah kepada parasit seperti cacing dan kutu ...
-Masalah kutu tidak akan selesai bagi ternakan dalam kelompok yang besar dan bercampur antara sesamanya. ternakan diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing atau lembu.

-Semburkan ubat kutu atau Pembasmian kutu (Deticking) tiap-tiap 2 bulan sekali



Pencegahan
Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan -
Asuntol, Malathion, Tactic, Greenade, bovinox, asuntol : secara mandian/spray
Bayticol : secara pour-on
Ivomec atau Doramactin: secara suntikan

Rawatan Cara Tradisional merawat masalah kutu pada haiwan atau ternakan seperti lembu atau kambing
a.  GARAM ½ kg & air setengah baldi.  Campurkan hingga larut.  Campuran ini digunakan sebagai bahan mandi ATAU
 b. DAUN BETIK.  Beberapa helai daun betik yanh muda diambil dan digunakan untuk menggosok ke bahagian badan ternakan yang dijangki kutu ATAU 
c.  ABU.  Ambil abu kayu api dan gosokkan pada badan ternakan (lembu).  Nescaya kutu-kutu yang ada akan mabuk & jatuh ke tanah.  Kutu-kutu ini boleh dibakar kemudian atau direndam dalam minyak tanah.
 
B)Kutu pada kucing dan anjing
kutu babi mudah dijangkiti oleh kucing dan anjing yang kerap lepas bebas di halaman rumah . Ini adalah kerana ia hanya bertelur di dalam tanah dan hanya larva yang hinggap pada kucing dan anjing. Kutu tersebut akak menghisap darah perumah sehingga 3-4 kali ganda dari saiz badanya dan jatuh semula ke tanah untuk meneruskan kitaran hidupnya.

Sintom dan tanda tanda kritikal : Larva biasanya akan menhisap darah di telinga, tepi mata, bawah dagu, di bahu, kaki dan celahan kaki. Kesan gigitan dari kutu tersebut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan kesan garu boleh menyebabkan jangkitan.

Jika kucing dan anjing anda mengalami masalah kutu, bolehlah mandikan kucing atau anjing tersebut dengan shampoo pembasmi kutu sebagai contoh Shampoo Anicide atau Sfleavon
*Basahkan bulu kucing secara merata, tambahkan shampoo pembasmi kutu secara merata
*Bersihkan dan bilas dengan air (air hangat).
*Setelah bersih tambahkan kembali shampoo pembasmi kutu, ratakan, biarkan + 5-10 minit baru kemudian dibersihkan.
*Setelah bersih keringkan bulu kucing dan anjing dengan hairdryer. buat gromming bulu kucing atau anjing tersebut dengan menyikat bulu kucing dtau anjing tersebut
*Biasanya kalau kes teruk mungkin kena mandi dengan shampoo pembasmi kutu sampai 4-5 hari berturut.
*Disarankan sebaiknya mandi shampoo pembasmi kutu diulang shampoo Anicide tu seminggu / sebulan sekali.
*Mandi shampoo pembasmi kutu di syorkan dan lebih sesuai pada anak kucing berumur kurang dari dua bulan..
* Bagi kucing dewasa pula selain dapat membasmi kutu, juga membuat kucing lebih bersih. Kerana membersihkan bulu sekaligus membasmi kutu. .

Penyakit Kurap
Kurap boleh terjadi disebabkan oleh kulat atau ektoparasit (mange)
tanda-tanda
Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut
Rawatan Veterinar
Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapukan dengan iodine sementara kurap yang disebabkan oleh mange pula dikehendaki untuk rawatan dengan ubat serangga seperti 1% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa. Rawatan ini hendaklah diulang tiap-tiap 10-14 hari selama 3 kali

Rawatan Cara Tradisional merawat masalah kurap  pada haiwan atau ternakan seperti lembu atau kambing
600 gm belerang ditumbuk halus & dicampurkan dengan 1 botol minyak tanah & ¼ botol minyak masak.  Kemudian digosok kepada kulit yang terlibat pada tiap-tiap hari selama 1-2 minggu

MITES (HAMA)
- "MANGE" secara general merupakan serangan fungi yang menyebabkan kurap iaitu kulit berkuping-kuping, mengeras dan merekah. Kurap boleh membawa maut jika tidak dirawat, terutama jika terkena pada bahagian muka, iaitu di sekeliling mata dan mulut, sehingga mengganggu pergerakan dan pemakanan.


*- Lice-mites-hidup bawah kulit-gatal

Terdapat 2 jenis mites:
1. Non-burrowing mites (hama yang tidak menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya - ear mites pada kucing (Otodectis cynotis).
a) Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjangkiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.

Sintom dan tanda tanda kritikal : gatal telinga,sering mengaru telinga dan mengoyang goyang kepala dengan kerap dan mungkin tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan di dalam telinga. Kupingan yang berwana kelabu-kekuningan sebenarnya adalah ratusan dan mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.

Rawatan : Jika diperingat awal dan ringan… cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan miyak mineral atau minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada Veterinal.

*Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal dengan sendiri, Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual ini adalah kerana kitaran hidup Kutu telinga adalah 21 hari
*IVERMECTIN tidak membunuh telur , jadi suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari mampu membunuh larva dari telur yang menetas.
*IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus kepada telinga yang dijangkiti kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan dan oral.

b) Cheyletiella Paracitoctorax biasanya hanya berada dipermukaan kulit dan paling biasa pada kucing dan anjing .Ia juga dikenali sebagai ‘walking dandruf’ . Kitaran hidupnya adalah selama 5 minggu. Kutu hama betina bertelur dan melekatkan telur di bulu kucing dan anjing atau rambut , 3 ke 4mm dari kulit.
Sintom dan tanda tanda kritikal : wujud keruping dibahagian tengkuk kucing dan anjing dan kelihatan seperti lapisan kelemumur. Dan menyebabkan kegatalan pada kucing dan anjing. Dan kehilangan atau keguguran bulu berlaku.
Rawatan : Dapatkan suntikan IVERMECTIN di klinik veterinar

2. Kurap - Burrowing mites (hama yang menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya, hama seperti dalam gambar di atas...Mereka bukan sahaja menggali terowong, bahkan bertelur dan membesar di dalam lapisan kulit yang digali. Hama betina dewasa akan menggali terowong dan bertelur di dalamnya. Dalam tempoh 5-8 hari, telur tersebut akan menetas menjadi "larvae" dan sterusnya membesar menjadi dewasa dan membiak semula didalam terowong yang baru...Proses pembiakan mengambil masa lebih kurang 3 minggu. Hama ini hanya memakan sisa-sisa kulit yang tertanggal, cairan tisu badan dan ada juga yang menghisap darah sepanjang proses untuk menjadi dewasa.. Kurap adalah masalah jangkitan yang serius dan jika tidak dirawat lebih awal akan menjadi kritikal.

Sintom dan tanda tanda kritikal : Kawasan yang paling kerap dilihat mengalami masalah adalah kepala , bahagian bawah badan dan kaki.Jangkitan akan mula kelihatan pada mulut dan hidung, kemudian merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang kandang badan. Kurap akan menyebabkan arnab mengaru dengan kuat dan menyebabkan jangkitan kurap merebak dan menyebabkan bulu jatuh dan kulit kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering. Kerak terbut mudah merekah dan berair dan boleh menyebab jangkitan yang lebih serius menyebabkan arnab kurang daya tahan , lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja.

Rawatan : Dapatkan rawatan Veterinar dengan segera. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Bersihkan sangkar dengan penyah kuman, dan biarkan selama beberapa hari sebelum digunakan semula, ini adalah kerana parasit dari kurap boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa perumah. Asingkan kucing atau anjing yang terkena jangkitan daripada kucing atau anjing yang lain. Ini bagi megelakan daripada wabak berjangkit.

-Sebenarnya ivermectin dapat dipergunakan untuk membasmi cacing dan ektoparasit seperti kutu.Tetapi ivermectin hanya membunuh cacing/ kutu dewasa, tidak membunuh telurnya. Oleh kerana itu diperlukan setidaknya 3 kali suntikan ivermectin dengan jarak 3-4 minggu. Perlu diingatkan, suntikan ivermectin harus dilakukan dengan hati-hati pada kucing umur kurang dari 4 bulan dan tidak disyorkan pada anak kucing berumur kurang dari 2 bulan, karena dapat menyebabkan keracunan dan mengganggu perkembangan ginjalnya.. .Bagi kucing dewasa, suntikan ivermectin perlu dilakukan 2-4 kali setiap tahun..

-Penggunaan ubat secara "oral dan injectable" diamalkan secara berkala walaupun sebenarnya tidak digalakkan-Kaedah mandian turut diterapkan supaya ubat/racun yang digunakan akan lebih menyerap masuk ke dalam terowong-terowong yang dibuat oleh hama-hama tersebut.




-Sebenarnya ada ubat spray anti kutu dan hama-hama yang dijual di petshop-petshop, seperti Accurate dan Frontline. Namun harus diperhatikan aturan pemakaian setiap ubat spray anti kutu , tapi biasanya ubat spray anti kutu ini tidak dianjurkan digunakan pada kucing dibawah umur 2 bulan. Ubat spray anti kutu di sembur di kulit pangkal kepala di bahagian belakang supaya kucing atau anjing tidak boleh menjilat bahagian tersebut. Jika mengunakan ubat spray anti kutu seperti Accurate dan Frontline membasmi kutu ianya hanya boleh bertahan kesannya selama 1 bulan. Kemudian perlu diulang 1 bulan kemudian dan seterusnya tiap bulan..

Penyakit Puru (Contagious ecthyma)

Puru atau nama saintifiknya CONTAGIOUS ECTHYMA merupakan penyakit kulit yang biasa menyerang ternakan kambing atau bebiri ( amat mudah menyerang pada anak kambing). Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan ia berpunca dari virus POX. Ia juga dikenali dengan beberapa nama iaitu soremouth, pustular dermatitis, orf dan scabby mouth.
- Anak kambing mudah di jangkiti disebabkan menyusu pada ibu kambing yang telah berpenyakit. Apabila anak kambing dijangkiti penyakit ini, ianya akan menjadi kurus dan lemah. Kadang-kala akan menyebabkan ternakan mengalami kesukaran untuk makan.
Tanda-tanda penyakit
-Terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian mulut, gusi , bibir dan kulit ternakan.
-Apabila  gelembung-gelembung ini pecah ianya akan menjadi keruping dan kadang kala merekah dan berdarah
-Tanda-tanda juga berlaku di bahagian kaki terutama di celah-celah jari dan juga pada bahagian tetek ibu.
 
Rawatan Cara Tradisional merawat masalah puru pada haiwan atau ternakan seperti lembu atau kambing
Jangkitan tersebut dipotong & kemudian disapu dengan kapur sirih.  Kadangkala, belerang & minyak tanah dicampur & disapukan kepada tempat jangkitan.


_______________________________
3) Maggot Wound
LUKA BERULAT(MAGGOT WOUND)
kawasan luka yg terdedah menarik perhatian lalat untuk bertelur.telur lalat menjadi larva dan terus hidup d'dalam luka seawal sehari.
Fly-lalat-Chrysomia bezziana- penyebab maggot worm

KEPERLUAN RAWATAN LUKA
*Hydrogen Peroxide
*Iodine spray
*Herbanex
*Negasunt Powder
*Stockholm Tar
proses rawatan luka adalah:
-semburkan dgn penyembur ulat-Herbanex
-cucikan dgn menggunakan hydrogen peroxide(H2O2) dgn bacuhan
air 1:1 keluarkan ulat dengan mengunakan forcep.sentalkan dengan kapas
dan H2O2.
-Semburkan dgn Iodine
-Semburkan dgn Herbanex.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Suntikan antibiotics pada ternakan



Antibiotik adalah bahankimia yang dihasilkan oleh microorganisma spt bacteria dan kulat
Kegunaan
-Rawatan penyakit elak jangkitan secondry dari virus, bacteria, phathogenik dll.
-Selepas pembedahan
-Semasa menunggu keputusan makmal antibiotik diberi bagi memastikan penyakit tidak sampai ketahap serius lagi.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Suntikan antibiotics pada ternakan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ciri-ciri antibiotik
-membunuh satu atau lebih jenis bacteria
-tahap keracunan rendah
-Stabil
-Proses perkhumuhan lambat
-tidak menimbulkan masalah resistant ( kekebalan )



