▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Soalan dari En Arep
En. arep bile nk post psl merpati plz....sy nak tahu cara pelihara die...tq~Jawapan Kami..
Thanks bertanya...Sorry bebanyak agak lambat untuk entrykan post berkenaan merpati... oleh kerana tak banyak yang saya dapat maklumat berkenaan merpati ini... Jadi saya kena pergi mencari maklumat ke bahagian unggas itu pun tak banyak membantu... Apa pun hanya ini sahaja maklumat yang saya dapat... harap maaf ye...
Kenali Burung Merpati
Burung merpati termasuk jenis burung yang jinak dan akrab dengan manusia. Merpati tak hanya dipelihara sebagai haiwan kesayangan, sekarang bukan sahaja ternak hias tetapi boleh dikomersialkan sebagai kegunaan sembeliha daging. Merpati yang dijadikan lambang kesetiaan (sifat monogamous = satu pasangan) dan perdamaian ini juga termasuk salah satu penghasil daging yang cukup baik.Bagaimana dalam masa waktu yang singkat iaitu 35 hari sepasang merpati sudah mampu menghasilkan keturunan. Ini bererti dalam satu tahun sepasang merpati mampu menghasilkan keturunan 10 kali dan sekurang-kurangnya seekor boleh menghasilkan anak 2 ekor.
Pembiakan merpati bagi tujuan mengembangkan saiz, bentuk warna atau sifat dikatakan bermula lebih 3,000 tahun yang lalu. Dalam tempoh masa ini pembiakan dan kacuk biak merpati untuk menghasilkan baka-baka hiasan telah menjadi satu seni. Lebih 300 jenis baka merpati wujud pada hari ini.
Racing Homer – dikenali juga sebagai “merpati pos”. Burung ini popular di Belgium, Jepun dan Indonesia, German Beauty Homer yang dikembangkan di Jerman sejak 1907 sebagai burung pameran. Burung ini mirip dengan Racing Homer tetapi lebih ramping. Giant Homer berasal dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan burung yang berbadan besar dan memiliki kemampuan menghasilkan anak yang banyak. Tumbler berasal dari Belanda dikenali sebagai Tuimelaar. Burung ini punya keistimewaan terbang dari ketinggian tertentu akan turun ke ketinggian tertentu dengan melakukan pergerakan salto atau naik balik di udara semula. Burung ini merupakan burung olahraga tetapi kemudian menjadi burung untuk pameran.
English Shortfaced Tumbler: merupakan burung yang kecil, padat, dengan leher jenjang tetapi dengan dada yang tegap. Dalam keadaan berdiri biasa, ujung sayapnya akan menggantung lebih rendah dari kedudukan ekor – ini merupakan ciri yang menonjol. Selain itu bahagian muka dari kepalanya menonjol agak jauh ke depan daripada paruhnya yang pendek.
Birmingham Roller: dikembangkan di Birmingham (Inggeris) sebagai burung yang memiliki keistimewaan terbang. Kemampuannya untuk pusing balik dan berputar-putar di udara menjadi sasaran utama pemeliharanya. Burung ini mampu untuk naik balik (trumble), termasuk salto ke belakang dan berputar-putar (spin) dengan kecepatan tinggi sekali. Flying Tipller: merupakan burung yang dieambangkan dari Flying Tumbler. Burung ini dipelihara karana kemampuannya terbang yang lama. Jenis yang baik akan mampu terbang terus-menerus selama 20 jam.
Parlour Tumbler: juga disebut Ground Tumbler atau House Tumbler. Burung ini diternakkan kerana kemampuannya lombat ke udara, melakukan salto sekali atau dua kali ke belakang, dan kedua kakinya hinggap kembali ke tempat semula.
Cumulet: Burung ini merupakan jenis tumbler dari Perancis yang mampu terbang tinggi dan juga merupakan salah satu keturunan dari jenis Racing Homer. Burung ini berbadan sedang tetapi serasi, dengan dada bidang, sayapanya panjang dan kukuh, kaki agak pendek. Umumnya warna bulu putih, dan ada yang memiliki bintik-bintik merah di kepala atau leher.
Flight: Burung ini dikembangkan di Amerika . Dari kelompok ini ditemukan burung yang dikenal dengan nama Domestic Flight. Burung ini mampu terbang tinggi, dengan ukuran badan sedang, paruh nampak memanjang dan kepala ramping berjambul. Matanya putih dengan lingkaran tengah dari mata (selaput mata). Dan inilah letak rahsia kemampuannya melihat jauh saat merpati terbang tinggi.
Show Flight. Burung ini mempunyai badan yang lebih gemuk dan kepala lebih besar daripada jenis Domestic Flight. Burung ini diternakkan karana kemampuannya terbang tinggi dan memiliki keindahan yang dapat dijadikan merpati untuk dipamerkan. Kedua macam burung ini diternakkan dengan warna hitam, kuning, merah dan abu-abu cokelat.
Carrier: sering disebut English Carrier, berasal dari Bazora Persia. Awalnya adalah burung pembawa berita, Selain itu Merpati dari jenis Racing Homer. Carneau: Burung dari Belgium Selatan atau Perancis Utara, berat 750 gram dan bisa mencapi 1 kg.
Strasser: Dikembankan di Austria Strasser .
Mondaine: Keturunan merpati Perancis dan Itali. Fantail : Berasal dari India dan China. Ekornya seperti kipas. Setengah tempat dipanggil merpati Merak atau merpati ekor kembang. Ada yang ekornya mempunyai pelepah dua lapis dan tiga lapis sepertimana Amerika Fantail dan sebagainya.
Jacobin: Diberi nama seperti itu karana bulu-bulu yang berada di lehernya seperti topi yang dipakai pendeta-pendeta Jacobins. Burung diternakkan dengan warna putih, jitam, biru, perak, merah dan kuning.
Frillback: Burung yang istimewa tetapi kurang popular. Di anggap unik kerana bulunya berombak-ombak.
Cropper: Lebih kurang Pouter. Keduanya menjadi keluarga besar. Salah satu cropper yang terkenal adalah
English Cropper. Tembolok besar, berdirinya tegak, badan dan piggang langsing dengan kaki panjang. Termasuk merpati yang tinggi karena bisa setinggi 50 cm dari kepala sampai kaki. Pada tembolok merpati ini ada gambar bulan sabit dengan kedua hujung bertemu di dekat kedua matanya..
Pouter yang mudah dijinakkan dan menyenangkan. Jenis lainnya adalah Holle Cropper yang berbentuk seperti merpati kipas, kepadanya bergoyang dam nampak menarik.
Modena: Diambil dari nama kota tempat dia berasal. Terkenal sebagai merpati ternak yang baik. Yang terkenal dari jenis ini adalah Gazzi Modena dengan badan putih serta kepala, sayap dan ekor berwarna-warni. Termasuk merpati kecil dengan ukuran panjang 25 cm, tetapi gemuk dan bulat dan bergaya anggun.
Florentine: Berasal dari Florence, Italia. Berbentuk seperti ayam betina. Terkenal di Eropah sebagai burung pameran, tetapi boleh mencapai berat 500-800 gram). Kepala, sayap dan ekor berwarna-warni dengan badan putih.
Lahore: berasal dari Pakistan dan sekitarnya dikenal dengan nama Shiraz (kota tempat burung berasal). Leher, perut, dada dan ekor berwarna putih. Kepala, pinggang dan sayap berwarna lain. Kaki mempunyai bulu . Satinette yang berasal dari Turki mempunyai badan berwarna putih dengan garis-garis pada bahu, sayap, dan ekor warna hitam, biru dan cokelat. Bahagian sayap untuk terbang berwarna putih. merpati ini punya bulu balik di kawasan dada.
Owl berparuh pendek sepertimana burung hantu. Ada berbagai jenis dari merpati ini.
Showking burung yang besar, badannya sama dengan jenis Modena tetapi badannya lebih besar . Sayap dan ekornya lebih pendek dan kelihatan seakan bulat apabila berdiri. Kebiasaan burung ini dijadikan sajian di hotel-hotel terkemuka kerana dagingnya padat. Sekor boleh mencapai 500 - 700 gram. Terdapat berbagai warna tetapi yang paling top adalah warna mas 10.
Giant Show Runt jenis ini juga besar tetapi ekor dan sayapnya lebih panjang. Burung ini sudah untuk dibiakkan.
Capuchines dipanggil juga dengan merpati singa. Ianya seakan jenis Jacobin tetapi lingkaran bulu di kepalanya kurang.
Mookee berasal dari India, selepas itu dubawa ke US dikacuk sehingga mengeluarkan warna yang menarik. Burung yang menarik kerana kepalanya bergoyang dan bergetar seperti Holle Cropper. Badannya lebih kemas. Disetengah tempat ianya dipanggil Pak Aji kerana kepadanya bergoyang seperti orang sedang meratib.
Winston burung yang cantik mempunyai jambul di bahagian muka seperti pusaran yang berada pada sekor kuda. Sebab itulah di sesetengah tempat ianya dikenali sebagai merpati kuda. Burung ini susah untuk dibiakkan.
Ciri-ciri Burung Merpati
Bulu harus tebal dan mengkilap atau memiliki lapisan minyak yang cukup (untuk menjaga suhu tubuh agar stabil,mencegah bulu agar tidak mudah basah, membuat bulu menjadi kedap udara)
Bulu sayap rapat dan tebal.
Hujung bulu pada sayap di usahakan panjang nya sampai ke ujung ekor
Bulu ekor rapi membentuk satu kesatuan seperti huruf 1 atau I, dan harus rata/flat jangan cembung waktu melebar, bulu ekor harus aerodinamik waktu terbang dapat dilihat apabila waktu burung terbang ekor mengayun-ayun ke atas dan ke bawah.
PENTERNAKAN BURUNG MERPATI
1. Penternakan burung merpati pedaging
Daging merpati dari usaha penggemukan anak merpati (squab)
Anak dipelihara berasingan dari ibu setelah mencapai umur 7 ke 10 hari
Makanan berprotein tinggi disuapkan kepada anak dalam bentuk berair 3 kali sehari
Anak disembelih pada minggu ketiga atau keempat
Kebanyakkan merpati yang diternak untuk daging adalah dari jenis merpati Carneau, French Mondaine dan King. Bagi yang tak pernah merasa daging burung merpati ianya lembut, basah dan sedap berbanding daging poultri lain, tetapi dagingnya sedikit bagi setiap ekor burung. Squab di makan di banyak negara, termasuk Perancis, Amerika, Itali, Maghribi, Mesir dan beberapa negara di Asia. Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. dan sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. 2. Merpati Pacuan
Banyak diminati disebabkan daya terbangnya kuat. Ciri-cirinya antara lain : tubuh yang gagah, ramping, bulu tipis dan kaku, kulit pada tonjolan hidungnya tebal dan besar. Merpati pacuan memiliki kemampuan terbang sejauh 200 km, tetapi kemampuan merpati jelajah modern bias mencapai 1.500 km. Merpati yang termasuk jenis ini antara lain : Belgian homer, tumbler, flying tipper, flight, merpati pos Merpati dari jenis ini dilatih untuk pulang ke rumah dari jarak yang jauh dengan kelajuan sekata sehingga mencapai 70 -80 kmj. Mereka sangat diminati kerana daya terbangnya yang kuat. Ciri-cirinya antara lain : susuk tubuh yang gagah tetapi ramping, bulu yang nipis dan keras, tonjolan pada hidungnya tebal dan besar. Merpati pacuan memiliki kemampuan terbang sejauh 200 km, tetapi kemampuan merpati jenis ini boleh mencapai 1,500 km.
Antara merpati yang termasuk jenis ini adalah:
Belgian Homer
Tumbler
Flying Tipper
Flight
Burung Merpati Homer (Burung Merpati Terlatih):
Kumpulan merpati ini di latih untuk keupayaan untuk ‘balik’. Mereka juga dipelihara khas untuk pertunjukan lumba unggas.
Kumpulan itu termasuk
English Carrier
Dragoon
German Beauty Homer
Merpati Akrobatik
Beberapa jenis dari kumpulan ini asalnya dipelihara untuk keupayaan akrobatik mereka, ia itu kebolehan untuk berpusing di udara. Namun kini telah di kacukkan sehingga sekarang di anggap sebagai sebagai merpati pertunjukan semata-mata.
Kumpulan ini termasuk
Nun
English Short Faced Tumbler
Magpie
3. Merpati Hiasan Merpati
merpati jenis ini di ternak kerana seni dan kecantikannya. Ia dipandang dari sudut keindahan warna bulu dan bentuk tubuh mereka.
Merpati yang termasuk jenis ini antara lain :
Jacobin (lebih terkenal dengan sebutan merpati jambul),
Satinette (paruh pendek),
English Pouter ,
Frillback
4. Merpati Bulu & Suara
Merpati jenis ini dibiakkan untuk mengeluarkan bulu yang lebat dan untuk suara ‘ketawa’ dan deruman mereka.
Merpati dari kumpulan ini termasuk
Fantail
Trumpeter
Jacobin
Merpati Warna: Kumpulan ini terdiri daripada banyak variasi merpati yang telah di biak khas, dipelihara khas untuk warna dan tanda-tanda di bulu mereka. Kumpulan itu termasuk
Archangel
Swallow
Danish Suabian
Pouters dan Croppers: Kumpulan merpati biak khas ini dipelihara semata-mata kerana keupayaan mereka untuk mengembungkan biang/dada mereka dengan udara. Kumpulan itu termasuk
English Pouter
Norwich Cropper
Pigmy Pouter
Frills dan Owls: Kumpulan ini dibiak kerana paruh-paruh mereka yang terbantut dan juga bulu-bulu di dada mereka yang luar biasa. Kumpulan ini termasuk
Old German Owl
Oriental Frill
Aachen Lacquer Shield Owl
Jangka hayat merpati Burung merpati mempunyai jangka hayat yang berbeza, ada yang boleh hidup dari 3 – 5 tahun hingga ke 15 tahun. Ini adalah bergantung kepada banyak faktor termasuk pemangsa semula jadi dan juga gangguan manusia.
Makanan dan kesihatan Burung merpati adalah jenis yang mudah dibela oleh mana-mana peminat burung. ianya tidak seperti burung jenis lain. Diet burung merpati juga mudah diperolehi di pasaran. Bagaimanapun burung jenis ini memerlukan tempat yang bersih jika tidak burung mudah dijangkiti penyakit, naik puru di kaki dan mata ataupun kutu mudah membiak di badannya. Burung merpati juga perlu di beri ubat antibiotik dan vitamin supaya sentiasa sihat.
Diet atau makanan utama bagi burung-burung merpati adalah bijirin, tetapi ia boleh berbeza mengikut spesis. Ada juga spesis yang makan buahan dan juga serangga serta cacing, manakala merpati feral yang terdapat di kota mengambil bijirin dan juga bahan buangan manusia sebagai makanan. Beberapa sumber karbohidrat dan lemak yang terbaik dapat diperoleh dari jagung, ketan hitam, beras merah,beras putih,kenari seed,millet,dll. Beberapa sumber protein terbaik dapat diperolehi dari kacang-kacangan seperti kedelai,kacang hijau,kacang merah,dll.
Pembiakan Merpati..
Semua merpati mengamalkan monogami, ia itu mempunyai pasangan yang sama untuk seumur hidup mereka. Kematangan seksual boleh dicapai dalam umur 5 – 6 bulan dan mereka boleh membiak sepanjang tahun. Selepas mengawan merpati jantan akan mula mencari tempat yang sesuai untuk membuat sarang dan menetaskan anak.
Merpati tidak membina sarang di atas pokok tetapi memilih tempat yang mempunyai permukaan yang rata. Kedua-dua merpati jantan dan betina sama-sama mengambil tugas dalam mengeram dan membesarkan anak. Merpati betina akan mengeluarkan telur pertama kira-kira 10 hari selepas proses pengawanan, manakala telur pertama akan menyusul kira-kira 44 jam kemudian. Pengeraman akan bermula sejurus selepas keluarnya telur kedua. Burung jantan akan mengambil tugas mengeram dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang, manakala yang betina akan mengambil masa yang selebihnya. Penetasan telur akan berlaku biasanya 17 hingga 19 hari selepas bermulanya proses pengeraman. Anak-anak burung merpati (squab) mempunyai bulu berwarna kuning dan paruh berwarna pink dan masa tumbesaran mereka, dari mula menetas sehingga boleh terbang adalah 30 hari.
TELUR AKAN MENETAS SELEPAS 18-21 HARI MENGERAM... SELALUNYA TELUR KE2 AKAN MENETAS LEWAT 1HARI..
KALAU INDUK BERPENGALAMAN DAN NALURI JADI IBU AYAH TINGGI, MERPATI TU NAMPAK TELUR, DIA AKAN ERAM..
Merpati jantan dan betina tidak meninggalkan sarang untuk menangkap serangga untuk disuap kepada anak-anak mereka seperti burung-burung jenis lain, tetapi memberikan anak-anak mereka rembesan hasil kelenjar yang dipanggil susu merpati (pigeon milk). Ia bukannya susu yang sebenarnya kerana tiada kandungan laktosa didalamnya, namun begitu pengeluarannya adalah dirangsang oleh prolaktin, hormon yang sama yang merangsang pengeluaran susu dalam mamalia. ‘Susu’ ini kelihatan seperti keju, berwarna krim dan tinggi dalam kandungan protein nya, dan ia diberi kepada anak-anak mula dari penetasan sehingga berumur 10 hari, ia itu setelah mereka mula boleh makan bijirin.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
huhhuuh...upenyer banyak jenis merpati
ReplyDeletetp jacobin kot yg plg lawa...haha
oh.....
ReplyDeleteterima kasih bnyk2 sbb crikkan maklumat psl merpati nh.....
memg bnyk info yg sy xtahu...
thanx again....
saya minat modena atau marina.
ReplyDeletemaria ozama kot
Deletesaya sedang mencari merpati modena, singa dan mookee. kalau ada sape2 yg nak jual tlg call saya 0139776678. tq.
ReplyDeleteskrg sy sedang mencari merpati mookee. plizzzz tlg sy.
ReplyDeleteSaya mau membeli Homer King, dimanakah saya bisa mendapatkannya ? Mohon hub 081.866.9520. Tq
ReplyDeleteada... call no ni. wady 0166071233
Deletedimana boleh sy dapatkan daging burung merpati untuk makanan seharian?
ReplyDeleteilmu yg bermanafaat
ReplyDeleteboleh bagi info tentang burung terkukur & cara memeliharanye?? (Pemakanan, pembiakan, tempat~) ?
ReplyDeletesye wan baru bler modena gan runt tpi sye nk cri merpati sebesar ayam tlg cll sye jika ada sepisis tu pls!!!!!!!!!!! 0172553520
ReplyDeletekalau nak apa2 jenis merpati call wadi 0166071233 banyak jenis merpati ada kat dia
DeleteKat mana nak dapatkan supply daging merpati untuk dimakan?
ReplyDeletedi pejabat saya terlalu banyak burung merpati... dan sudah menjadi mudarat .. siapa yang berminat boleh datang ke tempat saya .. bagaimana pula hendak mengawal populas burung merpati?? boleh email saya myzaidi@gmail.com
ReplyDeleteAs-salam..
ReplyDeleteKtner nk dapat merpati homer..??
terima kasih . info yang padat. buat masa ni nak dikatakan hampir semua jenis 80% gitu ada kami bela. saja suka - suka sbg hobi bukan untuk jual kepada kedai. biasanya tukar pinjam jaga atau jual beli sesama peminat burung merpati je
ReplyDeletekalau ada yg minat nak bela apa2 jenis merpati boleh dapatkan di tempat kami. lokasi berhampiran ukay perdana. call wady 0166071233.
ReplyDeleteada jual daging burung merpati tak?
Deletesesiapa ada membekal daging merpati sila hubungi saya khairul77@yahoo.com
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJika ada sesiapa yang menjual daging burung merpati tolong hubungi saya di emel ini ya... nuruljalilah86@gmail.com
ReplyDeleteTerima kasih...
sesiapa ada menjual daging burung merpati sila hubungi saya di 0167231631
ReplyDeleteMerpati jacobin
ReplyDeleteMerpati jacobin
ReplyDeleteada ke sesiapa yg menjual telur merpati yg kehijauan
ReplyDeleteKebanyakan merpati di kota yang terbiar merpati jenis ape ya..?
ReplyDeleteMana boleh dapat baka untuk merpati daging ya?
ReplyDeleteSAya baru nak belajar menternak burung merpati bagi tujuan penghasilan daging..
ReplyDelete