Keperluan asas:-1. Kandang
2. Pagar perimeter
3. Pagar padok / petak
4. Kandang semi konkrit / papan
5. Bilik gelap
6. Crush
7. Lorong sempit
8. Alat penimbang
9. Pintu khas
10. Holding yard
Pagar Perimeter-Tinggi pagar 2.1 meter, sebaiknya 2.4 meter tinggi untuk rusa chital
-Tiang pagar persegi 15 sm X 15 sm atau bulat berdiameter 15 sm.
-Jarak antara tiang – 9 meter
-Panjang 3 meter, dan ditanam 90 sm
-Jenis ‘ Chain Link’ atau ‘Cyclone’
-Jika ‘Chain Link’, tanam 15 sm dalam bersimen konkrit.
Pagar Padok / PetakGunakan pagar cyclone
-Ketinggian 1.8m
-Tiang pagar persegi 10sm X 10 sm atau bulat dengan diameter 10sm.
-Tinggi 2.5 meter, ditanam sedalam 75 sm
-Jarak antara tiang pagar – 5 meter
-Pintu padok keluar masuk utama boleh sampai antara 4 – 4.5 meter.
Keperluan AsasTakung air minum-Simen konkrit, tong , culvert
-Bekas makanan sama ada Kayu, simen konkrit
-Kandang berbumbung
-Kolam mandian rusa (Sebuah kolam berukuran 9m x 3m x 1.5m)
-Kawasan Rumput
Pastura ditanam rumputRumput Bracharia decumbens Setaria splendide atau Setaria kazaungula ,Setaria nandi atau Panicum maximum
- Tanaman teduhan, Petai belalang, Pokok kesenai & Pokok teduhan
Kawalan dan jagaan- Dipelihara secara separa bebas
- Dibiar meragut setiap padok 6-7 hari
- Stocking rate 1 hektar untuk 20-24 ekor rusa.
Memberi makana) Konsentret 1.5 kg seekor
b) Daun petai belalang, nagka, kesenai, senduduk, ubi keledek, cempedak 8 – 10 kg sehari seekor.
c) Meragut rumput pastura, Bracharia decumbens
Kenaikan berat badanRusa sambar, berumur 5-6 bulan diberi makan konsentrat
-750gm sehari, meningkat berat badan 0.3kg/ekor/hari.
- Tanpa konsentrat kenaikan berat badan 0.125kg/ekor/hari.
- Pemberian konsentrat dan garam jilat boleh memudahkan proses penjinakan ternakan rusa.
-Air minuman bersih secukupnya.
PembiakanRusa adalah haiwan ternakan yang mempunyai kadar kelahiran tahunan yang tinggi, khusunya rusa jenis timorensis (exotic) disamping kadar kematian yang rendah, iaitu 2% - 5%. Namun begitu, rusa juga mempunyai musim mengawan dan musim melahirkan anaknya yang tersendiri.Antara musim mengawan bagi rusa ialah antara bulan Januari hingga bulan Mac. Sementara jarak atau tempoh bunting (gestation period) bagi seekor rusa betina ialah antara 5 hingga 10 bulan bergantung kepada jenis rusa. Namun begitu, musim mengawan merupakan musim yang perlukan komitmen dan perhatian yang tinggi dari para penternak kerana musim ini kerap berlaku pergaduhan dan pertarungan diantara rusa jantan dan rusa betina. Bagi mengatasi masalah pergaduhan ini, langkah pencegahan seperti pengasingan rusa baka dan rusa jantan yang lain perlu dilakukan.Bagi mengetahui sama ada baka rusa betina bunting atau sebaliknya, kaedah pemerhatian melalui rectal palpation dan menimbang berat badan rusa adalah cara yang paling mudah dan paling berkesan.
- Musim pembiakan Julai-September
-Kadar kelahiran rusa sambar boleh meningkat 60% ke 85%, setelah rusa pembiak diberi makanan tambahan.
-Kadar kelahiran rusa merah, 30%
-Kitaran berahi – 17-18 hari
-Lama berahi – 2hari
-Masa kebuntingan – 235 hari
- Kebuntingan dapat dikenal
a) Palpasi per rektal
b) Kenaikan berat badan
c) Perubahan saiz di bahagian abdomen
d) Ambing susu membesar
e) Vulva membesar
Penjagaan anakBerat lahir 8 – 10 kg
- Bangun selepas 20 – 30 minit dilahirkan
-Anak rusa suka menyembunyikan diri dalam rumput / semak, lebih kurang 10 hari
-Pusat disapu iodine, elak jangkitan kuman
-Pemberian susu gantian
ASPEK EKONOMI1. Baka
2. Daging
3. Tanduk lembut (Velvet)
4. Tanduk (Antlers)
5. Kulit
6. Ekor
7. Sinews
Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan industri negara. Antara produk yang mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara dan golongan penternak itu sendiri ialah seperti berikut :-
DAGING :
Digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Daging rusa juga mempunyai pasaran yang luas melalui permintaan yang tinggi dari hotel-hotel terkemuka negara, restoran-restoran dan para pemborong tempatan mahupun luar negara.
KULIT :
Digunakan sebagai barangan perhiasan dan turut digunakan dalam pembuatan industri barangan kulit yang tinggi mutunya seperti beg, kasut, baju dan lain-lain produk.
ANTHER/VELVET (TANDUK) :
Digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi cina dan mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet dalam perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan kecerdasan badan dan juga menggalakkan pertumbuhan berat badan (pig and chicken). Tanduk rusa turut dijadikan sebagai barang perhiasan, terutama dalam menghiasi dinding kediaman.
TULANG, PENIS, EMBRYO, TESTES :
Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai ubat-ubatan.
GIGI :
Dieksport keluar negara seperti Jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan yang dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.
LIGAMEN & TENDON :
Digunakan sebagai bahan perubatan untuk pasaran dalam dan pasaran luar negara seperti di negara jiran, terutama Thailand.
EKOR :
Digunakan sebagai barangan perubatan terutama untuk domestik pasaran dalam dan luar negara seperti Hong Kong.
Pemotongan Velvet1. Dipotong sekali setahun
2. Nilai velvet (A,B,C,D)
3. Dipotong apabila mencapai
4. Gunakan bius setempat
5. Ikat pangkal tanduk dengan getah
6. Potong dengan ‘embryotome wire’ diatas 1 sm dari koronet.
7. Simpan dalam chiller / freezer
Pemproses Velvet1. Pembungan bulu dengan membakar
2. Hiris nipis ½ sm
3. Keringkan pada suhu 45-65 dengan menggunakan ketuhar.
4. Digiling / tumbuk / kisar halus sehingga menjadi serbuk
FAKTOR MENGELAKKAN JANGKITAN PENYAKIT RUSA
1. Mengurangkan kontak langsung antara haiwan sakit dengan haiwan sihat.
2. Mengelakkan penyebarluaskan organisme infektif.
3. Mengelakkan atau mengurangkan tekanan.
4. Mengawal nutrisi ( pemberian nutrisi seimbang)
5. Elakkan pastura yang tidak sesuai.
6. Elakkan makanan tambahan yang tercemar.
PENGURUSAN TERNAKAN UNTUK MENGELAKKAN PENYAKIT 1. Pilih ternakan bebas penyakit.
2. Kuarantin atau asingkan ternakan berpanyakit.
3. Elakkan akan dan dewasa dalam kawasan ragutan yang sama.
4. Periksa dan rawat rusa yang baru masuk stok
MENGELAKKAN PENYEBARLUAS ORGANISME INFEKTIF1. Melaksanakan amalan kesihatan yang dapat mengurangkan kontaminasi tinja.
2. Kurangkan debu dan lumpur.
3. Kurangkan kesesakan stok.
4. Kurangkan vektor penyakit.
ELAKKAN TEKANAN1. Kurangkan kesesakan
2. Elakkan terlalu banyak penanganan.
3. Elakkan pengurusan/pertukaran pengurusan yang mendadak.
4. Elakkan kemungkinan kemalangan/trauma.
PENGAWALAN NUTRISI
1. Elakkan pertukaran makanan mendadak
2. Elakkan terlebih atau kurang makanan.
3. Amalkan makanan seimbang.
4. Elakkan tumbuhan/rumput yang berpotensi untuk menyebabkan keracunan makanan.
Pasteurellosis
Kematian kerana jangkitan septicaemia. Disebabkan oleh Pasteurella multocida
Pencegahan : Pemvaksinan HS
Kurangkan stress
Mendapat perlindungan yang baik dan pemakanan yang seimbang.
ClostridialTetanus ( Clostridium tetani )
Suntikan 2 doses pada umur muda dengan jarak 4-6 minggu.
Enterotoxaemia ( Clostridium perfringen Type D )
TuberkulosisDisebabkan oleh Mycobacterium bovis.
Kuman masuk melalui paru-paru, saluran pencernaan dan luka yang terbuka.
Paru-paru terdapat masa padat yang encapsulated.
Tanda-tanda : Berat badan menurun, kekurusan, berhenti makan, batuk, susah
bernafas dan diarea.Limfe nodus membengkak dan membesar, bernanah terutama di bahagian atas leher dan dada.
Lesi : Retropharygeal di bahagian leher dan kepala membengkak dan bernanah.
SEBARANG TANDA ABSES (PERNANAHAN) HENDAKLAH DIPANDANG PENTING UNTUK PENYAKIT TUBERKULOSISPENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
TraumaPenyebab utama kematian dan serangan penyakit ( English, 1921).
Trauma oleh sendiri dan antler.Buck yang terlalu agresif menyebabkan
kecederaan kepada rusa yang lain.
Kawalan : Peningkatan teknik pengendalaian rusa mengurangkan kejadian
kecederaan
Memotong tanduk pada setiap tahun.
Kematian PerinatalKadar kematian perinatal dapat terjadi pada 78% dari 144 induk. Lebih dari
separuh mati kerana kebuluran atau terdedah kepada penyakit. 67 % kematian
terdiri dari anak berat kurang dari 3 kg pada minggu pertama, dengan kekerapan
kejadian pada anak rusa berumur 48 jam.
Kurang Makan SeimbangKekurangan pemakanan yang seimbang dapat menyebabkan kerugian ekonomi dengan meningkatkan kerentanan sesuatu penyakit :
Contohnya : Kematian induk sesudah beranak
Kematian pejantan sesudah rutting.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...