Monday, November 15, 2010

Hukum Sembelihan Korban ( halal )


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Ibadat korban

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam,khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah padatahun kedua Hijrah.

Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. MakaSembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)”.
(Surah Al-Kautsar Ayat 1-2).
* Sembahyang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahyang sunat hari raya korban ( Aidil Adha).

Hukum
Hukumnya Sunat Muakkad(dituntut). Adapun bagi mereka yang bernazar, hukumnya wajib. Bagi mereka yang berkemampuan Makruh meninggalkan amalan ini.Wajib hukumnya kepada Rasulullah
berdasarkan hadis:

“Diwajibkan ke atas ku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan satu amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat Imam Tirmizi)
Maksud Korban:-
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

*Umur binatang yang boleh dikorbankan:-
Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7
bahagian.
Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.
٭
Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.

Sunat-sunat ketika menyembelih binatang korban:-
1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah
korban itu.
HUKUM PENYEMBELIHAN
Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal dimakan.Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis.Firman Allah subhanahu wata‘ala:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِMaksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)
DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN

Firman Allah subhanahu wata‘ala:Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim)
RUKUN PENYEMBELIHAN Penyembelih
a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.
b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
c) Berakal dan berfikiran waras.
d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).

Alat Penyembelihan:
Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya.Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.
Bahagian Yang Disembelih:
Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.
Seterusnya kita lihat pula syarat-syarat sembelihan
sepertimana yang berikut:
1. Niat kerana Allah: Tidak halal binatang yang sembelihan kecuali yang diniatkan kerana Allah. Justeru binatang yang disembelih untuk berhala dan dibunuh dengan tidak sengaja hukumnya haram dimakan. Berkaitan soal menzahirkan sebutan nama Allah, Membaca Bismillah tatkala hendak menyembelih haiwan. Dan ini merupakan syarat yang wajib baik karena sengaja, lupa, ataupun jahil (tidak tahu). Bila dia sengaja atau lupa atau tidak tahu sehingga tidak membaca Bismillah ketika menyembelih, maka dianggap tidak sah dan haiwan tersebut haram dimakan.
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (Al-An’am: 121)

Bila dia mengucapkan:بِسْمِكَ اللَّهُمَّ أَذْبَحُ“Dengan nama-Mu ya Allah, aku menyembelih”, maka sah, karena sama dengan Bismillah. Bila dia menyebut nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala selain Allah, maka hukumnya .
a. Bila nama tersebut khusus bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak boleh untuk makhluk, seperti Ar-Rahman, Al-Hayyul Qayyum, Al-Khaliq, Ar-Razzaq, maka sah.
b. Bila nama tersebut juga bisa dipakai oleh makhluk, seperti Al-‘Aziz, Ar-Rahim, Ar-Ra`uf, maka tidak sah.
Tidak disyariatkan bershalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika menyembelih, sebab tidak ada perintah dan contohnya dari beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam maupun para sahabatnya. (Asy-Syarhul Mumti’, 3/408)
2. Putus urat Halqum dan Mari' sekiranya disembelih dengan cara Ikhtiyari.
Pada bagian leher haiwan ada 4 hal:
1-2. Al-Wadjan, yaitu dua urat tebal yang meliputi tenggorokan
3. Al-Hulqum yaitu tempat pernafasan.
4. Al-Mari`, yaitu tempat makanan dan minuman.
Hukum penyembelihan adalah:
- Bila terputus semua maka itu lebih afdhal.- Bila terputus al-wadjan dan al-hulqum maka sah.
- Bila terputus al-wadjan dan al-mari` maka sah.
- Bila terputus al-hulqum saja maka tidak sah.
- Bila terputus al-mari` saja maka tidak sah.
- Bila terputus salah satu dari al-wadjan saja, maka tidak sah.
3.Haiwan tersebut masih dalam hayat Mustaqirrah: Tanda-tandanya ialah darah memancut keluar selepas disembelih dan masih dapat meronta dengan kuat selepas disembelih.
4. Haiwan yang halal dimakan
5. Alatan yang tajam. Daripada Syaddad bin 'Aus katanya, sabda Rasulullah:"Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik ke atas setiap sesuatu, apabila kamu mebunuh, bunuhlah dengan baik dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik dan hendaklah seseorang di antara kamu menajamkan pisaunya dan berilah kerehatan pada binatang sembelihannya."[Riwayat Muslim]
“Wahai ‘Aisyah, ambilkanlah alat sembelih.” Kemudian beliau berkata lagi: “Asahlah alat itu dengan batu.” (HR. Muslim )
6. Sembelihan dengan sekali potong: Yakni melalukan pisau di tempat sembelihan sehingga putus bahagian yang diwajibkan tanpa menanggkat pisau.
7. Penyembelih tidak berada dalam ihram.
8. Penyembelih seorang Islam atau sekurang-kurangnya Ahli Kitab. Kata Ibnu Abbas:"Sesungguhnya dihalalkan sembelihan Yahudi dan Nasrani dipihak mana mereka beriman dengan Taurat dan Injil." Sembelihan Mengikut Mazhab Syafi'e
Di dalam Mazhab Syafi’e hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat mari’ sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARI’ (salur nafas) bagi haiwan sembelihan.
Keratan rentas leher binatang sembelihan. kelihatan jelas 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. kawasan yang berwarna 'pink' pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.

Semasa sembelihan : Lihat pada bahagian yang putus
Agihan Daging Korban kepada siapa diberikan?
Imam Syafei dalam pendapat awalnya (qawl jaded) menyatakan sebaik-baiknya satu pertiga dimakan dan yang lainnya dihadiahkan kepada sahabat, jiran tetangganya dan fakir miskin. Tetapi pendapat paling sahih dan jelas ialah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging korban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun hanya seorang. Lebih afdal, disedekahkan kesemuanya kecuali memakan beberapa suap untuk mengambil berkat. Mengikut pendapat jumhur ulama, Hanafi, Maliki dan Hambali, korban sunat, harus dimakan sebahagiannya, tetapi jika ia korban wajib (nazar) haramlah dimakan dagingnya oleh yang berkorban. Begitu juga binatang korban yang dikongsi tujuh orang jika salah seorang berniat untuk qada korban yang lepas maka dagingnya juga haram dimakan dan wajib disedekahkan kesemuanya. Ramai menganggap daging korban mesti diberikan kepada orang miskin saja dan mempertikai ada orang kaya yang dapat agihan daging korban. Orang kaya juga diharuskan dihadiahkan daging korban bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim. Rasulullah SAW sentiasa menghadiahkan sahabat Khadijah (kebanyakannya wanita kaya), setiap kali Baginda mengadakan korban sekalipun isterinya sudah wafat.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks