▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Baka- Baka Kucing Di Dunia
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Terdapat pelbagai jenis kucing terdapat di serata dunia, di antaranya biasa kita dengar ialah Persian, Siamese, Burmese dan pelbagai lagi. Ruangan ini memperkenalkan kita kepada pelbagai jenis kucing yang ada.
Abyssinian
Apabila dilihat sepintas lalu rupa baka Abyssinian adalah seperti kucing semasa zaman Mesir kuno. Badannya yang sederhana panjang, bertulang biasa tetapi mempunyai otot yang kuat. Kaki pula panjang dan kurus
American Bobtail
Baka American Bobtail adalah bersifat keras , baka yang kelihatan keras sesuai dengan persekitaran dimana ia berada.Badannya yang sederhana ke besar dengan bulu yang padat, panjang dan tak terurus.Bulunya terdiri daripada pelbagai warna dan corak.Baka American Bobtails jantan boleh mencapai berat sehingga 5 paun manakala betinanya bersaiz kecil sedikit.
American Curl
Ciri-ciri unik baka American Curl adalah telinganya. Jika dilihat kita mungkin tersilap menganggap ia adalah baka Scottish Fold ataupun baka American Curl, tetapi bila diperhatikan dengan teliiti terdapat perbezaan pada telinga dan badannya. Badannya yang sederhana, seimbang dan berotot sederhana. Bulunya terdiri daripada pelbagai warna dan corak
American Shorthair
Baka American Shortair mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, padat, berotot dan kuat. Bulunya pendek, padat dan tebal. Warna bulunya terdiri dari pelbagai dan bercorak dua.
Balinese
Baka Balinese adalah seperti gabungan baka Siamese yang ditambahkan dengan bulu sederhana panjang dan berkilat. Badannya yang sederhana, kaki yang panjang dan ekor yang panjang. Bulunya yang sederhana panjang dan lembut mempunyai pelbagai warna berbucu seperti baka Siamese.
Bengal
Baka Bengal mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, berkilat, berotot dengan bahagian belakang yang tinggi sedikit daripada bahu. baka Bengals betina secara puratanya mempunyai berat dari 7 hingga 11 paun semasa matang dan jantan secara puratanya berat dari 11 hingga 18 paun bila membesar. Bulunya yang pendek dan padat dengan rasa yang lembut, pelbagai corak dan warna serta bersinar-sinar.
Birman
Baka Birman dipercayai berasal dari Burma Badannya yang besar dan panjang. Bulunya berwarna bucu biru, bucu cokelat dan bucu lilac.
Bombay
Dengan teldapat pelbagai baka yang ada pada waktu ini, baka Bombay direka berdasarkan kepada baka Harimau Akar Domestik. Walaupun hitam berkilat dan matanya yang kuning, ia mudah menjadi binatang peliharaan. Badannya yang sederhana dan padat serta kepala yang bulat. Bulunya yang berkilat, pendek, hitam dengan mata kuning sehingga keemasan.
British Shorthair
Baka British Shorthair dianggap sebagai baka yang paling lama sekali wujud. Badannya yang sederhana, dengan bentuk padat, kuat dan seimbang. Bulunya yang pendek dan padat, datang dengan pelbagai warna, terdapat juga warna biru
Burmese
Baka Burmese adalah berorientasikan manusia. Badannya yang sederhana, berotot dan padat, dengan berkepala bulat dan mata yang berwarna kuning kepada emas. Bulunya yang pendek dengan warna biru dan perak.
California Spangled
Seperti baka Bengal, baka California Spangle adalah baka yangdicipta melalui kaedah sains. Ia seperti harimau akar kecil yang panjang, tetapi badan yang berotot dan bertompok bujur, bulat, petak atau segitiga. Bulunya berwarna gangsa, emas, biru, cokelat, hitam, merah, hitam arang , perak dan putih. Tompoknya mudah dibezakan kerana ia berwarna gelap.
Chausie
Badannya yang besar dengan tulang yang kukuh, dada yang lebar dan otot yang kuat dengan kaki yang sederhana panjang. Bulunya terdiri daripada warna hitam, hitam asap sehingga bayang-bayang keperakkan, hitam dengan bucu perak, bucu emas sehingga merah pucat pada telinga, kaki dan ekor.
Cornish Rex
Baka Cornish Rex adalah antara yang baka tertua daripada ketiga-tiga jenis baka Rex. Badannya terdiri daripada kecil sehingga ke sederhana dengan lengkung di belakang, kaki yang kuat dan panjang berserta pinggang berotot. Bulunya yang pendek dan beralun di dalam pelbagai warna padat, berbayang, tabby, mempunyai dua warna, pelbagai warna dan bercorak bucu.
Devon Rex
Baka Devon Rex selalu dibandingkan dengan baka pixie. Ia terhasil daripada mutasi kucing bangsal sehingga bulunya menjadi beralun. Badannya yang sederhana panjang tetapi kuat dan berotot dengan kaki yang panjang dan kurus. Bulunya yang beralun pendek berada didalam pelbagai warna dan corak.
Egyptian Mau
Baka Egyptian Mau berasal daripada kucing liar afrika. Badannya yang sederhana panjang, dengan otot yang terbina. Kaki belakangnya lebih panjang sedikit daripada depan. Saiz kepalanya yang sederhana dan bulat.
Exotic Shorthair
Sesiapa yang inginkan personaliti kucing seperti baka Persian akan mendapati baka ini adalah pengganti yang sesuai. Badannya yang pendek, lebar dan kuat sehingga ke dada, dengan otot yang kuat, kakinya yang pendek dan kuat. Bulunya yang padat dengan bulu halus yang tebal di dalam pelbagai corak dan warna.
Havana Brown
Baka Havana Brown adalah baka yang dicipta dari kacukan kucing berbulu hitam dengan kucing berbaka Siamese bercoklat. Badannya yang sederhana, berotot dan kurus. Bulunya berwarna cokelat, pendek dan berkilat.
Himalayan
Baka Himalayan mempunyai bentuk badan yang sama dengan baka Persian dari saiz sederhana sehingga besar, kaki yang pendek, dada yang lebar dan kuat. Bulunya yang panjang dan tebal, dengan tekstur yang biasa dan berkilat dan ia juga boleh terdiri daripada pelbagai warna.
Japanese Bobtail
Baka Japanese Bobtail berasal dari Jepun. Disana ia dibela berkurun lamanya. Ia kuat, sihat dan mempunyai rintangan yang kuat terhadap penyakit. Badannya yang panjang, bersaiz sederhana mempunyai otot yang kuat. Bulunya yang pendek dan sederhana panjang, lembut dengan tidak mempunyai bulu halus. Manakala yang berbulu panjang, bersederhana hingga ke panjang dan lembut. Terdapat bulu berwarna tiga, dua, tabby dan padu.
Javanese
Ia dikategorikan sebagai baka yang bijak. Badannya yang panjang dan berkilat dengan bersaiz sederhana, kaki kurus dan panjang dengan gabungan tulang biasa dan otot padat, dengan kata lain ia adalah kucing yang berbadan sasa. Bulunya yang biasa dan bersutera, sederhana panjang dan kurang bulu halus menunjukkan ciri-cirinya. Warnanya terdiri seperti kucing berbaka Balinese dengan pelbagai warna pelangi.
Korat
Baka Korat berasal dari negaraThailand. Badannya yang separuh pendek dengan ketara di pinggang, berotot dan melengkung. Warnannya yang biru keperakkan berpunca dari hujung bulunya yang berwarna perak..
Maine Coon
Badannya yang bersaiz sederhana sehingga besar, berotot dan berdada lebar dengan perwatakkan yang seimbang. Bulu Baka Maine Coon adalah berat dan tidak terurus, tetapi pendek pada bahu dan panjang pada perut di belakang kaki. Ekornya pula panjang. Baka Maine Coon datang dalam pelbagai warna seperti warna kura-kura dan warna ceria, tidak termasuk corak. Ia adalah kacukkan antara kucing baka domestik Amerika dan kucing berbulu panjang seperti Angora.
Manx
Baka Manx adalah bulat dan kuat pada perwatakkannya, dengan otot yang kuat, padat dan bersaiz sederhana. Ia mempunyai dua jenis bulu yang mana bulu halusnya pendek dan padat atau bulu biasanya bersederhana panjang dari belakang kaki sehingga ke lutut, ia juga dikenali sebagai Cymric. Kedua-dua bulu panjang dan pendek boleh terdiri daripada pelbagai corak dan warna tidak termasuk bucu
Munchkin
Baka Munchkin adalah kucing biasa dengan kaki yang pendek. Seperti baka Sphynx yang mana mungkin disukai atau tidak apabila pertama kali bersemuka dengannya.
Norwegian Forest Cat
Sekali pandang kita dapati baka Norwegian Forest Cat ini kelihatan seperti Main Coon dan ini tidak pelik kerana kedua-duanya berasal dari kawasan yang dingin. Dipanggil oleh orang tempatan dengan panggilan ‘Wegies’. Ia merupakan kucing yang menawan dimana bulunya yang panjang memerlukan kurang disikat jika dibandingkan dengan kucing berbulu panjang yang lain walaupun ia mempunyai bulu yang tebal. Panjang badannya yang sederhana, otot yang pejal dan seimbang serta struktur tulang yang kukuh merupakan ciri-ciri badannya. Manakala bulunya yang berganda dengan bulunya diselubungi dengan bulu panjang, berkilat dan lembut. ‘Wegies’ juga mempunyai warna bulu yang pelbagai tetapi tidak seperti warna buku kucing berjenis Himalayan atau berwarna cokelat, lavender/lilac
Ocicat
Berasal daripada kacukkan antara kucing jenis baka Abyssinian, baka Siamese dan baka American Shorthair, baka Ocicat secara umumnya adalah kucing domestik yang mempunyai bulu seperti kucing liar. Ia mendapat jolokan Ocicat kerana ia seperti kucing baka Ocelot iaitu kucing liar yang berada di Amerika Tengah dan Selatan. Badannya yang boleh mencapai saiz sederhana sehingga besar, ia mempunyai tulang yang kuat, pembinaan otot dan berwatakkan seperti olahragawan, pinggang yang pejal, keras serta kepanjangan badan yang kukuh dan menyeluruh. Manakala bulunya yang pendek, lembut dengan corak bertompok dengan tanda yang tertentu pada kepala, tulang belakang, kaki dan ekor. Ocicat mempunyai banyak warna bulu termasuk tawny, cokelat, cinnamon, perak dan biru.
Oriental Shorthair
Seperti kucing baka Siamese, bulunya boleh terdiri daripada pelbagai jenis warna pelbagai sehingga menghasilkan baka Oriental. Personaliti baka Oriental ini adalah menarik seperti bulunya dan akan senantiasa menemani kita sepanjang hari. Badannya yang panjang dan berkilat, boleh melentur dan bergerak tetapi berotot. Bulunya yang pendek, bertekstur sederhana dan lembut, hampir kepada badan dan mempunyai lebih kurang 300 warna yang berbeza.
Persian
Badannya yang sederhana ke besar, adalah seperti kucing baka ‘Cobby’. Kakinya yang pendek, lebar dan kuat pada dada, berada pada keadaan sekata dibahu dan otot. Walaupun dengan rupanya yang gebu, kucing baka Persian ini mempunyai otot yang bagus dengan tiadanya punca-punca kegemukkan. Bulunya yang panjang dan tebal, tekstur yang biasa, berkilat dan kuat. Warnanya boleh terdiri daripada pelbagai warna dan corak.
Pixie-BobAsal usulnya yang tidak diketahui menjadikannya ia misteri. Ia terhasil daripada kacukkan antara baka American Bobcat dan kucing liar atau kucing bangsal. Ia menyerupai bobcats dengan otot, badan dengan bulu yang berdiri tegak daripada badan dengan warna kuning cerah kepada pelbagai warna, muka yang berbentuk seperti pear, telinga seperti kucing baka Lynx. Ekornya yang pendek, dengan sepanjang dua inci dan berada di bawah. Ia kucing yang mempunyai keunikan tersendiri dimana ia boleh mempunyai maksimum sebanyak 7 jari.
Ragdoll
Baka Ragdoll adalah kucing besar dengan tulang yang kukuh, badan berotot dengan kaki yang sederhana panjang. Kucing jantan boleh mencecah sehingga 25 paun dan betina sehingga 20 paun seperti kucing yang lain ia mengambil masa selama tiga tahun untuk mencapai saiz yang sempurna. Bulunya yang sederhana panjang, dengan bulu halus yang banyak, bulu pendek pada kaki depan dan panjang pada kaki belakang. Terdapat pelbagai warna bulu yang ada pada Ragdoll seperti dua warna, tapak kaki berwarna putih dan bercorak kelabu.
Russian Blue
Bertulang biasa, panjang , kukuh dan berotot dengan kaki bertulang biasa yang panjang. Bulunya yang pendek, padat, biasa dan bercampur dengan warna biru. Bulu halus berwarna keperakkan dihujung menjadikannya ia berkilat.
Savannah
Baka Savannah adalah kacukan antara baka African Serval dan kucing domestik. Walaupun ia adalah baka yang baru, ia selalu dilihat di hutan-hutan.
Scottish Fold
Perbezaan yang ketara bagi baka Scottish Fold adalah telinganya dimana ia melipat kebelakang dan kebawah. Ia adalah kucing yang sesuai untuk dibela. Ia adalah kacukan antara kucing baka American Shorthair dan baka British Shorthair. Kebanyakkan warna yang selalu didapati adalah seperti corak tabby, kulit kura-kura dan calico.
Siamese
Baka Siamese adalah bersaiz sederhana, bulunya berkilat dengan garisan kecil berwarna, bergerak senang walaupun berotot. Sifatnya yang ketara ialah bucu yang bercorak gelap pada telinga, muka, ekor dan kaki. Warna seperti cokelat, biru, lilac dan kelabu adalah warnanya yang biasa.
Siberian
Baka Siberian adalah seperti kacukkan tiga baka iaitu baka Maine Coon, baka Norwegian Forest Cat dan baka Siberian. Bulunya yang tebal terbina bagi melindunginya daripada musim sejuk. Belakangnya yang sederhana panjang yang mana sedikit melengkung, pinggang berotot dan perut bulat yang padat. Bulunya yang sederhana panjang, dengan bulu pada pada bahu dan bawah dada yang tebal dan sedikit pendek. Corak bulunya mungkin berbeza dengan warna yang mana digabungkan dengan bayang dan corak.
Somali
Baka Somali mempunyai ciri-ciri suka bermain seperti baka Abyssinian. Ia suka menemani manusia dan senantiasa dibela. Badannya yang seimbang, daripada saiz sederhana ke besar. Dengan otot yang terbina walaupun bergerak dengan bebas. Bulunya yang sederhana panjang, lembut dan bersutera dengan corak, merah, biru atau pucat serta ekor yang kembang merupakan cirinya yang khusus.
Sphynx
Dengan badan yang tanpa bulu, telinga besar dan berbadan kecil menjadikan kita pelik. Walaubagaimanapun ia adalah kucing yang bijak dan suka menemani. Ia adalah kucing yang jarang dijumpai. Badannya yang sederhana, keras dan berotot dengan dada bulat yang lebar. Manakala belakangnya sedikit melengkung. Bulunya adalah biasa dan seperti tiada. Warna bulunya adalah seperti pigmen kulitnya dan hanya terdapat sikit bulu pada badannya
Tonkinese
Tiada yang setara dengan keaktifan baka Tonkinese yang mana personalitinya adalah seperti warna bulunya. Terhasil dari kacukkan kucing baka Burmese dan baka Siamese ia mewarisi ciri-ciri kedua-dua baka tersebut. Baka Tonkinese adalah peneman yang sesuai, bijak dan ingin tahu. Badannya yang sederhana, padat dan berotot, pendek, kakinya yang kurus sesuai dengan badan dengan kaki belakangnya lebih kuat daripada kaki depan. Bulunya yang sederhana pendek, biasa, lembut dan bersutera, hampir kepada badan dengan warna berbucu seperti warna memerang asli, memerang biru.
Turkish Angora
Baka Turkish Angora adalah kucing berbaka secara biasa, berasal dari kucing baka Manul yang dibela oleh orang Tartar, yang kemudiannya berhijrah ke Turki dan dianggap sebagai khazanah oleh Negara tersebut. Jika kita ingin memiliki baka Turkish Angora, ia dianggap sebagai salah satu baka kucing yang terpandai, setia, aktif dan ceria. Badannya yang seimbang dan bersaiz sederhana dengan pinggang kurus yang panjang serta kaki yang panjang. Bulunya yang berkilat dan biasa, sederhana panjang dan berkilau. Walaupun berwarna putih ia juga boleh mempunyai pelbagai jenis warna dan corak.
Turkish Van
Seperti baka Turkish Angora, baka Turkish Van juga berasal dari timur tengah, tetapi ia adalah baka yang berbeza. Kedua-duanya dianggap sebagai khazanah Negara. Baka Turkish Vans dianggap sebagai baka kucing yang jarang ditemui, Badannya yang sederhana panjang, seimbang dan sekata dengan berciri kukuh, kakinya yang sederhana panjang dan berotot sesuai dengan badannya. Bulunya yang separuh panjang, lembut dengan tidak mempunyai bulu halus. Ia biasanya mempunyai warna putih dengan pelbagai warna di kepala dan ekor
Singapura adalah kucing yang bersaiz kecil hingga sederhana. Kucing jantan dan kucing betina tidak mempunyai perbezaan saiz yang ketara. Berat kucing jantannya ialah sekitar 6-7lbs dan kucing betinanya sekitar 4-5lbs. Singapura berbulu pendek lembut dan halus.
Singapura kekal sebagai kucing yang jarang ditemui(exremely rare) kerana bilangan nya yang sikit. Disebabkan Singapura adalah purebreed/natural breed dia hanya di kahwinkan dari baka yang sama. Pembiakannya perlu di teliti dan dijaga dengan berhati-hati oleh pembiak kucing ini. Hanya baka yang seratus peratus sempurna sahaja boleh dijadikan induk. Di samping itu ada faktor lain yang menyumbang kepada sikitnya populasi kucing ini adalah kerana proses pembesarannya yang terlalu perlahan berbanding kucing -kucing yang lain.
Lain-Lain baka Kucing
gambar no 17 tu nama apa?, saya ada seekor lebih kurang macam tu.
ReplyDeletePengetahuan kamu begitu meluas sekali dalam dunia veterinar mahu pun dunia automobil kedua-dua blog aku suka
ReplyDeletecomel semua kucing tuh :-)
ReplyDeletewoww..byk nyer jenis2 kucing2 nih..suka suka suka...comel comel..huk3..trimas kerana berkongsi..
ReplyDeletemcm2 jenis kucing ade yer..ade yg cumel dan ade yg menakutkan
ReplyDeletesalam ziarah..
ReplyDeleteerm..sependapat ngan Tihara..rupa kucing2 tu adr yang comel and adr gak cam menakutkan..hehehe..
kejadian Tuhan..Subhanallah..
hebat la abg nie..abg ada biak tak kucing nie..
ReplyDeletemane nk dpat kucing Sphynx tu..tringin nk bela laaaaaa..exotic!
ReplyDelete