Sunday, March 18, 2012

SISTEM PENGGUNAAN PASTURA



FAKTOR PERTIMBANGAN PENGURUSAN DAN PENGGUNAAN PASTURA / FODER
Pengurusan dan penggunaan pastura/foder boleh dicapai dengan pertimbangan faktur berikut:
-Hasil pengeluaran
-Kualiti
-Ketahanan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

SISTEM PENGGUNAAN PASTURA

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Bagi menghasilkan penggunaan yang optimum pertimbangan ketiga-tiga faktor di atas mesti di ambil kira
-Kualiti dan kuantiti pastura/foder bergantung kepada jarak pemotongan / tempoh pertumbuhan semula
-Foder tidak sepatutnya dipotong pada umur terlalu tua dan terlalu muda
-Pada umur muda , hasil akan berkurangan
-Pada umur terlalu tua (berbunga) kualiti khasiat protein terkandung akan jatuh.

KAEDAH PENGGUNAAN PASTURA/FODER
Pastura / foder digunakan dengan 2 cara:
1.Ragutan
2.Potong angkut (Foder)

SISTEM RAGUTAN
-Sistem traditional
-Ternakan diberi kebebasan untuk meragut
-Memerlukan kawasan yang luas
-Faktur ekonomi ( untung/rugi) perlu diambil kira

JENIS SISTEM RAGUTAN
1. Sistem ragutan pusingan sehari
i)Perlu banyak pedok
ii) Sesuai bagi lembu tenusu
2. Sistem ragutan dengan 2 kumpulan (Leader & Follower)
Hari pertama lembu tenusu di ikuti lembu daging (kering) pada hari kedua
3.Sistem ragutan pusingan seminggu/ 2minggu
-Saiz gerompok mestilah sesuai bagi mengelak pijakan melampau
-Sesuai bagi lembu kering, kembiri, heifer, anak dan pedaging
4.Sistem ragutan berterusan diubahsuai
-Saiz pedok yang lebih besar 20-40 ekar
-Ternakan dipindah kepedok simpanan 3-4 kali setahun - Pembajaan, pengawalan rumpai dsb
-Tidak sesuai bagi kawalan parasit
-Sesuai untuk lembu pedaging
5.Sistem ragutan berterusan
-Sesuai di amalkan bagi kawasan luas
-Kadar muatan ternakan mesti sesuai
-Tenaga buruh dapat dijimatkan
-Ternakan lebih cenderung kepada ragutan pemilihan
-Pedok simpanan masih diperlukan
KADAR MUATAN TERNAKAN (STOCKING RATE)
Definasi
Bilangan unit ternakan di muatkan didalam satu hektar untuk jangkamasa setahun

MANIPULASI KADAR MUATAN TERNAKAN
Cara berkesan untuk meningkatkan produktiviti kawasan pastura dari segi peningkatan berat badan dan pengeluaran susu ialah dengan mengubahsuai stocking rate dari semasa kesemasa
Kenaikan berat badan seekor ternakan menurun apabila stocking rate meningkat, tetapi kenaikan bagi seunit kawasan meningkat keparas optima dan menurun.



PENGIRAAN KELUASAN PEDOK DAN BILANGAN TERNAKAN
Bilangan ternakan yang boleh ditampung dalam satu kawasan dan tempoh tertentu bergantung kepada jenis rumput dan ternakan
Setiap jenis rumput mampu mengeluarkan hasil yang berbeza.



Bagaimana hendak menentukan bilangan ternakan dan bilangan hari meragut jika keluasan pedok tidak sama?
Biasanya pedok ragutan yang sedia ada tidak mempunyai saiz yang sama. Bagi melaksanakan satu sistem ragutan pusingan, satu jadual ragutan yang ketat (grazing calendar) perlu dibuat dengan mengambil kira hasil pastura pada setiap musim

JADUAL RAGUTAN
Jadual ragutan ialah satu jadual penggunaan pedok ragutan yang dirancang bagi semua kumpulan ternakan.




SISTEM PEMOTONGAN
-Sistem pemotongan (Cut and Carry )
-Rumput yang sesuai bagi sistem ini ialah
1.Rumput gajah
2.Rumput kuda
3.Setaria

-Ada juga pihak tertentu menggunakan rumput lain seperti rumput signal dan humidicola
-Sepertimana sistem ragutan, sistem pemotongan juga memerlukan satu jadual yang teratur.
-Jadual perlu bagi menentukan foder dipotong pada tahap umur tertentu bagi menjamin kualiti yang baik
-Pada amnya umur pemotongan bagi rumput foder adalah seperti dibawah:
*Rumput gajah 35-45 hari
*Rumput kuda 28-30 hari
-Oleh kerana pedok foder tidak dimasuki oleh ternakan, pembajaan bagi pedok ini dibuat dengan lengkap iaitu pembajaan NPK
-Foder dipotong dengan mesin dan dibekalkan kepada ternakan dikandang
-Selalunya ternakan tidak memakan habis foder yang dibekalkan. Sisa foder ini boleh dibuat kompos untuk dibaja kembali kepada pedok foder








PENGURUSAN RAGUTAN
-Kawasan untuk binaan bangunan (kandang dan lain-lain) dan kawasan ragutan mesti ditentukan
-Aktiviti meracun (blanket) mesti dihentikan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum dimasuki ternakan
Pengurusan Ragutan
-Pengawalan rumpai (spot sraying) mesti dilakukan ke atas rumpai yang tidak dimakan seperti pokok kapal terbang, senduduk, senduduk bulu dsb sebaik sahaja lembu dikeluarkan dari pedok tersebut
Pengurusan ragutan
Ragutan melampau hendaklah dielakan. Ia mengakibatkan:
!- Pertumbuhan semula yang kurang
!- Hakisan tanah - kekurangan hasil buah

Makanan tambahan dan minuman
-Garam jilat (Mineral salt) dan air minum hendaklah sentiasa disediakan.
-Pemagaran pedok hendaklah mengambilkira kawasan berair seperti lopak / anak sungai ATAU tangki air mesti disediakan.



Pengurusan spesis
Pengurusan ragutan yang sistematik akan mengekalkan spesis yang tertentu dan bermenafaat untuk ternakan.
Kombinasi Asystasia (60%) dan Paspalum (30%) adalah sesuai bagi ternakan.
Bila ternakan dipindahkan kekawasan lain. Foraj yang tidak dimakan (Rumpai) hendaklah diracun.
Kerja pengawalan rumpai hendaklah dibuat berterusan ( 5 hingga 6 pusingan) boleh menghapuskan rumpai.

Merumpai
-Hakikatnya kos merumpai dapat dijimatkan antara 17 - 25% (getah/Bebiri)
-Tumbuhan yang perlu dikawal (racun) ialah:
*Pokok kapal terbang
*Senduduk
*Senduduk bulu
*Pokok tahi ayam
*Pakis (Dicranopteris linearis)
*Lalang dan lain-lain
- Mikania micranta
- Sejenis rumpai bahaya tetapi sesuai untuk makanan ternakan
- Perlu dikawal bila melilit anak pokok

Racun kimia
Tumbuhan yang tidak dimakan biasanya dari spesis daun lebar
Racun khusus bagi daun lebar sepatutnya digunakan:
-Ally 20 DF + Ken Up
-Metsulfuryl-methyl
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

FODER, HAY , SILAJ ,SILAWRAP & HAYLAJ



PENYIMPANAN FODER
KENAPA FODER PERLU DISIMPAN ?
-Foder perlu disimpan untuk bekalan dimasa kekurangan bekalan foder
-Cara penyimpanan yang sesuai boleh menjamin kualiti yang baik
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
FODER, HAY , SILAJ ,SILAWRAP & HAYLAJ
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
KAEDAH PENYIMPANAN
1)Simpanan kering-Hay
2)Simpanan separa kering-Haylage
3)Simpanan lembap-Silage (Silaj)

HAY
Definasi
Rumput kering (11-14% kandungan air)
Hay adalah hijauan makanan ternak yang diawetkan dengan cara dikeringkan di lapangan atau di tempat tertutup, dengan panas matahari atau buatan, mempunyai kandungan kering (BK) 80-85%, warna tetap hijau dan berbau enak.

Faedah rumput kering (Hay)
-Menyediakan makanan yang berkualiti dan bahan kering yang terjamin kesediaanya
-Boleh disimpan lama sekiranya disimpan ditempat yang sesuai
Senang diangkut dan digunakan.

Pengeringan dengan Panas Matahari
Jenis pengeringan dan pengaruhnya terhadap kadar air


Untuk membuat rumput kering yang berkualiti, rumput yang digunakan mestilah:-
-Segar dan bebas dari rumpai
-Di potong pada peringkat umur yang sesuai (sebelum berbunga)
-Hendaklah dikeringkan (kandungan air 12-14 %) sama ada dijemur dengan panas matahari atau menggunakan mesin pengering.

Kaedah:
-Memotong - Mower conditioner
-Mencakar - Rake (Tedder rake)
-Mengikat - Hay baller
-Menyimpan – storage

FAEDAH HAY
-Bekalan berterusan dan berkualiti
-Boleh disimpan lama
-Senang diangkut dan digunakan

FAKTOR PENGHALANG DALAM PEMBUATAN HAY
Cuaca:
-Memerlukan musim panas yang panjang
-Jentera dan kelengkapan
-Kos jentera dan kelengkapan yang tinggi

LANGKAH MEMBUAT HAY
-Memotong dengan Mower Conditioner dan dibiarkan mengering selama 2 hingga 3 hari
-Membalikkan dengan menggunakan tedder rake
-Mengikat dengan membuat ketulan dengan menggunakan Hay baller
-Mengangkut dan menyimpan ke dalam stor

SILAJ (Silase)
Definasi
Silaj / Silase adalah hasil dari penyimpanan dan fermentasi rumput segar di bawah kondisi anaerob (hampa udara) di dalam suatu tempat yang disebut silo.
Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.

-Foder yang berkelebapan tinggi (30-75%)diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobik) dalam jangkamasa yang lama bagi mengelakan kerosakan

TUJUAN
-Penyimpanan bagi kegunaan semasa berlebihan
-Mengurangkan kegunaan kawasan pastura dimusim kemarau
-Pemotongan dilakukan pada masa umur yang ditetapkan.

BAHAN
-Rumput
-Tumbuhan kekacang
-Biji bijian
Lain-lain:
-Pelepah Sawit
-Pokok jagung
-Kulit nenas dan lain-lain

Jenis-jenis silo
Tower - silo (silo bulat)
Trench silo (silo dalam tanah)
Bunker silo (silo atas tanah)
Plastik covered stack silo (menutup longgokan rumput dengan kain plastik)

TEMPAT SIMPANAN (SILO)




LANGKAH MEMBUAT SILAJ
-Memotong rumput
-Mengisi kedalam silo
-Memampat
-Menutup dengan plastik
-Menimbus
KAEDAH MEMBUAT SILAJ
Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek di antara 3 – 15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.
Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organik (sulfuric, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga menggunakan asid organik (formic, propionik) tetapi bahan-bahan tersebut sangat mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh di dapati dengan lebih murah seperti molas dan bijirin.
Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan ini bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.

FAKTOR MEMPENGARUHI MUTU SILAJ
-Udara
-Saiz keratan
-Kandungan air
-Kandungan gula
-Bahan asing
-Kualiti bahan yang digunakan

TINDAKBALAS KIMIA DALAM SILAJ
-Pernafasan sel tumbuhan menghasilkan haba
-Haba melembutkan tisu dan menggalakan pertumbuhan bakteria yang menghasilkan asid laktid
-Pertumbuhan kulat akan terhenti diganti dengan bakteria anerobik
TINDAKBALAS KIMIA DALAM SILAJ
-Asid laktid yang terhasil tidak bahaya. Mutu silaj bergantung kepada kepekatan akhir asid laktid (2%)

MESIN PEMOTONG SILAJ
-Flail Forager
-Double chop machine
-Precision chop machine

NILAI ZAT SILAJ
Jadual Nilai Pemakanan Rumput Segar dan Silaj



Purata bahan kering dan nilai analisis proksimat rumput kering yang disimpan untuk beberapa jangkat waktu


Nilai zat bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan dan cara pembuatan silaj



PRINSIP PEMERAMAN
-Udara mengandungi jumlah oksigen yang tinggi
-Kerosakan berlaku bila bahan tanaman dioksidakan



Bahan aditif silaj
Aditif boleh dibahagikan kepada 3 kategori
1.Penggalak fermentasi (fermentation stimulants) - bakteria, enzim.
Bakteria
Mengggalak proses fermentasi
Dari kumpulan Lactobacillus plantarum
Boleh membiak dalam julat suhu dan kelembapan yang luas
2.Penghalang fermentasi ( fermentation inhibitors) - asid propionik, asid formik, asid sulfurik
Enzim
Memecahkan dinding sel tanaman dan kanji dan menghasilkan gula tambahan untuk penapaian asid laktid
3. Substrak atau sumber Nitrogen
- Molasses, Urea dan anhidrous amonia
- Memanjangkan tempoh kesetabilan erobik (aerobik stability) disamping menambah nilai nitrogen bagi tumbuhan kurang protein



Keberkesanan Silager
Menjimatkan penggunaan bekas simpanan
Meningkatkan 42% muatan ATAU
Penjimatan 30% berbanding dengan kaedah manual
Meningkatkan kualiti silaj
pH ?
Kandungan Nutrien ?

Faktor mempengaruhi kualiti silaj
1. Udara
2. Udara yang terperangkap akan menghasilkan silaj yang tidak berkualiti, hitam
dan berbau busuk
3. Saiz keratan
4. Potongan yang kecil senang dipadatkan .Saiz 1 - 3 cm senang dipadatkan
-kandungan air antara 30 - 75 %
-kandungan air melebehi 80 menyebabkan kehilangan nutrien
-Pemotongan selepas embun kering boleh mengelakan kandungan air yang tinggi

Tahap gula
-Pembentukan asid laktid bergantung kepada jumlah gula dalam tumbuhan.
Bahan asing
-Pencemaran boleh merosakan silaj. Sumber pencemaran selalunya datang dari tanah
Kualiti bahan yang digunakan
-Bahan yang bermutu menghasilkan silaj yang bermutu
-Bahan yang dipertimbangkan seperti protin, tenaga, penghadaman dan lain-lain
Kualiti Silaj
-Kualiti silaj dapat ditentukan dengan bau, warna, pH, tekstur dan kandungan kimia
-pH adalah penunjuk yang sesuai bagi kualiti silaj

PEMERAMAN SILAJ
Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj.
Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, baunya tidak menyenangkan dan mendatangkan mudarat kepada ternakan.
Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggap rosak.
Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo tidak sesuai dipraktikkan di negara ini. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta system penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan aerobic. Disamping itu jenis silo yang digunakan ini, tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa diisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang akan dihasilkan.

Dua jenis silo yang lebih praktikal jika digunakan adalah seperti
berikut:-
1.Silaj tong plastik
2.Silawrap

SILAJ TONG PLASTIK
Penggunakan tong plastik sebagai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong plastik adalah paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastkc yang mampu bertahan mengikut cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.
Penghasilan silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan mendapatkan bahan silaj ke dalam silo, menggunakan tenaga manusia, di mana seseorang pekerja perlu memijak bahan silaj sehingga padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam silo dikeluarkan sepenuhnya. Memampatkan bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan kurang praktikal. Akibatnya kualiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti.
Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik yang diubahsuai. Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor eletrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan. Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar. Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang banyak kerana mampatan ini dapat menjimatkan jumlah tong yang digunakan dan udara di dalam tong dapat diminimumkan. Selain daripada itu, penutup tong dapat ditutup dengan kemas dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fementasi silaj berlaku dengan sempurna.
Mesin ini juga dilengkapi dengan penyedut udara yang direka khusus bagi menyedut udara daripada tong plastik yang diubahsuai dengan memasang injap pada penutup tong.
Mesin pemampat mekanikal berpotensi besar untuk dikomersilkan kerana mempunyai ciri-ciri kecekapan tinggi dimana kerja-kerja menghasilkan silaj menjadi lebih mudah, cepat dan kualiti silaj yang dihasilkan adalah terjamin.

MESIN PEMAMPAT MEKANIKAL
Bahan foraj yang dipotong dengan saiz yang sesuai, diisi ke dalam tong plastik dengan menggunakan penyodok (spade). Tong plastik yang hampir penuh ditolak di atas roller conveyor sehingga di bawah plat dan ditekan dengan mengawal suis pam. Dua orang pekerja diperlukan untuk menjalankan kerja ini. Seorang untuk mengawal suis alat pemampat manakala seorang lagi menambah bahan foraj ke dalam tong plastik.
Bahan foraj ditekan dan diisi berulangkali sehingga tong plastik betul-betul penuh. Apabila penuh, penutup tong plastik diletak di atas tong dan ditekan dengan plat kemudian diklip. Udara lebihan di dalam tong disedut keluar dengan menggunakan alat penyedut udara melalu injap.


Kualiti Silaj
Kualiti silaj berasaskan sifat fizikal dan kimia bagi rumput dan kekacang


Kualiti silaj berasaskan sifat fizikal dan kimia bagi rumput dan kekacang



Warna
1.Kualiti Baik
=Terang, hijau cerah kekuningan atau hijau kelabu
2.Sederhana
=Hijau kekuningan atau hijau perang
3.Tidak baik
Penapaian tidak baik
=Hijau gelap, biru, perang atau kelabu
Haba tinggi
=Hitam





BAU
1.Kualiti Baik
=Bau asid laktid tanpa bau asid butirid
2.Sederhana
=Sedikit bau asid butirik dan amonia
3.Tidak baik
Penapaian tidak baik
=Bau asid butirik yang kuat
Haba tinggi
=Bau gula terbakar atau bau tembakau

TEKSTUR
1.Kualiti Baik
=Tetap bentuk dengan bahan tisu tidak mudah tanggal dari serat
2.Sederhana
=Bahan tisu boleh tanggal dari serat
3.Tidak baik
Penapaian tidak baik
=Licin, bahan tisu boleh tanggal dari serat dengan mudah
Haba tinggi
=Kering, Mudah hancur bila diramas, berkulat
FAKTOR PENYEBAB
1.Sederhana
=Terlampau lembab, tidak cukup gula tumbuhan
2.Tidak baik
=Terlampau sedikit kandungan air, mampatan kurang, penutupan tidak sempurna, keratan terlalu panjang

CARA MENGATASI
1.Sederhana
=Peram pada kandungan air yang rendah,gunakan bahan pengawit
2.Tidak baik
Penapaian tidak baik
=Layukan di ladang, gunakan bahan kimia dan bahan aditif mikrob
Haba tinggi
=Mampatkan silaj dan keluarkan udara, potong pendek untuk mapatan yang lebih, peram pada kelembapan yang tinggi.

KELEMBAPAN
1.Kualiti Baik
=60-70% bagi silo mendatar dan 60-65% bagi silo menegak
2.Sederhana
=Melebehi 65%
3.Tidak baik
Penapaian tidak baik
=Selalunya lebih 72%
Haba tinggi
=Selalunya kurang dari 55%

Tindakbalas kimia dalam silaj
-Bakteria aerobik dan anaerobik terlibat dalam proses pemeraman
-Pengoksidan gula menghasilkan haba dan merosakan protin.
-Bakteria homofermentatif (bakteria asid laktid) menukarkan karbohaiderat larut air kepada asid laktid.

Silaj Jagung Manis
-Dinegara barat, silaj jagung dibuat bersama jagungnya sekali. Dimalaysia keuntungan tinggi diperolehi bila batang jagung setelah dituai dibuat silaj.
-Satu haktar jagung manis menghasilkan 10 tan jagung cukup untuk 10 ekor lembu tenusu selama 40 - 45 hari.
Pokok-pokok jagung dipotong dan dikumpulkan pada umur 75 hari selepas menanam. Sisa jagung hendaklah dipastikan tidak kering di ladang supaya kandungan kelembapan batang jagung sediaada akan memudahkan kemampatan bahan-bahan hancur dan menggalakkan keadaan anaerobic. Terdapat dua cara pungutan dan pemotongan batang jagung iaitu:-
i) - potong batang jagung secara manual
- angkut secara manual atau dengan treler
- cincang batang jagung dengan shredder
ii) - potong dan hancurkan batang jagung dengan forage harvester
- angkut dengan treler
Kerja memotong batang jagung perlu dilakukan dalam masa 3 hari selepas penuaian buah jagung dan diangkut dengan treler dari ladang ke kandang. Pemotongan batang jagung kepada keratan kecil untuk pemampatan dan proses pemeraman dijalankan dengan penggunaan forage chopper di tapak silo. Silaj yang dihasilkan dengan kaedah yang betul boleh digunakan selepas 3 hingga 4 minggu diawet tanpa terdedah kepada udara. Untuk meningkatkan mutu dan mempercepatkan proses fermentasi silaj sebanyak 1 % cairan molas disiram ke atas batang jagung semasa pemampatan. Sebanyak 10 kg molas/tan metrik silaj digunakan dengan kadar pencairan 1 kg molas kepada 5 liter air. Selepas tungkul jagung dituai, batangnya masih mengandungi sumber nutrien yang tinggi dan sesuai untuk ternakan.
Kandungan nutrien batang jagung manis segar dan silaj
Semasa umur penuaian iaitu 75 hari kandungan protin kasar ialah 9.6 % dan tenaga ungkaibina (ME) adalah 7.82 MJ/kg boleh didapati dari batang jagung. Dengan kandungan nutrien yang agak tinggi pengawetan bahan tersebut perlu dijalankan bagi menampung kekurangan makanan ternakan semasa musim kurang baik.

SILAJ NAPIER (rumput gajah)
Di antara beberapa spesis rumput terpilih yang didapati di negara ini, rumput gajah adalah yang paling sesuai untuk dijadikan silaj. Ini berdasarkan kepada penghasilan dan kandungan karbohidrat yang tinggi. Kajian menunjukkan rumput gajah perlu dipotong pada peringkat umur 40 hari untuk mendapatkan zat nutrien yang optimum.
Kandungan nutrien rumput napier segar dan silaj
Kandungan protin kasar dan tenaga ungkaibina akan menurun dengan mendadak pada peringkat umur 75 hari

Kelebihan Silaj
1.Nilai pemakanan tidak berubah sepanjang masa
2.kaedah yang ekonomik dimana berlaku ragutan pilihan
Silaj hanya memerlukan ruangan simpanan 3 kali kurang berbanding dengan hay (berasaskan DM)
3.Tidak boleh dimusnahkan dengan api
4.Menyediakan makanan yang mengandungi air yang tinggi dimusim kemarau
5.Meningkatkan digestibility protin
6.Memelihara kebanyakan vitamin
7.Boleh mencampurkan NPN (Urea) tanpa bahaya
8.Boleh menggunakan sisa haiwan dengan selamat untuk menghindarkan patogen
9.Menyelamatkan foraj dari bencana alam (banjir, kemarau, fros)
10.Memusnahkan kebanyakan fitotoksin seperti asid oksalid (jerami padi), asid prusik dan tannin

KELEMAHAN SILAJ
1.Mengandungi vitamin D yang kurang berbanding dengan rumput segar
2.lebih berat 3 kali ganda berbanding dengan hay
3.kehilangan sehingan 30% DM boleh berlaku jika pengurusan silo yang tidak sempurna

SILAWRAP
Silawrap adalah teknik baru dalam pembuatan silaj. Silaj berbungkus ini boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah sekali jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah sebelumnya.

1.Silaj dikeluarkan dalam bentuk balutan plastik
2.Rumput tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah

Silaj boleh diperam dengan membungkusnya. Mesin pembungkus digunakan untuk kaedah ini. Walau bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk rumput gajah, jagung/sisa tanaman jagung dan sekoi kerana bahan yang besar dan keras akan mewujudkan rongga dan boleh memecahkan plastik pembungkus.
Sebelum membungkus, mesin Silawrap mini digunakan dahulu untuk memungut bahan silaj. Mesin ini akan memungut dan memadatkan rumput serta mengikatnya supaya menjadi bandela yang berbentuk silinder. Bandela ini dikeluarkan dari bahagian depan mesin. Silawrap ini kemudiannya disiram dengan molas atau urea sebagai bahan tambah sebelum dibungkus dengan mesin pembungkus. Untuk simpanan yang lama, perlu dipastikan supaya tiada tebukan atau pecahan pada bahagian plastik bungkusan ini. Penggunaan kaedah ini memerlukan kos yang tinggi kerana prosesnya melibatkan beberapa mesin dan peralatan yang lain.

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT SILAWRAP
1.Memotong rumput dengan mesin seperti Rotoslasher
2.Membuat ketulan (Bundle) dengan mesin
3.Membalut dengan mesin:
a)berat 30 Kg
b)Guna plastik lekat
4.Simpan

MASALAH PENGHASILAN SILAWRAP
1.Plastik tidak tahan lama jika diletak tempat terdedah perosak- tikus , semut merosakan plastik
2.Kos mahal: Terutama kos plastik

HAYLAJ
Definasi
Haylaj ialah rumput foder separa kering (35-50% kandungan air)

1.Tanpa pemeraman
2.Penyimpanan secara longgar didalam bangsal
3.Rumput yang sesuai ialah:
-Rumput gajah
-Rumput guinea
-Brachiaria humidicola
-Setaria

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment