Thursday, October 13, 2011

Pemeriksaan kebuntingan (P.D) Lembu



Pemeriksaan kebuntingan (P.D.) dijalankan 2 atau 3 bulan selepas perkahwinan tabie @ permanian beradas (A.I.) di jalankan bagi menentukan lembu bunting atau tidak.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pregnancy Diagnosis (P.D)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kaedah – kaedah yang digunakan bagi mengesan kebuntingan pada ternakan
1: HORMONAL ASSAY
Berdasarkan perubahan aras hormon progestron dalam sample darah dan air kencing
biasa pada manusia dan kuda
Aras hormon dalam sample susu boleh diguna untuk lembu jika sampel diambil pada masa tertentu dan tepat selepas dikahwinkan
mahal dan tidak praktikal untuk tujuan komersil
2: PERANGAI (BEHAVIOUR)
Berdasarkan perubahan perangai akibat keseimbangan hormon
3: HISTOLOGI
Berdasarkan pemeriksaan mikroskopik terhadap sel dan mukus serviks dan vagina
Tidak praktikal untuk tujuan komersil

4 : SONAR
Mesin sonar telah digunakan pada babi dan bebiri
Perubahan signal panjang gelombang melalui abdomen boleh diterjemah untuk menentukan ternakan bunting atau tidak
Tidak sesuai pada lembu - bunting awal tidak boleh didiagnosis dengan tepat
_______________________________
TANDA LUARAN KEBUNTINGAN
a)Tiada estrus
b)Menjadi lebih gemuk
c)Perangai menjadi lembap (sluggish in temperament)
d)Pertambahan berat badan pada separuh akhir peringakat bunting akibat perkembangan fetus yang dikandung
e)Perubahan pada kelenjar susu

Tanda akhir bunting
· Ambing, punting susu semakin besar & kolustrum mula terhasil
· Vulva bengkak & 2 bibir vulva merenggang
· Pangkal ekor terangkat
Tanda hendak beranak
· Resah gelisah & mengasingkan diri
· Denyut nadi & pernafasan meningkat
· Vulva membengkak sehingga 6 kali saiz biasa
· Lendir kelabu pekat keluar melalui vulva
· Kelihatan water bag

TUJUAN
Lembu bunting diurus dengan pengurusan yang sistematik bagi memastikan induk & fetus dlm kandungan terjamin kesihatannya, tumbesaran fetus berlaku dengan sempurna sehingga setiap induk dapat melahirkan anak yang sihat dengan selamat.

PENGURUSAN PEMBIAKAN
Lakukan pemeriksaan kebuntingan sekali sebulan bagi:
1 Memastikan tahap kebuntingan
2 Mengesan kes keguguran, mummified fetus & keabnormalan lain
3 Program pengasingan lembu bunting berat
_______________________________
PEMPALPATAN (PALPATION)
-Berdasarkan penemuan apabila salur pembiakan dipalpat melalui rektum
-Kaedah paling efektif - senang dan murah

Kaedah Pempalpatan Uterus / Rektum ( Uterine / Rectal Palpation )
1.Tahu kedudukan organ pembiakan betina (anatomi)
2.Periksa keseluruhan uterus
3.Rasa konsistensi uterus
-Cair amniotik
-Fetus
-Kotiledon / placentomes
-Fremitus arteri tengah uterus (middle uterine artery)
_______________________________
PERINGKAT KEBUNTINGAN
1 BULAN (hari 28 ke 35)
a)Perlukan kemahiran
b)Tidak digalakkan, risiko gugur
c)Palpat dengan lembut, rasakan korpus luteum, hujung tanduk uterus,GRIP OF FINGER & THUMB dan Membrane slip
Membran Slip dikesan selepas hari ke 30. Tempat terbaik dirasa pada bahagian bengkok tanduk uterus. Hanya oleh operator berpengalaman - elak kerosakan pada membran dan embrio seterusnya menyebabkan keguguran
_______________________________


PERINGKAT KEBUNTINGAN
1 - 2 BULAN (hari 35 hingga 62)
Perlukan kemahiran - elak keguguran
Tanduk uterus yang bunting:
Menjadi lurus (hilang lingkarannya)
Diameter bertambah
Mempunyai fluid tone (rasa ada cecair)
Lebihan berat pada tanduk yang bunting membengkokkan sedikit salur pembiakan
Tanduk tidak bunting terapung di atas
_______________________________


PERINGKAT KEBUNTINGAN
2 - 3 BULAN ( hari 62 ke 90 )
a)Uterus seperti belon getah berisi air
b)Diameter 10 - 16 cm
c)Tanduk uterus tidak lagi simentri
d)Perbezaan saiz ketara ke hari 90
e)Fetus sebesar saiz tikus
f)Uterus dalam rongga pelvik atau bahagian atas rongga abdomen
_______________________________

PERINGKAT KEBUNTINGAN
4 - 5 BULAN
a)Uterus mula menurun ke rongga abdomen, lebih sukar untuk dipalpat
b)Fetus sebesar kucing, 2-3 kg (150 hari)
c)Diameter kotiledon 2 cm (120 hari), 3 cm (150 hari)
d)Fremitus (buzzing pulse) pada arteri tengah tanduk uterus yang bunting
Serviks membesar
_______________________________


PERINGKAT KEBUNTINGAN
5 - 7 BULAN (hari 150 ke 210)
a)Uterus terletak di atas lantai abdomen
b)Fetus boleh dipalpat secara bouncing
c)Tekan / tepuk cecair uterus, fetus akan memantul ke tangan
d)Fremitus, kotiledon dapat dipalpat
e)Fetus sebesar anjing
_______________________________

PERINGKAT KEBUNTINGAN
7 - 9 BULAN ( hari 210 ke atas)
a)Fetus membesar & senang dirasa
b)Bila hampir beranak
c)Kaki depan fetus menghala arah rongga pelvik
d)Kepala berada diantara 2 kaki
_______________________________
KESILAPAN
a)Pundi kencing disangkakan tanduk uterus yang bunting
b)Rumen disangkakan bahagian fetus
c)Limpa disangkakan bahagian fetus
d)Penyakit
e)Pyometra
f)Hidrometra
g)Tumor / neoplasma

FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR KEBUNTINGAN
a)Teknik permanian beradas
b)Masa suntikan dengan ovulasi
c)Penyelenggaraan semen yg boleh menjejaskan kesuburan sperma
d)Kesuburan pejantan
e)Pengesanan berahi
f)Masalah pembiakan
g)Penyakit
h)Ketidaksuburan

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

No comments:

Post a Comment