Thursday, March 15, 2012

Tanaman Rumput Ternakan



Rumput ragutan adalah merupakan sumber makanan utama bagi ternakan ruminan kerbau, kambing , lembu dan bebiri. Dengan adenya berbagai zat, maka kesihatan ternakan bergantung kepada zat-zat yang di perolehi dalam rumput.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tanaman Rumput Ternakan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ciri Ciri Pastura yang diingini
-Hasil sepanjang masa ( kandungan bahan kering)
-Nilai zat yang tinggi, terutama kandungan proton kasar
-Mempunyai nilai penghadaman yang baik ( mudah dihadamkan)
-Tahan lasak iaitu tahan kepada keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula dari segi penjagaan
-Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula ( selepas potong atau diragut) yang cepat
-Kadar daun berbanding batang adalah tinggi
-Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang
-Berekonomik untuk di usahakan
-Lazat iaitu digemari oleh ternakan

Penyediaan Tanah
Sebelum kerja-kerja menyediakan tanah dijalankan:
1. Dibersihkan dari sebarang tumbuhan, batang-batang pokok, tunggul kayu
2.Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan berair
3.Rancangan teliti mendapat maklumat kesesuaian tanah/ struktur tanah
-Sumber air dari parit/ tasik kekerapan hujan
-Kerja-kerja pembersihan, bajak diawal musim kering
-Struktur daratanatau bukit

4.Proses penyediaan tanah
-Bajak piring- baliktanah membunuh rumpai
-Bajak sikat- memecah tanah
-Bajak piring kedua
-Membunuh saki baki rumpai dan memecah tanah kepada ketulan kecil
-Bajak putar / Harrow/ Rotovator- peringkat akhir sebelum menanam, memecah ketulan lebih kecil dan meratakan tanah.
-Semua dijalankan diawal musim kemarau

5. Kapur ditabur
-Hanya ditabur apabila kemasaman tanah rendah atau apabila kekacang ditanam bersama.
-Nilai pH tanah dikehendaki 5.0-7.0
-Kerja mengapur dibuat setelah tanah siap disediakan dan dilakukan 2 minggu sebelum menanam

6.Pembajaan
-Perlu dilakukan bagi memastikan hasil dan mutu pastura sentiasa tinggi.
-Pembajaan dilakukan (pembajaan permulaan) dibuat beberapa hari iaitu pada masa penanaman dilakukan.

7.Penanaman benih
-Dilakukan diawal musim hujan
-Boleh menggunakan Seed drill bersama biji benih,Irrigator atau Spinkler membantu pengairan air tanpa bergantung kepada hujan

Peranan jentera dalam penghasilan rumput ragut dan foder
Jentera digunakan untuk kerja-kerja berat yang memakan masa, mempercepatkan perjalanan, memudahkan sesetengah kerja yang dahulunya sangat payah dan memainkan peranan bagi kemajuan dari segi ekalan makanan ternakan.


Disk Plough / Bajak piring
kegunaan:
Proses bajak pertama
1.Menjadikan permukaan tanah Furrow Slice
2.Mematikan rumpai dan membalikkan tanah dan akar / batang kayu
Cara: Potong, Angkat, Balik Tanah
Pemasangan: 3Tp linkage / tarikan tractor

Rotovetor/ Bajak putar
Kegunaan:
1.Kembur tanah
2.Campur tanah dengan bahan organic ( baja)
3.Ratakan tanah/ haluskan tanah, kurang hakisan tanah, kawalan serangga
Pemasangan: 3Tp linkage /PTO
Kuasa: PTO Shaft

Harrow
Kegunaan:
1.Cincang Furrow Slice
2.Ratakan tanah
3.Kawalan rumpai
Cara: Cincang, rata & kawal
Pemasangan: 3Tp linkage / tarikan tractor

Spinner Broad Caster
Kegunaan: Tabur baja/ biji benih
Pemasangan: 3Tp linkage /PTO
Kuasa: PTO Shaft

Forage Harvestor
Kegunaan: Potong rumput ( 1 tan makanan ternakan)
Pemasangan: 3Tp linkage /PTO
Kuasa: PTO Shaft

Rotaslashers Service Cut
Kegunaan: Potong rumput
Pemasangan: 3Tp linkage /PTO
Kuasa: PTO Shaft/ tarikan tractor

Water Pump( Pum Air)
Kegunaan:
Memindah air dari tekanan rendah kepada tekanan tinggi
Operasi: Sedut, putar, pam keluar air
Pemasangan:3Tp linkage /Mudah alih PTO atau tetap
Kuasa: Enjin petrol/ diesel, PTO atau kuasa eletrik

2 cara menanam
1.Biji benih
2.Secara tampang

Biji benih
Ditabur dengan tangan atau penggunaan mesin
1.Seedavator
2.Speener Brot Caster dengan mencampurkan biji benih dan baja
3.Seed Drill

Kadar umum
-Biji benih rumput 3-6 kg/ hektar
-Biji benih kekacang 2-5 kg/ hektar
Jika pastura campuran ( rumput dan kekacang) nisbah kekacang haruslah tidak lebih 40% dari rumput


Keratan Tampang
Tampang dari keratan batang , Stolon, anak
Ciri-ciri pastura yang tidak berbunga atau bercambah
-Keratan batang ditanam ikut baris samada cucuk atau baring
-Atau Tabur rata dengan Rotovator ke dalam tanah
-Menanam menggunakan anak dilakukan pada rumput atau pastura yang tidak berbiji benih dan bukan dari jenis menjalar.


MASA PALING SESUAI UNTUK DIPOTONG ATAU DIRAGUT
la boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Keadaan ini dapat dianggarkan iaitu apabiia sebahagian kecil dari rumput dipetak mula berbunga.
Untuk memudahkan pengurusan, boleh juga berdasarkan jangkamasa rehat di antara setiap pemotongan/ragutan, iaitu purata 4-5 minggu.

KADAR PEMBAJAAN PERMULAAN
Kadar secara umum bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) ialah N:P:K = 60:30:30, iaitu 60 kg. Nitrogen/hektar : 30 kg. Phoshorus/ha : 30 kg. Kalium/ha.
Jika kawasan berkenaan adalah tanah baru dibuka, hanya baja phosphate perlu ditambah untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Baja Triple Super Phosphate (TSP) dengan kadar 250 kg/ha. adalah mencukupi.
Untuk petak kekacang atau rumput bercampur kekacang, kadar pembajaan adalah P : K = 30 : 30

Berikut adalah kadar pembajaan pengurusan secara am yang disyorkan untuk beberapa bentuk pengurusan:
1. Rumput tulin - pengurusan secara ragutan: Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 150 - 200 N (326-345 Urea), 40 - 60 P (199-298 TSP), 50-100 K (100-200 MP).
2. Rumput tulin - Pengurusan secara potong dan angkut: Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 200 - 300 N (435-652 Urea), 40 - 60 P (199-248 TSP), 100 - 150 K (200-300 MP).
3. Rumput bercampur kekacang - Pengurusan secara ragutan: Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 40 - 50 P (199-248 TSP), 50 - 100 K (100-200 MP).
4. Rumput becampur kekacang - Pengurusan secara potong dan angkut: Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 50 - 60 P (248-298 TSP), 150 - 200 K (300-400 MP).
5. Petai Belalang / Ipil-ipil : Kadar baja (kg/hektar/tahun) ialah 40 - 60 P (199-298 TSP), 50 - 100 K (100-200 MP).
Penggunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang adalah baik dan sangat digalakkan.

Setiap hari, ternakan anda meffiedukan pastura/foder segar sebanyak 10% daripada berat badan mereka.
Sebelum diberi kepada ternakan, foder boleh dipotong-potong pendek menggunakan mesin mencincang foder (forage chopper).

Purata hasil bahan kering beberapa jenis pastura/foder yang dipotong pada setiap 6 minggu adalah seperti berikut:
Rumput Signal = 25.5 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Para = 12.1 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Guinea - cv. Colonio = 18.6 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Guinea - cv. Hamil = 17.6 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Napier - Local = 23.2 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Napier - Uganda = 16.9 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Slendida = 17.6 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)
Rumput Kazungula = 18.2 Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun)

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Keasidan dan pengapuran tanah ladang



Keasidan tanah dan pengapuran tanah adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan tanah. Keasidan tanah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah menjejaskan pertumbuhan tanaman kerana akar-akar tanaman tidak dapat tumbuh dengan baik bagi meyerap zat-zat makanan dalam tanah. Tanah yang sangat masam perlu dijalankan Pengapuran (Liming) untuk mengurangkan kemasaman tersebut mengikut kadar yang disyorkan.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
KEASIDAN DAN PENGAPURAN TANAH
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tanah boleh dikategorikan sebagai Tanah Masam (Berasid), Tanah Neuteral dan juga Tanah Beralkali. Nilai keasidan tanah ini di ukur dengan skala pH iaitu satu skala yang digunakan untuk mengukur dalam lingkungan julat 1 - 14 dimana pada bacaan skala 7 adalah di panggil Neuteral. Air bersih atau air tulin mempunyai bacaan 7 jika ianya neuteral. Tanah biasanya mempunyai tahap keasidan pada skala 3 pada tanah berasid (Seperti tanah asid sulfat) dan berada pada skala 8-9 iaitu tanah yang ada batu kapor. Kebanyakan tanah pertanian yang berada di atas muka bumi mempunyai pH antara 4.5 hingga 7.5. Jadi Pengapuran adalah satu kaedah untuk memperbaiki pH tanah dengan meningkatkan skala pH tanah daripada rendah kepada lingkungan pH 6.5 (atau skala pH5.8 untuk tanah gambut)

Tanah boleh dikategorikan sebagai Tanah Masam (Berasid), Tanah Neuteral dan juga Tanah Beralkali. Nilai keasidan tanah ini di ukur dengan skala pH iaitu satu skala yang digunakan untuk mengukur dalam lingkungan julat 1 - 14 dimana pada bacaan skala 7 adalah di panggil Neuteral. Air bersih atau air tulin mempunyai bacaan 7 jika ianya neuteral. Tanah biasanya mempunyai tahap keasidan pada skala 3 pada tanah berasid (Seperti tanah asid sulfat) dan berada pada skala 8-9 iaitu tanah yang ada batu kapor. Kebanyakan tanah pertanian yang berada di atas muka bumi mempunyai pH antara 4.5 hingga 7.5.

Cara untuk menguji kemasaman dan keasidan tanah mudah dijalankan dengan menggunakan kertas litmus yang akan berubah warna apabila di kenakan dengan larutan atau pada sampel tanah. Bacaan keasidan akan diperolehi dengan mempadankan warna kertas litmus tersebut dengan carta indek bacaan (Standard colour chart - Munsell Color Chart) sama ada ianya tanah berasid, neuteral atau beralkali. Kini kaedah untuk mengetahui pH tanah sangat mudah dibuat dengan Alat Eletronik pH Meter, Cucukan alat pH meter (Berbentuk Kon atau lain2 bentuk) kedalam sampel tanah dan bacaan akan didapati sertamerta dengan ketepatan yang jitu.

KENAPA TANAH BERASID?
-Tanah berasid kerana ion Al+++ dan H+ dalam tanah
-Bila air mengalir celah kumin tanah, ion Na+, Mg++, Ca++, K+ mengganti dengan ion H+pH Tanah

Keasidan diukur oleh kepekatan ion
H+PH = Log 1 / [ H+]
[ H+ = Mol/ l]

JENIS KEASIDAN
Keasidan aktif:
-Kepekatan H+ dalam larutan tanah

Keasidan simpanan:
-Jumlah H+ dan Al+++ yang dipegang oleh koloid tanah

KESAN pH TANAH
-Perubahan pH mempengaruhi kedapatan (Kesediaadaan) zat pemakanan didalam tanah:
*pH tinggi: Mengurangkan Fe, Mn, Zn, Cu, Co
*pH 6 - 8.5: Ca dan Mg tinggi
*pH 6 - 6.5 : K dan Mo tinggi

PENGIKATAN FOSFAT
-Fosfat sensitif kepada pH tanah
-H PO4= tersedia dalam pH tinggi (Alkali)
-Dalam keadaan berasid H PO4= dan H2 PO4- tersedia
-Dalam pH sangat berasid hanya H2 PO4- tersedia

CARA PENGIKATAN FOSFAT
P Terikat dengan berbagai cara:
-Bersatu dengan ion Ca++, Mg++, Al+++ dan Fe+++ (Sebatian tidak larut)
-Terikat dengan hidupan seni
-Bersatu dengan sebatian organik (Komplek)
-Diserap dipermukaan tanah

FAKTOR MEMPENGARUHI PENGIKATAN FOSFAT
-Nilai pH
-P Terikat dalam pH terlampau tinggi atau rendah
-Tempoh P dalam tanah
-Lebih lama P dalam tanah lebih tinggi pengikatan
-Kandungan liat dalam tanah
-Lebih tinggi kandungan liat lebih tinggi pengikatan P
-Jumlah P
-Lebih banyak kandungan P tersedia lebih kurang pengikatan P

FAKTOR MEMPENGARUHI PENGIKATAN FOSFAT
-Kandungan bahan organik
-Bahan organik mencepatkan kelarutan fosfat dan menguraikan fosfat terikat.

MEMAKSIMA PENGGUNAAN BAJA FOSFAT
-Penaburan baja P secara berperingkat
-Tabur dengan kadar yang rendah bagi setiap penaburan
-Pengapuran tanah

PENGAPURAN TANAH
Tujuan:
-Meningkatkan pH tanah berasid
-Meningkat penggunaan baja fosfat
-Membekal mineral seperti Ca dan Mg
-Mengawal pertumbuhan bakteria

BAHAN KAPOR
Karbonat:
-CaCo3, Dolomite, Calcite
-Oksid/Hidroksid:
-Slaked lime
-Basic slag

ANGGARAN KEPERLUAN KAPOR
-pH yang sesuai untuk pastura ialah 5-7
-Secara kuantitatif keperluan kapor ditentukan dimakmal dengan kaedah Dun (1973)
-Dalam kaedah biasa satu (1) tan kapor boleh menaikkan 0.5 nilai pH bagi setiap ekar atau 2-3 tan / ha

FAKTOR YANG MENENTUKAN KEPERLUAN KAPOR
1. pH tanah
pH rendah perlu banyak kapor
2. Tetalan tanah
Tanah tetalan halus perlu banyak kapor dari tanah tetalan kasar
3. Bahan organik
Lebih banyak bahan organik lebih banyak kapor diperlukan
4. Jenis tanaman
Setiap jenis tanaman sesuai pada pH yang berbeza
5. Jenis bahan kapor
Contoh: Kadar bagi “hidrated lime” lebih rendah dari “Ground Limestone”

CARA MENABUR KAPOR
-Bentuk serbuk akan memberikan kesan maksimum
-Penaburan mestilah rata
-Menggunakan spinner broadcaster
-Diawal penanaman kapor ditabur selepas bajak putar dan diputar kembali

TINDAKBALAS KAPOR
Ion Mg++ dan Ca++ dari kapor menggantikan H+ dan Al+++

H+ + Ca Co3 = Ca++ + H20 + Co2
H+ + Ca (HC0)2 =Ca++ + 2 H20 + 2Co2
H+ + Ca (0H)2 = Ca++ + 2 H20

KESAN PENGAPORAN
1. Kenaikan pH tanah
2. Meningkat mineral dalam keadaan tersedia terutama Mg++ dan Ca++
3. Kedapatan Posforus Mo dan N
4. Kedapatan K: pengapuran meningkatkan K+
5. Membaiki agregat tanah:
Kehadiran Ca, Mg boleh memperbaiki sifat agregat tanah.
6. Kesan kepada organisma tanah:
Setengan MO berguna sesuai pada pH tinggi dan bakteria patogenik tidak sesuai pada pH tinggi.

PENGAPURAN MELAMPAU
Pengapuran melampau ialah pengapuran yang melebehi had keperluan. Ia akan mengurangkan sifat fizikal tanah serta mengurang kedapatan zat P, Bo, Zn dan Mn

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Asas Agronomi Pembajaan Tanah Ladang



PEMAKANAN TUMBUHAN, BAJA, DAN PEMBAJAAN PASTURA
Definasi baja
Baja ialah:
Bahan yang dicampurkan kedalam media tanaman bagi membekalkan zat pemakanan
kepada tumbuhan

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Asas Agronomi Pembajaan Tanah Ladang

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Zat pemakanan
Terdapat 17 jenis zat pemakanan yang diperlukan oleh tanaman:
-C Carbon
-H Hidrogen
-O Oksigen
-N Nitrogen
-P Posforus

K- Kaliam
-Ca Kalsiam
-Mg Magnesium
-S Sulfur
-Fe Ferum
-Mn Manganum

Cu- Kuperum
-Co Kobaltam
-Zn Zingkum
-B Boron
-Cl Kloran
-Mo Molibdenum

Sumber zat pemakanan:
-Udara
-Air
-Tanah

Sumber zat pemakanan:
-Udara
-Air
-Tanah

C, H, O
dari udara dan air- Dari proses fotosintesis
Lain-lain dari tanah



Kepentingan fotosintesis
-Karbohidrat terbentuk semasa fotosintesis.
-Lemak, protin dll sebatian organik terbentuk dari CHO - Semua ini menjadi makanan haiwan
-Cahaya matahari adalah sumber tenaga asas, Dalam fotosintesis, tenaga haba ditukar kepada tenaga kimia dan disimpan dalam sebatian CHO. CHO dimakan oleh haiwan mendapat tenaga.
-Arang batu terbentuk dari tumbuhan dibakar menghasilkan tenaga asalnya dari fotosintesis
-Fotosintesis membersih udara dengan menghapuskan C02 dan menghasilkan O2


Zat pemakanan
1.Zat pemakanan makro:
-Diperlukan dengan jumlah yang banyak oleh tumbuhan
-N, P, K, S, Mg, Ca, S
-N, P,K - Zat Pemakanan makro primer
-S, Mg, Ca, - Zat pemakanan makro sekunder

2.Zat pemakanan mikro:
-Diperlukan dengan jumlah yang sedikit oleh tumbuhan
-Cth Zn Fe Mo dan lain-lain
Fungsi Zat Pemakanan
1. Nitrogen (N):
Bagi tumbesaran
Komponen utama protin
Penghasilan klorofil
Warna hijau daun

2. Posforus (P):
Mencepat pengeluaran akar bunga dan buah
Mencepat kematangan pokok
Menguat tangkai buah
diperlukan diperingkat awal pertumbuhan

3. Kaliam/Fosfat (K):
Mencepat tumbesaran tisu meristem
Meningkat kecergasan dan kekuatan pokok
Ketahanan penyakit
Diperlukan bagi metabolisma kanji dan protin
Mengaktifkan enzim

4. Kalsiam (Ca):
Mencepat pengeluaran dan tumbesaran akar
Menambah kecergasan daun dan batang
Diperlukan dalam pembinaan dinding sel

5. Magnesiam (Mg):
Dalam pengeluaran klorofil
Membantu dalam pengeluaran lemak, minyak dan gula

6. Sulfur
Mengekal warna hijau
Pengeluaran bintil dalam kekacang
Mempercepat pengeluaran biji

Pengambilan zat pemakanan
-Zat pemakanan diserap dalam bentuk ion
*Anion: K+, Ca ++, Mg ++
*Kation: Cl-, N03 -, S04--
-Serapan zat pemakanan berlaku melalui akar dan daun
-Serapan maksimum berlaku melalui hujung akar

JENIS BAJA
1. Mengikut bahan asal
-Baja kimia
-Baja organan

2. Baja dikategorikan sebagai:
-Baja lurus
-Baja sebatian
-Baja campuran

Baja organan:
-Baja yang dihasilkan dengan menggunakan bahan organan iaitu bahan asal haiwan atau tumbuhan
Cth: Baja kompos, baja tahi ayam, tahi lembu, tahi kelawar, tahi cacing (worm casting) dan sebagainya jenis Baja


Baja kimia:
-Baja yang dihasilkan melalui campuran bahan kimia
-Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur. Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya.

Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis:
1. Baja butiran kompaun (compound fertilizer)
2. Baja tunggal. (single dressing fertilizer)

Baja kompaun.
Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur. Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE



Baja tunggal.

Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja. Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)

Baja lurus:
-Baja kimia yang dihasilkan hanya mengandungi satu atau 2 unsur sahaja seperti Urea, Amonium sulfat dan sebagainya

BAJA CAMPURAN:
-Baja kimia yang dihasilkan dengan menggunakan lebih dari satu jenis baja

BAJA SEBATIAN:
-Baja kimia yang dihasilkan secara sebati iaitu tidak mungkin dapat dipisahkan seperti baja NPK (15:15:15)


KENAPA BAJA DIPERLUKAN?
-Dalam keadaan semulajadi tumbuhan boleh hidup dengan menggunakan zat pemakanan dari tisu tumbuhan dan haiwan yang mereput, tetapi ia tidak mencukupi.
-Zat pemakanan hilang melalui resapan, peruapan, pengikatan biologi dan pengikatan tanah
-Baja diperlukan bagi aktiviti pertanian secara komersil bagi pengeluaran yang optimum.

Gred baja
Baja digredkan mengikut kandungan zat pemakanan dalam baja tersebut:


BAJA NITROGEN
1.UREA -N46
-46.6 % N
-Co (NH2)2
-Paling tinggi N
-Semulajadi dalam kencing haiwan
-Mudah larut dalam tanah menjadi ion Amonium
-Nitrogen dalam bentuk amonia mudah hilang bila diguna di permukaan tanah
-Bersifat higroscopic “cepat cair” bila dalam kelembapan tinggi
-Amonium N ditukar kepada nitrat oleh bakteria pengikat N yang melibatkan 2 peringkat:

BAJA NITROGEN
Tindakbalas Urea







Baja potash (K)
-Muriate of Potash/ Potashium Chloride (MOP: 60 K20) larut
dalam air, diguna sebagai baja tunggal atau baja campuran

BAJA PERMULAAN
-Baja dibuat dipermulaan menanam
-Bertujuan menggalakan pertumbuhan awal yang sihat.
-Biasanya baja P sahaja mencukupi atau
-Boleh digunakan baja campuran 60:30:30 NPK



KAEDAH MENABUR BAJA
-Baja permulaan digaul dengan bijibenih
-Baja ditabur dengan seed drill atau alat penabur baja (spinner broadcaster)



Pembajaan pengurusan




Kebaikan Zeolite
-Sumber yang tidak terhad dan murah
-Bertindak sebagai perawat serta meningkatkan kualiti tanah dalam jangkamasa panjang
-Daun lebih Hijau dan pokok lebih sihat
-Mengurangkan penggunaan baja dan meningkatkan kecekapan baja
-Meningkatkan elemen P untuk tanaman
-Membantu dalam penyediaan mikroeleman
-Meneutralkan PH tanah dengan mengubah PH tanah yang beasid/alkali kepada PH subur
-Menyingkirkan elemen-elemen toksik pada tanaman
-Memperbaiki kandungan silikat tanah
-Dapat memegang air dan nutrient
-Meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil sebanyak 19-31%
-Boleh digunakan untuk pertanian dan perikanan

Cara Zeolite Bertindak
-Zeolite akan menyerap semua nutrient yang ada didalam baja
-Membebaskan semula secara perlahan dan konsisten mengikut keperluan tanaman

Tanpa Zeolite
-Pengairan selepas pembajaan akan membawa baja ke zon akar
-Tanaman akan hanya menyerap baja yang ada di zon akar
-Sebahagian besar baja akan keluar dari zon akar melalui proseslarut-resap

Dengan Zeolite
-Penaburan baja bersama dengan zeolite
-Mengurangkan kehilangan N melalui pemeruapan kerana zeolite menyerap ammonia bebas
-Pengairan akan membawa baja ke zon akar dan zeolite akan menyerapnya
-Baja yang diserap zeolite akan kekal di zon akar sehinggatanaman memerlukannya
-Kadar kehilangan baja melalui proses larut-resap dapat dikurangkan dan zeolite dapat memanjangkan jangka hayat baja di zon akar
-Merawat tanah untuk jangka masa panjang ( meningkatkan CEC tanah )

MASA MEMBAJA
-Selepas meragut / potong
-Di awal hujan atau selepas hujan
-Elakan pembajaan dimusim kemarau

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Kiraan Sukatan Kecairan Alkohol


CONTOH SUKATAN KECAIRAN



SUKATAN KECAIRAN 2
GUNA FORMULA C1V1=C2V2

Contoh a



Contoh b


Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Wednesday, March 14, 2012

Kiraan Sukatan kecairan Disinfectant



Kiraan Sukatan kecairan Disinfectant
Contoh 1

Contoh 1: 200 bermaksud 1/200


Contoh 2


Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment