Sunday, April 15, 2012

Penggunaan Pagar Eletrik (ELECTRIC FENCE)


Projek integrasi diantara tanaman kekal dan ternakan yang di wujudkan beberapa tahun lalu telah membuka mata kepada ramai peneroka mahupun penternak untuk mengesahkan dan menceburi projek ini secara komersial
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penggunaan Pagar Eletrik
(ELECTRIC FENCE)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Satu system yang lebih sistematik perlu diwujudkan demi keselarasan, kesejahteraan atau keharmonian diantara
-Tanaman kekal dan ternakan
-Peneroka dan pengurusan ladang
-Penternak dan masyarakat sekitar
-Pengurusan ternakan dan pengurusan ladang tanaman

Tujuan memperkenalkan pagar eletrik diprojek integrasi
-Supaya satu system perladangan yang baik dapat diwujudkan
-Kos yang murah dan efektif dapat menarik minat lebih ramai peneroka dan penternak
***Untuk keluasan kawasan 10 ekar, kos pagar eletrik mudah alih ialah diantara RM 1100.00 hingga RM 2400.00
-Ringan dan mudah alih dari satu plot ke plot yang lain
-Kawalan pergerakkan ternakan yang lebih efektif bagi ragutan berjadual jika pemilihan dan 1.pemasangan pagar dilakukan dengan betul
2.Kos yang rendah jika dibandingkan dengan pagar-pagar jenis tetap
3.Keselamatan ternakan lebih terjamin seperti kurangnya mendapat kesan luka-luka kawat duri, ternakan melompat keluar,merentas pagar, menghindarkan ternakan dari ternakan baja-baja dan juga racun rumput rampai
4.Menjimatkan tenaga buruh dimana bilangan pekerja Cuma seorang atau dua orang sahaja bagi tujuan pengendalian
5.Pengendalian ladang dari keluar dan masuk kedalam kawasan yang telah dipagar


Kebaikan
1.Kerja-kerja membaja dan meracun lebih mudah dilakukan
2.Ragutan bergilir-gilir dapat diwujudkan dimana dapat menghasilkan ternakan yang berkualiti tinggi ( kesihatan , tumbesaran dan lain-lain)
3.Sistem pembiakan bakaan dapat dikawal dan meningkatkan hasil ternakan yang berkualiti tinggi iaitu dimana dapat mengelak pembiakan sekeluarga
4.Kutipan hasil dari tanaman kekal lebih teratur atau terancang dapat meningkatkanpengeluaran hasil ladang
5.Tidak memerlukan kemahiran atau pengetahuan yang tinggi bagi mengendalikan pagar eletrik
6.Sangat fleksibel, dapat dipagar dengan mudah walaupun keadaan mukabumi yang tidak rata atau berbukit-bukau
7.Dapat menyekat pergerakan ternakan kekawasan jalan raya dan dengan ini dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh ternakan
8.Dapat meningkatkan ekonomi penternak atau peneroka

Faktor-faktor bagi memilih system pagar eletrik yang betul
-Keluasan tanah yang telah dipagar
-Panjang wayar yang perlu dipasang
-Jenis ternakan yang dipelihara
-Keadaan muka bumi iaitu yang kering kontang kurang berkesan jika dibandingkan dengan tanah lembab
-Cara pemasangan yang betul
-Cara memilih jenis enegizer yang tepat
-Bahan-bahan yang mesti menepati spesifikasi aliran eletrik dan penebat

Terdapat 2 Jenis Pagar Eletrik
1) Pagar Eletrik Mudah Alih
2) Pagar Eletrik Jenis Kekal

A)Peralatan Sistem Pagar Elektrik Mudah Alih


B)Peralatan Sistem Pagar Elektrik Tetap


Kompenen-kompenen Pagar eletrik jenis mudah alih
-Bateri basah 12 V
-Enegizer yang menggunakan kuasa bateri
-Poly wire yang disalut bersama wayar plastik dan wayar nikrom yang tahan karat dan ringan. -Mudah di gulung dan tidak mudah putus
-Tiang yang diperbuat dari besi kecil dan penebat plastik tahan dari haba dan air
-Voltmeter digunakan untuk memeriksa keberkesanan dan kebocoran arus pada pagar
-Panca bumi- Mesti diperlukan sekurang-kurang satu unit


Penggunaan pagar eletrik
Bateri boleh cas semula (13 plate, 12 Volt)
Tiang bertebat (1.5 m)
2 set polywire (500 m )
Penggulung wayar
Alat uji voltan
Pengecas




Satu set pagar eletrik cukup untuk kawasan seluas 4 ha (10 ekar) yang boleh memuat 100 ekor lembu. Saiz pedok bergantung kepada jenis dan kuantiti foraj yang ada.
Tiang polywire digunakan bagi setiap 30 m. Selain dari jenis yang ada dipasaran. Jenis lain juga boleh asalkan bukan dari bahan getah berkarbon
Semasa memasang pastikan polywire tidak menyentuh sebarang bahan pengalir karan.
Volt 4.5 Kv sudah mencukupi untuk mengawal ternakan.

Bilangan bahan yang diperlukan bagi keluasan seluas 10 ekar
-Enegizer yang sesuai- 1 unit ( hanya menggunakan 1 enegizer bagi setiap satu system)
-Tiang pagar (80 hingga 100 batang)
-Poly wire maksimum 4 gulung X 500 meter
-Rel- 1 unit bagi setiap gulung ( poly wire yang berukuran 500 meter)
-Volt meter –1 unit
-Panca bumi – 1 unit
-Bateri 13 plate- 2 unit ( 1 unit untuk digunakan dan 1 unit lagi untuk dihantar membuat charging)

Bagai mana pagar eletrik berfungsi
Arus eletrik tinggi yang dihasilkan oleh energizer perlu dasalur melalui terminal khas ke pagar yang telah sempurna dipasang. Energizer akan menghasilkan denyutan/ pulse setiap 1-2 saat sepanjang masa, setiap denyutan arus eletrik adalah diantara 3000 hingga 6000 volt Apabila ternakan tersentuh pagar yang mempunyai arus eletrik , arus eletrik akan memasuki ke bumi melalui badan ternakan yang akan balik (return) ke energizer melalui paip panca bumi dan terminal bumi Proses ini hanya mengambil masa lebih kurang 0.1 saat dan kejutan ataupun Shock akan berlaku pada waktu yang sama.Kejutan kuat ini akan memberi satu keadaan yang amat kurang selesa ataupun keadaan yang resah kepada ternakan , dengan ini ternakan akan cuba mengelak diri dari tersentuh pagar eletrik ini. Ternakan perlu tersentuh sekurang kurang 2-3 kali sebelum mereka benar-benar tahu wayar tersebut mempunyai arus eletrik.
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Saturday, April 14, 2012

Pasang Pagar Ternakan



Pagar merupakan salah satu daripada keperluan yang perlu disediakan bagi pembukaan sesebuah ladang ternakan
Pemagaran yang baik dapat memberi pengawalan yang sempurna terhadap ternakan dan boleh menjimatkan kos pengawasan. Adalah diperhatikan bahawa didalam system ragutan bergilir -gilir banyak pagar diperlukan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pasang Pagar Ternakan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
  1. Memberi pengawalan pergerakkan ternakan didalam sesuatu kawasan
  2. Menghadkan kawasan ragutan yang tertentu bagi melindungi ternakan supaya tidak menceroboh kawasan yang baru dibaja atau diracuni, yang mana boleh membawa kematian kepada ternakan
  3. Sebagai halangan atau rintangan terhadap ternakan keluar dari kawasan yang dikhaskan
  4. Ia bertindak sebagai mengawal pertumbuhan rumput
  5. Berfungsi sebagai sempadan diantara dua kawasan
-Menghadkan kawasan yang diragut
-Menghalang ternakan dari keluar kawasan
-Mengawal pertumbuhan pastura pada peringkat umur optima
-Menentukan keselamatan kawasan.

JENIS PAGAR
-Pagar biasa (dawai duri) mild steel atau high tensile (ketegangan tinggi)
-Pagar letrik
-Pagar “fabricated” cyclone dan hurricane
-Pagar chainlink




Pagar biasa ialah merupakan satu rintangan dawai berduri yang ditarik tegang diantara dua penyokong pagar yang mana taliannya melalui beberapa tiang pagar dalam jarak yang sama

Pemilihan peralatan

Pemilihan peralatan ini perlu disesuaikan dengan keadaan setempat dan beberapa criteria perlu diambil kira seperti

  • Kos perbelanjaan yang rendah
  • Ketahanan alat-alat tersebut
  • Kemudahan mendapatnya
-Peralatan membina pagar
-Penggali
-Tukul Besi
-Pemotong dawai (wire cutter)
-Player
-Gergaji
-Penegang dawai
-Tali ukur
-Pahat
-Kukukambing
Alatan
-Pengorek lubang
-Wire Dispenser
Pemilihan Peralatan
-Kos yang murah
-Ketahanan alatan atau bahan
-Mudah didapati

Tiang Pagar
-Kekukuhan bergantung kepada
-Kedalaman tiang ditanam- biasanya tiang ditanam diantara 75 cm hingga 90 cm
-Jenis tanah-pasir atau liat, lembah atau kering

Jenis Tiang
-Kayu - Kayu hutan atau kayu gergaji
-Besi- Galvanised pipe atau angle iron
-Konkrit

Tiang Kayu
-Mudah diperolehi
-Murah
-Kurang tahan
Bentuk kayu
-Kayu bulat
-Kayu dibelah
-Kayu gergaji
Kayu pilihan
-Keras dan tahan lama
-Tidak mudah reput atau pecah
-Tidak makan serangga
-Anjal / tidak getas – tahan tarikan atau tolakan
-Pengawetan dengan bahan minyak hitam creosate atau penta compound untuk kayu lembut.
Jenis Kayu
-Cengal ,
-Tempinis ,
-Sembawang
-Kempas ,
-Kulim ,
-Tembusu ,
-dan Belian.
Tiang Besi
-Pelbagai saiz
-Perlu dilubang
-Tahan lama
-Mahal
-Boleh nengelak dari sambaran petir

Tiang konkrit
-Tahan lama
-Perlu dibuat lubang
-Tidak reput
-Berat dan sukar untuk membawa
-Penanaman tiang memerlukan tenaga manusia dan lebih lama
-Kos bahan dan memasang adalah mahal
Dawai
-Dawai biasa / Plain wire
-Dawai duri / Burb wire
-Saiz – mengikut garispusat dawai dalam mm atau “gauge”
*cth. 8,10,12,12½,16 gauge.
*Lebih besar nombor adalah lebih kecil saiz dawai.
*Lebih besar lebih kuat
-Dawai lembut / mild steel
-Tegangan tinggi – High tensile
-Tegangan tinggi = “ galvanised” iaitu disalut dengan zink.
-Saiz yang biasa digunakan G12½
Saiz dawai bergantung pd jenis pagar bilangan ternakan dan saiz ternakan
Kebaikan pagar ini
Tidak melukakan ternakan
Mudah dibuka
Cepat
Mudah dibuka daripada gulungan
Biasa digunakan untuk pagar letrik
Dawai duri
Tegangan rendah- mild steel
Tegangan tinggi – High tensile
Mudah melukakan
Sukar untuk dibuka
Lambat diurus
**Had minima bebanan dawai pagar galvanic

SAIZ DAWAI

KG. TEKANAN FORCE

NEWTON

4.55mm -7G

4.00mm-8G

3.55mm-9G

3.15mm-10G

2.50mm-12½

2.00mm-14G

700

600

450

350

200

150

6846

5883

4412

3432

1961

1470

**Tegangan Tinggi

SAIZ DAWAI

KG. TEKANAN FORCE

NEWTON

50mm-12½G

2.00mm-14G

1.60mm-16G

600

400

200

5883

3922

19

Alat penyukat ketegangan dawai
-Neraca spring
-1 kg force = 9.806 Newton.
-Jarak rentangan mempunyai dayaketegangan yang berbeza
-Yang dekat adalah lebih tinggi

Ketegangan dawai

Ukuran ketegangan dawai disukat menggunakan alat sukatan ketegangan ( Tension meter) bagi memastikan ketegangan mencukupi dan tidak mudah putus

Dawai Lembut

4.00 mm (8 Gauge)

3.55 mm (9 Gauge)

3.15 mm (10 Gauge)

Kg / tekanan

250

200

150

Newton

2451

1961

1470

Dawai tegangan tinggi

1.15 mm (10 Gauge)

a. mm (15.5 Gauge)

1.60mm (16 Gauge)

Kg / tekanan

200

150

80

Newton

1961

1470

784

Panjang Dawai yang diperlukan ditegangkan
Rentangan dawai panjang mempengaruhi tegangan. Pergerakkan arus ketegangan adalah lebih tinggi pada jarak yang dekat dibandingkan dengan jarak yang jauh

Panjang dawai direntang

Daya ketegangan 4.00mm

Dawai lembut

2.50mm Dawai tegangan tinggi

100 meter

1600 meter

480 kg/ tekanan 4706 N

165 kg/ tekanan 1617 N

270 kg/ tekanan 2647 N

140 kg/ tekanan 1372 N


Cara menggunakannya
Letakkan dawai pagar di atas paku A dan B kemudian sangkut neraca spring di bahagian tengah dawai itu dan tarik ke bawah sehingga paras C. Bacaan pada neraca spring di catatkan

Tiang Penyokong Pagar
Bagi kawasan rata jarak penyokong yang sesuai adalah diantara 100 meter hingga 150 meter
Tetapi bagi kawasan beralun atau tinggi rendah jarak penyokong bergantung pada bahagian bungkah atau bahagian lekuknya

Penyokong Pagar
-Kekuatan pagar adalah terletak pada kekuatan penyokong pagar
-Ditanah rata penyokong pagar di setiap jarak 100 meter
-Kedudukan penyokong pagar
-Permulaan pagar
-Penjuru padok
-Tepi pintu
-Puncak bukit
-Dikawasan lurah
-Ditempat belok pagar
-Penyangga Melintang
-Penyangga condong
-Penyangga melintang lebih kuat

Penyangga Tiang Sokong
Ada dua cara memasang penyangga
A-Mendatar
B-Condong
Penyangga mendatar dapat menahan daya ketegangan yang maksimum berbanding penyangga condong
Bertambah panjang penyangga itu pada tiang sokong akan bertambah kuat daya penahannya.
Jarak yang paling sesuai ialah 2.0 m hingga 3.0 m
Penyokong kembar kerap dipraktikkan bagi jarak yang lebih jauh untuk menambah daya ketahanan dawai apabila ditarik tegang.
Simpulan/ sambungan dawai
1)Bentuk 8 Lebih sesuai bagi penyambungan
2)Buku sila antara 2 penyambungan dawai
3)Dua gelung
4) Sheet band
5) Reef

Penegang (Dropper)
Penegang dipasang pada utas-utas dawai diantara satu dengan tiang yang lain. Jumlah yang perlu dipasang bergantung kepada jarak tiang pagar
Tujuan
-Menentukan jarak diantara utas dawai-dawai pada jarak yang sama sahaja
-Membolehkan membahagi-bahagi semua tekanan merata ke atas utas –utas dawai pada pagar tersebut
-Membolehkan pagar dapat dilihat dengan jelas oleh ternakan
Dropper diperbuat daripada berbagai bahan iaitu kayu, besi atau dawai

Alat Penegang Dawai Yang selalu digunakan
- Penegang dawai khas UntukKawat duri
-
Penegang dawai berantai
-
Penegang dawai jenis American power hand which


Cara memasang Dawai pada tiang pagar
1.Menggunakan paku- paku berukuraan 6 cm , diketuk dalam 3 cm dan di bengkokkan. Guna 2 batang paku satu dibengkok keatas dan satu dibengkok ke bawah ,tetapi mudah dawai terguris menyebabkan berkarat dan mudah terputus
2.Menggunakan Staple- Steple adalah alat yang terbaik melekatkan dawai kepada tiang oleh kerana keupayaan boleh melonggar dawai supaya tidak terguris, berkarat dan mudah putus
3.Mengikat dawai- cara ini adalah yang paling baik bagi mengelakkan dawai tidak terluka
4.Melalui lubang tiang pagar- bagi cara ini lubang terpaksa dibuat pada tiap-tiap batang tiang pagar .Dawai terpaksa dimasukkan dalam tiang pagar sebelum ditegangkan

Pintu pagar
Pintu pagar ialah mengawal ternakan keluar masuk kedalam satu-satu kawasan.Pintu pagar yang baik adalah yang kukuh dan mudah dibuka serta ditutup kembali.Luas pintu pagar adalah tertakluk kepada jenis ternakan, bilangan dan penggunaannya, supaya memudahan pelbagai jenis traktor atau jentera keluar masuk didalam sesuatu kawasan ragut

Mengikat Dawai pada tiang sokongan
Kekukuhan ketengan dawai pagar bergantung kepada cara yang sempurna mengikat dawai tersebut pada tiang sokong dengan menggunakan kuku kambing. Ikatan bagi dawai biasa dan dawai berduri ada bezanya.Bagi dawai duri biasanya dawai tersebut ditarik tegangan dengan kuku kambing dan ketegangannya hendaklah seimbang dengan dawai yang ditegangkan oleh penegang dawai dan kemudian dipakukan kepada tiang pagar tersebut serta dililit pada tiang sokongan dan dimatikan pada dawainya.

Cara Memasang Dawai Pada Tiang Pagar
-Menggunakan paku
-Menggunakan Stapel
-Mengikat Dawai pada tiang
-Pemasangan Dawai melalui lubang tiang pagar

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Sunday, March 18, 2012

SISTEM PENGGUNAAN PASTURA



FAKTOR PERTIMBANGAN PENGURUSAN DAN PENGGUNAAN PASTURA / FODER
Pengurusan dan penggunaan pastura/foder boleh dicapai dengan pertimbangan faktur berikut:
-Hasil pengeluaran
-Kualiti
-Ketahanan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

SISTEM PENGGUNAAN PASTURA

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Bagi menghasilkan penggunaan yang optimum pertimbangan ketiga-tiga faktor di atas mesti di ambil kira
-Kualiti dan kuantiti pastura/foder bergantung kepada jarak pemotongan / tempoh pertumbuhan semula
-Foder tidak sepatutnya dipotong pada umur terlalu tua dan terlalu muda
-Pada umur muda , hasil akan berkurangan
-Pada umur terlalu tua (berbunga) kualiti khasiat protein terkandung akan jatuh.

KAEDAH PENGGUNAAN PASTURA/FODER
Pastura / foder digunakan dengan 2 cara:
1.Ragutan
2.Potong angkut (Foder)

SISTEM RAGUTAN
-Sistem traditional
-Ternakan diberi kebebasan untuk meragut
-Memerlukan kawasan yang luas
-Faktur ekonomi ( untung/rugi) perlu diambil kira

JENIS SISTEM RAGUTAN
1. Sistem ragutan pusingan sehari
i)Perlu banyak pedok
ii) Sesuai bagi lembu tenusu
2. Sistem ragutan dengan 2 kumpulan (Leader & Follower)
Hari pertama lembu tenusu di ikuti lembu daging (kering) pada hari kedua
3.Sistem ragutan pusingan seminggu/ 2minggu
-Saiz gerompok mestilah sesuai bagi mengelak pijakan melampau
-Sesuai bagi lembu kering, kembiri, heifer, anak dan pedaging
4.Sistem ragutan berterusan diubahsuai
-Saiz pedok yang lebih besar 20-40 ekar
-Ternakan dipindah kepedok simpanan 3-4 kali setahun - Pembajaan, pengawalan rumpai dsb
-Tidak sesuai bagi kawalan parasit
-Sesuai untuk lembu pedaging
5.Sistem ragutan berterusan
-Sesuai di amalkan bagi kawasan luas
-Kadar muatan ternakan mesti sesuai
-Tenaga buruh dapat dijimatkan
-Ternakan lebih cenderung kepada ragutan pemilihan
-Pedok simpanan masih diperlukan
KADAR MUATAN TERNAKAN (STOCKING RATE)
Definasi
Bilangan unit ternakan di muatkan didalam satu hektar untuk jangkamasa setahun

MANIPULASI KADAR MUATAN TERNAKAN
Cara berkesan untuk meningkatkan produktiviti kawasan pastura dari segi peningkatan berat badan dan pengeluaran susu ialah dengan mengubahsuai stocking rate dari semasa kesemasa
Kenaikan berat badan seekor ternakan menurun apabila stocking rate meningkat, tetapi kenaikan bagi seunit kawasan meningkat keparas optima dan menurun.



PENGIRAAN KELUASAN PEDOK DAN BILANGAN TERNAKAN
Bilangan ternakan yang boleh ditampung dalam satu kawasan dan tempoh tertentu bergantung kepada jenis rumput dan ternakan
Setiap jenis rumput mampu mengeluarkan hasil yang berbeza.



Bagaimana hendak menentukan bilangan ternakan dan bilangan hari meragut jika keluasan pedok tidak sama?
Biasanya pedok ragutan yang sedia ada tidak mempunyai saiz yang sama. Bagi melaksanakan satu sistem ragutan pusingan, satu jadual ragutan yang ketat (grazing calendar) perlu dibuat dengan mengambil kira hasil pastura pada setiap musim

JADUAL RAGUTAN
Jadual ragutan ialah satu jadual penggunaan pedok ragutan yang dirancang bagi semua kumpulan ternakan.




SISTEM PEMOTONGAN
-Sistem pemotongan (Cut and Carry )
-Rumput yang sesuai bagi sistem ini ialah
1.Rumput gajah
2.Rumput kuda
3.Setaria

-Ada juga pihak tertentu menggunakan rumput lain seperti rumput signal dan humidicola
-Sepertimana sistem ragutan, sistem pemotongan juga memerlukan satu jadual yang teratur.
-Jadual perlu bagi menentukan foder dipotong pada tahap umur tertentu bagi menjamin kualiti yang baik
-Pada amnya umur pemotongan bagi rumput foder adalah seperti dibawah:
*Rumput gajah 35-45 hari
*Rumput kuda 28-30 hari
-Oleh kerana pedok foder tidak dimasuki oleh ternakan, pembajaan bagi pedok ini dibuat dengan lengkap iaitu pembajaan NPK
-Foder dipotong dengan mesin dan dibekalkan kepada ternakan dikandang
-Selalunya ternakan tidak memakan habis foder yang dibekalkan. Sisa foder ini boleh dibuat kompos untuk dibaja kembali kepada pedok foder








PENGURUSAN RAGUTAN
-Kawasan untuk binaan bangunan (kandang dan lain-lain) dan kawasan ragutan mesti ditentukan
-Aktiviti meracun (blanket) mesti dihentikan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum dimasuki ternakan
Pengurusan Ragutan
-Pengawalan rumpai (spot sraying) mesti dilakukan ke atas rumpai yang tidak dimakan seperti pokok kapal terbang, senduduk, senduduk bulu dsb sebaik sahaja lembu dikeluarkan dari pedok tersebut
Pengurusan ragutan
Ragutan melampau hendaklah dielakan. Ia mengakibatkan:
!- Pertumbuhan semula yang kurang
!- Hakisan tanah - kekurangan hasil buah

Makanan tambahan dan minuman
-Garam jilat (Mineral salt) dan air minum hendaklah sentiasa disediakan.
-Pemagaran pedok hendaklah mengambilkira kawasan berair seperti lopak / anak sungai ATAU tangki air mesti disediakan.



Pengurusan spesis
Pengurusan ragutan yang sistematik akan mengekalkan spesis yang tertentu dan bermenafaat untuk ternakan.
Kombinasi Asystasia (60%) dan Paspalum (30%) adalah sesuai bagi ternakan.
Bila ternakan dipindahkan kekawasan lain. Foraj yang tidak dimakan (Rumpai) hendaklah diracun.
Kerja pengawalan rumpai hendaklah dibuat berterusan ( 5 hingga 6 pusingan) boleh menghapuskan rumpai.

Merumpai
-Hakikatnya kos merumpai dapat dijimatkan antara 17 - 25% (getah/Bebiri)
-Tumbuhan yang perlu dikawal (racun) ialah:
*Pokok kapal terbang
*Senduduk
*Senduduk bulu
*Pokok tahi ayam
*Pakis (Dicranopteris linearis)
*Lalang dan lain-lain
- Mikania micranta
- Sejenis rumpai bahaya tetapi sesuai untuk makanan ternakan
- Perlu dikawal bila melilit anak pokok

Racun kimia
Tumbuhan yang tidak dimakan biasanya dari spesis daun lebar
Racun khusus bagi daun lebar sepatutnya digunakan:
-Ally 20 DF + Ken Up
-Metsulfuryl-methyl
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment