Saturday, September 24, 2011

Panduan Penternakan Lembu Tenusu



Penternakan Lembu Tenusu mempunyai POTENSI yang cerah..Dimana terdapat 689 penternak terlibat dengan penternakan lembu tenusu, populasi induk lembu sebanyak 18,098 ekor di seluruh negara . 90 peratus daripada pengeluaran susu negara dihasilkan oleh penternak kecil atau tradisional manakala selebihnya penternak komersial. Usahawan baru haruslah mengambil peluang yang masih terbuka luas. kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan tahap pengeluaran susu cair bagi mengurangkan import bahan itu..Seekor lembu akan mengeluarkan susu dari masa melahirkan anak sehingga ianya bunting 8 bulan. Jangkamasa pengeluaran susu adalah dianggarkan lebih kurang 280 hari.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Penternakan Lembu Tenusu

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬





Baka Lembu Tenusu
Baka-baka yang diternak untuk pengeluaran susu segar di Malaysia termasuklah Mafriwal, Girlando dan Kacukan Friesian.Lembu tenusu yang sesuai adalah jenis kacukan Friesian Sahiwal. Ianya juga dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL.. Mafriwal adalah sejenis baka lembu tenusu sintatik yang telah dihasilkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dengan mengambilkira faktor persekitaran tempatan bagi sifat penghasilan susu yang optimum. Selain daripada itu, hasil kacukan ini adalah dianggap sebagai suatu cara terbaik untuk meningkatkan prestasi pengeluaran lembu-lembu tenusu tempatan. Baka Mafriwal dibentuk dari sumber genetik Friesian yang unggul dari Amerika Utara dan baka-baka Zebu terpilih yang didapati dari Kenya dan Brazil iaitu Sahiwal dan Gir. Baka-baka terpilih ini adalah berdasarkan kepada sifat
pengeluaran susu selama beberapa generasi dan rekod pedigri yang baik dan terbukti
mempunyai kadar pewarisan sifat pengeluaran susu yang tinggi. Baka ini sesuai untuk ternakan di negara ini kerana mempunyai tahap kesuburan yang baik, senang diurus dan tahan kepada cuaca panas dan kelembapan tinggi serta serangan penyakit disamping dapat menggunakan bahan makanan tempatan dengan baik dan juga mempunyai tabiat yang baik.

Keperluan Kandang Bagi Lembu Tenusu
Ladang tenusu hendaklah mempunyai kemudahan jalan ladang yang baik, bekalan
air bersih yang mencukupi dan kemudahan bekalan elektrik sepanjang masa dan
peralatan perhubungan.

Mempunyai lantai simen kukuh dan mudah dibersihkan
Mempunyai sistem longkang dan buangan yang teratur
Palung makanan dan air yang teratur dan mudah dibersihkan 6
Keluasan lantai yang mencukupi - untuk seekor lembu ibu tenusu memerlukan ruang berdiri tidak kurang dari 24 kaki persegi (6' x 4').
Mempunyai sistem pengudaraan yang baik
_______________________________

Sistem Semi- Intensif
Sistem semi-intensif Jika terdapat kawasan ragutan berhampiran seperti ladang-ladang getah dan kelapa sawit yang membenarkan lembu meragut di dalamnya, sistem ini adalah sesuai. Lembu meragut di siang hari di kawasan ragutan dan di kandang di waktu malam. Tambahan rumput, dedak, air dan garam galian tersedia di kandang bagi keperluan petang, malam dan awal pagi.
Sistem intensif Lembu-lembu di kandang sepenuh masa. Rumput potongan dan lain-lain makanan tersedia di kandang sepanjang masa.

KERJA HARIAN PENTERNAK TENUSU
Di antara kerja-kerja harian penternak tenusu itu, termasuklah:
Membersihkan lembu dan kandang
Memerhati perlakuan lembu, mencatat lembu yang tidak sihat atau berahi
Memberi makan (rumput, dedak dan garam galian) dan minuman yang cukup.
Memerah dan menghantar susu ke Pusat Pengumpulan SUSU, JPV
Mendapatkan rumput atau mengawasi lembut meragut
_______________________________
Sistem Pengurusan Ternakan Lembu Tenusu
Pengurusan Ternakan yang dilakukan meliputi kesemua aspek termasuklah pemakanan, kesihatan, sistem yang digunakan untuk pengeluaran out put yang samada dari segi hasil susu mahupun anak yang di lahirkan

Dalam pengurusan tenusu ianya terbahagi 2 jenis pengurusan
1- Pengurusan ibu
2- Pengurusan anak

A) Pengurusan Ibu
Pengurusan ibu bunting secara insentif. Makanan kosentret sebanyak 3 kilo dan rumput secara flushing

Pengurusan Ibu beranak
Secara separa insentif dilepaskan ke meragut rumput selepas memerah dan diambil untuk makan kosentret dan memerah susu di waktu pagi dan petang. Peringkat permulaan ibu di beri 6 kilo/ perekor kosentret untuk keperluan tenaga. Semasa Ibu Bunting Berat. Pemberian makanan yang bermutu seperti rumput, DCP dan Molas yang mencukupi .

Pemakanan Lembu Tenusu
Jika makanan tidak mencukupi menjejaskan pengeluaran susu, kandungan lemak rendah, anestrus, ketosis
Lembu tenusu yang baik berbentuk badan yang langsing tidak gemuk. Mengunakan keperluan nutrien untuk sara diri bersesuaian dengan berat badan selebihnya bergantung kepada jumlah keperluan susu dan kandungan lemak susu tersebut. Semua fungsi penghidupan memerlukan protien, tenaga, galian, vitamin dan serat yang cukup sebelum lebihnya untuk penghasilan susu.
Penghasilan susu boleh dipertingkatkan dengan sistem Challenge Feeding / Steaming up/ Flushing pada masa lembu hampir beranak iaitu 2-4 minggu sebelum beranak. Cara ini boleh memberikan simpanan reserve nutrien yang tinggi untuk penghasilan susu, tumbesaran fetus, pertumbuhan tisu ambing

Bunting berat diberi 3 kg kosentrat sehari
Makanan penting kerana untuk tumbesaran anak terutama protien, Ca, P dan mineral-mineral lain.Pertumbuhan tisu ambing begitu cepat terutama pada bunting sarat 2 minggu sebelum lahir anak. Elak kesan buruk pada ibu (anemia) apabila fetus menggunakan simpanan makanan ibu , juga kesan buruk pada fetus mati dalam kandungan, dilahirkan lemah, kecil dan cacat akibat kekurangan vitamin

Rumput dan kosentret
Kualiti rumput yang tinggi bagi mengurangkan pemberian kosentrat
Lembu yang tingi pengeluaran susu memerlukan kosentrat bagi tenaga dan protin yang mencukupi
Terlalu banyak kosentret menyebabkan penggemukan, kurang pengeluaran susu dan menurun kandungan lemak dalam susu
Pemberian kosentret pada lembu susu terbahagi 3 cara
Pengiraan tenaga yang diperlukan - setelah mengambil kira berat badan,jumlah pengeluaran susu harian,peratusan lemak dan SNF dalam susu
Mengikut kelok pengeluaran susu - diberi 1-2 kali ganda daripada jumlah yang diberi semasa bunting akhir sehingga 10-12 minggu selepas beranak
Pengeluaran susu - dengan menganggarkan 1 kg kosentret untuk 3 kg susu
Untuk setiap 1L susu dihasilkan, 5L air minuman diperlukan untuk oleh lembu
penusu.
Lembu tenusu memerlukan makanan yang banyak. Ia memerlukan rumput segar seberat 10% dari berat badannya. Untuk berat badan 400 Kg kira-kira 40 Kg (2 guni) rumput adalah diperlukan. Di samping itu ia juga memerlukan makanan tambahan untuk membolehkan ianya mengeluarkan susu dengan memuaskan. Sebagai panduan, dedak diperlukan adalah sebanyak 1 Kg bagi setiap 2 Kg susu yang dihasilkan dalam sehari.
Tingkatkan kadar pemberian makanan 2 minggu sebelum melahirkan anak bagi tujuan:
-Meningkatkan pengeluaran susu
-Menaikkan Body Score 4
-Menjamin janin mendapat makanan seculupnya

Ternakan dilepaskan ke kawasan ragutan pada sebelah pagi dan hanya ibu-ibu lembu yang menunjukkan tanda hendak lahir anak sahaja akan dikurung pada sebelah malam. Ini bertujuan supaya beberapa langkah kecemasan dapat dilakukan..
-Memastikan ternakan tidak beranak di kawasan ragutan pada sebelah malam
-Pengawasan dan awatan dapat dilakukan segera
-Jika telah selamat melahirkan anak, pastikan placenta telah keluar sepenuhnya
-Sekiranya tidak keluar selepas 24 jam suntikan oxytocin diberikan pada ibu tersebut
-Tetapi sekiranya melebihi 24 jam suntikan Prostagladin (PGF) diberikan pada ibu tersebut.

Pengurusan Lembu kering susu
Lembu yang kadar pengeluarannya kurang dari 3 liter sehari dikeringkan

Kaedah pengeringan susu ada 2 cara iaitu
1) kering serta merta
Perah susu hingga kering
Masukkan antibiotik ” Dray Cow Antibiotik” pada ke empat-empat kuater teat canal untuk pembasmian kuman supaya uabat dimasukkan secara steril
Hentikan pemberian kosentret dan kurangkan pemberian air selama beberapa hari

2) keringkan beransur-ansur
Bagi lembu yang pengeluaran susunya kurang dari 3 liter
Sehari, Perah susu sekali sahaja iaitu sebelah pagi selang sehari
Barulah dikeringkan serta merta

Program kesihatan Ternakan Lembu Tenusu
Dalam memastikan ternakan berada dalam keadaan yang memuaskan pengawalan, pencegahan dan pembasmian penyakit perlu diambil berat, bertindak selepas sesuatu terjadi akan menyebabkan kerugian kos dari segi masa dan tenaga

Usaha mengatasi masalah dirancang dan di atur lebih awal agar tahap penghasilan
memuaskan
-Lakukan post mortem pada setiap ekor yang mati
-Rawat kes lekat uri, metritis dan penyakit salur pembiakan yang lain. (Lewatkan pembiakan (> 90 hari) bagi kes-kes ini untuk memastikan tisu uterus telah kembali pulih
-Rawat dengan segera kes-kes mastitis dan penyakit-penyakit yang boleh mengurangkan pengeluaran susu
-laksanakan program kesihatan gerompok yang lain
-Lakukan Ujian R.M.T / C.M.T bagi mengesan sub klinikal mastitis


Contoh rekod Program kesihatan yang dilaksanakan



A) Sila buat rekod kesihatan dan rawatan pada ibu


B) Sila buat rekod kesihatan dan rawatan pada anak



Program Pembiakan
Tujuan sebagai pengeluaran susu dan anak untuk mendapat hasil yang ekonomik. Faktor makanan dan kesihatan juga perlu diambil kira.

Program pembiakan dilakukan secara permanian berhadas setelah dikesan berahi
samada secara pusingan berahi secara semula jadi atau setelah dibuat rawatan hormon.Pengesahan berahi dilakukan oleh penternak kemudian barulah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk program permanian beradas, pemeriksaan fertelity dan pemeriksaan kebuntingan .
-Lakukan pemeriksaan kebuntingan sekali sebulan bagi memastikan tahap kebuntingan
-Mengesan kes keguguran, Mummified fetus dan keabnormalan lain
-program pengasingan lembu bunting berat
-Pemeriksaan post partum
-Pemeriksaan organ pembiakan betina selepas 30 hari beranak bertujuan memastikan tiada kes -klinikal dan uterus telah kembali normal
-Pemeriksaan infertiliti bagi menentukan punca ketidak suburan, mungkin perlu rawatan
-Pemeriksaan kebuntingan (P.D) dijalankan 2 bulan selepas perkahwinan tabie atau permanian beradas (A.I) di jalankan bagi menentukan lembu bunting atau tidak



Pemilihan Baka
Semen atau air mani beku digunakan bergantung kepada peratus darah induk bagi
membentuk darah 63% Fresian (Mafriwal) bagi menghasilkan genetik anak yang baik, sesuai dengan iklim tropika dan bakal menjadi induk pengganti yang dapat mengeluarkan susu yang banyak
-Sekiranya tanda-tanda berahi di kesan pada waktu pagi, permanian beradas akan dilakukan pada sebelah petang
-Sekiranya tanda-tanda berahi dikesan pada waktu petang, Permanian beradas dilakukan pada sebelah pagi keesokannya
-Penentuan Berahi dapat dilihat apabila betina mahu mengawan iaitu apabila ia rela bersedia untuk dipanjat oleh lembu –lembu jantan lain “ Standing Heat”
-Masa mengesan berahi adalah pada awal pagi 7.00 hingga 10.00 pagi dan pada sebelah petang 5.00 hingga 7.00 petang

Pengurusan kebersihan Permis Ternakan

Kebersihan adalah penting dalam bidang usaha ternakan yang mana ia bertujuan bagi mencegah pergerakkan mikroganisma dari jangkitan ternakan yang boleh membawa penyakit. Amalan kebersihan yang diamalkan akan meningkatkan pengeluaran susu yang bersih dan bermutu selain dari dapat menghindar ternakan dari diserang penyakit

Penggunaan bahan kimia perlu mengambil kira keberkesanan bahan kimia melawan bakteria dan kos yang dikeluarkan.

Antara program kebersihan yang dilakukan seperti berikut

Kekerapan

Rutin Harian

Seminggu Sekali

2 Minggu sekali

Sebulan sekali

Mencuci kandang

Mencuci peralatan

Disinfektan kandang anak

Disinfektan kandang tenusu

Kaedah- kaedah

2 Kali sehari

(sumber air kolam)

Keluarkan keladak dari dalam getah

Bahan kimia (lysol)

Bahan Kimia (Kapur)

Ditabur disekeliling lantai kandang sebelum ternakan masuk

_______________________________

B) Pengurusan Anak baru lahir
Pengurusan Anak baru lahir
Bersihkan lendir/ darah pada badan anak dan biarkan ibu menjilat anak tersebut
Potong tali pusat dan celupkan dengan cecair iodine
Lakukan pemeriksaan fizikal dan klinikal
Pastikan anak memperolehi susu kolestrum atau susu gantian dalam 1 jam selepas kelahiran..
Pada setiap hari, pemberian susu diberikan pada anak 2 kali sehari pagi dan petang
Merekod tarikh lahir, berat lahir , jantina, Nombor tag pada ibu sebagai rujukan akan datang

Pengurusan Umur 5 hari hingga 2 bulan
Anak lembu diletakkan dalam kandang individu atau berkumpulan
Pemberian susu segar/ susu gantian sebanyak 8- 10% dari berat badan
Calf Starter pada umur 2 minggu, ( 1 -1.5 kg/ ekor perhari)
Berikan rumput pada umur 4 minggu dan air secukupnya
Pemberian tanda (tagging pengenalan ) pada telinga untuk memudahkan kenal pasti pengenalan anak lembu tersebut
Pemerahan susu sebanyak 2 kali ( kolestrum) sehari pagi dan petang. Anak perlu di latih menghisap puting botol pada umur 2 minggu hingga 2 bulan. Susu diberi dari umur 1 hingga 2 bulan seterusnya anak diberikan rumput potong, Calf starter dan air supaya rumen anak cepat berfungsi . Anak dipelihara secara berkurung sepenuh masa.
Setiap bulan timbang kadar kenaikan anak lembu tenusu tersebut dan buatkan rekod bulanan


_______________________________

Sistem Pemerahan Susu
Terdapat 2 kaedah pemerahan yang diamalkan iaitu
a) manual- menggunakan tangan dengan teknik yang betul. lambat kalau tak mahir
b) Menggunakan mesin- Portabl Machine dengan kuasa eletrik- Penggunaan peralatan ini memudahkan kerja tetapi perlu dicuci bersih terlebih dahulu

Kaedah manual- menggunakan tangan
-Ianya memerlukan tenaga dan kemahiran pemerahan yang betul.
-Cara pemerahan yang haigenik tangan bersih, puting susu yang bersih, susu diperah ke dalam bekas yang bersih
-Perahlah secepat yang mungkin
-Sususan jari yang betul di kala memerah dapat mengelak puting susu dari terluka

Kaedah menggunakan Portable Machine
- Memandikan ternakan serta membersihkan ambing susu dengan sanittizer ( air suam/ Divisol)
-Melakukan CMT/ RMT kepada ke empat-empat puting susu
-Penggunaan anak sebagai rangsangan sebagai pengeluaran susu
-Memerah susu dengan mesin pemerah lebih kurang lapan minit
-Menapis susu sebelum dihantar ke Pusat Pengumpulan Susu
-Mencelup puting susu lembu kedalam iodine.

Sistem Pemerahan Susu
Lembu biasanya tahu yang ia akan diperah susu apabila melihat tuannya.
Proses keluaran susu bukanlah sesuatu yang berterusan. Susu akan keluar hasil dari rangsangan yang mencukupi. Penyusuan anak lembu merupakan rangsangan semula jadi bagi keluaran susu lembu. Kebiasaanya rangsangan juga boleh timbul dengan mengurut ambing susu itu secukupnya dengan air. Ianya memakan masa selama 45 saat dari permulaan rangsangan hinggalah susu keluar.Oleh itu pemerahan susu patut dimulakan dalam jangka masa satu minit selepas pembersihan ambing. Otot-otot dibahagian tertentu akan mengecut untuk jangka masa 1 minit. Oleh itu adalah perlu menyudahkan pemerahan susu dalam masa yang tersebut

Langkah-langkah pemerahan susu
Ikat lembu di tempatnya
kandang dan kawasan memerah hendaklah bersih dari najis, debu dan segala kekotoran lain
Memandikan ternakan serta membersihkan ambing susu dengan sanitizer (air suam/ Divisol)
Berikan minuman dan diikuti dengan makanan dedak
Sediakan tali untuk mengikat anak lembu dan ibu
Bawa segala peralatan memerah seperti 2 helai tuala, sebaldi air paip bersih, sebaldi air suam panasbercampur Divisol dan sebuah tong yang telah dibersihkan dengan air panas.Peralatan ini hendaklah diletakkan jauh dari lembu dan anak dan hanya digunakan semasa pemerahan sahaja
Penggunaan anak sebagai rangsangan sebagai pengeluaran susu
Jangan sekali-kali memukul atau menakut-nakutkan lembu kerana ia akan mengurangkan pengeluarannya
Biar anak menghisap susu sementara mengikat kaki ibunya
Gunakan tuala untuk mencuci ambing susu dan putingnya dengan air bersih setelah itu gunakan pula air mengandungi campuran divisol. Keringkan ambing dan tangan anda
Melakukan CMT/ RMT kepada keempat –empat puting susu (Strip cup mengesan mastitis)
Memerah susu dengan mesin pemerahan lebih kurang lapan minit
Menapis susu sebelum dihantar ke pusat jualan / Pusat pengumpulan susu
Mencelup putting susu lembu dengan iosan teat dep
Semasa memerah anda dilarang merokok atau meludah kerana perbuatan itu boleh merendahkan mutu dan merosakkan mutu susu
Selesai memerah susu hendaklah di curah ke dalam tong susu (churn) dengan menggunakan tapisan berupa sehelai kain putih bersih nipis. Selepas itu buka ikatan tali kaki lembu.Biasanya anaknya di beri satu dari puting untuk dihisap.

Selepas memerah
Anak lembu yang telah selesai menghisap susu ibu hendaklah dihantar balik ke tempatnya.. Celup ke empat puting susu ibunya dengan iosan. Lepaskan lembu ke padang ragut . Basuh kandang supaya bersih. Pastikan susu yang diperah bersih dan tidak ada sebarang kekotoran terjamin mutunya. Sejukkan susu segera dan boleh dihantar untuk dijual dengan seberapa segera


Kawalan Mutu Susu
Merupakan aspek penting dalam pengurusan lembu tenusu. Ini kerana susu merupakan sumber pendapatan utama bagi perusahaan lembu tenusu. Sekiranya pengusaha gagal mengawal mutu susu yang dihasilkan, ianya menyebabkan kerugian dari segi jualan dan nilai susu rendah. Untuk menjamin pngeluaran susu yang bermutu tiga faktor utama perlu diberikan perhatian sebelum pemerahan, ketika pemerahan dan selepas pemerahan..



Susu lembu adalah bahan yang mudah rosak. Dan langkah-langkah kebersihan perlu diambil untuk memastikan pengeluaran bersih. Menyejukkan susu secepat yang mungkin ke tahap di antara 100C hingga 40C adalah penting bagi menjamin kesegaran dan ketahanan. Penggunaan tangki penyejuk untuk menyimpan susu di ladang telah dapat memanjangkan masa simpanan susu sebelum ia dihantar ke kilang. Walaupun begitu, ia harus diproses selewat-lewatnya dua hari dalam penyimpanan untuk menjamin mutu dan kualiti susu tersebut.

Pemasaran Susu
Susu yang di perah dipasarkan terus ke Pusat Pengumpulan Industri Tenusu , Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan kadar harga bergantung kepada kualiti dan keputusan ujian semple susu di makmal
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Buat Rekod pemasaran seperti dibawah ini..


Ujian-ujian Platform di makmal
Pengusaha-pengusaha yang menjual susu hasilan ladang mereka kepada PPIT
dibeli dengan harga yang telah ditetapkan, bergantung kepada gred susu yang
dihasilkan. Susu tersebut harus terlebih dahulu lulus ujian-ujian Platform sebelum
ianya boleh diterima. Ujian-ujian Platform mempunyai beberapa ujian kualiti
seperti:
o Ujian rupa
o Ujian rasa
o Ujian bau
o Ujian Specific Gravity
o Ujian Alkohol.
o Ujian MBRT (Methalene Blue).

Hanya selepas lulus ujian-ujian ini susu tersebut boleh diterima. Walaupun begitu,
harga susu tersebut akan hanya ditentukan dengan ujian selanjutnya yang
dijalankan di makmal-makmal KAV (Kesihatan Awam Veterinar), Jabatan
Perkhidmatan Haiwan Malaysia. Ini dilakukan sekurang-kurangnya seminggu
sekali. Ujian-ujian yang dijalankan adalah:
o Ujian Alcohol
o Ujian Specific Gravity
o Ujian MBRT (Methalene Blue)
o Ujian TDS (Total Digestable Solid)
o Ujian SNF (Solid Non Fat) –pepejal bukan lemak
o Ujian peratus lemak
o Ujian TPC (Total Plate Count- bakteria)
Susu yang telah diuji kualitinya akan disejukkan ke tahap di antara 2oC hingga 4oC
sebelum disimpan dan dipasarkan ke kilang-kilang pemproses atau diproses di
PPIT untuk jualan tempatan.



