Friday, July 29, 2011

Penternakan Kambing Pedaging


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penternakan Kambing Pedaging
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti kambing Boer, Anglo Nubian, jamnapari dan baka yang lain untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan tahan penyakit.

Kambing Kacukan

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:




KEPERLUAN KANDANG
Memudahkan pengurusan?
Pengasingan ternakan mengikut kumpulan :- Jantan, bunting, beranak, anak, sakit.
Fidlot dsb.
'Keselamatan ternakan?Anjing/binatang liar?
KecurianUntuk aktiviti/program khusus ternakan?Rawatan?Vaksinasi?
Pemberian ubat cacing/kutu,?Ketam wul, potong kuku , dsb

Adalah di cadangkan bagi penternakan kambing secara komersil, di bina kandang kambing yang berukuran 100 kaki x 40 kaki dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki daripada paras tanah yang dapat menampung bilangan kambing dalam lingkungan 250 ekor dan bagi kandang penternakan biasa adalah bergantung dengan jumlah bilangan ternakan yang kecil.

Luas sesuai untuk kambing Jamnapari adalah 1.5m² bagi seekor. Sebagai contoh, dalam pemeliharaan 10 ekor kambing, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 15m². Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan pengawasan yang di jalankan.

PANDUAN PERUMAHAN

Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.
Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:-

Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.

Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing adalah:
· Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
· Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
· Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
· Tidak terkena angin yang kencang
· Terpelihara dari hujan dan panas
· Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
· Ruang makan dan minum mencukupi
· Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang


PEMBINAAN KANDANG

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
- tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
- mudah dicuci
- tidak licin
- tidak mencederakan
- tidak mudah lembab
· Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
· Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi)

Dinding

· Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
· Dinding boleh dibah agikan kepada dua bahagian:
§ Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
§ Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.
Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:
· Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
· Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
· Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
· Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.
Pemeliharaan untuk Tujuan Pengeluaran Kambing

Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternak boleh menjalankan mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua sekali.

Membiak
Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging

Penggemukan (Fattening)
Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.

Cara Pemeliharaan
Pemilihan Kawasan
Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:-

  • Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
  • Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.
  • Jauh dari jalan raya yang sibuk.
PEMILIHAN LOKASI

Lokasi ladang dan infrastrukturo Ladang hendaklah ditempatkan tidak kurang 0.5 km dari sebarang rumah kediamano Kawasan persekitaran ladang perlu dipagar, jarak antara kandang kambing dan pagar mestilah tidak kurang 10 mo Jarak antara system pengolahan sisa dan pagar juga mestikurang dari 10 mo Kemudahan seperti bilik rehat pekerja tandas dan pejabat dibina 60 m dari pejabat
·Mempunyai kemudahan pengangkutan (jalan) & tidak jauh dari tempat bekalan makanan / pemasaran·Tidak terlalu dekat dengan kawasan kediaman/perumahan - elak gangguan ketenteraman awam·Kawasan yang agak tinggi - elak lembap & lecak, memudahkan kerja pemunggahan ternakan, makanan dengan menarah tanah pada bahagian sesuai·Elak gangguan kebisingan dan lalulintas - jauh dari jalan raya yang sibuk.·Mempunyai saliran dan pengaliran yang tidak mencemar air kegunaan orang awam·Kawasan yang agak redup, berpokok sedikit - elak tegasan panas waktu tengahari·Mempunyai punca air bersih·Jika kandang panjang mahu dibina, kawasan yang dipilih hendaklah boleh menempatkan kedudukan kandang dengan arah utara selatan bagi membolehkan kandang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang.

Sistem Pengurusan
Di antara sistem pengurusan pemeliharaan kambing adalah:

- Sistem Berkurung (intensif)

Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

- Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)

Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

- Sistem Ragut Lepas

Sistem ragut lepas ini boleh dijalankan jika terdapat kawasan ragutan yang luas. Kambing-kambing ini tidak disimpan di dalam kandang tetapi dibiarkan meragut sepanjang masa. Walaupun menternak cara begini tidak memakan belanja yang banyak untuk membuat kandang dan sebagainya, ianya tidak digalakkan. Ini adalah kerana kambing ini boleh merayau dan merosakkan tanaman jiran. Di samping itu juga, pengawasan terhadap ternakan juga adalah rumit kerana tuan empunya tidak dapat melihat ternakannya setiap masa.Pengurusan Ternakan
Pengurusan kambing adalah bermula dari kelahiran sehinggalah sampai ianya bunting dan beranak kembali. Pada amnya pengurusan boleh dibahagikan kepada peringkat-peringkat seperti berikut:
Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
Cerai susu hingga bunting
Pengurusan kambing dewasa
Pengurusan kambing bunting hingga kelahiran
Pengurusan baka-baka jantan
Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
Lahir hingga 3 bulan

· Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum dalam masa 6 jam selepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak. Kebiasaanya anak-anak kambing ini dapat menghisap susu dengan sendiri. Jika gagal, susu awal ini hendaklah diperah dan diberikan melalui botol susu kepada anak-anak kambing. Pengambilan susu awal ini adalah penting kerana ianya mengandungi banyak zat-zat dan paling penting ialah antibodi yang boleh menolong anak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu julung juga membantu merangsang sistem cernaan supaya bekerja dengan sempurna.
Purata kandungan kolostrum berbanding dengan susu biasa:

Pembiakan-Campurkan baka jantan dan betina dengan nisbah 1: 15. Umur bibit betina 14 bulan dan penjantan 18 bulan-Kesan ternakan bunting pada peringkat umur kebuntingan 3 bulanTernakan yang tidak bunting di buat pemeriksaan dan rawat asing singkir ternakan tak ekonomik utk kelahiran anak

Kelahiran -Asing ternakan bunting berat (peringkat bunting 5 bulan) dalam kandang khas-Jalankan pemerhatian /pengawasan selepas terdapat tanda kelahiran (jangkaan 3 jam selepas tnda akan berlaku kelahiran)
Biarkan kelahiran secara natural beri bantuan kepada kelahiran yang bermasalah (dystokia)--Rawat tali pusat anak yang baru lahir-Pastikan anak menyusu induk selepas 1 jam utk keperluan kolostrum dan biarkan anak bersama induk untuk tempoh tiga bulan hingga cerai susu-Induk dikawinkan semula 45 hari-60 hari selepas melahirkan anak-Rekod kelahiran

Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, selain dari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit. · Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anank-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rumput sepenuhnya.

Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rumput dan juga susu di peringat peralihan diberi. Selepas lahir anak-anak dan ibu tidaklah dibiarkan meragut. Selepas 4 atau 6 minggu mereka bolehlah dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.
Kandang tempat menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih telur boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.

Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1 - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang 1 cawan teh) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan mengikut umur.

Cerai susu dan pembesaran
1. Asingkan anak berumur 3 bulan ke kandang pembesaran serta beri tanda pengenalan( ear tag)
2. Rekod pengenalan didaalam borang kelahiran.
3. Asing anak jantan dan betina. Setiap pen dimuatkan20 ekor
4. Beri makan rumput secara potong angkut dangoat pellet pada waktu malam
5. Lepaskan ternakan pada waktu siang.

Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa
Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan pemakanan hendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun. Ini adalah kerana tekanan (stress) akibat perceraian dari ibu dan juga susu.
Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerena apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak mahu dijadikan baka bolehlah dijual.

Asing singkir
1. Jalankan program asing singkir setiap tahun, atas alas an seperti berikutKecacatan fizikal ( kemalangan atau semula jadi)Tidak produktif ( mandul)Berpenyakit
2. Rujuk laporan makmal utuk status kesihatandan rekod kelahiran untuk pastikan pruduktif
3. Ternakan yang disingkir dijual atau dihapuskan mengikut kesesuaian

Pengenalan Ternakan
1. Sistem pengenalan ternakan memudahkan program pegesanan dan rawatan serta pengurusan ternakan untuk mengenalpasti individu yang yang diperingkat rawatan antibiotik untuk mengelak residu antibiotik
2. Sistem pengenalan digunakan pada anak-anak kambing setelah cerai susu, induk betina dan baka jantan

Pengurusan Kambing Dewasa
Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga 1 tahun.

Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran

Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan anak hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak-anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga boleh menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu dan lebih hendaklah diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anak-anak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.

Baka Jantan

Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.
Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.
· Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan tidak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejas kesihatan
· Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.

Pengurusan Pengemukkan

Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah.

Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan yang hendak diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.
Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. Ia memerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 - 25 kg. Ini bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.

Perolehan baka ternakan
1. Beli baka ternakan daari ternakan yang bebas dari penyakit ( brusellosis dan turbeculosis ) bagi mengenal pasti ladang tersebut jalankan Quality Assurance for Supplier
2. Rekod nama ladang , nombor pengenalan ternakan dan semak rekod rawatan. Dapatkan salinan sijil kesihatan dan lain-lain dokumen yang berkaitan
3. Sekiranya tiada rekod dari ladang pembekal, susu tidak akan dicampur dalam pemprosesan selama 4 hari
4. Nombor pengenalan yang tertanggal atau hilang perlu diganti
5. Sekiranya memerlukan rawatan ubat cacing atau suntikan vaksin, Pembekal atau syarikat tersebut mestilah memaklumkan rawatan dan suntikan dilakukan sebelumnya , jenis ubat, tarikh pemberian, tempoh bebas kesan (Withdrawal period)Pengurusan Kambing Sakit/Cedera
Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari kumpulannya dan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya.

Program Kesihatan
1. Pembasmian penyakit seperti Brusellosis, Tubeculosis, Meliodosis dan Caseous Lymphadenitis
2. Rawatan kes mastitis, rawat terus hingga pulih
3. Beri tanda pengenalan ternakan yang diberikan rawatan, rekod dan susu diperah sehingga tempoh withrawal selesai. Jadual Pengurusan

Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.

Tanda Pengenalan

Sekeping kad rekod ternakan perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan. Penandaan boleh dibuat samada dengan memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya supaya mudah untuk pengenalan.

Pengasian

Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4 - 5 minggu. Proses ini dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.

Mematikan Tanduk
Pertumbuhan asas tanduk perlu dimatikan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong.

Memotong Kuku

Kambing yang tidak dilepaskan keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang. Ini akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit kalau tidak dibersihkan. Maka itu, kukunya perlu dipotong dan dibersihkan dari kotoran

Menggunting Bulu

Kambing kacukan terutamanya mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu di sekitar tetek perlu digunting untuk memudahkan pemerahan juga mengelakkan bulu bercampur dengan susu. Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.

Kawalan Kutu

Masalah kutu tidak akan selesai bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampur antara sesamanya. Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.

Mentaksir Berat Kambing
Kadang-kadang kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika hendak memberi ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahui kambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.
Salah satu cara bagi mengetahui berat badan kambing ialah dengan mengukur lilitan dada dengan menggunakan tali tape. Jadual di bawah boleh digunakan bagi mendapatkan berat kambing tersebut:-

CARA PEMBIAKAN

I. Pembiakan boleh diadakan dengan dua cara iaitu:
· membiak dengan menggunakan baka jantan
· membiak melalui permanian beradas

Di antara kebaikan yang boleh didapati melalui permanian beradas adalah:
· dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
· kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
· air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walupun baka tersebut telah mati
· mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan

II. Disamping kebaikan dalam menjalankan pembiakan melalui permanian beradas, kesulitan yang mungkin timbul adalah:
· penentuan biang dan waktu permanian
· menentukan teknik-teknik semasa menyuntik air mani adalah betul
· boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar
Buat masa ini pembiakan dengan menggunakan baka adalah disyorkan kerana permanian beradas bagi ternakan kambing masih belum digunakan secara meluas

Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak
Kambing akan mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan. Namun begitu, pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda. Besar kemungkinan ianya tidak akan menghasilkan anak yang baik. Anak-anaknya nanti kebiasaannya kecil dan bantut. Umur yang biasa digunakan untuk membiak adalah di dalam lingkungan 1 tahun - 1 1/2 tahun di mana berat badan adalah di dalam lingkungan 20 - 25 kg. Pemberian makanan mempengaruhi tahap umur kematangan.

Pengenalan Berahi
Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dikahwinkan. Tanda-tanda berahi:
· tidak tenang (gelisah)
· mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
· mengembek terus menerus
· sering kencing
· kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari.

Jangka Masa Bunting
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. Mengikut perkiraan kasar, tarikh kelahiran anak-anak kambing dapat ditentukan dengan menggunakan carta di bawah ini:
Carta ini dibuat berdasarkan waktu bunting selama 150 hari (purata).

Jarak Kelahiran

Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.

Teknik Permanian Berhadas (AI)

Menerusi teknik permanian beradas (AI), setiap kambing betina akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diberi suntikan air mani di kedua-dua bahagian rahimnya. Hanya Kambing betina serta mempunyai saiz badan 30 kilogram ke atas diberi suntikan AI ini. Selepas menjalani suntikan air mani, kambing betina akan ditempatkan di sebuah kandang yang dibina khas, bertujuan untuk melakukan penjagaan kesihatan secara berkala pada setiap hari.
PEMASARAN
1. Paling penting dikaji sebelum operasi penternakan kambing dijalankan.
2. Timbangan hidup hendaklah diguna sebagai asas jualan
3. Kaedah pemasaran
4. Jualan kambing hidup pada peraih / butcher
5. Jualan hidup untuk aqiqah & kurban
6. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

1 comment:

  1. salam...
    nak tanye,,mcm mana dengan pembiakan kambing??
    bila membiak,anak da lahir...tapi lepas beberapa bulan anak 2 mati?

    ReplyDelete