Post Partum adalah pemeriksaan organ pembiakan betina selepas 30 hari beranak bertujuan memastikan tiada kes klinikal dan uterus telah kembali normal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
PYOMETRA
PEMERIKSAAN POST- PARTUM LEMBU
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kes-kes penyakit klinikal yang selalu dikesan semasa Post Partum pada lembu selepas beranak adalah
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kes-kes penyakit klinikal yang selalu dikesan semasa Post Partum pada lembu selepas beranak adalah
1)PYOMETRA
2)SIST OVARI
3)LEKAT URI
4)NO VISIBLE ESTRUS
PYOMETRA
DEFINISI
-Pengumpulan berterusan nanah di dalam uterus
-Terdapat korpus luteum yang masih berfungsi
ETIOLOGI
-Jangkitan selepas beranak
-Jangkitan pada uterus akibat lekat uri yang tidak dirawat
TANDA KLINIKAL
-Anestrus
-Terdapat nanah dalam uterus melalui pemeriksaan rektal
DIAGNOSIS
-Uterus bengkak dan tegang , rasa macam daging.
a)Pyometra tertutup - tiada nanah kelihatan
RAWATAN
A: Suntikan prostaglandin
Mengecutkan korpus luteum, penguncupan otot uterus utk mengeluarkan nanah
Ulang jika perlu, mungkin 2 hingga 3 kali rawatan
B: Memberi suntikan diethysboestrol (15-50gm) untuk mengeluarkan nanah serta
membersihkan rahim dengan antiseptik
*Rawatan A lebih sesuai_______________________________
_______________________________
***
_______________________________
DEFINISI
-Struktur seperti folikel pada ovari, diameter ³ 2.5 cm dan kekal >10 hari tanpa kehadiran korpus luteum
2 jenis
1. Sist folikel - selaput berisi cecair, 1 atau lebih pada satu atau kedua-dua ovari
2. Sist luteum - dinding lebih tebal, hanya 1 pada
satu ovari
TANDA KLINIKAL
-Anestrus, Nymphomaniac
RAWATAN
A. Human Chronic Gonadotropin 10,000 i.u. intraotot 2/3 kali
B. GnRH (Receptalâ) - 100 ug / cow
C. GnRH dan Prostaglandin. Mula dengan GnRH seperti di atas kemudian PGF2 pada hari
ke 9
*RAWATAN B lebih sesuai
LEKAT URI (R.O.P) Retained Of Placenta
DEFINISI
-Uri tidak keluar selepas 12 jam beranak
ETIOLOGI
-kesukaran beranak (distokia)
-keguguran
-Jangkitan penyakit secara inherited (faktor genetik)
TANDA KLINIKAL
-Uri tidak keluar selepas 12 jam
RAWATAN
-Rawatan terbaik ialah tiada rawatan
-Jika ditarik keluar, kemungkinan perkara yang sama berlaku selepas kelahiran seterusnya
-Rehatkan ternakan, makanan secukupnya, perhatikan suhu badan
-Boleh beri passaries intrauterine atau rawatan sistemik dan lihat perkembangan
-Jika tiada perubahan selepas 5 - 6 hari mungkin perlu diambil tindakan
-Uri tergantug boleh dipotong - elakkan jangkitan bakteria
JIKA INGIN DIRAWAT
-Sebelum 24 jam - suntikan oxytocin
-Selepas 24 jam - suntikan prostaglandin
-Jika perlu ditarik pastikan dilaku secara aseptik dan pastikan semua uri boleh dikeluarkan tanpa pendarahan (unbuttoning)
_______________________________
NO VISIBLE ESTRUS
KEADAAN | TINDAKAN |
Kehadiran C.L.
-tiada patologi
|
A. kesan biang
B. PGF2 - biang 2-6 hari lepas suntikan
|
Kehadiran Folikel > 1cm
|
Ada kitaran estrus, perhatikan tanda
|
KEADAAN
-Ovari tidak aktif
Tiada struktur
Folikel < 0.5 cm
TINDAKAN
-Urus heifer dengan baik
-Tingkatkan pemakanan, heifer melahirkan anak pada skor badan > 5
-Nyahcacing heifer selepas melahirkan anak
TINDAKAN
-Jika dewasa / cow
A. Pastikan gerompok melahirkan anak pda skor badan >5
B. CIDR, Synchromate B, PRID, CIDR dan GnRh
-Lakukan Pemeriksaan organ pembiakan betina
bagi memastikan tiada kes klinikal dan uterus telah kembali normal
-Periksa secara rektal untuk menentukan:
1) Posisi / Kedudukan serviks
P - di rongga pelvik
A - di rongga abdomen
2) Penemuan abnormal di uterus seperti pyometra dan lain-lain.
Diameter badan uterus dalam sentimeter
-Tone uterus, gred daripada 1 (lembik / flaccid) kepada 3 (tegang / turgid)
° Saiz kedua-dua ovari dan kehadiran sebarang struktur :
° Struktur corpus luteum (C.L.) di palpat untuk menentukan peringkat tumbesarannya dan dikatagori sebagai awal (CLE), pertengahan (CLM), akhir (CLL)
° Folikel dipalpat untuk menentukan saiznya dalam sentimeter . Folikel 1 bererti diameter folikel itu 1 cm-Kehadiran sebarang keabnormalan lain pada ovari seperti adhesion atau tumor
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
Rawatan Cara Tradisional merawat masalah lekat uri pada haiwan atau ternakan
BATU. Menggantungkan batu @ benda-benda yang berat dihujung bahagian uri yang telah keluar
DAUN BULUH MUDA. 300 – 600 gm daun ini ditumbuk hingga hancur kemudian dicampur dengan air diberi minum.
KULIT BUAH NENAS. 1 kati (600 gm) @ lebih kulit nenas diberi makan kepada lembu/kerbau. Perlu diberi setiap hari selama 2-3 hari.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
Salam Ziarah. apa khabar tuan blog? Semoga berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera.:)
ReplyDelete