Wednesday, January 25, 2012

Suntikan antibiotics pada ternakan



Antibiotik adalah bahankimia yang dihasilkan oleh microorganisma spt bacteria dan kulat
Kegunaan
-Rawatan penyakit elak jangkitan secondry dari virus, bacteria, phathogenik dll.
-Selepas pembedahan
-Semasa menunggu keputusan makmal antibiotik diberi bagi memastikan penyakit tidak sampai ketahap serius lagi.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Suntikan antibiotics pada ternakan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ciri-ciri antibiotik
-membunuh satu atau lebih jenis bacteria
-tahap keracunan rendah
-Stabil
-Proses perkhumuhan lambat
-tidak menimbulkan masalah resistant ( kekebalan )



1.Penecillin
Secara amnya merupakan spectrum sempit Bertindak memberhentikan dinding sel bakteria
Penecillin adalah bahan sebatian mengandungi bahan aktif amino penicilloic dari bahan semula jadi (kulat) atau secara sintetik

1-Penicillin semulajadi (natural penicillin) contohnya
Penicillin G
Penicillin F
Penicillin K
Penicillin X

2- Penicillin Sintertik- bersifat kebal asid dan spectrum luas
-Penicillin
-Oxacillin
-Ampicillin
Kegunaan –Demam/abses/ pheumonia/ rawatan luka
Tetapi tidak berkesan pada jangkitan oleh pasteurella, E-coli, Salmonella, kulat dan kebanyakan virus


2.Tetracyclines
Memberhenti sintesis protin pada bacteria
Dihasilkan dari Streptomyces aureofaciana, bersifat bakteriastatik
Spectrum luas
Pedih dan kesan sampingan pada gigi berwarna kuning pada pengunaan peringkat awal atau berlebihan
Terdapat 3 jenis Tetracyclines
1)Chlortentracyelines- Aureomycin
2)Oxytetracclines- terramycin
3)Tetracyclines-tetracin
kegunaan
Salmonella, jangkitan saluran kencing, pheumonia, footrot, metritis


3.Chopenphenicol
Memberhenti sintesis protin pada bacteria
Dihasilkan oleh streptomyces Venezuela
Spectrum luas
Bersifat baakteriostatik
Broad spectrum
Penyerapan melalui dinding usus, tisu mata, tisu uri, kegunaan rahim
Kegunaan Salmonella, E-coli, sakit mata, katarek, Streptococcus


4.Tylosin
Memberhenti sintesis protin pada bacteria
Telah diasingkan dari strepromyces fradindiae
Selamat digunakan Berspectrum luas
Berkesan bagi penyakit mycoplasma
Kegunaan pneumenia, Foot rot, metritis, Cronic Respiratory Disease pada ayam


5.Streptomycin
Dihasilkan dari Streptomyces qriscus
Spectrum sempit
Memberhenti pertumbuhan sintesis protin pada bacteria
Kegunaan TB mastitis

6.Oxytetracycline Dihydrate Terramycin LA
Oxytetracycline Dihydrate Terramycin LA merupakan antara antibiotik yang kuat dan gemar di gunakan oleh para penternak.
ia amat berkesan untuk merawat dan mencegah bakteria yang menjadi punca masalah atau penyakit pernafasan dan juga penyakit yang anti-oxytetracycline bagi lembu, kambing, bebiri, rusa, ayam, arnab dan juga lain-lain ternakan.
Bagi lembu, kambing, bebiri dan rusa kadar dos suntikan 1ml adalah untuk 10kg berat badan, manakala 0.25ml untuk 1kg berat badan bagi ayam dan arnab. LA bermaksud Long Acting, iaitu Terramycin LA ini mampu bertahan di dalam darah ternakan yang telah disuntik selama 3 hingga 5 hari

Namun bagi ternakan yang telah disuntik dengan Terramycin LA ini, adalah di larang untuk penyembelihan dagingnya selama 21 hari dan pemerahan susunya selama 7 hari. Ada juga sesetengah doktor veterinar dan penternak yang kurang gemar menggunakan Terramycin LA ini terus kerana dos antibiotiknya yang tinggi, mereka menyarankan agar penternak bermula dengan ubat antibiotik yang berdos rendah terdahulu. .

Nasihat kami...
Pakai sarung tangan apabila merawat ternakan yang sakit. Apabila suntikan antibiotic diberikan subcutaneous (bawah kulit) atau intra-muscular (dalam otot daging), penternak harus berwaspada bahawa antibiotic tersebut boleh pergi ke susu dan meninggalkan residu di dalam daging ternakan.
Adalah dinasihatkan agar merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan terlebih dahulu sebelum menggunakan satu-satu antibiotik serta untuk mendapatkan panduan penggunaan yang lebih khusus.
Jangka masa penyembelihan ternakan harus dipatuhi sekiranya digunakan ke atas ternakan. Ternakan yang diberi rawatan antibiotik perlu dibiarkan untuk satu jangka masa tertentu sebelum disembelih untuk dimakan atau susu boleh diminum..

Sebenarnya bermula dengan antibiotik atau ubat yang berdos tinggi tidaklah digalakkan kerana khuatir bakteria yang menyerang ternakan akan imun, oleh itu bermula dengan pemberian ubat yang berdos rendah dahulu sehinggalah ke ubat yang berdos tinggi. Sama juga dengan pemberian ubat untuk cacing, kutu dan kurap. Jika bakteria tadi telah imun dengan ubat yang berdos tinggi maka tiada cara selain mentakai atau menyembelih ternakan yang sakit tadi.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

8 comments:

  1. tinggi gak maintainance bela ternakan nih kan...

    ReplyDelete
  2. enicilin memang sesuai untuk manusia dan jugak haiwan..=)

    ReplyDelete
  3. Mana nak beli benda ni. Kat farmasi dia bg beli ker. Masa aku kerja dulu melambak benda ni hehhe. Dah tak kerja baru nak pakai. Dah tak reti nak beli kat mana

    ReplyDelete
  4. Mana nak beli benda ni. Kat farmasi dia bg beli ker. Masa aku kerja dulu melambak benda ni hehhe. Dah tak kerja baru nak pakai. Dah tak reti nak beli kat mana

    ReplyDelete
  5. salam novamox 15la antibiotik untuk sakit ape tuan..

    ReplyDelete
  6. Kambing ambe sakit kaki... kuku berulat... x selera mkn... antibiotik apa yg sesuai

    ReplyDelete