1.Penecillin
Secara amnya merupakan spectrum sempit Bertindak memberhentikan dinding sel bakteria
Penecillin adalah bahan sebatian mengandungi bahan aktif amino penicilloic dari bahan semula jadi (kulat) atau secara sintetik

1-Penicillin semulajadi (natural penicillin) contohnya
Penicillin G
Penicillin F
Penicillin K
Penicillin X

2- Penicillin Sintertik- bersifat kebal asid dan spectrum luas
-Penicillin
-Oxacillin
-Ampicillin
Kegunaan –Demam/abses/ pheumonia/ rawatan luka
Tetapi tidak berkesan pada jangkitan oleh pasteurella, E-coli, Salmonella, kulat dan kebanyakan virus


2.Tetracyclines
Memberhenti sintesis protin pada bacteria
Dihasilkan dari Streptomyces aureofaciana, bersifat bakteriastatik
Spectrum luas
Pedih dan kesan sampingan pada gigi berwarna kuning pada pengunaan peringkat awal atau berlebihan
Terdapat 3 jenis Tetracyclines
1)Chlortentracyelines- Aureomycin
2)Oxytetracclines- terramycin
3)Tetracyclines-tetracin
kegunaan
Salmonella, jangkitan saluran kencing, pheumonia, footrot, metritis


3.Chopenphenicol
Memberhenti sintesis protin pada bacteria
Dihasilkan oleh streptomyces Venezuela
Spectrum luas
Bersifat baakteriostatik
Broad spectrum
Penyerapan melalui dinding usus, tisu mata, tisu uri, kegunaan rahim
Kegunaan Salmonella, E-coli, sakit mata, katarek, Streptococcus


4.Tylosin
Memberhenti sintesis protin pada bacteria
Telah diasingkan dari strepromyces fradindiae
Selamat digunakan Berspectrum luas
Berkesan bagi penyakit mycoplasma
Kegunaan pneumenia, Foot rot, metritis, Cronic Respiratory Disease pada ayam


5.Streptomycin
Dihasilkan dari Streptomyces qriscus
Spectrum sempit
Memberhenti pertumbuhan sintesis protin pada bacteria
Kegunaan TB mastitis

6.Oxytetracycline Dihydrate Terramycin LA
Oxytetracycline Dihydrate Terramycin LA merupakan antara antibiotik yang kuat dan gemar di gunakan oleh para penternak.
ia amat berkesan untuk merawat dan mencegah bakteria yang menjadi punca masalah atau penyakit pernafasan dan juga penyakit yang anti-oxytetracycline bagi lembu, kambing, bebiri, rusa, ayam, arnab dan juga lain-lain ternakan.
Bagi lembu, kambing, bebiri dan rusa kadar dos suntikan 1ml adalah untuk 10kg berat badan, manakala 0.25ml untuk 1kg berat badan bagi ayam dan arnab. LA bermaksud Long Acting, iaitu Terramycin LA ini mampu bertahan di dalam darah ternakan yang telah disuntik selama 3 hingga 5 hari

Namun bagi ternakan yang telah disuntik dengan Terramycin LA ini, adalah di larang untuk penyembelihan dagingnya selama 21 hari dan pemerahan susunya selama 7 hari. Ada juga sesetengah doktor veterinar dan penternak yang kurang gemar menggunakan Terramycin LA ini terus kerana dos antibiotiknya yang tinggi, mereka menyarankan agar penternak bermula dengan ubat antibiotik yang berdos rendah terdahulu. .

Nasihat kami...
Pakai sarung tangan apabila merawat ternakan yang sakit. Apabila suntikan antibiotic diberikan subcutaneous (bawah kulit) atau intra-muscular (dalam otot daging), penternak harus berwaspada bahawa antibiotic tersebut boleh pergi ke susu dan meninggalkan residu di dalam daging ternakan.
Adalah dinasihatkan agar merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan terlebih dahulu sebelum menggunakan satu-satu antibiotik serta untuk mendapatkan panduan penggunaan yang lebih khusus.
Jangka masa penyembelihan ternakan harus dipatuhi sekiranya digunakan ke atas ternakan. Ternakan yang diberi rawatan antibiotik perlu dibiarkan untuk satu jangka masa tertentu sebelum disembelih untuk dimakan atau susu boleh diminum..

Sebenarnya bermula dengan antibiotik atau ubat yang berdos tinggi tidaklah digalakkan kerana khuatir bakteria yang menyerang ternakan akan imun, oleh itu bermula dengan pemberian ubat yang berdos rendah dahulu sehinggalah ke ubat yang berdos tinggi. Sama juga dengan pemberian ubat untuk cacing, kutu dan kurap. Jika bakteria tadi telah imun dengan ubat yang berdos tinggi maka tiada cara selain mentakai atau menyembelih ternakan yang sakit tadi.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Tuesday, January 24, 2012

Demam, Hyperthermia ,Hypothermia pada haiwan




Kekadang tertanya-tanya haiwan kesayangan kita terutama kucing dan anjing bila dirasakan panas pada badan kucing dan anjing bila disentuh ..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Demam, Hyperthermia ,Hypothermia pada haiwan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Demam

-Jika suhu badannya mencecah 40 celcius besar kemungkinan haiwan tersebut mengalami demam"fever" kerana badannya melawan virus yang menyerangnya.Ketika ini perlulah datang rawatan dari Vet.
-Ini berkemungkinan demam disebabkan tindak balas jangkitan virus, bacteria,protozoa dan lain-lain.Atau mungkin ada sebab-sebab lain... Mungkin juga demam akibat tindakan bahan kimia akibat suntikan kedalam badan..
-Tanda-tanda haiwan demam
antaranya suhu badan meningkat tinggi, haiwan dalam keadaan mengeletar (shivering) dan juga air kencing pekat
- Maka perkara ini perlu dirujuk pada klinik haiwan terdekat untuk rawatan selanjutnya

Hyperthermia
–suhu badan naik dari paras normal disebabkan cuaca keliling terlalu panas atau factor kurang pengudaraan,
-Tanda-tanda haiwan atau ternakan mengalami hyperthermia dapat dilihat haiwan tersebut letih lesu, berpeluh,air liur keluar, suhu badan tinggi (40°C keatas) pernafasan dan nadi bertambah .
-Cara pengubatan yang dapat dilakukan adalah pemberian air dan glucose atau fluid therapy ( normal saline/ 5% dextrose)


Hypothermia
–Banyak haba hilang menyebabkan suhu badan rendah dari paras normal disebabkan factor terdedah kepada suhu yang terlalu sejuk.
~ Contoh Hypothermia seperti Anak kucing yang baru dilahirkan tidak berupaya langsung mengawal suhu badannya sendiri tetapi bergantung terus dari ibunya untuk mencapai suhu badan yang optimum.Ianya akan mati sekiranya ibu kucing tidak memanas-badan anak-anaknya. Ini dapat dilihat,anak kucing akan sentiasa berada di sekeliling badan ibunya,kekadang tertindih di bawah ibunya.Jangan ubahkannya.
Rawatan Cara Tradisional merawat masalah demam pada haiwan atau ternakan
Air kelapa muda, 300 gm halia dan air badak (1 botol) dicampurkan dan diberi minum untuk mengurangkan panas badan (demam).
_______________________________
Bagaimana mengambil suhu badan haiwan :

bagi mengenal pasti Demam, Hyperthermia atau Hypothermia
_______________________________






1) Gunakan thermometer yang digital supaya mudah membaca bacaannya serta berbentuk seperti pen dan boleh didapati di kedai farmasi.
2) Sapukan sedikit Vaseline lotion di hujung tip thermometer sebagai pelincir ketika mengambil suhunya.3) Untuk mengambil suhu badan kucing adalah yang terbaik di bahagian punggungnya kerana dapat memberi bacaan yang tepat bukannya di bawah ketiaknya...
4) Masukkan thermometer ke dalam punggungnya selama lebih kurang 1 ~ 2minit ,thermometer digital akan bunyikan "Bippp" sebagai alat penggera bila cukup masanya (Perlu dibuat dengan pembantu kerana agak sukar mengawalnya).
Suhu Normal Badan Kucing:
Kucing dewasa antara suhu : 38 ~ 39 celcius
Anak kucing bawah 10 hari : 36 ~ 38 celcius

_______________________________
Anemia, Toxaemia, Septicaemia , Allergy & Anaphylaxis
_______________________________
Anemia,-Pucat, Kurang sel darah merah (RBC) ,Kurang kepadatan isipadu (Pack Cell Voleum) atau kurang haemoglobin dalam darah berpunca dari kesan sampingan jangkitan penyakit atau factor lain
-Serangan parasit cacing / babesia/anaplasma
-Kurang makanan
-Kurang zat besi, copper, colbat, vitamin
-Pendarahan dalaman
-Som-som tulang, hati, limpa tidak berfungsi

Toxaemia- toxin dalam edaran darah yang terhasil dari bacteria atau sel-sel badan. Ia dirawat dengan antibiotik

Septicaemia
- terdapat toxaemia, dan hyperthermia menyebabkan pendarahan (haemorrhages) pada selaput basah kesan dari agent mikro organisma, boleh dirawat dengan antibiotik
Allergy- Sensetif apabila terdedah pada sesuatu alahan melalui sentuhan, suntikan, bernafas atau makanan,merupakan tindakan antigent-antibody setempat
rawatan adrenaline, antihistamin
Anaphylaxis- kejutan badan,tindakan antigen-antibody menyebabkan alahan terhadap ubat-ubatan yang diberi, sensetif pada bahan protein atau pemindahan darah. Menyebabkan otot mengeletar rebah dan kebiruan.
rawatan adrenaline, antihistamin

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Monday, January 23, 2012

Dehydration Fluid therapy pada haiwan


Dehidrasi (Dehydration)?
Dehidrasi bermaksud kehilangan air dan mineral dalam badan yang berlebihan.
Ianya berlaku apabila badan kehilangan lebih banyak cecair berbanding yang memasuki badan
~ Dehidrasi / Kekeringan air boleh membawa maut terutama sekali jika ia kurang minum serta cirit kerana air dalam badannya tidak mencukupi.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dehydration dan rawatan Fluid therapy pada haiwan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pemeriksaan klinikal.
Melalui tanda-tanda klinikal yang ditunjukan,tahap dehidrisi akan ditentukan
Tempoh berlakunya dehidrasi
Tempoh diarea, muntah, constipation
Keadaan najis - warna, konsistensi dan bau
Tanda kehausan
Keadaan dan ketegangan kulit
Keadaan selaput basah
Penurunan berat badan


Ketidak seimbangan air banyak terbuang dalam badan disebabkan kurang minum, ceret beret, muntah, polyuria, luka bleeding.

_______________________________

Fluid therapy

Tujuan pemberian fluid trherapy ( larutan isotonic) bagi mengambalikan imbangan electrolyte badan

-selaput basah pucat, kering dan susut berat badan

-dearrhoea/ muntah/ sembelit berpanjangan

-tanda-tanda kehausan, kekeringan/ kulit hilang ketegangan



A) Jenis fluid trherapy

-5 % dextrose

- normal plasma

- ringer’s solution

-1.3% sodium bicarbonate

-isotonic saline

B)Berapa banyak larutan yang patut diberi

4% dehyration

Lemah ,lesu

Kehilangan air tidak serius

Muntah, diarrhoea

Selaput basah masih lembab

6% dehyration

Kulit kurang bersinar,kusut, kering

Kurang tegang, selaput basah kering sedikit tetapi lidah masih lembab

8% dehyration

Kulit hilang tegang, kusut, malap

Selaput basah kering, kawasan muzzle kering, lidah kering

Mata lembut dan cengkung

12%dehyration

Eyeball sunken

Kulit hilang tegang

Lemah terbaring

C)Cara pengiraan Dos Fluid therapy

D) Berapa laju larutan patut diberikan

Peringkat awal –Cepat

Seterusnya -Perlahan

Kadarnya 9-14ml/ kg/jam

(30-60 titik/seminit)

E) cara pemberian

keadaan serius diberi secara i.v ( jagular vein), melalui mulut, rectum, subcut, iterperitonel (i.p)

Keberkesanan akan dapat dilihat selepas 1jam kemudian

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment