Wednesday, May 9, 2012

DIAREA CIRIT-BIRIT PADA TERNAKAN

DIAREA atau cirit birit disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa (coccidiosis).
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIAREA CIRIT-BIRIT PADA TERNAKAN
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli dan juga jangkitan oleh Coccidia.. Cirit birit juga kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. 
 
Faktor cirit-birit pada ternakan
-Cacing
-Protozoa (coccidia)
-Kuman bakteria
-Salah makan
PUNCA & TANDA-TANDA CIRIT-BIRIT
Cirit-birit adalah satu gejala atau tanda yang tidak normal berlaku kepada sistem penghadaman ternakan.
Samada disebabkan oleh pemakanan, jangkitan bakteria, jangkitan coccidia atau cacing.
Tanda klinikal seperti
- Berak cair, sakit abdomen, kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor
- Najis cair/lembik, berubah bau/warna najis yang keluar cair sehingga memancut. Berbau busuk, kadangkala keluar darah.
- Tiada selera, lemah,bulu kasar dan kalau di biar kritikal boleh menyebabkan kematian
- Dehidrasi ( kurang air dalam badan) dimana ternakan boleh menjadi kejang dan mati disebabkan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Suhu badan naik
- Kehilangan berat badan yang mendadak dan pengeluaran susu merosot
-Keadaan basah yang berpanjangan pada keliling dubur ternakan akan menarik perhatian lalat untuk bertelur.
-Cirit-birit juga kerap berlaku bagi anak yang masih mneyusu. Sekiranya berlaku kurangkan pemberian susu berterusan, jadualkan masa menyusu anak bersesuaian dan asingkan anak ke dalam Magic box untuk meggelakan menyusu berterusan (tujuan untuk merehatkan perut)
Rawatan Tradisional Mengatasi masalah cirit- birit ternakan
a. BUAH PINANG.  5 biji buah pinang muda yang dikupas kulitnya dicampurkan dengan gambir.  Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditumbuk.  Diberi makan @ minum kepada lembu yang sakit.  Buat sekali sehari selama 3 hari ATAU
b. DAUN JAMBU BATU.  20 helai daun ini dipetik dari pokok ditumbuk @ digiling hinga lumat/hancur.  Kemudian campur dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali sehari selama 2-3 hari ATAU
c.  BUAH CIKU. 5 biji buah ciku yang masih muda diambil & diparut/ ditumbuk hingga lumat/hancur.  Kemudian diberi minum sekali sehari selama 2-3 hari ATAU
d. BUAH LIMAU.  Perah 3 biji limau nipis & campur air limau dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah & diberi 2 kali tiap-tiap hari ATAU
e.  DADIH MASAM.  4 auns dadih masam diberi kepada anak.
Rawatan Veterinar Mengatasi masalah cirit- birit ternakan
-Antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat
-Memberi ubat cacing untuk mengurangkan bebanan cacing
-Rawatan sokongan - elektrolit/cecair, metabolic stimulant
-Memberi banyak minum air yang dicampurkan dengan glukos
-Dalam kes cirit memancut, berikan Scourban Plus secara oral 1-2ml/kg ATAU
Suntikan Prifinial solution 1ml/20kg.
-Scourban Plus - Ia adalah sejenis ubat cirit birit dalam bentuk cecair 'emulsion' dan diberi secara oral
-Disusuli dengan Suntikan Terramycin atau Tribressen 1 ml/30 kg- ulang selepas 3 hari 
-Memberi ubat yang boleh mengurangkan cirit seperti Koalin  

PENCEGAHAN.
-Pastikan makanan yang diberi adalah tidak berkulat.
-Kawal kambing dari bergerak bebas dari kandang ke kandang yang lain kerana ia boleh jadi pembawa kepada bakteria cirit birit seperti clostridium perferingens, salmonella atau coccidia.
-Semburkan bahan pembasmi kuman pada petak yang tercemar.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment  

3 comments: