Persoalan Wajarkah Saya
Castration & Spaying kucing saya
Castration & Spaying kucing saya
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
"Saya tidak mahu kembiri/kasi/mandulkan kucing kerana:Tidak adil kalau kita mandulkan kucing. Zalim/kejam kalau kita mandulkan kucing.Kita telah rampas haknya untuk membiak
Kucing tidak akan gembira kalau tak dapat lakukan hubungan seks.
Berdosa jika kita melakukannya. "
Pernyataan di atas adalah antara beberapa sebab/alasan di antara kita yang tidak mahu memandulkan kucing. Terdapat beratus ribu atau mungkin juga jutaan anak kucing terbiar yang dibuang di pasar, kedai makan dan kawasan kediaman lain.
Mereka terdedah dengan berbagai penyakit seperti kurap, kudis, FLV dan sebagainya. Mereka mengiau pada orang yang lalu lalang, meminta makanan. Mereka berebut sesama sendiri apabila ada orang mencampakkan lebihan makanan pada tanah.
Kita dapat melihat sebahagian besar kucing di situ berada dalam keadaan yang menyedihkan. Sebelah mata luka dan hampir buta, luka pada badan kerana bergaduh atau ditendang oleh manusia, kaki yang terhencot-hencot kerana dipijak, mulut yang melelehkan air liur kerana menghidap penyakit gusi dan berbagai lagi keadaan. Kucing-kucing ini berada dalam keadaan sengsara, dan anak kucing yang baru dilahirkan pada saat ini juga akan mengalami nasib yang sama.
Katakanlah kita mempunyai seekor kucing betina. Dia mampu mengalami kitar heat setiap 2 minggu, dan pada masa ini dia akan mencari pasangannya walaupun dikurung di dalam rumah. Jika tidak dimandulkan, kucing betina boleh beranak sehingga 3-5 kali setahun, dan akan melahirkan 4-5 ekor anak setiap kalinya.
Kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 24 ekor kucing baru di rumah dalam masa 2 tahun.
Kucing jantan mesti, akan dan wajib memancutkan kencingnya untuk menanda kawasan, bagaimana pula jika dia menanda kawasan itu pada tayar kereta jiran, pasu bunga jiran dan kasut yang baru dibelinya?
Akhirnya samada jiran kita marah, atau kita sendiri sudah tidak mampu menjaganya maka kucing itu akan di bawa ke pasar (yang sudah ada beratus ekor kucing terbiar) dan dibuang di situ, supaya beban masalah itu berpindah ke bahu peniaga dan pelanggan di sana. Atau membuangnya pula di kawasan taman perumahan lain. Ini semua adalah sama seperti anda membuang masalah anda ke pintu rumah orang lain!
Masalah ini tidak terhenti begitu sahaja. Kucing yang kita buang di pasar/kedai makan/kawasan perumahan lain itu tetap akan membiak sepertimana ia membiak di rumah kita. Dan masalah ini akan kembali ke tajuk
Bezanya adalah, kini kita telah senaraikan diri kita sebagai penyumbang masalah.
Sekarang tanya pula diri sendiri, siapakah yang zalim / tidak adil / kejam / berdosa di sini?
Pembedahan Castration & Spaying ?
- Pembedahan berdasarkan keadan haiwan tersebut.Contoh pembedahan yang biasa dilakukan ialah Castration, Spaying, Hernia, abscess, hematoma dan sebagainya.-
- Castration pada kucing jantan sesuai dilakukan ketika berumur 6 bulan
- Spaying pula dilakukan seelok-eloknya setelah beranak sekali
- Walaubagaimanapun ada pilihan bagi mereka yang tidak memerlukan pembedahan iaitu mencegah kehamilan menggunakan Supprestral® atau Magcat®
- Bagi castration harga dikenakan adalah RM 35.00 untuk seekor kucing dan RM 80.00 untuk seekor anjing- Spaying RM 50.00 untuk seekor kucing dan RM 150.00 untuk seekor anjing. Termasuk cream sapu dan antibiotic untuk seminggu.
PERMANDULAN.
1. Bagi mengawal populasi kawalan pembiakan tabii diperlukan bagi mengawal genetic.
2. Pembedahan kecil dilakukan seperti kasi dan pembuangan ovari bagi haiwan betina dilakukan. Ini bagi menjaga genetic baka yang baik dan menghasilkan baka yang bermutu serta mengekalkan baka asli.
3. Bagi kes yang serius dan memerlukan pembedahan yang besar mahupun kecil, haiwan tersebut akan melalui beberapa prosedur bagi dibolehkan pembedahan tersebut dijalankan.
4. Kebanyakan pembedahan yang melibatkan keperluan sedative digunakan. Ia perlu dilakukan oleh seorang Doktor Veterinar.
Fatwa mandulkan kucing? Khilaf di kalangan Ulama
Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).
Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.
Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab.
Ulama berbeza pendapat (khilaf) didalam kes memandulkan binatang.
a. Mazhab Hanafi tidak menghalang perbuatan memandulkan binatang kerana ia mendatang munafaat kepada binatang dan manusia.
b. Mazhab Maliki membenarkan hanya kepada binatang yang boleh di makan, kerana ia menjadikan dagingnya lebih baik.
c. Mazhab Syafie mengatakan diperbolehkan memandulkan binatang yang dagingnya boleh dimakan semasa binatang tersebut masih kecil sahaja.
d. Mazhab Hanbali membenarkan kambing dimandulkan oleh kerana dagingnya akan menjadi baik, dan makruh dilakukan terhadap binatang lain.
e. Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana-mana binatang kerana ia menyakitkannya.
Terdapat beberapa pandangan ulama' yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat munafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syiekh Utsaimin rh. pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan bunuh didalam tidurnya, maka apakah hukum memandulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-
"Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta" Seterusnya Syeikh Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).
Menghalang kucing dari membiakkan zuriat adalah merupakan penghalang kepada proses semulajadi yang Allah kurniakan kepada makhluknya. Walaubagaimanapun, ia tidaklah seteruk menghalang manusia mengembangkan zuriatnya, dan tidaklah ianya menyalahi kejadian tuhan,
We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):
"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...
terima kasih kongsi maklumat..
ReplyDeletesaya sokong mandulkan kucing. kesian tengok anak kucing terbiar tepi jalan
ReplyDeletesokong mandulkan kucing
ReplyDeletetapi apabila kucing bilangan kucing tu da melebihi dari had kemampuan kita nak jaga kucing tu..
nyway nice post bro...
:)=
wehhh... jangan laa.. sian kucing tuu :'(
ReplyDeleteaku xsanggup tgk gambar2 ni
ReplyDeletesekarang ni mmg ramai yg mandulkan kucing dan better buat sbb dari duk siksa anak2 kucing baik kita halang dari dia membiak...
ReplyDeleteSalam... pengalaman saya pelihara kucing dari kecil - kucing2 sakit pasti dirawat dan dibawa ke doktor haiwan tetapi 'tidak berani' mandulkan kerana tidak tau adanya fatwa membolehkannya sehingga membiak berpuluh2 ekor (rumah kg tak ada msalah)
ReplyDeleteSekarang bila saya kembali membela kucing (kucing2 yang terbiar)saya akan tidak sabar2 untuk tunggu sehingga doktor haiwan mengatakan 'sudah boleh' dimandulkan kerana saya tidak sanggup menjaga dalam keadaan persekitaran yang tidak mengizinkan (rumah teres...
Di sini saya mengambil kesempatan untuk MENYERU mereka yang membela kucing tetapi tidak sanggup simpan semuanya, tolonglag keluarkan sedikit simpanan untuk 'mandulkan' kucing2 tersebut... Saya tidak sanggup melihat anak2 kucing dibuang di pasar2/kedai2 makan etc...
TERIMA KASIH
Betul... dgn rendah hati sy juga menyeru sahabat melakukannya...tak sanggup tengok kucing dibuang begitu sj... sedih sedih sedih....
DeleteSalam... saya ada persoalan:
ReplyDeleteDi manakah tempatnya seperti yang ditulis di atas -> Bagi castration harga dikenakan adalah RM 35.00 untuk seekor kucing dan RM 80.00 untuk seekor anjing- Spaying RM 50.00 untuk seekor kucing dan RM 150.00 untuk seekor anjing. Termasuk cream sapu dan antibiotic untuk seminggu.
Saya beranggapan ia amat murah sekali kerana di tempat saya untuk neuter RM70 dan spay RM130 --> Di rumah ini sedang menunggu 3 ekor untuk di spay/neuter ;)
saya mandulkan dua ekor kucing betina saya. saya dah pernah kena, bela kucing sampai 17 ekor! akibat tak mandul. akhirnya apa yang berlaku? saya terpaksa beri kepada orang. dan yang paling sedih, orang bela tak sama macam kita. saya pergi ke rumah beliau untuk melihat kucing tersebut tetapi malangnya seekor pun dah tak ada. tak tahu sama ada mati atau jual dekat orang sebab banyak jenis kucing. kebanyakannya baka yang berkualiti seperti kucing hutan, siam dan turkey vans. sedih dan hampa perasaan ketika itu.
ReplyDeleteyang last bela 4 ekor. plan nak kasi 4 ekor tu tapi bapa saudara, yang pernah beri kucing nak 2 ekor. atas alasan, kami terhutang budi, kami pun beri walaupun berat hati. end up, semua kucing tu mati! sebab biar saja kucing-kucing tu berkeliaran. sedih lagi.
so tinggal 2 ekor last. kami kasi. dah 11 tahun ada dengan kami. tak terbiar dan tidak pula nak keluar. dah serasi dengan keluarga kami. tidak pula beranak pinak dan membuatkan kami semua sedih untuk beri kepada orang lagi.
kalau kita sedar, bila ada anak, maka si ibu tidak dipedulikan lagi. sebab anak comel dan ibu semakin tua dan tak bermaya.
kasi adalah perlu. untuk menjaga kebajikan haiwan yang kita bela.
itu pandangan saya.
Betul tu. Sy sokong. Sy pun sama mcm tn membela kucing hampir 20 ekor. Sy tlh brjaya kasi seekor ibu dn seekor jantan 6 bln. Ibunya dah makin sihat slps 7bln d mandulkn. Kini si anak jantan sdg dlm jagaan baru lps pngkasian. Tapi masih menunggu 2 ekor lagi ibu. Malangnya klinik haiwan d tmpt sy x melakukn pngkasian utk betina hanya utk yg jantan shj. Skrg sy buntu bagaimana sy nak atasi mslh ini. Hari² sy trpaksa mndgr laungan ibu kucing yg d kurung spya x mmbiak lagi. Sy trfikir smada utk melakukn injection pemandulan @ memberi mkn ragi spt mna sstgh pihak lakukn.
DeleteFaisal Admar, setuju sangat2... masa zaman sekolah2 dulu duduk kat kampung memang sampai berpuluh2 ekor sebab 'takut' nak 'kasi' kerana orang kata berdosa... sekarang bila kata dah ada 'fatwa' daripada JAKIM,buat dengan penuh keyakinan...
ReplyDeleteAlhamdulillah... kucing bertambah tetapi bukan sebab beranak...
Kita dalam dilemma. Rasa sedih kalau kita mandulkan kucing & pada masa yg sama, ia diperlukan demi menjamin kesihatan manusia serta kucing. Lagi pun, Rasulullah S.A.W juga ada membela kucing.
ReplyDeletewahhhh..gila lah...baik bela j la kucing jantan..haha
ReplyDeletenasib bek la tak de bela kucing...hehehe
ReplyDeleteBrtul gak ek. Daripada kucing2 membiak dan terbiar, baik dimandulkan..
ReplyDeletebetul tu...bila kucing ni dimandulkan...kita dapat tengok fizikal dia berubah...badannya akan lebih berisi..di fakulti perubatan veterinar upm...student sendiri akan lakukan pembedahan utk mandulkan kucing tu...
ReplyDeletetak salah berbuat demikian...kucing itu tak terseksa....
ramai suka tengok kucing dari bela kucing. bila dah bela, sekejap saja suka lepas tu boring. mula la kucing tu terbiar.
ReplyDeletekesian tengok kucing yang terbiar.
banyak ilmu yg saya dapat..tq sbb sudi berkunjung ke blog saye..
ReplyDeletecume 1 je..saye ni tak bape suke haiwan yg berbulu..klu ikan ok la..hihi
kalau sekor dua, baik xyah mandulkan kucing tu kot..kalo dah x mampu nak jaga sbb byk, baik mandulkan dr terbiar.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBergantung kepada keadaan.
DeleteKalau kucing betina, awak tak lepas, atau kalau lepas pun, awak tak kisah kalau dia beranak sebab awak betul betul betul sangat sangat sangat yakin awak boleh dan sanggup jaga anak-anak kucing tu, tak payah bagi orang atau buang di pasar, ya, tak ada masalah. Kalau sebaliknya, seekor ke, banyak ekor ke, lebih baik awak mandulkan je.
Kalau kucing jantan, kalau awak tak lepas, tak ada masalah. Tapi kalau awak lepas, awak yakin ke dia tak buntingkan kucing betina lain? Awak yakin anak-anak kucing yang bakal dilahirkan tu terjaga? Awak yakin anak-anak kucing tu tidak akan berakhir dengan buruk di pasar-pasar malam, didera, tak cukup makan, tak sihat? Kalau tak yakin, seekor ke, banyak ekor ke, semua kucing jantan tu, sebaiknya awak mandulkan. Jangan tambah bilangan kucing-kucing yang menderita di dunia ni.
salam
ReplyDeletenice info
dari seekor dua lah jadi 17 ekor. saya dah alami.
ReplyDeletesaya sedang mengalaminya skrg akibat perasaan kasihan dan takut nak mandulkan kucing betina sedari awal.. dah berbelas ekor ada kat rumah tu. Yang kesiannya lately beranak je berpenyakit!.. mengeow sana sini.. stress pulak jadinya. Saya dahpun mula memandulkan 3 ekor ibu dan bakal kasi lagi 3 atau 4 ekor dalam masa 2 atau 3 bulan lagi, insha Allah (tunggu depa lepas pantang).. hehehe ..
Deletebagus juga terjumpa blog ni, byk gak info yang saya dapat.. tq tuan tanah.
kt mna mndulkn kucing..sy pn xmndulkn awl2.skrg dh brnak lg..igtkn nk bg die chnce la rsa brnak bru nk mndulkn..skali ank lom bsar dh brnak lg..haru, sy xsngup nk buag ke bg org..tp sy xmmpu nk jga dh..lg2 tme blik kg..bmsam muka la asben sbb pngut ank bulus blik skli..
Deletenak mandulkan kucing rasa kesian...x mandulkan kucing dan dibiarkan berkeliaran pun kesian ~~adooii~~~ uhuhuhuh
ReplyDeletesaya nak tahu sesuatu..apakah alatan yang digunakan untuk proses pemandulan kucing ini???lagi satu saya mahu tahu..adakah pada zaman dahulu pernah menggunakan proses pemandulan ini??apakah peralatan yang digunakan pada masa dahulu???
ReplyDeletesalam ziarah dari aby...
ReplyDeletenampak blog add ni dari blog zakiepurvit ..
saya juga peminat kucing dan memileki hampir 20 ekor, HHP dan pedigree.
satu blog yg dan banyak info ...
tq.
blog kucing aby,
http://dorobeescattery.blogspot.com/
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Post entry terbaru:
cherede
bila mau update ni..keh keh
ReplyDeletehmnn singgah sni n follow sekali ..ishhh..kesian plak tgok kuceng tuh d buat cam tuh. tempat kazen sya, kucing kemaluan kucing 2 d buang =.= tanpa melakukan apa2 pembedahan..adess,bayangkan =.=
ReplyDeletekesian nampak...
ReplyDeletetp sbab x nak bg bnyak kucing merempat dan mati tengah jalan.. terpaksa gak kan...
aku gak yg jadi mangsa...huhu
adehh(aku x mandul yer~!!)
buat apa kucing di mandulkan harusnya diternak biar punya anak banyak
ReplyDeletethanks for the info.saya dah mandulkan kucing saya, tapi rasa bersalah walaupun tengok dia makin happy n aktif selepas mandul. but lepas baca info ni, rasa lega..
ReplyDeletebetul juga kn..kesian la tengok anak2 kucing kt pasar2..kadang2 mati mcm tu je kena langgar..ade yg kena dera..tak sampai hati..
ReplyDeleteKlau kucing yg umur 3 thn, kos utk mandulkn kucing jantan RM50 je ker?
ReplyDeleteTQ atas info yang diberikan..mohon share d blog utk dikongsi dengan org lain
ReplyDeleteTerima kasih banyak le dengan info tersebut kerana memberi banyak manfaat.Sebenarnya bukan senang nak bela kucing lebih kurang sama dengan menjaga anak anak kecil,sentiasa perlu diberi perhatiaan.Tapi apa yang paling merisaukan apabila kucing jantan yang sedang galak sentiasa kencing dimerata-rata,itulah yang paling mendatangkan masaalah,hehe...
ReplyDeletesebenarnya samada kucing jantan atau pun betina ,selepas dimandulkan akan lebih sihat aktif ,cantik dan lebih aktif.tq
ReplyDeleteBoleh minta kucing tak? Siapa ada kucing nak kasi orang boleh la hubungi saya atau sms di no 0178265719 kalau nak add fb saya nick8597@hotmail.com
ReplyDeletesalam kat dalam article nie x dak contact number, mintak tuan blog bg detaiils boleh, kat mana tempat tu nk buat nie? setakat nie yang mana yg cari suma harga RM100 ke atas.. uwaaaa dah la ada 10 ekoq nie...
ReplyDeletebtui tu sy pon nk tau kt mana nk mandulkan kucing dh tny rata2 klinik kt area kl/selangor ni caj rm150 to rm300 utk spay female cat..
ReplyDeleteplease contact me sbb i urgently nk spay my female cat thank
mie 0179052086
salam, cam na dengan kucing yang tau beranak ja tapi tak tau jaga anak. Anak nya asyek mati ja, boleh ke dimandulkan
ReplyDeleteBole x mandul kan arnab..kerana sebulan sekali dia beranak..dh x larat nk bela kali pertama anak 3 kali kedua 6..ni dh nk jdi kali ke tiga..semua ni berlaku dlm 3 bulan jer
ReplyDeletesaya pon nak mandulkan kucing2 saya. kucing saya sekarang dah 12 ekor. saya mampu jaga setakat banyak itu sahaja. kalau lebih banyak takut timbul berbagai masalah lain.
ReplyDeleteHey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
ReplyDeleteAssalamualaikum just nak tanya la saya ni da mandulkan kucing tapi belum sempat hamil,,,adakah itu dosa
ReplyDeleteŚwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
ReplyDeleteHarga murah nak mandulkan kucing tu kat mana?? Saya ada 3 ekor kucing.
ReplyDelete