1-Buat Rekod Ujian yang dijalankan di makmal setiap bulan




Terdapat dua cara pemasaran susu segar yang biasa dipraktikkan dalam perusahaan
tenusu di negara ini.
A)Pengusaha menjual secara terus kepada pengguna
atau melalui agen. Biasanya ini dijalankan oleh pengusaha tradisional dan kecil-kecilan.
B)Pengusaha menjual susu hasil ladangnya melalui Pusat-pusat Pembangunan Industri Tenusu (PPIT), Jabatan Perkhidmatan Haiwanpada harga kontrak dengan beberapa insentif. Pemasaran susu yang dikendalikan oleh PPIT adalah berdasarkan kepada jumlah susu yang terkumpul dipusat-pusat dan juga ladang-ladang tenusu jabatan.

Pelan Kandang Cadangan



Aliran kewangan Untung rugi

Bilangan Bibit :10 ekor

Bil Anak : 7 ekor

Baka: Mafriwal

Jangka masa : 6 Bulan

Penyata perbelanjaan dan pendapatan Lembu Tenusu

Bulan

Jan

Feb

Mac

April

May

Jun

A)Aliran Tunai Masuk


5216.00

1785.81

3218.30

7106.38

7832.50

Baki kehadapan

600.00

1500.00





Jualan Susu

470.80

1684.48

2790.45

2193.96

2022.30

1815.65

Jualan anak tenusu




3100.00










Jumlah Aliran Tunai Masuk/RM

1070.80

3236.64

4576.26

8422.26

9128.68

9648.15








B)Aliran Tunai keluar







DCP

382.20

675.48

573.30

496.86

382.20

401.31

Molasses

44.46

72.96

76.76

85.88

133.76

27.36

Kos Ubat Veterinar

100.00

35.55

100.00

51.80

110.00

28.00

Peralatan

100.30

20.00

20.00

29.40

0

0

Kos upah/ gaji

320.00

600.00

620.00

600.00

620.00

580.00








Tabung penternak

4.38

16.84

27.90

21.94

20.22

18.16








Jumlah Aliran Tunai keluar/RM

1018.64

1450.83

1447.96

1315.88

1296.18

1054.80








Aliran tunai bersih

(A-B) /RM

52.16

1785.81

3128.30

7106.38

7832.50

8593.35








Penyata pendapatan

Jumlah RM

Hasil

14372.68

Belanja

3212.13

Untung kasar

11160.55

Tabung penternak

109.4

Ubat-ubatan veterinar

425.35

Peralatan

179.70

Kos Pentadbiran

187.30

Upah pekerja

3340.00

Pendapatan Kasar

6918.80

Analisis Marjin Kasar Lembu Tenusu

Perkara

Unit

RM/ Unit

Kuantiti

RM

Harga Seekor

A) Hasil

Jualan susu

1-Gred A

2-Gred B

3-Gred D

4-Gred F

5-Gred G

Jualan anak

1- Jantan 4 ekor

2- Betina 3 ekor

Liter

Kg

1.35

1.29

1.20

1.08

0.93

10.00

13.00

3565.0

1407.5

1828.3

1559.7

4770.8

144.0

152.0

4812.75

1815.68

2193.93

1684.48

437.84

1440.00

1988.00


Jumlah Hasil




14372.68


B) Kos Berubah 1

DCP

Molas

Kg

Kg

0.39

0.38

71.05

116.1

2770.95

441.18


Jumlah Kos Berubah 1




3212.13








C) Marjin Kasar 1

(A-B)




11160.55


D) Kos Berubah 2

1- Tabung penternak

2- Ubat/ veterinar

3- Kos pentadbiran

4- Upah pekerja

( 167 hari X 4 org X RM 5.00 )




109.40

425.35

187.30

3340.00


Jumlah Kos Berubah 2




4241.00


E) Marjin kasar 2

(C-D)




6918.80


Untung kasar




6918.80



Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks