Monday, February 13, 2012

Suntikan intravenous, Intramuscular, Subcutaneous



Pemberian Suntikan Ubat
Pemberian suntikan ubat bergantung kepada arahan pengeluar oleh itu lihat lebel dan baca arahan
-bahan asas
-Treade name
-Dosage
-Kepekatan ubat
-Tarikh luput


Add ImageAdd Image
Cara pengambilan
a.Goncang botol ubat
b.Periksa kehendak pembuat dan tarikh
c.Sapu spirit pada penutup
d.Masukan jarum bersih
e.Tonggangkan botol dan syrin
f.Tarik plunger ke paras banyak ubat yang diperlukan
g.Tentukan tiada udara didalam syiringe sebelum disuntik pada ternakan

Syringe (picagari)
Syringe boleh digunakan untuk memberi ubat-ubat dan juga untuk mengambil contoh-contoh darah, najis atau cecair untuk dihantar ke makmal



Saiz Syringe
1 ml
5 ml
10ml
15ml
20ml
30ml
50ml

Jarum (Needles)
Jarum di kriteriakan mengikut 2 cara iaitu panjang dan saiz (G-gauge)



Panjang

1” 1¼” 1½” 3”

Di gunakan untuk i/m i/v i/p i/c

¼” ½” ¾”

Digunakan untuk Suntikan intra dermal dan subcut


Saiz (G-gauge)

Untuk lembu, kerbau dan kambing

16 G 17 G 18 G 19 G

Untuk Kucing Dan anjing

23 G 24 G 25 G


Membersihkan jarum dan syringe
-Alat suntikan seperti jarum dan syringe terutama sekali yang digunakan untuk membuat suntikan vaksin hendaklah dibasmi kuman menggunakan kaedah fizikal.

-Pengunaan bahan kimia ( disinfectan /antiseptik) akan meninggalkan kesan sisa (keladak) pada alatan
tersebut ini mungkin memusnahkan virus/ kuman dalam vaksin tersebut ini mengakibatkan vaksin tersebut menjadi tidak berkesan.

-Pembasmian kuman atau memusnahkan mikro organisma pada jarum dan syringe
menggunakan kaedah fizikal
a)Sterilizer ( 30 minit –6 jam)
b)Rebusan ( air mendidih- boiling water) (30 minit keatas)
c)Hot air oven ( udara panas) (160 °C untuk 1 jam)
d)Autoclave (121°C untuk 15-30 minit pada tekanan 151lb/ inci persegi)

Suntikan




i.v

intravenous

- Jagular vein

- Coccygeal vein

- Ear vein

i.m

Intramuscular

-Otot bahagian punggung

-Otot bahagian kaki belakang

s.c

Subcutaneous

Bahagian leher depan


Intramammary

Putting

i.c

Intracardiac

Jantung

i.d

Intra dermal

Dalam kulit

i.p

Intra peritoneal

Dalam peritoneum



Suntikan intra venous ( salur darah)
Cepat beri kesan badan ( sistemik) iaitu dalam masa 15-16 saat
Ubat yang boleh menimbulkan kerangsangan kulit sekiranya diberi pada kulit atau otot


Suntikan intra mascular ( Dalam otot)
Ubat yang tidak merangsang kulit atau otot
Ubat yang berminyak memerlukan 2-3 hari untuk meresap
Perlu suntik dibeberapa tempat dalam kuntiti yang kecil
Rehatkan ternakan selepas suntikan


Suntikan Intraperitoneal ( dalam rongga)
Pada rumen, suntikan dibuat pada bahagian paralumba fosa kanan
Pada haiwan kecil pegang kedua-dua kakibelakang , biar haiwan tergantung dan suntik pada posterior perut
Hanya dengan ubat yang tidak merangsakan


Suntikan Subcutaneous ( bawah kulit)
Suntikan dalam jumlah sedikit
Penyerapan ubat melalui kapilari dan limfatik
Keradangan setempat berlaku, histamin dikeluarkan oleh badan
Hyperemia setempat berlaku


Suntikan Epidieral (tulang belakang)
Untuk Anestetik setempat ( regional anesthesia)
Melumpuhkan saraf tertentu
Selalu digunakan keatas ternakan lembu


Suntikan Intradermal (dalam kulit)
Suntikan ubat dalam lapisan kulit dengan jumlah yang sedikit Contohnya suntikan Tuberculin pada caudal fold

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Thursday, February 2, 2012

Luka & Rawatan Asas Haiwan


Adat haiwan kesayangan seperti kucing jantahlah... selalu hilang pergi keluar rumah, bergaduh dengan kucing lain. kerana mencari pasangan dan kerap kali tercedera dengan teruk, kepala bengkak, balik luka berdarah, bulu-bulu tanggal ... Luka serius pada kucing akibat perkelahian Jangan tidak diubat. luka yang teruk harus di beri rawatan di klinik veterinar..

Tapi kali ni bukan nak cerita pasal kucing bergaduh cuma nak kongsi sedikit tentang rawatan luka iaitu Jahitan luka tu jerr...

Jenis pendarahan dan luka pada haiwan
-Lebam bruise)
-Scrape (tersagat)
-Terkoyak (avulsion)
-Terpotong (cut)
-Tercucuk (puncture)

*Luka tertutup / hernia
*Luka terbuka / luka terhiris,pembedahan gigitan, bahan tajam

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Luka & Rawatan Asas Pada Haiwan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Rawatan untuk pendarahan luar adalah:
-Buangkan bendasing-(hanya yang mudah)
-Tekankan pada luka
-Hentikan pendarahan
-Tutup luka dengan gauge bersih
-Lapik kain bersih atau gause


a)Luka ringan:

Bersihkan dengan air dan dressing
b)Luka besar:
Teruskan tekanan dan bawa ke klinik.


Antiseptik

Luka kecil yang tak banyak berdarah boleh disapu antibiotik/ antiseptic
Jangan gunakan antibiotik/antiseptic pada luka yang masih berdarah.

Bersihkan luka
-jika luka disebabkan pembedahan , pastikan asepsis dilaku.
-Hentikan pendarahan



Drainage
-mempercepatkan tisu nektrotik menutup luka
-mempercepatkan penyembuhan

Traumatic injury (Luka kecederaan)
Luka bawah 8 jam cuci dan jahit
Melebihi 8 jam cukur bulu ditempat luka cuci dgn hydrogen peroxide esok sekiranya menunjukan luka merah boleh dijahit
_______________________________
Jahitan
-Petaut luka, guna choromic cat gut yang boleh bertahan 10-14 hari
-jangan jahit luka yang lebih 24 jam kerana ada jangkitan kuman
-jangan jahit luka yang bernanah kerana ianya akan lambat sembuh dan berterusan bernanah

Jarum
Terdapat dua jenis
1.Lurus (Straight)
2.Bengkok (Curved)

Kedua-dua jenis jarum ini dapat dikelaskan kepada
1.Cutting –Untuk kulit
2.Non cutting- lain-lain tisu lembut


Ciri- ciri jarum yang baik
Memberi kesan Trauma minima pada tisu
kukuh dan tidak mudah bengkok atau patah
Tajam untuk memudahkan menembusi tisu
Bersih dan tahan karat

Pemilihan jarum

Jenis tisu terlibat
Lokasi dan mudah guna
Saiz benang yang digunakan

Bentuk Jarum ada pelbagai bentuk
¼ circle
3/8 circle
½ circle
5/8 circle
½ curve
lurus
_______________________________
Benang (Sutures)
-Cutgut- collogen/ synthetic (organ dalam)
-Bawa jarum ke benang (swedge in needle)
-Anjing saiz benang 1 & 2
-Saiz benang Operation 1/0 , 2/0, 3/0
-Saiz benang Nylon utk jahitan luar saiz 1/0
-Saiz benang bagi luka hirisan pembedahan dijahit dengan simple interapted menggunakan chromic cut gut saiz 2-0
Sumber bahan jahitan daripada haiwan
-usus –submukosa ( bebiri)
-Tendon (kangaroo)




Bahan jahitan terbahagi 2

1) Ex- surgical gut
Benang yang meresap (absorbable)
Merangsang proses radangan. Dihadamkan oleh sel-sel tisu dan cair
Selalunya untuk jahitan bahagian tisu, otot subcut dan organ-organ benang tersebut meresap sendiri. Samaada bagi pembedahan bahagian dalam badan atau salur penghadaman
Diperbuat daripada usus bebiri. Dikelaskan kepada 4 berdasarkan darjah “tanning” atau rawatan kromik mengawal masa resapan dan tindakbalas tisu.

Jenis A

Tidak di rawat (plain)

B

Rawatan kromik sedikit (mild)

C

Sederhana (medium)

D

Rawatan lama (prolonged)




Masa resapan

1.Jenis A =3-5 hari
2.Jenis B,C, D=10-15 hari

Kebaikan

-Kadar regangan tinggi
-meresap dengan sempurna
-anjal (elastic)
-tidak mengecut
-senang dikendalikan
-kurang tindak balas

Keburukan
-Kesan sensitivity
-mahal
-tidak boleh re-sterilized

2) Sumber sintetik

Diperbuat dari polikolik (DEXON) kuat dan tidak toxid, tiada protin dan kurang tindak balas tisu
Tidak meresap ( non-absorbable)
Kekuatan regangan tinggi kurang tindakbalas tisu atau tidak boleh diresap oleh tisu


Bahan terbahagi 3 jenis

1)Logam

Stainless steel, perak, almunium

2)Serat asli

Sutera

Murah boleh disterilise

Kapas

boleh disterilise tetapi tidak sesuai dengan kulit

3)Sintetik

Nylon,supramid,vetatil,Teflon

Kuat anjal baik utk kulit tetapi simpulan mudah terbuka dan perlu di ikat secara 3 throws


Cara mengendali bahan jahitan
-Berhati-hati elakan berlipat (kinking) atau berputar (twisting) kerana ini akan melemahkanya.
-Jangan disepit dengan forsep pada bahagian yang tinggal dalam tisu
-Ketika membuat simpulan disepit bahagian hujung

Saiz benang
Halus (7-0 )-----------Kasar (4)
0.203 mm 1.016 mm lilitan

Secara amnya
A)Haiwan kecil
Keadaan biasa – saiz 3.0
Tegangan - saiz 1----3

B)Haiwan besar
Keadaan biasa – saiz 1----3
Tegangan - saiz 4

Corak Jahitan
A) Continous (Berterusan)
-Mudah ( Simple) –untuk jahitan otot dan peritoneum
-Mattress- otot dan peritoneum
-Lambert- Organ bersaluran
-Cushing-Subcut
Tetapi mudah terbuka bila simpulan terlucut atau benang putus
Susah mendapat pencantuman dengan tepat

B)Interrupted ( terputus-putus)
-Mudah (simple)
-Mattress
-Lambert
Kukuh dan percantuman luka baik tetapi kerja jahitan adalah rumit, lambat dan banyak benang digunakan

Jenis corak jahitan
1)Simple Interrupted
2)Simple Continuous
3)Horizotal matrress
3)Vertical matrress
4)Fordlocking











_______________________________
Simpulan jahitan
Perlu kukuh dipermulaan dan diakhir jahitan terutama corak continous
Kekuatan jahitan bergantung kepada saiz benag dan simpulan yang kuat
Simpulan yang tidak baik menyebabkan luka terbuka atau berlaku pendarahan semula jika pada saluran darah

Jenis simpulan
-Granny-Mudah terbuka
-Square/ reff- Kukuh dan tidak terlucut
-Triple throw knot- Sering digunakan dan tidak terlucut
* Hirisan pembedahan dijahit dengan simple intrapted menggunakan chromic cut gut – Saiz 2-0

Membuang bahan jahitan
Keadaan
normal: 6--7 hari
Midlines, jangkitan :7--11 hari

Membuka benang jahitan
luka biasa 5-6 hari
luka yang panjang dan serius 10 –12 hari
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Patah tulang & Rawatan asas haiwan


Tanda-tanda patah
-Hilang fungsi tidak boleh bergerak
Atau boleh bergerak tetapi tidak normal
-Bengkak-hematoma/ Edema
-berbunyi pergeseran
-sakit- mengalih pergerakkan atau mengheret kaki
-kecederaan serius perlu di X-ray
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Patah tulang & Rawatan asas Haiwan ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
-Penyembuhan tulang apabila sel tulang rawan terbentuk ( 5 hari- 2minggu) menjadi kuat dan keras (3-10 minggu)
-Tujuan mendapat penyembuhan tulang seperti normal

Rawatan
Pembedahan – memasang pin, screw atau plate

Sokongan luar
-Memberhentikan pergerakan antara dua bahagian yang patah
-mempercepatkan penyatuan dan penyembuhan

Dua jenis sokongan luar
-Splint- kayu / logam/ PVC
-P.O.P (Plaster of Paris)

Contoh pemasangan splint pada haiwan..



Splint
-Kaki di balut dengan kapas terutama bahagian kecederaaan
-Ruang diantara kaki dengan splint juga dibubuh kapas
-Jangan ikat bandage terlalu kuat untuk peredaraan darah


P.O.P Plaster of Paris
*Kaedah P.O.P
*Guna bius untuk menenang, kawal pergerakkan semasa P.O.P dipasang
*Betulkan kedudukan rapat, lurus, tegak, Aligment supaya dapat memberhentikan pergerakan tulang
*Kaki dibalut dengan kapas
*Plaster bandage
-rendamdalam air
-selepas buih berhenti
-buang air sedikit
-balut sekeliling kaki (tidak perlu tebal)
-tekanan rata
-elak plaster melekat pada kulit
-balut jangan ketat sangat
*Periksa kaki dan balutan P.O.P dalam masa 12 jam untuk memastikan perjalanan edaran darah lancar
*Untuk cukup kering dan kuat 30minit –24 jam
*Berikan antibiotik
*Suntik toxin anti tetanus elak tetanus

Membuka P.O.P
*Dewasa –6 minggu
*Muda –3 hingga 4 minggu

Rawatan Cara Tradisional merawat patah tulang pada haiwan atau ternakan seperti anak lembu atau kambing
½ kg kunyit serbok dicampurkan dengan 250 gm garam & putih telur dengan secukupnya supaya menjadikan kream.  Keadaan tulang berkenaan diperbetulkan jika perlu & kream disapu sekeliling kawasan tersebut dan diikat dengan buluh supaya tegak & tidak bergerak

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Wednesday, February 1, 2012

Bius, Tranquilization dan sedatif


Kenapa perlu dibius?
*Mengekang haiwan
*Merawat haiwan luka atau patah
*Rawatan X-ray, mata dan telingga
*Pembedahan
*Mengawal Convulsion keracunan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bius, Tranquilization dan sedatif
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Istilah-istilah


Tranquilization dan sedatif
-Pelali bagi pembedahan kecil
-Suntikan pendahuluan sebelum Anestetik
-Untuk pemeriksaan kesihatan sebagai mengekang pergerakan
-Haiwan akan diberi Tranqulizer- Sedatif
sebelum pembedahan kecuali pembedahan itu memerlukan haiwan itu berdiri supaya haiwan itu lebih tenang dan tidak agresif
-Memudahkan ahli bius memberikan bius umum atau bius local kerana haiwan telah tenteram
-Memanjangkan kesan bius umum
-Mengurangkan penggunaan ubat bius


Jenis-jenis Sedetif- Tranqulizer
Xylazine ( long acting)
Ketamin (short acting)
Rompun

*Tranqulizer diberi bersama Atropine untuk menghalang pengeluaran air liur dan memberhentikan muntah pada kucing dan anjing
Jika tidak diberi sedatif-Tranqulizer haiwan itu akan meronta-ronta dalam keadaan tidak sedar diri, takut atau terkejut semasa pembedahan dilakukan

Rompun
Oleh kerana rompun boleh merelaxkan otot. Air liur sering menjadi masalah semasa pembedahan, oleh itu alas tengkok supaya kepala terjulur kebawah dalam keadaan rendah, kerana dikuatiri air liur akan masuk semula ke dalam paru-paru ianya akan menyebabkan pengeluaran air kencing. Air kencing dalam Peritonium menyebabkan racun
Analgesia
-Pastikan keluasan lokasi pembedahan pada kulit
-Bahan analgesia disuntik disekeliling garisan pembedahan
-mula-mula dibahagian otot dan peritoneum
Kegunaan
-menjahit luka / kecederaan terbuka
Contoh Lignocaine

Anesthesia
-Untuk pembedahan
-ternakan dipuasakan terlebih dahulu selama 12jam
contoh Xylazine dan Ketamin

Halothane
-Pemantauan pada keadaan pupil anak mata
-Picit kuku kaki lihat tindak balas
-Pernafasan dan degup jantung
Local Bius
Kimia pelali disuntik pada tempat yang ingin di bedah atau di jahit bagi menghalang rangsangan rasa sakit dari urat saraf secara sementara
Contoh
*Mencabut gigi dibius pada gusi
*Menjahit luka kemalangan

Contoh Bius Local
*Procaine
*Lignocaine (Xylocaine)
*Cocaine
*Halothane

-Kawasan ubat bius disuntik pada saraf utama pada kawasan yang hendak dibedah
1)Vetebral Block- Tulang belakang
2)Epidural Block- Jahit varginal/ uterinar Proleps dan faraj yang luka
3)L Block- Caesarean, Rumenotomy
4)Ring Block- Hernia, Puting susu
5)Cornual Block-Membuang tanduk

Jangan gunakan dos berlebihan ianya boleh menyebabkan keracunan dalam darah
Bila haiwan mula sedar atau hilang kesan cuba bius sekali lagi

Bius Umum (General Bius)
Dalam 2 bentuk
1)Gas (volatile) disedut kedalam paru-paru seperti Chloroform atau isoflurene
2)Cecair suntikan i.v seperti Chloral Hydrate

Cara menggunakan bius umum
1)Dos yang betul jangan berlebihan boleh meyebabkan nafas terhenti edaran darah terhenti seterusnya mati
2)Beri sedatif-tranqulizer terlebih dahulu

Cara Penggunaan bius utk pembedahan
1)Baringkan / terlentang
2)Suntik Sedatif-Tranqulizer utk mententeramkan haiwan
3)Menggunakan bius umum / local bius sebelum memulakan pembedahan
4)Sentiasa perhatikan riaksi dan tidak balas yang diberi
-Cuit hujung mata lihat gerakanya
-Geletek tapak kaki
-Tengok najis keluar
-Cubit lihat riaksi
-Jaga suhu badan jagan dibawah paras 36°C

Pengiraan Dos ubat bius

Pembedahan pada haiwan besar seperti lembu)
A) Sedatif - Rompun
B) Bius local – Lignocaine

Spaying Kucing-Anjing
A) Sedatif - Acepromazine
B) Bius umum- gas atau suntikan

Pada haiwan berdiri (lembu) Caesarean
A- Lembu masuk pasung
B- Bius Local- L-Block

Rawatan Prolapse – Jahit
A- Lembu masuk pasung
B-Bius local- Epidural Block

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment