Persoalan Wajarkah Saya
Castration & Spaying kucing saya
Castration & Spaying kucing saya
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
"Saya tidak mahu kembiri/kasi/mandulkan kucing kerana:Tidak adil kalau kita mandulkan kucing. Zalim/kejam kalau kita mandulkan kucing.Kita telah rampas haknya untuk membiak
Kucing tidak akan gembira kalau tak dapat lakukan hubungan seks.
Berdosa jika kita melakukannya. "
Pernyataan di atas adalah antara beberapa sebab/alasan di antara kita yang tidak mahu memandulkan kucing. Terdapat beratus ribu atau mungkin juga jutaan anak kucing terbiar yang dibuang di pasar, kedai makan dan kawasan kediaman lain.
Mereka terdedah dengan berbagai penyakit seperti kurap, kudis, FLV dan sebagainya. Mereka mengiau pada orang yang lalu lalang, meminta makanan. Mereka berebut sesama sendiri apabila ada orang mencampakkan lebihan makanan pada tanah.
Kita dapat melihat sebahagian besar kucing di situ berada dalam keadaan yang menyedihkan. Sebelah mata luka dan hampir buta, luka pada badan kerana bergaduh atau ditendang oleh manusia, kaki yang terhencot-hencot kerana dipijak, mulut yang melelehkan air liur kerana menghidap penyakit gusi dan berbagai lagi keadaan. Kucing-kucing ini berada dalam keadaan sengsara, dan anak kucing yang baru dilahirkan pada saat ini juga akan mengalami nasib yang sama.
Katakanlah kita mempunyai seekor kucing betina. Dia mampu mengalami kitar heat setiap 2 minggu, dan pada masa ini dia akan mencari pasangannya walaupun dikurung di dalam rumah. Jika tidak dimandulkan, kucing betina boleh beranak sehingga 3-5 kali setahun, dan akan melahirkan 4-5 ekor anak setiap kalinya.
Kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 24 ekor kucing baru di rumah dalam masa 2 tahun.
Kucing jantan mesti, akan dan wajib memancutkan kencingnya untuk menanda kawasan, bagaimana pula jika dia menanda kawasan itu pada tayar kereta jiran, pasu bunga jiran dan kasut yang baru dibelinya?
Akhirnya samada jiran kita marah, atau kita sendiri sudah tidak mampu menjaganya maka kucing itu akan di bawa ke pasar (yang sudah ada beratus ekor kucing terbiar) dan dibuang di situ, supaya beban masalah itu berpindah ke bahu peniaga dan pelanggan di sana. Atau membuangnya pula di kawasan taman perumahan lain. Ini semua adalah sama seperti anda membuang masalah anda ke pintu rumah orang lain!
Masalah ini tidak terhenti begitu sahaja. Kucing yang kita buang di pasar/kedai makan/kawasan perumahan lain itu tetap akan membiak sepertimana ia membiak di rumah kita. Dan masalah ini akan kembali ke tajuk
Bezanya adalah, kini kita telah senaraikan diri kita sebagai penyumbang masalah.
Sekarang tanya pula diri sendiri, siapakah yang zalim / tidak adil / kejam / berdosa di sini?
Pembedahan Castration & Spaying ?
- Pembedahan berdasarkan keadan haiwan tersebut.Contoh pembedahan yang biasa dilakukan ialah Castration, Spaying, Hernia, abscess, hematoma dan sebagainya.-
- Castration pada kucing jantan sesuai dilakukan ketika berumur 6 bulan
- Spaying pula dilakukan seelok-eloknya setelah beranak sekali
- Walaubagaimanapun ada pilihan bagi mereka yang tidak memerlukan pembedahan iaitu mencegah kehamilan menggunakan Supprestral® atau Magcat®
- Bagi castration harga dikenakan adalah RM 35.00 untuk seekor kucing dan RM 80.00 untuk seekor anjing- Spaying RM 50.00 untuk seekor kucing dan RM 150.00 untuk seekor anjing. Termasuk cream sapu dan antibiotic untuk seminggu.
PERMANDULAN.
1. Bagi mengawal populasi kawalan pembiakan tabii diperlukan bagi mengawal genetic.
2. Pembedahan kecil dilakukan seperti kasi dan pembuangan ovari bagi haiwan betina dilakukan. Ini bagi menjaga genetic baka yang baik dan menghasilkan baka yang bermutu serta mengekalkan baka asli.
3. Bagi kes yang serius dan memerlukan pembedahan yang besar mahupun kecil, haiwan tersebut akan melalui beberapa prosedur bagi dibolehkan pembedahan tersebut dijalankan.
4. Kebanyakan pembedahan yang melibatkan keperluan sedative digunakan. Ia perlu dilakukan oleh seorang Doktor Veterinar.
Fatwa mandulkan kucing? Khilaf di kalangan Ulama
Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).
Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.
Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab.
Ulama berbeza pendapat (khilaf) didalam kes memandulkan binatang.
a. Mazhab Hanafi tidak menghalang perbuatan memandulkan binatang kerana ia mendatang munafaat kepada binatang dan manusia.
b. Mazhab Maliki membenarkan hanya kepada binatang yang boleh di makan, kerana ia menjadikan dagingnya lebih baik.
c. Mazhab Syafie mengatakan diperbolehkan memandulkan binatang yang dagingnya boleh dimakan semasa binatang tersebut masih kecil sahaja.
d. Mazhab Hanbali membenarkan kambing dimandulkan oleh kerana dagingnya akan menjadi baik, dan makruh dilakukan terhadap binatang lain.
e. Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana-mana binatang kerana ia menyakitkannya.
Terdapat beberapa pandangan ulama' yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat munafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syiekh Utsaimin rh. pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan bunuh didalam tidurnya, maka apakah hukum memandulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-
"Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta" Seterusnya Syeikh Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).
Menghalang kucing dari membiakkan zuriat adalah merupakan penghalang kepada proses semulajadi yang Allah kurniakan kepada makhluknya. Walaubagaimanapun, ia tidaklah seteruk menghalang manusia mengembangkan zuriatnya, dan tidaklah ianya menyalahi kejadian tuhan,
We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):
"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...