Thursday, October 13, 2011

PENGURUSAN FERTILITI


Pengurusan fertiliti adalah suatu proses merangka dan mewujudkan satu persekitaran dimana individu-individu terlibat bekerjasama untuk memasti setiap induk pembiak melahirkan anak setiap 365 hari. Anak dilahirkan normal, sihat dan ibu mampu mengeluarkan susu berkualiti dengan kuantiti yang optimum
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
PENGURUSAN FERTILITI
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Individu-individu yang terlibat termasuk peternak, pegawai teknikal dan pengembangan, juga yang terlibat dalam aspek pemasaran
Bagi mendapat kelahiran setiap 365 hari:
1. Selepas beranak, uterus mesti bebas daripada infeksi dan mengecut cepat untuk kembali seperti keadaan tidak bunting
2.Ovari mesti mengembalikan pusingan estrus untuk pekembangan folikel, ovulasi dan pembentukan korpus luteum
3.Lembu mesti menunjukkan tanda-tanda berahi yang boleh dikesan oleh pejantan yang subur atau dikesan untuk permanian beradas
4.Hanya satu suntikan A.I. untuk menghasilkan persenyawaan
5.Ovum yang disenyawakan mesti melekat (implant) pada endometrium uterus dan bebas daripada kemungkinan kematian awal fetus atau keguguran.
6.Ibu dan anak selamat tanpa kecederaan semasa kelahiran
_______________________________
AKTIVITI BERJADUAL UNTUK MENCAPAI MATALAMAT
1: Pemakanan
-Penting kerana melibatkan 80% kos pengeluaran
-Pretasi pembiakan bergantung kepada pemberian makanan
-Teknik pemberian body score badan boleh membantu menilai tahap pemakanan
-Lembu di tahap body score 4 untuk memasti prestasi pembiakan tidak terjejas



2: Pengesanan berahi
-Perlu ditahap tinggi, boleh guna teaser bull dan cat ekor
-Berahi tepat ialah ketika berdiri untuk dipanjat (Standing to be mounted)
-Pemerhatian berahi dua kali sehari; 7 -8 pagi & 5 - 7 petang



3: Permanian beradas yang efisyen
a.Tentukan dibuat tepat pada masa. Berahi pagi, disuntik petang; Berahi petang
disuntik pagi.
b.Teknik A.I. yang baik
-Periksa kualiti air mani setiap 2 minggu
-Jika guna pejantan, pastikan bebas daripada penyakit Brucellosis, Camphylobacteriosis, -Trichomoniasis
-Jalankan ujian daya biak untuk pejantan setiap tahun



4: Pemeriksaan Post-Partum
-Pemeriksaan organ pembiakan betina selepas 30 hari beranak
-Bertujuan memastikan tiada kes klinikal dan uterus telah kembali normal

5: Pemerikasaan anestrus
-Pemeriksaan secara rektum bagi yang tidak menunjukkan berahi selepas 42 hari beranak
-Jika ada korpus luteum suntik prostaglandin, lembu akan berahi selepas 2 - 5 hari
-Jika ada follicle besar (1 cm), tiada rawatan
-Jika ada follicle kecil dan tiada struktur pd ovari, masukkan progestrone (CIDR- Control Internal Drug Release) ke dalam vagina selama 7 hari, kemudian keluarkan serta beri suntikan PMSG (Pregnant Mare Serum Gonadotropin). Lembu yang tidak menunjukkan berahi perlu diperiksa selepas 11 hari.



7. Pemeriksaan kebuntingan (P.D.)
-P.D. selepas 42 - 60 hari selepas inseminasi.
-P.D. kedua selepas 90 hari A.I.



8: Piawaian Fertiliti
-Kirakan pencapaian setiap bulan dan tentukan piawaian itu dipenuhi

PIAWAIAN FERTILITI

1

Jarak antara kelahiran

365 hari

2

Jarak antara kelahiran dan kebuntingan

85 hari

3

Purata kelahiran ke inseminasi pertama

65 hari

4

Purata lembu berahi selepas 60 hari kelahiran

85 %

5

Kadar pengesanan berahi

70 %

6

Kadar pengesanan berahi yang tepat

80 %

7

Kadar konsepsi pada inseminasi pertama

70 %

8

Kadar konsepsi pada semua inseminasi pertama

58 %

9

Jumlah inseminasi setiap kebuntingan

< 1.5

10

Purata umur pada kelahiran pertama

24 bulan

11

Kadar singkiran sebab masalah pembiakan

< 10 %

12

Purata bilangan laktasi

> 7

13

Kadar keguguran

< 3 %

14

Hari buka (days open )

110 hari




Lawatan ke ladang dibuat secara berterusan, sekali sebulan & aktiviti-aktiviti pd senarai semak (check list) dilaksanakan.
Lawatan terancang & berjadual ini dikelolakan & dikendalikan oleh kakitangan JPH

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Pemeriksaan kebuntingan (P.D) Lembu



Pemeriksaan kebuntingan (P.D.) dijalankan 2 atau 3 bulan selepas perkahwinan tabie @ permanian beradas (A.I.) di jalankan bagi menentukan lembu bunting atau tidak.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pregnancy Diagnosis (P.D)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kaedah – kaedah yang digunakan bagi mengesan kebuntingan pada ternakan
1: HORMONAL ASSAY
Berdasarkan perubahan aras hormon progestron dalam sample darah dan air kencing
biasa pada manusia dan kuda
Aras hormon dalam sample susu boleh diguna untuk lembu jika sampel diambil pada masa tertentu dan tepat selepas dikahwinkan
mahal dan tidak praktikal untuk tujuan komersil
2: PERANGAI (BEHAVIOUR)
Berdasarkan perubahan perangai akibat keseimbangan hormon
3: HISTOLOGI
Berdasarkan pemeriksaan mikroskopik terhadap sel dan mukus serviks dan vagina
Tidak praktikal untuk tujuan komersil

4 : SONAR
Mesin sonar telah digunakan pada babi dan bebiri
Perubahan signal panjang gelombang melalui abdomen boleh diterjemah untuk menentukan ternakan bunting atau tidak
Tidak sesuai pada lembu - bunting awal tidak boleh didiagnosis dengan tepat
_______________________________
TANDA LUARAN KEBUNTINGAN
a)Tiada estrus
b)Menjadi lebih gemuk
c)Perangai menjadi lembap (sluggish in temperament)
d)Pertambahan berat badan pada separuh akhir peringakat bunting akibat perkembangan fetus yang dikandung
e)Perubahan pada kelenjar susu

Tanda akhir bunting
· Ambing, punting susu semakin besar & kolustrum mula terhasil
· Vulva bengkak & 2 bibir vulva merenggang
· Pangkal ekor terangkat
Tanda hendak beranak
· Resah gelisah & mengasingkan diri
· Denyut nadi & pernafasan meningkat
· Vulva membengkak sehingga 6 kali saiz biasa
· Lendir kelabu pekat keluar melalui vulva
· Kelihatan water bag

TUJUAN
Lembu bunting diurus dengan pengurusan yang sistematik bagi memastikan induk & fetus dlm kandungan terjamin kesihatannya, tumbesaran fetus berlaku dengan sempurna sehingga setiap induk dapat melahirkan anak yang sihat dengan selamat.

PENGURUSAN PEMBIAKAN
Lakukan pemeriksaan kebuntingan sekali sebulan bagi:
1 Memastikan tahap kebuntingan
2 Mengesan kes keguguran, mummified fetus & keabnormalan lain
3 Program pengasingan lembu bunting berat
_______________________________
PEMPALPATAN (PALPATION)
-Berdasarkan penemuan apabila salur pembiakan dipalpat melalui rektum
-Kaedah paling efektif - senang dan murah

Kaedah Pempalpatan Uterus / Rektum ( Uterine / Rectal Palpation )
1.Tahu kedudukan organ pembiakan betina (anatomi)
2.Periksa keseluruhan uterus
3.Rasa konsistensi uterus
-Cair amniotik
-Fetus
-Kotiledon / placentomes
-Fremitus arteri tengah uterus (middle uterine artery)
_______________________________
PERINGKAT KEBUNTINGAN
1 BULAN (hari 28 ke 35)
a)Perlukan kemahiran
b)Tidak digalakkan, risiko gugur
c)Palpat dengan lembut, rasakan korpus luteum, hujung tanduk uterus,GRIP OF FINGER & THUMB dan Membrane slip
Membran Slip dikesan selepas hari ke 30. Tempat terbaik dirasa pada bahagian bengkok tanduk uterus. Hanya oleh operator berpengalaman - elak kerosakan pada membran dan embrio seterusnya menyebabkan keguguran
_______________________________


PERINGKAT KEBUNTINGAN
1 - 2 BULAN (hari 35 hingga 62)
Perlukan kemahiran - elak keguguran
Tanduk uterus yang bunting:
Menjadi lurus (hilang lingkarannya)
Diameter bertambah
Mempunyai fluid tone (rasa ada cecair)
Lebihan berat pada tanduk yang bunting membengkokkan sedikit salur pembiakan
Tanduk tidak bunting terapung di atas
_______________________________


PERINGKAT KEBUNTINGAN
2 - 3 BULAN ( hari 62 ke 90 )
a)Uterus seperti belon getah berisi air
b)Diameter 10 - 16 cm
c)Tanduk uterus tidak lagi simentri
d)Perbezaan saiz ketara ke hari 90
e)Fetus sebesar saiz tikus
f)Uterus dalam rongga pelvik atau bahagian atas rongga abdomen
_______________________________

PERINGKAT KEBUNTINGAN
4 - 5 BULAN
a)Uterus mula menurun ke rongga abdomen, lebih sukar untuk dipalpat
b)Fetus sebesar kucing, 2-3 kg (150 hari)
c)Diameter kotiledon 2 cm (120 hari), 3 cm (150 hari)
d)Fremitus (buzzing pulse) pada arteri tengah tanduk uterus yang bunting
Serviks membesar
_______________________________


PERINGKAT KEBUNTINGAN
5 - 7 BULAN (hari 150 ke 210)
a)Uterus terletak di atas lantai abdomen
b)Fetus boleh dipalpat secara bouncing
c)Tekan / tepuk cecair uterus, fetus akan memantul ke tangan
d)Fremitus, kotiledon dapat dipalpat
e)Fetus sebesar anjing
_______________________________

PERINGKAT KEBUNTINGAN
7 - 9 BULAN ( hari 210 ke atas)
a)Fetus membesar & senang dirasa
b)Bila hampir beranak
c)Kaki depan fetus menghala arah rongga pelvik
d)Kepala berada diantara 2 kaki
_______________________________
KESILAPAN
a)Pundi kencing disangkakan tanduk uterus yang bunting
b)Rumen disangkakan bahagian fetus
c)Limpa disangkakan bahagian fetus
d)Penyakit
e)Pyometra
f)Hidrometra
g)Tumor / neoplasma

FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR KEBUNTINGAN
a)Teknik permanian beradas
b)Masa suntikan dengan ovulasi
c)Penyelenggaraan semen yg boleh menjejaskan kesuburan sperma
d)Kesuburan pejantan
e)Pengesanan berahi
f)Masalah pembiakan
g)Penyakit
h)Ketidaksuburan

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Estrus Synchronization Programs - Lembu



SINKRONISASI ESTRUS - Melibatkan rawatan ternakan supaya kesemua atau kebanyakan mereka menunjukkan estrus dan ovulasi dalam masa yang sama / serentak
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SINKRONISASI ESTRUS
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SINKRONISASI ESTRUS merupakan satu kaedah menyeragam / mengawal pembiakan
( controlled breeding ) supaya
kumpulan ternakan melahirkan anak pada masa yang diingini
-Diguna untuk pembiakan bermusim
-Melibatkan penggunaan bahan kimia / hormon sintetik
-Program permanian beradas dapat ditumpu dalam beberapa hari sahaja
-Pengesanan berahi masih perlu dan tidak boleh diabai, cuma tumpuan boleh diberi pada masa-masa tertentu sahaja

KAEDAH
Terdapat 2 kaedah asas membawa lembu-lembu ke peringkat yang sama dalam kitaran estrus
1. Memanjangkan Fasa Luteum (Prolonging the Luteal Phase)
2. Memberhentikan Fasa Luteum (Terminating the Luteal Phase)

MEMANJANGKAN TEMPOH LUTEUM
1) Menggunakan hormon luteinizing
-Rawatan degan luteinising hormone untuk memanjangkan hayat korpus luteum
-Kaedah ini tidak ekonomik dan tidak digunakan

2) Menggunakan Progestron
-Kaedah rawatan progestron terhadap sekumpulan lembu untuk beberapa hari akan menghalang aktiviti estrus
-Apabila rawatan ini dihentikan, kitaran estrus dapat diseragam - estrus dan ovulasi berlaku dalam 2 - 6 hari
-Kadar fertiliti pada estrus pertama dengan kaedah ini didapati rendah. ‘Silent heats’ sering berlaku.
-Masalah ini diatasi dengan alat yang membebaskan progestron secara perlahan serta kombinasi dengan hormon lain (Estrogen dan FSH) - hampir menyerupai kesimbangan hormon dalam badan
-Lembu biasanya dirawat dengan kompaun progestron sintetik ini selama 7- 16 hari
_______________________________
Terdapat 2 cara pemberian:
a)Intravagina tampons
b)Subcutenaneous inplants

INTRAVAGINALTAMPON
2 jenama di pasaran
1 .PRID (Progestrone Releasing Implantation Device)
2. CIDR (Controlled Internal Drug Release device)
-Dimasukkan ke dalam vagina menggunakan aplikator khas
-Kendali dengan bersih untuk mendapat hasil terbaik




_______________________________
PENGGUNAAN CIDR
Ø Dengan Suntikan CIDIROL® (Oestradiol Benzoate)
Hari 1 - Masukkan CIDR
Hari 6 - Keluarkan CIDR
Hari 7 - Suntik
2ml Cidirol
Hari 8 - A.I.


Ø Dengan kapsul Cidirol
Hari 1 - Masukkan CIDR dan Kapsul
Hari 13 - Keluarkan CIDR
Hari 15, 16, 17 - A.I.

Ø Tanpa Cidirol
Hari 1 - Masukkan CIDR
hari 16 - keluarkan CIDR (estrus 3 hari selepas)

SUBCUTENOUS IMPLANTS
1-Jenama di pasaran Synchromate B
2-Pemberian dicadangkan - melalui ear implant dengan aplikator khas
3-Ditanggalkan seleapas 9 - 11 hari

PRID, CIDR, SYNCROMATE B
1-Lebih selamat berbanding penggunaan prostaglandins - tiada kesan sampingan dan risiko keguguran
2-Lebih sesuai untuk lembu-lembu yang ‘poor reproductive condition’ kerana sifat produk yang ‘start cows cycling’
3-PRID & CIDR boleh menyebabkan vaginitis. Kebersihan penting semasa mengendalikannya
4-Pengendalian (memasuk dan menanggal) - perlu lebih masa / tenaga untuk mengekang ternakan dan Lebih mahal berbanding prostaglandinns

MEMBERHENTIKAN FASA LUTEUM
Ø Dilakukan dengan cara :
1. Memicit korpus luteum semasa pemeriksaan rektum
tidak digalak, boleh berlaku adhesions dan pendarahan - masalah pembiakan
2. Menggunakan agen luteolytic seperti prostaglandins
_______________________________
PROSTAGLANDINS
-Dirembes dalam badan pada hari 17 -19 kitaran estrus (lembu) untuk menguraikan korpus luteum
-Prostglandins sintetik diguna secra meluas untuk sinkronisasi estrus
-Hanya lembu dalam fasa luteum bergerakbalas terhadap terapi prostaglandins
-Purata 60 -70% lembu dalam fasa luteum (hari 5-19 kitaran estrus) pada satu masa. Akan berahi 2 - 4 hari selepas rawatan.
-Biasa diguna - Estrumate, Lutalyse, Prosolvin

-Ada beberapa cara prosrtaglandin diguna untuk seragamkan masa estrus lembu. Perlukan perancangan bagi memastikan ianya berhasil.
-Prostaglandin tidak mempengaruhi fertiliti / kesuburan. Ianya bukan fetility drugs.
-Berguna dalam mangawal masa lembu-lembu datang berahi. Boleh diatur dengan kesesuaian inseminator dan memudahkan pengesanan berahi
-Merbahaya pada manusia, boleh menyebabkan keguguran pada lembu bunting

Program untuk prostaglandin
-Periksa setiap ternakan, heifer dan dewasa
-Mesti kosong (tidak bunting) dan berada dalam kitaran estrus (cycling)
-Untuk lembu yang beranak, sekurang-kurangnya 6 minggu selepas beranak

PROGRAM PROSTAGLANDINS
Ø 10 DAY PROGRAMME
Kaedah paling efektif dari segi kos (cost efective) bagi rawatan dengan prostaglandins
-Langkah 1(hari 1 - 5)
Perhati dan buat A.I. lembu yang estrus (berahi)
-Langkah 2 (hari 5)
Suntik prostglandin semua yang tidak menunjukkan berahi / belum A.I.
-Langkah 3 (hari 6 - 10)
Perhati dan A.I. yang menunjukkan tanda estrus. Kebanyakan pada hari ke 7,8, 9. Sebilangan kecil hari ke 10
lembu yang estrus pada hari ke 6 bukan disebabkan tindakan prostaglandin tetapi datang secara semulajadi.
NOTA: ‘cycling aktivity’ diperiksa selama 5 hari sebelum suntikan prostaglandin. Jika cycling activity kurang 5% / hari - Program ini boleh dibatalkan

Ø 2/2 programme
melibatkan 2 suntikan prostaglandins dan 2 blanket A.I. Tiada pengesanan berahi
-langkah 1 (hari 1)
suntik prostglandin pada semua lembu
-Langkah 2 (hari 11)
suntik prostglandin pada semua lembu untuk kali ke 2
-Langkah 3 (hari 14)
A.I. Semua lembu
-Langkah 4 (hari 15)
A.I. Semua lembu untuk kali ke 2

Secara teori suntikan ke 2 prostaglandin - untuk menyeragamkan masa estrus semua lembu,
Di lapangan - Hasil yang berbeza dan rendah disebabkan tindakan berbeza pada suntikan ke 2 dan tempoh masa ovulasi lebih panjang

