Saturday, December 10, 2011

Pemasangan Ladam Kuda


PENGURUSAN KAKI KUDA
PENDAHULUAN
Kuku adalah bahagian yang paling sensitif
Banyak kerugian dari segi kewangan
Penyakit yang sering terjadi
“KUKU SIHAT KUDA CEMERLANG”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pemasangan Ladam Kuda
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Fungsi pemasangan ladam pada kaki kuda adalah untuk melindungi kuku kuda daripada tercedera . Tanah bercampur kerikil berbanding hutan berumput menyebabkan kuda cepat tempang dan mudah cedera. Lebih-lebih lagi bagi kuda yang digunakan untuk perlumbaan, endurance (kuda lasak) dan equestrian, keperluan memasang ladam sememangnya amat diperlukan



Anatomi Kaki
Pengurusan kaki kuda bukanlah satu tugas yang mudah. Ia merupakan satu kebolehan yang hanya diperolehi setelah mendalami pengetahuan mengenai anatomi kaki kuda dan mempunyai pengetahuan pengurusan serta pengalaman yang luas dalam rawatan kaki.


Kes-kes yang selalu dirawati
Thrush
Seedy Toe
Sand Cracks
Cara mengatasi
Pemeriksaan harian terhadap kaki
Amalan Pengurusan ladang yang betul
Trim kuku dan pasang ladam

KEPENTINGAN LADAM
melindungi kaki kuda
mengelakkan keretakan
meningkatkan cengkaman
membetulkan konformasi
menyelesaikan masalah seperti
brushing & over- reaching

LANGKAH- LANGKAH PEMASANGAN LADAM
Menanggalkan ladam
Membersih & menyediakan kuku
Menganggarkan saiz kuku
Membentuk kuku
Menganggarkan ketebalan dinding
Mengukur saiz ladam
Memaku ladam
Mengemaskini paku pada ladam
_______________________________
Alat- alat Untuk Pemasangan Ladam
a. Clinch Cutter
b. Driving Hammer
c. Pull- off
d. Hoof Knife

e. Nipper
f. Rasp

g. Forging Hammer
h. Anvil
i. Nail Puller
j. Nails

_______________________________
Menanggalkan Ladam


_______________________________
Membersih & Menyediakan Kuku


_______________________________
Menganggarkan Saiz Kuku


_______________________________
Membentuk Kuku


_______________________________
Menganggarkan Ketebalan Dinding


_______________________________
Mengukur Saiz Ladam




_______________________________
Memaku Ladam


_______________________________
Mengemaskini Paku Pada Ladam

Memasang ladam besi pada kuda sememangnya menuntut kesabaran dan skil yang bukan sedikit. Proses pertama menanggalkan ladam sedia ada dengan mencabut beberapa paku. Selepas itu tapak kaki kuda dikikis menggunakan alat khas (umpama pemahat) bagi membuang.. kulit-kulit rosak yang menjejaskan kuku kuda.
Cuma agak terkilan Malaysia Tidak ada sekolah boleh mengajar skil meladam kuda. Kemahiran ini diperoleh menerusi pengalaman dan keinginan untuk belajar daripada orang lain.
Kalau di sesetengah negara seperti Australia.. Kat sana ada tempat melatih skil meladam kuda.. Juru ladam kuda mempunyai gred tertentu dan mendapat pentauliahan daripada Australia. Melepasi gred tiga, juru ladam layak digelar master farrier dan diberi kepercayaan untuk melatih juru ladam-juru ladam baru.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Pengurusan kuda dilakukan di Stable


Pembelajaran kali ini berkenaan dengan kerja-kerja dan pengurusan harian yang dilakukan di stable kuda.. benda ni penting , kerja -kerja tersebut perlu dilakukan pada setiap pagi dan petang dengan membersihkan stable atau kandang kuda,melakukan grooming kuda selepas training,mandikan kuda dan menyediakan makan didalam stable secukupnya..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pengurusan dilakukan di Stable kuda
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SISTEM PENGURUSAN KUDA
a.Mengikut Kumpulan-kumpulan Tertentu
b.Berdasarkan Umur Kuda

Dalam memelihara kuda beberapa aspek penting mengenai pengurusan perlu diberi perhatian seperti stable, sarap, penjagaan kaki, latihan, peralatan kuda dan sebagainya.
Stable
Merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti permukaan lantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan yang baik.
Saiz stabel yang sesuai adalah 3.0 m x 3.0 m (10' x 10') untuk kuda poni, 3.6 m x 3.0 m (12' x 10') untuk kuda sederhana besar dan 3.6 m x 3.6 m (12' x 12') untuk kuda besar dan stabeldibersihkan setiap hari.

Kerja-kerja di setiap waktu pagi dan petang..
1.Kuda dibawa berjalan-jalan
2.kuda dibiarkan Exercise bersendirian
3.Lunging kuda di dalam arena
4.melatihkan kuda (Latihan dibuat di dalam arena seluas 50m X 20m)





Latihan kuda
Kuda perlu dilatih seperti lungeing, gallop dan canter sekurang - kurang enam hari dalam seminggu. Latihan perlu bagi memastikan kuda berada dalam keadaan bersedia bagi tugas tertentu dan tidak terkejut untuk melakukan sesuatu tugas selain melancarkan darah serta mengurangkan risiko penyakit.
Teknik latihan kuda adalah berbeza mengikut fungsi atau kegunaan kuda seperti latihan asas menunggang, show jumping, dressage, endurance, lumba, polo dan sebagainya.

Persiapan Sebelum Latihan
-Semak Rekod Kesihatan
-Pasang ladam
-Kuda Sihat
-Kuda Cergas

Sarap (bedding)
Sarap (ketaman papan/jerami) perlu disediakan dalam stable dalam ketebalan enam inci untuk keselesaan, menyerap kelembapan dan urin, di samping mengelak kecederaan apabila duduk atau baring di dalam stabel. Sarap mesti dibersihkan, digemburkan setiap hari dan perlu diganti sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada keadaan sarap.

a) Tugas-tugas di stable
Mucking out & Bedding down
-Membuang tinja dan bekas abuk papan yang basah di tempat kuda kencing
-Membuang kekotoran pada abuk papan
-Tukar abuk papan... dan gantikan dengan yang baru... abuk papan di letakan menutupi lantai stable setebal 6” – 8”

Peralatan
1.Shovel
2.Beg plastik
3.Pencakar

Cara Melaksanakan Kerja
1.Keluarkan kuda dari stable
2.Di larang membuat bising
3.Ikatkan kuda
4.Dekati dengan cara yang betul

Tujuan Bedding
1.Permukaan yang lembut dan selesa
2.Persekitaran yang kering dan selesa
3.Menyerap bau-bau busuk
4.Mengekalkan kebersihan kuda

Jenis-Jenis
1.Jerami
2.Abuk papan
3.Pasir

b.Mendandan Kuda
Merapi Kuda (grooming)
Perapian kuda sangat penting dalam menentukan tahap kesihatan serta kualiti kuda dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Perapian bertujuan untuk membersihkan badan dari kekotoran, mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mengesan sebarang luka, bertindak sebagai urutan (massage) untuk melancarkan peredaran darah serta pergerakan otot.
Malah yang lebih penting ia mengeratkan hubungan antara manusia dengan kuda dan akan kelihatan lebih menarik dengan bulu yang berkilat apabila didandan setiap hari.

1.Membuang Kekotoran
2.Membantu mengilapkan bulu
3.Membuat urutan
4.Sekali gus dapat lah mengesan keadaan kuda dan mengesan luka pada kuda
5.
Memeriksa kaki kuda



Peralatan
Hoof pick
Dandy brush
Body brush
Curry comb
Mane comb

Penjagaan kaki dan kuku
Kaki kuda memainkan peranan penting kerana kekuatan seekor kuda bergantung pada kakinya justeru sebarang kecederaan perlu dielakkan.
Tapak kaki hendaklah dibersihkan dengan hoof pick manakala kuku kuda perlu disapu minyak kuku (hoof oil) setiap hari iaitu sebelum menunggang dan selepas atau setiap kali selepas kuda dimandikan bagi mengelakkan kuku kering dan merekah.
Ladam pula perlu ditukar setiap enam minggu atau sebulan sekali untuk memastikan kedudukan kuku kuda itu betul dan menghindar dari tumbuh panjang dan tidak seimbang sekali gus menjejaskan pergerakan kuda.

c. Memandikan Kuda
Kuda perlu dimandikan apabila setiap kali selepas latihan atau ketika cuaca yang panas dan jika keadaan kuda yang kotor.

1.Ikatkan kuda
2.Basahkan kuda
3.Buangkan kekotoran
4.Shampoo
5.Keringkan


d. Bersihkan bekas makanan dan minuman kuda tersebut..



e. Memberikan makanan dan minuman kepada kuda secukupnya

Makanan asas kuda terdiri dari chaff, bran, Pelet kuda(horse cube), hay dan PKE (palm kernel extract) bagi kuda yang tidak menjalankan latihan. Manakala makanan tambahan terdiri dari elektrolit dan blok garam mineral.
Rumput segar yang sesuai ialah rumput kerbau dan rumput gajah. Makanan diperlukan sebanyak 2.5 peratus daripada berat badan kuda sehari.



1.Air bersih perlu ada setiap masa
2.Tetapkan masa pemberian makanan
3.Beri makanan yang bersih dan berkualiti-cukup kandungan zat yang diperlukan
4.Jangan simpan makanan terlalu lama
5.Beri makanan basah “succulent feed””
6.Beri makanan yang mengandungi serat
7.Beri ikut berat dan kondisi badan
8.Sebarang perubahan makanan dibuat secara beransur

f.Kesihatan dan penyakit
Kuda merupakan haiwan yang mahal, justeru itu kematian kuda akan mengakibatkan kerugian berpuluh ribu ringgit.

Antara masalah kesihatan dan penyakit yang perlu dikawal adalah kolik iaitu kegagalan membuang air besar yang boleh menyebabkan kematian.
Simptom masalah ini adalah kuda tiada selera makan, mengais, menendang, menggigit perut, berpeluh dan restless.
Rawatan: peringkat awal memimpin kuda supaya sentiasa berjalan dan menggalakkan kuda meragut rumput segar bagi merangsang pengeluaran tinja.
Jika tidak beri suntikan Flunixin atau Cobaphos, Stress Vit, dan memasukkan Liquid parafin dan Fluids ke dalam badan kuda.
Tempang juga merupakan masalah kesihatan di bahagian kaki kuda, pergerakan kuda yang tidak selesa kesan daripada rasa sakit boleh dirawat dengan memberi Butalone granules, suntikan Flunixin dan rehatkan kuda sehingga sihat. Kurap boleh dikesan apabila kuda menggigit kulit dan menggaru pada dinding stabel.
Rawatan: Mandikan kuda menggunakan campuran hibiscrub dan povidone iodine, sapukan krim topikal seperti beavate dan beriantihistamine.

Pembiakan
Dalam membiakkan kuda, pemilihan baka adalah sangat penting bagi mendapatkan progeni yang berprestasi tinggi dari segi konformasi yang baik, kekuatan fizikal dan daya ketahanan pada penyakit.
Pembiakan kuda tidak bermusim dan tempoh bunting adalah antara 300 hingga 365 hari.
Pembiakan boleh dijalankan secara pengawanan semulajadi atau pemanian beradas.
Pusingan Pembiakan-selama 21 hari, dengan tempuh berahi 5 - 6 hari. Peringkat 24 - 43 jam proses ovulasi berlaku.
Kilang Pituitari keluarkan FSH sebabkan Follicle matang. LH memecahkan Follicle dan telur dikeluarkan. Corpus Luteum keluarkan Hormon Progestron untuk persenyawaan.
Sebab Ketidaksuburan Kuda Betina
1.Penyakit
2.Kecacatan Struktur Pukas (Vulva)
3.Ketidak seimbangan Hormon
4.Faktor Pemakanan
5.Masaalah Psikologi

Melakukan Pembiakan Tabee
Kawasan yang sunyi dan selamat
Buat persediaan pada kuda betina
Laksanakan pembiakan tabee
Pembiakan Pemanian Beradas
1.Kurangkan risiko jangkitan penyakit
2.Cara yang rumit
3.Pengesahan Kebuntingan
4.Pemeriksaan secara rektum-> 42 hari,sediakan travis 2.5 m X 1.3 m X 0.75m
Ujian Darah > 40 - 110 hari, A - Z test dan MIP test.
5.Ujian Air Kencing > 120 - 300 hari

a.Pengurusan Kuda Bunting
1.Menjahit Bibir Faraj
2.Penbersihan Gigi
3.Pembersihan Kaki
4.Pemakanan
5.Pemberian Ubat Cacing
6.Exercise
b.Persediaan Kelahiran
1.Sediakan bilik 3.5 m Padu.
2.Padok yang banyak rumput
3.Sediakan Peralatan
c.Tanda-tanda Kelahiran
1. 2 - 4 hari sebelum melahirkan anak. Waxing up- 50% badan kuda keluarkan lilin,
2.Bagging up - ambing membesar beberapa jam sebelum kelahiran dan ada susu .
3.Ketidakselesaan- memecilkan diri
d.Proses Kelahiran
Peringkat 1- kuda gelisah dan placenta pecah, cecair gelap keluar daripada faraj
Peringkat 2- kuda meneran dan selaput anak kelihatan - berlaku setiap 3 minit. kesemua proses mengambil masa 20 minit.
Peringkat 3 - Apabila kepala anak kelihatan. 1 jam anak akan berdiri dan minum susu. 3 - 8 jam uri akan dikeluarkan.
e.Penjagaan Anak Kuda Baru Lahir
1.Biarkan anak bersama ibu,bersihkan hidung jika ada lendir, sapu iodin.
2.Tentukan dapat kolostrum mencukupi
Selepas 6 jam susu bantuan diberikan


Keselamatan pengendalian kuda
Kuda adalah haiwan yang mempunyai kebolehan merasai dan akan memberi respons terhadap perasaan takut penunggang.
Jika penunggang takut atau tertekan, kuda akan lebih rasa takut yang menyebabkan kuda tertekan dan mengambil peluang berkelakuan tidak baik. Sehubungan itu, penunggang perlu tenang.


Dalam hal ini, penunggang bukan semata-mata mendominasi kuda tetapi ia lebih kepada perkongsian dan saling mempercayai. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa mendekati, menangkap dan menambat kuda:
Perlu berkeyakinan dan dalam keadaan yang tenang (tanpa rasa takut)
Mendekati kuda secara perlahan-lahan dan beransur-ansur bermula dari bahagian hadapan kuda (muka dan kemudian sisi kiri di bahagian bahu kuda)
Berinteraksi dengan kuda dengan memanggil namanya atau sama ada boy (jantan) atau girl(betina)
Usap dan gosok bahagian leher kuda sambil berinteraksi dengannya
Gunakan kolar kepala (headcollar) untuk menangkap kuda dan pengendali harus berada sebelah kiri kuda semasa pemasangan dilakukan.


Peralatan kuda
Peralatan kuda seperti saddle, bridle, stirrups, girths, numnah, topi dan peralatan menunggang yang lain perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering juga dibersihkan setiap kali selepas digunakan dan seminggu sekali di sapu leather oil bagi mengelakkan kekeringan.




Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki..
Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Baka-baka Kuda



Mari kita mengenali beberapa baka-baka kuda yang ada dan sifat-sifat semula jadi yang ada pada kuda tersebut
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Baka-baka kuda dan Pengenalan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬











Pengenalan Yang baik
Tanda-tanda yang ada pada tubuh kuda ini berfungsi untuk membolehkan penunggang dan pemilik kuda membezakan kuda-kuda yang memiliki warna serupa.
a.Memberi keterangan usul asal
b.Mudah dilihat dan mengecam rupa bentuk

Sistem Pengenalan
a.Tanda pengenalan kekal seperti tatoo dan branding
b.Tanda pengenalan sementara seperti cat dan warna

Tujuan Sistem Pengenalan
1.Breeding
2.Pertandingan
3.Jualan
4.Mendapatkan Sijil Kesihatan
5.Faktor Keselamatan
6.Pembelian Insurans pada kuda lumba

Contoh Pengenalan
1.Branding
2.Jantina
3.Umur
4.Warna
5.Tanda semulajadi
6.Tatoo
7.Tanda-tanda pelik, sijil & nama kuda tersebut

Tanda-tanda yang terdapat pada setiap kuda pada dasarnya berbeza antara satu sama lain. Malah, ia menjadi satu kaedah paling lazim digunakan bagi mengenal pasti setiap kuda. Tanda perbezaan biasanya boleh dilihat di bahagian muka dan kaki. Malahan terdapat nama khusus bagi setiap jenis tanda..

Tanda-tanda pelik maksudnya disini adalah sebarang tompok, strip, line atau apa jua bentuk yang berada pada badan , muka dan kaki kuda tersebut..


1) Star – Tanda putih dibahagian dahi
2) Blaze – Warna kawasan putih yang berada di bahagian tulang hidung
3) Snip – Tanda putih yang terletak di muncung itu, di bahagian di bawah hidung
4) Bald – Warna putih yang bermula di atas dahi, hingga ke muncung, dan melangkaui garis tengah hidung sebelah muka.
5) Stripe – Jalur putih yang memanjang ditengah-tengah tulang hidung.


Selain tanda yang terdapat di bahagian muka, kuda juga mempunyai tanda di bahagian kaki yang unik. Antara jenis tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut.
1) Coronet – Satu jalur putih yang kelihatan dibahagian atas kuku kuda.
2) Half Pastern – Tanda putih yang lebih jelas di bahagian atas kuku kuda.
3) Sock – Tanda putih yang lebih jelas sehingga ke bahagian tengah tulang kaki
4) Stocking – Tanda putih yang kelihatan seperti sarung kaki. Ia adalah tanda putih pada kaki kuda yang paling jelas kelihatan.
5) Half Canon – Tanda putih bermula dari atas kuku sehingga ke bahagian tengah tulang kaki.

Cara Popular Meletakkan Tanda Pengenalan Pada kuda
1.Freeze Branding –membunuh melanocytes
2.Fire Branding-hasilkan parut

Jantina Kuda adalah mengikut istilah
1.Colt
2.Stallion
3.Gelding
4.Filly
5.Mare

* Kuda jantan dikenali sebagai stallion.
* Kuda betina dikenali sebagai mare.
* Anak kuda dikenali sebagai foal.
* Kuda betina muda dikenali sebagai filly.
* Bapa kuda dikenali sebagai sire.
* Ibu kuda dikenali sebagai dam.
* Kuda kecil dikenali sebagai pony.

Ikut Umur
1.Foal
2.Yearling
3.Green Horse
4.Matured Horse
5.Aged Horse

Umur kuda boleh kita ketahui melalui susunan gigi atas bawah..kita boleh menganggarkan umur kuda tersebut dari jumlah gigi yang tumbuh ..
Kuda biasanya hidup selama kira-kira 20 hingga 30 tahun.


Kuda biasanya berwarna hitam, coklat, krim atau kelabu dan kadangkala ditemui dalam warna campuran

Warna(asal) Pada kuda
1.Brown
2.Black
3.Bay
4.Chestnut

Warna-warna lain
1.Grey
2.Roan
3.Pied
4.Dun
5.Krim
6.White
7.Polamino
8.Apaloosa
9.Piebald
10.Skewbald

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..