Thursday, March 15, 2012

Keasidan dan pengapuran tanah ladang



Keasidan tanah dan pengapuran tanah adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan tanah. Keasidan tanah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah menjejaskan pertumbuhan tanaman kerana akar-akar tanaman tidak dapat tumbuh dengan baik bagi meyerap zat-zat makanan dalam tanah. Tanah yang sangat masam perlu dijalankan Pengapuran (Liming) untuk mengurangkan kemasaman tersebut mengikut kadar yang disyorkan.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
KEASIDAN DAN PENGAPURAN TANAH
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tanah boleh dikategorikan sebagai Tanah Masam (Berasid), Tanah Neuteral dan juga Tanah Beralkali. Nilai keasidan tanah ini di ukur dengan skala pH iaitu satu skala yang digunakan untuk mengukur dalam lingkungan julat 1 - 14 dimana pada bacaan skala 7 adalah di panggil Neuteral. Air bersih atau air tulin mempunyai bacaan 7 jika ianya neuteral. Tanah biasanya mempunyai tahap keasidan pada skala 3 pada tanah berasid (Seperti tanah asid sulfat) dan berada pada skala 8-9 iaitu tanah yang ada batu kapor. Kebanyakan tanah pertanian yang berada di atas muka bumi mempunyai pH antara 4.5 hingga 7.5. Jadi Pengapuran adalah satu kaedah untuk memperbaiki pH tanah dengan meningkatkan skala pH tanah daripada rendah kepada lingkungan pH 6.5 (atau skala pH5.8 untuk tanah gambut)

Tanah boleh dikategorikan sebagai Tanah Masam (Berasid), Tanah Neuteral dan juga Tanah Beralkali. Nilai keasidan tanah ini di ukur dengan skala pH iaitu satu skala yang digunakan untuk mengukur dalam lingkungan julat 1 - 14 dimana pada bacaan skala 7 adalah di panggil Neuteral. Air bersih atau air tulin mempunyai bacaan 7 jika ianya neuteral. Tanah biasanya mempunyai tahap keasidan pada skala 3 pada tanah berasid (Seperti tanah asid sulfat) dan berada pada skala 8-9 iaitu tanah yang ada batu kapor. Kebanyakan tanah pertanian yang berada di atas muka bumi mempunyai pH antara 4.5 hingga 7.5.

Cara untuk menguji kemasaman dan keasidan tanah mudah dijalankan dengan menggunakan kertas litmus yang akan berubah warna apabila di kenakan dengan larutan atau pada sampel tanah. Bacaan keasidan akan diperolehi dengan mempadankan warna kertas litmus tersebut dengan carta indek bacaan (Standard colour chart - Munsell Color Chart) sama ada ianya tanah berasid, neuteral atau beralkali. Kini kaedah untuk mengetahui pH tanah sangat mudah dibuat dengan Alat Eletronik pH Meter, Cucukan alat pH meter (Berbentuk Kon atau lain2 bentuk) kedalam sampel tanah dan bacaan akan didapati sertamerta dengan ketepatan yang jitu.

KENAPA TANAH BERASID?
-Tanah berasid kerana ion Al+++ dan H+ dalam tanah
-Bila air mengalir celah kumin tanah, ion Na+, Mg++, Ca++, K+ mengganti dengan ion H+pH Tanah

Keasidan diukur oleh kepekatan ion
H+PH = Log 1 / [ H+]
[ H+ = Mol/ l]

JENIS KEASIDAN
Keasidan aktif:
-Kepekatan H+ dalam larutan tanah

Keasidan simpanan:
-Jumlah H+ dan Al+++ yang dipegang oleh koloid tanah

KESAN pH TANAH
-Perubahan pH mempengaruhi kedapatan (Kesediaadaan) zat pemakanan didalam tanah:
*pH tinggi: Mengurangkan Fe, Mn, Zn, Cu, Co
*pH 6 - 8.5: Ca dan Mg tinggi
*pH 6 - 6.5 : K dan Mo tinggi

PENGIKATAN FOSFAT
-Fosfat sensitif kepada pH tanah
-H PO4= tersedia dalam pH tinggi (Alkali)
-Dalam keadaan berasid H PO4= dan H2 PO4- tersedia
-Dalam pH sangat berasid hanya H2 PO4- tersedia

CARA PENGIKATAN FOSFAT
P Terikat dengan berbagai cara:
-Bersatu dengan ion Ca++, Mg++, Al+++ dan Fe+++ (Sebatian tidak larut)
-Terikat dengan hidupan seni
-Bersatu dengan sebatian organik (Komplek)
-Diserap dipermukaan tanah

FAKTOR MEMPENGARUHI PENGIKATAN FOSFAT
-Nilai pH
-P Terikat dalam pH terlampau tinggi atau rendah
-Tempoh P dalam tanah
-Lebih lama P dalam tanah lebih tinggi pengikatan
-Kandungan liat dalam tanah
-Lebih tinggi kandungan liat lebih tinggi pengikatan P
-Jumlah P
-Lebih banyak kandungan P tersedia lebih kurang pengikatan P

FAKTOR MEMPENGARUHI PENGIKATAN FOSFAT
-Kandungan bahan organik
-Bahan organik mencepatkan kelarutan fosfat dan menguraikan fosfat terikat.

MEMAKSIMA PENGGUNAAN BAJA FOSFAT
-Penaburan baja P secara berperingkat
-Tabur dengan kadar yang rendah bagi setiap penaburan
-Pengapuran tanah

PENGAPURAN TANAH
Tujuan:
-Meningkatkan pH tanah berasid
-Meningkat penggunaan baja fosfat
-Membekal mineral seperti Ca dan Mg
-Mengawal pertumbuhan bakteria

BAHAN KAPOR
Karbonat:
-CaCo3, Dolomite, Calcite
-Oksid/Hidroksid:
-Slaked lime
-Basic slag

ANGGARAN KEPERLUAN KAPOR
-pH yang sesuai untuk pastura ialah 5-7
-Secara kuantitatif keperluan kapor ditentukan dimakmal dengan kaedah Dun (1973)
-Dalam kaedah biasa satu (1) tan kapor boleh menaikkan 0.5 nilai pH bagi setiap ekar atau 2-3 tan / ha

FAKTOR YANG MENENTUKAN KEPERLUAN KAPOR
1. pH tanah
pH rendah perlu banyak kapor
2. Tetalan tanah
Tanah tetalan halus perlu banyak kapor dari tanah tetalan kasar
3. Bahan organik
Lebih banyak bahan organik lebih banyak kapor diperlukan
4. Jenis tanaman
Setiap jenis tanaman sesuai pada pH yang berbeza
5. Jenis bahan kapor
Contoh: Kadar bagi “hidrated lime” lebih rendah dari “Ground Limestone”

CARA MENABUR KAPOR
-Bentuk serbuk akan memberikan kesan maksimum
-Penaburan mestilah rata
-Menggunakan spinner broadcaster
-Diawal penanaman kapor ditabur selepas bajak putar dan diputar kembali

TINDAKBALAS KAPOR
Ion Mg++ dan Ca++ dari kapor menggantikan H+ dan Al+++

H+ + Ca Co3 = Ca++ + H20 + Co2
H+ + Ca (HC0)2 =Ca++ + 2 H20 + 2Co2
H+ + Ca (0H)2 = Ca++ + 2 H20

KESAN PENGAPORAN
1. Kenaikan pH tanah
2. Meningkat mineral dalam keadaan tersedia terutama Mg++ dan Ca++
3. Kedapatan Posforus Mo dan N
4. Kedapatan K: pengapuran meningkatkan K+
5. Membaiki agregat tanah:
Kehadiran Ca, Mg boleh memperbaiki sifat agregat tanah.
6. Kesan kepada organisma tanah:
Setengan MO berguna sesuai pada pH tinggi dan bakteria patogenik tidak sesuai pada pH tinggi.

PENGAPURAN MELAMPAU
Pengapuran melampau ialah pengapuran yang melebehi had keperluan. Ia akan mengurangkan sifat fizikal tanah serta mengurang kedapatan zat P, Bo, Zn dan Mn

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

No comments:

Post a Comment