Ø Intermediate programme
-Langkah 1 (hari 1)
suntik prostaglandin semua lembu
-Langkah 2 (hari 3,4,5)
perhati dan A.I. lembu yang estrus (± 70%)
-Langkah 3 (hari 11)
suntik kali ke 2 prostglandin untuk yang tidak estrus
-Langkah 4 (hari 13,14,15)
perhati dan A.I. lembu yang estrus
Kombinasi 10 day programme (kos minimum, % bunting tinggi) dgn 2/2 programme (tenaga buruh rendah, tiada pegesanan berahi)
Hasilnya tidak sebaik 10 day programme

Ø Combination
Sinkronisasi terbaik - Progestron sintetik (e.g. CIDR) diguna bersama prostaglandins
Prostaglandins diberi 0 - 48 jam sebelum progestron ditanggalkan
Agak mahal

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Program Penyelarasan Berahi Lembu (CIDR)


Program penyelarasan berahi ialah kaedah yang digunakan untuk menyelaraskan berahi ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Program Penyelarasan Berahi Lembu
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ianya diselaraskan berahinya menggunakan hormon dengan alat silikon berbentuk Y yang dinamakan Control Intra-Vaginal Device Releasing Hormone (CIDR).
a) CIDR untuk kambing

b) CIDR untuk lembu

Ia biasa digunakan untuk penternak yang mempunyai ternakan yang ramai dan ingin menyelaras atau menyamakan waktu bunting dan beranak ternakan. Kebiasaan ternakan yang mengunakan kaedah ini ialah ternakan tenusu.Kaedah mengesan kebuntingan dan memasukkan CIDR ke dalam uterus induk. Kaedah ini juga digunakan untuk mempercepatkan waktu mengawan bagi ternakan yang telah matang contohnya bagi lembu antara 18 bulan hingga 24 bulan. Ia juga digunakan untuk mempercepatkan waktu untuk ibu ternakan yang telah beranak

* Program ni mula bermula dengan pregnant diagnosis - pasang CIDR - tarik
CIDR - inject hormon - pantau biang - buat AI - periksa kebuntingan .

Untuk induk lembu,
waktu yang sesuai ialah apabila anak yang dilahirkan mencapai umur 2 bulan.
_______________________________
Control Intra-Vaginal Device Releasing Hormone (CIDR)
Kaedah menggunakanya seperti di bawah:

1-CIRD ialah yang berbentuk seperti huruf 'Y' dimasukkan kedalam vagina ternakan.






2-Terdapat hormon progesterone pada alat ini yang meransang ternakan untuk mengawan.
Ia dibiarkan di dalam vagina ternakan selama seminggu.
3-Selepas seminggu CIRD ditarik keluar dengan menarik wayar biru dengan sekali sentap.

4-Ternakan direhat selama 24 jam
5-Selepas 24 jam, ternakan akan di suntik dengan 'cidirol injection' dan ternakan dibiarkan selama 24 jam
6-Untuk ubat memberi kesan. Suntikan dilakukan pada sisi
tengkuk ternakan.

7-Selepas itu, suntikan pemanian beradas boleh dilakukan.Setelah lembu dipermanikan di minta memastikan ternakan tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini adalah bagi memastikan yang lembu jantan di kawasan tersebut tidak boleh mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran berlaku..


Setelah tiga minggu penternak-penternak perlu mengesan sekali lagi pusingan berahi lembu tersebut. Ini adalah kerana kemungkinan lembu yang disuntik tersebut datang berahi lagi .. Maksudnya kat sini permanian berhadas tersebut tidak berjaya. Sekiranya seekor lembu tidak menunjukkan tanda-tanda mengawan antara 60 hingga 90 hari ( 3 bulan) lembu itu dianggap bunting..


Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Saturday, October 1, 2011

Ujian-ujian kualiti susu ternakan



SUSU

Definasi susu

Susu atau susu mentah , susu segar adalah susu yang yang bersih dihasilkan oleh ternakan yang sihat seperti lembu, kerbau, kambing atau bebiri yang dipelihara dengansempurna, tidak termasuk susu awal selepas kelahiran anak selama 4 - 7 hari. Susu yang berkualiti semesti berwarna putih kebiruan , berkrim dan berbau manis dan bercirikan "SUSU".

Bagaimana susu terhasil dari ambing?

Susu dihasilkan didalam ambing susu oleh  sel-sel microscopic yang terdapat pada sekeliling alveoli. Alveoli ini dihubungkan oleh pembuluh seni, capillaries dan bersatu menjadi saluran yang besar berupa saluran susu ke takung susu  dan terus ke puting susu. Setiap alveoli juga diselaputi oleh cell berupa otot tisu yang dikawal oleh central nervous system dan dipengaruhi oleh cernaan/impulse yang dirasai oleh lembu.

Hormon oxytocin terdapat didalam kelenjar pituitary dibahagian bawah otak. Jika lembu diransang dengan sempurna aliran impulse yang baik akan sampai ke otak dan kelenjar pituitary dan oxytocin akan dirembes kedalam sistem edaran darah. Dalam masa satu minit  kekesanan oxytocin mula dirasakan. Ambing susu terserlah menunjukkan reaksi bersedia untuk diperah. Oxytocin menyebabkan cell yang berupa otot disekeliling alveoli mengecut. Menyebabkan peningkatan tekanan didalam ambing dan keadaan ini boleh dirasakan oleh pemerah susu. Tekanan ini bertindak berulang-ulang bagaikan pusing. Ini dimanakan "Proses penurunan susu" atau "milk let-down". Pada masa yang sama impulse ini menyebabkan cell otot menjadi kendur serta mengakibat capillaries dan pembuluh terbuka bagi mengalirkan susu ke dalam takungan susu pada bahagian dorsal puting. Susu terus di hasil kan oleh cell myoepihtelial dan di rembesekan ke dalam aveoli sehingga lah reflex penurunan susu berakhir dan susu berkurangan. Pemerahan perlu dihentikan supaya ambing dan puting tidak tergangu dan sakit serta sukar diperah.

Oxytocin  akan menghilang /cair didalam sistem edaran pada jangka masa 4 - 7 minit. Dan bergantung pada tahap laktassi, umur lembu dan juga beberapa faktor lain. Ternakan seharusnya diperah pada jangka masa ini. Selepas jangka masa ini ternakan tidak akan memberi kerjasama yang baik.

KOMPOSISI SUSU

-Komposisi yang begitu complex

-Berbeza diantara species, umur, tahap laktasi, kesihatan, pemakanan, cuaca dan berbagai lagi.

-Adalah makanan yang lengkap

- Kadungan asasnya adalah : AIR, PROTEIN, LEMAK, LAKTOSE, GALIAN, HORMON, VITAMINS, ENZIM.

LEMBU

1.AIR           : 87 %

2.PROTEIN : 1.2 %

3.LEMAK   : 3.8 %

4.LAKTOSE : 7.0 %

5.GALIAN   : 0.2 %

Kolustrum

-Susu yang dihasilkan pada hari-hari awal kelahiran anak 4-7 hari

-Berbeza dari susu normal

-Pekat, berbau kuat, berasa kepahitan dan kekuningan

-Mengandungi lebih solid

-Kaya dengan globulins

•PIAWAIAN MUTU SUSU

-Akta Makanan 1983

-Mesti dipatuhi oleh yang terlibat dengan perusahaan Tenusu

FAKTOR MEMPENGARUHI KOMPOSISI SUSU

1.Baka

2.Masa Pemerahan

3.Tahap Laktasi

4.Umur

5.Cuaca/Iklim/Musim

6.Penyakit

7.Makanan

WARNA SUSU

Warna semulajadi susu adalah putih kebiruan dan putih kekuningan

1.Bergantung kepada jenis makanan

2.Jumlah lemak

3.Jumlah solid non fat

4.Gelembung lemak,calcium casienate dan calcium phosphate Warna kekuningan disebabkab carotene dan riboflavin (Vit. B2)

SIFAT FISIKAL SUSU DAN PENGARUH MIKROORGANISMA KEATAS SUSU

A.RUPA

Warna putih kebiruan / kekuningan adalah disebabkan bahan terampai seperti lemak, protein dan galian. Perbezaan warna adalah disebab oleh  warna gelembung lemak.

B.KETUMPATAN BANDINGAN

Kebiasaannya berada pada tahap 1.028  hingga  1.034. lebih berat dari air.

C.TITIK BEKUAN

Titik bekuan berada di antara -0.54 dan 0.59 c bergantung kepada kandungan laktose, protein dan galian. Kandungan bahan-bahan ini didalam air menyebabkan rengdahnya titik bekuan. Kundungan yang lebih tinggi menjadikan titik bekuan bertambah rendah.

D.Piawaian Susu (7.4 pH)

a.Susu mentah berada pada tahap sedikit acidic dengan pH diantara 6.6 - 6.7

b.Pengeluaran Susu Bersih

c.Ujian Kawalan Mutu Susu

d.Produks Tenusu Dan Kesihatan Manusia

e.Nilai Nutritif Susu

TEKNIK PEMERAHAN SUSU

•Proses penurunan susu

•Prosidur pemerahan susu dengan tangan

•Prosidur pemerahan susu menggunakan mesin

•Jenis loji pemerahan susu dan fungsi peralatan

•Penyelenggaraan pekakas mesin susu

•Penyelenggaraan dan pembersihan pekakasan mesin susu

UJIAN KEATAS SUSU

1.Teknik Pensampelan 

2.Ujian Bakteriologi

3.Ujian Kimia-Fisikal  

4.Ujian Mendapan Residu

5.Ujian Komposisi  

6.Ujian Penentuan Adulterasi

7. Pemantau Mastitis  

10.Ujian RMT

Ujian di ladang
Ujian Alkohol
Ujian California Mastitis (CMT)
Ujian Sedimentation
Ujian Ketumpatan bandingan (SG)
Ujian Red Iye
Ujian di Platform
Ada lima ujian yang boleh dijalankan di tempat penerimaan susu (platform) untuk tujuan pemeriksaan mutu kebersihan (Hygienic Quality)
Ujian Organoleptik
Ujian alkohol
Ujian Clot on boiling
Ujian keasidan
Ujian penurunan warna (Ddre Reduction)
Untuk tujuan memeriksa mutu komosisi (compositional quality) susu, Ujian-ujian berikut boleh dilakukan di platform
Ujian ketumpatan bandingan (SG)
Ujian SNF ( menggunakan Refractometer)
Ujian Freezing point
Ujian-ujian di makmal
Analisa kimia (Chemical analysis)
Pemeriksaan Mikrobiologi (Mikrobiological Examination)

Ujian Kimia
Ujian peratus lemak susu
Ujian peratus protien
Ujian peratus pepejal
Pemeriksaan Mikrobiologi
Ujian penurunan warna
Ujian Brucella Milk Ring
Ujian Coliform
Standard Plate Count
Thermoduric Count
Thermophilic Count
Psycrophilic Count

Piawai Mutu Susu
Warna, Bau , Rasa
Normal
Lemak FAT
> 3.25
Pepejal Tanpa Lemak ( SNF)
> 8.5
Jumlah pepejal
> 11.75
Ketumpatan Bandingan (SG)
1.028 – 1.031
Darjah Keasidan
Kurang dari 18°N
Nilai pH
<6.5-6.8 pH
Takat suhu beku
-0.58°C hingga -0.55°C
Ujian 80% alkohol
Negetif
Methylene Bleu Reduction Test ( MBRT)
Melebihi 5 jam
Total Plate Count (TPC)
< 5.0 x 10 / ml
Coliform count
<100 / ml

Ujian-ujian
Apabila susu sampai ke Pusat Pengumpulan Susu , Ujian-ujian yang tertentu dijalankan keatasnya memastikan sama ada susu itu tulin, bersih tidak tercemar, tidak dicampurkan dengan benda asing. Untuk menentukan mutu susu itu baik ujian tertentu di jalankan keatas susu tersebut

A) Organoleptik- Panca indra
Ujian ini dapat mengesan perubahan sifat asli susu yang disebabkan organisma mikro dan lain-lain faktor seperti pengoksidaan logam dan lain-lain
Ia dapat dijalankan dengan cepat boleh dipercayai dan tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal, tetapi kepakaran seseorang dengan kepekaan terhadap perubahan rasa, bau dan warna asli susu sangat diperlukan
Ujian ini mesti dijalankan segera sebaiksahaja penutup bekas susu (churn) dibuka
1-Hidu bau susu
2-Lihat dengan teliti warna atau rupa keujudannya (appearance)
3-Rasa/ kecap-hanya bagi susu yang diketahui bebas dari sebarang penyakit berjangkit
4-Periksa juga bekas isian susu sebaik sahaja ia dikosongkan.
Bau- Mula mula cium bau susu. Bau mestilah seperti susu bersih beberapa faktor yang boleh menukar bau bersih susu lembu . Susu adalah bahan yang boleh menarik bau-bau yang kuat seperti iodine, jika susu itu diperah berhampiran parit atau longkang yang busuk maka bau busuk itu akan meresap ke dalam susu itu
Warna- Lihat dengan mata dari segi warna, kepekatan, kebersihan dari bendasing. warna biasa susu lembu ialah putih kekuningan jikalau lembu itu berpenyakit mastitis titik-titik darah boleh dilihat di dalam susu yang diperiksa.Jika didapati susu itu mengandungi darah, susu itu akan ditolak.
Rasa – Rasa susu yang di periksa itu. Mestilah rasa susu tulin. Rasa masam atau sebaliknya. Kadang-kadang susu boleh dicampurkan dengan gula kasar dengan tujuan untuk meninggikan bacaan Lactometer.

2) Alkohol Test –Precipitation test (APT)
Menguji susu adalah segar dan stabil bagi pemerosesan pada suhu yang tinggi. Ujian ini adalah untuk mempastikan ketulinan susu itu.Susu yang membeku tidak diterima.Tujuan ujian ini juga ialah untuk menolak semua susu yang mungkin akan rosak di dalam simpanan .Setitik susu yang rosak jika dicampurkan dengan satu tong susu, akan merosakkan semua susu itu.

Sebab kerosakan susu
-Susu yang dibiar lama tanpa disejukkkan
-Pemerahan susu yang tidak mengikut langkah-langkah kebersihan
-Berpenyakit mastitis
-Susu bercampur dengan kolestrum
-Kandungan logam didalam badan lembu tidak seimbang
-Kesan antibiotik
Kaedah
Memasukkan 2 cc susu kedalam tabung uji dan dicampurkan 2 cc alkohol 80% ke dalamnya. Goncang perlahan-lahan

Keputusannya
Perhatikan jika ada pembekuan /pengentalan susu
Jika ada kesan keladak (Clot) susu tersebut rosak, Jika susu berubah warna yang berlainan susu rosak .

3)Ujian Clot On Boiling Test
Susu yang membeku atau bintilan tidak diterima
Alatan
-Test Tube
-Pipette
-Water Bath/ Periuk

Kaedah-kaedah
-5 ml Susu dimasukan tabung uji
-kemudian didihkan 5 minit didalam waterbath yang berisi air mendidih
-Keluarkan dari waterbath dan sendengkan perlahan-lahan
-lihat susu jika ada pembekuan/ pengentalan susu
Jika pembekuan terjadi dalam ujian Alkohol dan COB (tindakbalas positif) susu tersebut tidak boleh diterima

Keputusan ujianujian yang positif mungkin disebabkan
-Bertambah keasidan oleh tindakbalas organisma mikro
-Mengandungi susu awal atau susu hampir kering
-Mastitis atau lain-lain Sekresi yang luar biasa
-Ketidak seimbangan zat-zat galian Ca :P
-Sweet Curdling
-Contoh susu baru diperah
-Lain-lain sebab yang belum diketahui dan dikesan

4)Ujian Keasidan (Acidity) Titratable Acidity (mengira peratus asid Laktik)
Aktiviti bakteria menyebabkan pengeluaran lactic asid dalam susu. Dikesan jika susu membeku semasa menjalankan ujian ini.
-Dengan menggunakan pipette, masukkan contoh susu yang diuji kedalam Erlenmeyer flask
-Titikkan 10 titik atau 1ml. Phenolphtalein 1% ke dalam contoh susu tersebut
-Tuang larutan 0.1N NaOH ke dalam burette dan rekodkan bacaan awal
-Dengan goncangan tetap alirkan alkali NaOH itu kedalam flask yang berisi contoh susu tadi sehingga terbit warna merah pudar
-Catit bacaan baru pada burette untuk mengetahui beberapa ml alkali yang telah digunakan untuk perubahan warna itu
-Kira peratus asid laktik dengan menggunakan formula



Intepritasi
0.10 – 0.18 % = Susu biasa yang masih segar ( susu lembu)
0.19 - 0.25 % = Susu masih stabil bagi pemerosesan pada suhu yang tinggi
Lebih dari o.25%= susu telah basi dan tidak boleh dipasteur
Susu segar bersifat Apparent Acity apabila dilakukan ujian titration kerana didalamnya terdapat bahan-bahan yang bertindak secara kimia dengan alkali NaOH yang digunakan. Bahan-bahan seperti
-Phosphates dan Citrates
-Casein dan Albumin (Protien)
-Carbon dioxide yang larut ( Gas)

Susu yang mengandungi protien dan zat-zat galian yang tinggi menunjukkan
peratusan keasidan yang tinggi sehingga kadangkala mencapai 0.2 % tetapi keasidan semulajadi yang tinggi tidak menjadi rasa masam pada susu ( kerana ia bukan asid laktik)

Rasa masam hanya timbul bila berlaku penguraian laktos oleh bakteria tertentu yang
membentuk asid diantara 0.05-0.1 % dari keasidan semula jadi
Jika keasidan asal bagi susu segar 0.14% ia akan menjadi masam bila peratus asid laktik meningkat kepada 0.21%
 
Ujian pH (Hydrogen ion Concentration)
Bertujuan untuk mengukur kekuatan (intensity) asid dalam susu .Menyukat keasidan susu berasaskan kepada kepekatan ion-ion hydrogen
Cara menggunakan alat pH meter
Nilai pH yang normal bagi susu segar ialah 6.50-6.70
Guna Alat pH meter

 Methylene Blue Reduction Test (Dye Reductase/ Ujian penurunan warna)
Methylene Blue ialah sejenis bahan penunjuk warna (dye)
Tujuan mengetahui anggaran masa bagi penyimpanan susu (keeping Quality) sehubungan dengan bilangan bakteria dan keaktifannya

Alatan/ kaedah
-Water Bath
-Susu 10ml dicampur 0.5ml Methylene Blue dan goncang perlahan-lahan
-Masukkan kedalam water Bath bersuhu 37°C
-Simpan 6 jam
-30 minit sekali lihat
-warna yang di kehendaki warna biru
-Jika susu biru bertahan 2 jam ia adalah baik
-Jika berubah warna putih ia adalah rosak
-Jika masa yang diperlukan bagi penurunan warna lebih panjang ianya menunjukkan susu yang diuji itu juga dapat disimpan lebih lama kerana bilangan dan aktiviti bakteria didalamnya kurang/ sedikit
 
3) Ujian Specific Gravity / Ketumpatan bandingan ( Bacaan lactometer)
Untuk menentukan ketumpatan susu. Digunakan untuk mengesan susu telah dicampur dengan air
Menentukan sama ada susu itu ( pekat) disebabkan penambahan kanji, santan, susu tepung disebabkan berlakunya kemungkinan penipuan
Mengetahui ketumpatan susu berbanding ketumpatan air
Mengesan adulterasi susu dengan campuran air

Alatan yang diperlukan
-Alat laktometer Zeal caliberated to 84°F
-Sebuah cawan
-Measuring Cyclinder 100cc sebuah
-Alat jangka suhu (thermometer)
Alat Laktometer terbahagi 2
1) Lactometer ZEAL ( Suam/ Panas)
Suhu susu 24-35
2) Laktometer QUEVENNERS ( Sejuk)
Suhu 3-23


Kaedah
Susu dalam churn di kacau supaya lemak susu bercampur sama rata. Ambil satu cawan susu dan isikan sepenuhnya didalam measuring Cyclinder. Tuang susu kedalam selinder sehingga penuh. Tenggelamkan alat laktometer kedalam susu itu. Apabila alat itu berada dalam keadaan yang tetap (steady) tidak bergoyang bolehlah ambil bacaan SG susu itu

Alat laktometer ialah untuk membaca sukatan suhu susu. Jika sukatan suhu yang kurang dari 84°F itu, maka bacaan laktometer akan naik. Jika sukatan susu itu lebih daripada 84°F, maka bacaan laktometer akan turu. Bagi membolehkan anda mendapat satu bacaan laktometer yang betul, dibawah ini adalah sifir bacaan sebagai panduan.
Bacaan laktometer dibahagi 100 dan tambah satu (peraturan)
Contoh Jika bacaan laktometer ialah 30
30 bahagi 1000 = 0.030
Di campur 1 = 1.030
Sukatan suhu
Bacaan laktometer
75°F (23°C)
80°F (26°C)
85°F (29°C)
90°F (32°C)
95°F (35°C)
Tolak 2°L
Tolak1°L
Tiada perubahan
Campur 1°L
Campur 2°L


Bacaan Normal susu 1.028-1.032
Contoh
1-Sukatan suhu 75°F , bacaan Lactometer 1.029
Jadi bacaanya ditolak 2°L dari bacaan Lactometer. Bacaan yang sebenar ialah 1.027
2-sukatan suhu 90°F Bacaan Lactometer 1.026

Jadi bacaannya di campurkan
1°L dari bacaan Lactometer. Bacaan sebenar ialah 1.027
Ketumpatan bandingan adalah satu istilah yang digunakan dalam membandingkan perbezaan berat susu dengan air yang diukur pada suhu dan isi padu yang sama
Ketumpatan bandingan air = berat 1.0g/ cm3
Ketumpatan bandingan susu biasa = 1.028 g/ cm3-1.031 g/ cm3
Ini menunjukkan susu lebih berat dari air kerana ia mengandungi peratusan zat- zat pepejal yang tinggi

Ketumpatan bandingan lemak = 0.93g/cm3
Ketumpatan bandingan SNF = 1.616 g/cm3
 
Solit non Fat (SNF)
Ketumpatan dalam lemak, Untuk mengetahui peratusan kandungan zat didalam susu selain dari lemak
Alatan yang diperlukan
-Laktometer ( Refractometer) Bertuzzi Laktometer
-Susu
-Air Suling


langkah langkah
-Titik air suling di permukaan
-Ratakan air suling
-Ambil bacaan- ingat bacaan
-Lapkan air suling
-Titik pula susu dipermukaan dan ratakan
-Ambil bacaan susu tersebut




Bacaan tersebut ialah Bacaan Air suling + Bacaan Susu = 9%
Jika bacaan air tersebut (-) tambah bacaan Susu
Jika bacaan air tersebut (+) Tolak bacaan Susu
Contoh 1: Bacaan air = –0.6
Bacaan susu =8.2 + 0.6 + 8.8% SNF
Contoh 2: Bacaan air = + 0.6
Bacaan susu = 8.2 –0.6 + 7.6 % SNF
Cara lain : Menggunakan Richmond Formula
Jumlah pepejal = 0.25 L + 1.22 F + 0.14
SNF = Jumlah pepejal – lemak
L = Bacaan laktometer (SG)
F = Lemak (Fat)
Contoh : L=28
F = 4.5 – (Jumlah pepejal = 0.25 (28) =1.22 (4.5) +0.14
= 7 + 5.49 + 0.14
=12.63
SNF =12.63 –4.5 (lemak) = 8.13%


Ujian Takat Beku (Freezing Point)
Tujuan mengesan adulterasi susu campur air. Menggunakan Cryoscope
Takat suhu beku bagi susu ialah (-) 0.55°C jika lebih tinggi atau menghampiri 0°C menunjukkan ada campuran air didalamnya
Kebersihan
Setelah memeriksa dengan Laktometer, Susu mestilah ditapis.Alat-alat yang perlu ialah alat tapis.Di masa inilah dapat dikesan sama ada susu diperah dengan secara bersih atau tidak. Apabila susu ditapis, jika ada sebarang kekotoran didapati terlalu banyak, susu itu mestilah ditolak Kemudian periksa bekas (container) susu yang di bawa oleh penternak untuk memastikan samada bekas itu bersih atau tidak.
 
Penentuan Lemak
Ada 3 cara untuk menyukat lemak dalam susu
1.Cara Gravimetric- Lemak diasingkan dari susu dengan kegunaan Solvent yang sesuai dan ditimbang selepas penyerapan solvent ( Cara Rose Gottlieb )
2.Cara Volumetric – Lemak diasingkan dari susu dengan kegunaan asid yang sesuai dan isipadunya disukat ( Cara Gerber dan Babcock)
3.Cara Indirect- Lemak ditentukan dengan menyukat ciri-ciri fizikal menyerap tenaga infra red dengan milkoscan atau menyerap keruhan dengan kegunaan milkotester

Cara Rose Gottlieb
Cara yang diterima di seluruh dunia sebagai cara yang paling tepat
Cara ini dengan mengalirkan lemak dari susu dengan kegunaan di ethyl ether. Lemak itu dikeluarkan dari berat susu yang diketahui dan campuran di dalam ether.Ether di wapkan dan lemak yang tertinggal ditimbang sebagai kandungan lemak yang sah
Piawai penyimpanan (deriation) sukatan-sukatan ulangan bagi contoh yang sama ialah + 0.02% lemak (The Standard deviation of repeated measurement of the same sample is +0.02% fat)
Tetapi ujian ini mengambil masa lama ( selama 4 jam) menggunakan solvent yang mudah terbakar
 
Cara Gerber dan Babcock























Dua cara yang biasa digunakan dengan kegunaan kimia
Gerbal Butyrometer
Asid dan Sulphuric yang kosisten digunakan untuk mengasing lemak dan isi padu contoh susu yang diketahui.Isipadu lemak disukat didalam Butyrometer.Tetapi cara ini tidaklah tepat seperti Rose Gettlieb. Dilakukan dengan cepat selama 1 ½ jam sahaja. Piawai penyimpanan (deviation) adalah + 0.10% lemak
-10 ml Acid Sulphurik dicampur 1 ml alkohol dicampurkan lagi 10.94 ml susu
-Masukkan dalam Gerbel Butyrometer
-Masukkan dalam Center Fius dan putar 15 minit
Cara Milkotester
Cara pertama digunakan untuk menyekat lemak didalam susu dan digunakan dengan meluas dinegara membangun. Diasaskan atas sukatan photometric pada cahaya melalui contoh susu dan sesetengah cahaya dihemburkan oleh global lemak. Kandungan lemak adalah seimbang kepada amaun cahaya yang dihembur dan ini disukat oleh photo-cell yang bertukar ke bacaan digital
Jika digunakan dengan betul bacaan tepat boleh didapati Piawai penyimpanan adalah + 0.06% lemak.
-Cepat dan tepat
-Memerlukan pengguna yang mahir
-Perlukan penyukat (calibration)
Cara Mikroscan
Biasa digunakan untuk menentukan lemak didalam susu.Boleh juga menemukan protin dari laktos disamping lemak dari contoh yang sama
Diasaskan atas penyerapan tenaga infrared oleh kompenen yang ditentukan pada jarak gelombang yang specifik. Amaun tenaga yang deserapkan disukat dan bertukar ke bacaan digital. Jika peralatan itu digunakan dengan betul maka bacaan tepat boleh didapati.
Piawai penyimpanan adalah + 0.06 % lemak, cepat dan tepat, dapat menyukat lemak, protin dan laktos dari sample yang sama tetapi kos permulaan adalah mahal perlu pengguna yang mahir dan perlu penyukat (calibration)
Ujian bakterialogi
A)Standard Plate Count ( SPC) Sama dengan Total Plate Count (TPC)
Alat dan bahan-bahan
-Tabung uji bertutup
-Autoclave
-Incubator
-Pipetee 1 ml
-Petri Dish
-Nutrient agar
-Larutan garam (Riger’s solution)
-Air suling
-Semua alat dan bahan mesti di basmi kuman menggunakan Autoclave
Kaedah
Sebelum melakukan ini, pencairan susu perlu dibuat untuk memudahkan pengiraan koloni bakteria
Cara Pencairan
-Sediakan 9ml larutan garam (NaCL) kedalam tiga tabung uji berasingan
-Pipettee 1 ml susu kedalam tabung uji (1). Goncangkan larutan ini dipanggil pencairan pertama (1/10)
-Pipettee 1 ml dari tabung uji pertama kedalam tabung uji kedua dipanggil pencairan kedua (1/100)
-Begitu juga dilakukan seterusnya pada tabung uji ketiga diambil larutan dari pencairan kedua untuk mendapatkan pencairan 1/1000
pipettee 1ml larutan dari tiap-tiap peringkat pencairan kedalam piring petri
-Tuang 15-20ml Nutrient Agar kedalamnya
-Goncangkan supaya bercampur serata
-Setelah beku masukkan ke dalam incubator (32°C) selama 48 jam dengan keadaan bahagian atas piring petri terbalik ke bawah) tujuannya supaya air dari pemelowapan tidak menimpa -koloni bakteriayang tumbuh
-Kira koloni menggunakan Koloni counter
Contoh
Bilangan koloni yang dikira dari pencairaan 1/100 = 2500 koloni
Bilangan sebenar = 2500 X 100
= 250000 Koloni/ ml
Had bilangan koloni yang tidak membahayakan si peminum susu ialah 300,00 koloni/ ml (susu mentah) dan 100 koloni/ml (setelah dimasak)
 
B) Presumptive Coliform Count
Bahan dan alatan
-Mc Conkey Broth
-Larutan garam (untuk pencairan)
-Mc. Cartney Bottle
-Durham’s Tube
-Semua alat dan bahan mesti di basmi kuman menggunakan Autoclave
Kaedah
-Sediakan 9 botol Mc Cartney yang mengandungi Durham’s Tube
-Pipettee 10 ml Mc. Conkey Broth kedalam tiap-tiap botol
-Pipette 1 ml susu dari pencairan 1,2,3 kedalam tiap-tiap tiga botol berasingan
-Goncang dan simpan dalam incubator (32°C) selama 48 jam
-Periksa botol yang berlaku perubahan warna dari ungu ( purple) kepada kuning dan terdapat gas yang terperangkap dalam Durhum’s Tube (positif)
-Kuning tanpa gas ( Negetif)

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks