Monday, January 23, 2012

Pemeriksaan Suhu Rectal, Kadar Pernafasan dan Nadi Haiwan


Untuk melihat tahap kesihatan haiwan boleh dilakukan melalui pengamatan perangai haiwan tersebut, baik tingkah laku mahupun pemeriksaan secara dekat. Perubahan-perubahan fungsi dan struktur tubuh abnormal yang mungkin tanda awalnya dipengaruhi oleh penyakit ringan, maka pemeriksaan selanjutnya haruslah dilakukan ini termasuklah diagnosa, prognosa, etiologi, penyebab peyakit, terapi dan perawatan haiwan sakit
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ Pemeriksaan Suhu Rectal, Kadar Pernafasan dan Nadi Haiwan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


· Pemeriksaan temperature
Pemeriksaan suhu badan (Temperature) dengan mengunakan alat Thermometer di licinkan menggunakan vasline dimasukan melalui anus ke dalam rectum sekitar dua per tiga bagian dari panjang thermometer, dibiarkan selama 1 minit.

Suhu Rectal

Spesis

Dewasa

Anak

°C

°C

Lembu

37.5-39.5

38.5-40.5

Kuda

37.5-38.0

37.5-38.5

Bebiri

38.5-40.5

30.5-40.5

Kambing

38.5-40.5

38.5-41.0

Babi

38.0-40.0

39.0-40.5

Kerbau

37.5-39.0

Anjing

37.5-39.0

Kucing

38.0-39.5

Arnab

38.5-39.5




· Pemeriksaan respirasi
Pemeriksaan respirasi normal perminit dengan memerhatikan cepat atau lambatnya pernafasan, ketidak teraturan atau iramanya, dangkal atau dalamnya, ringan atau berat, berisik atau tenang. Hendaklah meletakkan tapak tangan atau hujung jari di atas nostril dan merasakan pergerakan udara atau dengan memperhatikan pergerakan tulang rusuk atau nostril.

Kadar pernafasan

Spesis

Dewasa

Anak

Per minit

Per minit

Lembu

12-16

27-50

Kuda

9-10

14-15

Bebiri

9-15

15-18

Kambing

9-15

12-20

Babi

10-20

-

Anjing

14-16

20-22

Kucing

20-30

-

Arnab

50-60

-



· Pemeriksaan denyut jantung (pulsus) dan nadi
Pemeriksaan kadar denyutan jantung adalah dengan meletakkan tapak tangan dan meraba dada di belakang hujung dari elbow dekat kaki depan kiri di posisikan kira-kira satu per tiga di depan kaki kanan pastu buat kiraan denyutan jantung.. kemudian tekan hujung jari periksa nadi samaada di pangkal leher atau pada femoral artery berdenyut nadi dan buat kiraan

Kadar nadi

Spesis

Dewasa

Anak

Per minit

Per minit

Lembu

40-60

91-108

Kuda

28-40

40-120

Bebiri

70-81

85-115

Kambing

70-80

80-120

Babi

63-92

112-138

Anjing

60-80

110-120

Kucing

100-120

130-140

Arnab

120-150




· Pemeriksaan nostril
Nostril hendaklah, bersih dan kering serta bebas dari discharge. Udara yang keluar maupun yang masuk dapat mengalir dengan bebas dan tidak terdapat bau yang tidak menyenangkan.



· Pemeriksaan mulut
Bibir hendaklah bersih dan kering, tidak terdapat gejala salivasi yang berlebihan (berbuih), nanah, darah dan bau yang tidak menyenangkan,periksa lidah, gusi kalau ianya pucat lesi atau tidak dan keadaan gigi haiwan tersebut..



· Pemeriksaan Mata
Mata haiwan normal hendaklah jernih, bersinar serta terbuka tanpa ada kemerahan pada bola mata atau sclera ( selaput putih pada mata), lembab danconjunctiva berwarna pink berkilat. Pemeriksaan mata dapat dilakukan dengan memberikan suasana gelap kemudian dengan menggunakan bantuan lampu suluh disorotkan kearah mata dengan tujuan menilai reflek pupil mata untuk melihat respon mata haiwan dimana pupil berkontraksi. perhatikan kesimetrisan antara kedua bola mata. Cuba lihat samaada penonjolan membrana nictitans yang disebabkan oleh adanya infeksi tetanus; pucatnya membran mukosa conjunctiva yang menunjukan gejala ananemia, toxemia, atau jaundice; dan kalau berlaku kecekungan kondisi mata tanpa kelembaban dan cahaya mata yang normal, mungkin haiwan tersebut dehidrasi atau sebab-sebab lain..



· Pemeriksaan telinga
Pemeriksaan Telinga yang baik hendaklah berdiri tegak dalam keadaan waspada tetapi tidak kaku, kondisi telinga yang turun, jatuh kemungkinan menandakan adanya kerosakan tendon telinga. Semasa pemeriksaan lihat tanda-tanda reaksi sakit, bergerak dengan fleksibel. Lihat samaada gejala-gejala seperti hematoma dan luka goresan mungkin terdapat parasit pada bahagian dalam telinga yang menyebabkan kegatalan.



· Pemeriksaan kulit
Pemeriksaan kulit boleh menentukan kesihatan haiwan secara menyeluruh, Bulu –bulu tidak serabut atau kusut, keadaan kulit harus kering, halus dan mengkilap, serta bebas dari eksternal parasit.
· Pemeriksaan tinja
Cuba lihat tinja yang dikeluarkan , buat analisa kemungkinan penyakit dari warna, konsistensi, volume, bau dan cirit berair berwarna hijau atau berwarna kehitaman, keras dan sulit keluar ( sembelit)



· Pemeriksaan urin
Gejala-gejala abnormal dari urin (air kencing) cuba buat analisa kemungkinan penyakit jika tidak keluar urin dalam waktu 24 jam (anuria), jumlah pengeluaran urin yang berlebihan (polyuria), urin bewarna coklat kemerahan (haematuria) atau berwarna merah darah. Jika curiga terhadap adanya kelainan, ambil sampel urin dalam tabung dan tempatkan di refrigerator untuk pemeriksaan lab. ( makmal )

· Pemeriksaan parasit
Antara tanda-tanda ada masalah tentang parasit seperti bulu rambut kasar, penurunan berat badan, anemia, kelesuan, cirit birit dan tanda-tanda stress pada haiwan, Pada tahap larva parasit terdapat bintik-bintik darah pada anterior arteri dan terdapat thrombus (bekuan darah) akan terbentuk.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Asas Perubatan Veterinar


MUKADDIMAH
- Kamus Dewan ; Veterinar – berkenaan dengan rawatan penyakit atau kecederaan pada haiwan.
- Veterinary - sains veterinar – satu ilmu yang berkaitan dengan praktis pencegahan, penyembuhan atau perawatan penyakit dan kecederaan haiwan khususnya haiwan belaan.
- Dalam bahasa pasar , ahli veterinar dipanggil doktor haiwan.
- Dalam maslahat manusia, veterinar bukan sahaja merawat haiwan, tetapi juga memastikan pemeriksaan terhadap sumber haiwan untuk makanan.
- Hukum mempelajarinya – fardu kifayah. Umat Islam dituntut mengadakan ahli veterinar muslim yang beriman untuk memastikan kemaslahatan ummah terjaga
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Asas Perubatan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬



Sifat-sifat ternakan sihat
1.Berdiri tenang, cergas, tegap berjalan
2.berdiri atau berjalan: kepala tegak
3.muncung sejuk dan lembab
4.mengerak-gerakkan ekor dan telinganya
5.mata cergas, bersinar, tidak berair
6.najis lembut
7.tidak ketinggalan atau mengasingkan diri
8.selera makan baik
9.Suhu badan normal
10.Pernafasan normal
_______________________________



Sifat-sifat tidak sihat
1.Lemah tidak bermaya
2.Selera makan kurang atau menolak terus
3.muncung kering
4.mata kelihatan tidak bermaya, berair, merah
5.Jalan dengan kepala tunduk, lemah dan perlahan
6.malas atau enggan bergerak walau dipaksa
7.bulu kasar tidak tersusun rapi
8.pengeluaran susu kurang
9.najis keras (sembelit) atau cerit beret
10.Suhu badan, pernafasan, denyutan nadi tinggi atau kurang dari biasa
_______________________________
Keadaan Penyakit
1.per acute- Keadaan penyakit yang berlaku dengan cepat sekali dalam masa beberapa jam saja contohnya kes keracunan, gigitan ular, antrax
2.Acute –keadaan penyakit yang cepat berlaku dan boleh sembuh atau mati selang beberapa hari saja
3.Chronic- Keadaan penyakit lama berterusan secara perlahan-lahan berbulan-bulan hingga ketahun Contoh johns, turbeculosis
4.Sub acute- keadaan penyakit agak lama boleh dikawal atau dirawat supaya sembuh
_______________________________

Terminologi & difinisi

Anemia

Kurang darah atau sel darah merah

anorexia

Kurang selera makan

Anuria

Berhenti kencing

Ataxia

Hiang fungsi

Bacteremia

Kehadiran bacteria dalam darah

CHF

Kegagalan fungsi jantung

Constipation

Sembelit/ susah berak

Diarrhoe

Berak cair/ ceret beret

Dysentry

Berak bercampur darah

Dyspnea

Kesusahan bernafas

Edema

Bengkak berair

Haematuria

kehadiran sel-sel darah merah dalam air kencing

Haemogglobinuria

Pigmen hemoglobin dlm air kencing

Hematoma

Bengkak berdarah

Hyperthermia

Suhubadan tinggi dari normal

Hypothermia

Suhu badan rendah dari normal

Jaundice

Kekuningan, kehadiran bilirubin hasil bile hempedu dalam darah

Leukamia

Pertambahan sel-sel darah putih dan merosakkan sel-sel darah merah

Metritis

Radang pada uterus (rahim)

Pica

Kelaparan yang amat kuat

Pneumonia

Radang paru-paru

Pneumonia

Radangan paru paru

Polyphagia

Selera mkan bertambah

polyuria

Kerap buang air kencing

Pyometra

Radang pada mucosa rahim

Hydrophobia

takut air

Paralyse

Lumpuh

Pyrexia

Kenaikan suhu badan disebabkan jangkitan

Pyrexia

Demam

Rhinitis

Radang hidung

Toxaemia

Kehadiran toxin dihasilkan oleh bacteria atau sel-sel badan dalam edaran darah

Viremia

Kehadiran virus dalam darah


Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Saturday, December 10, 2011

Pemasangan Ladam Kuda


PENGURUSAN KAKI KUDA
PENDAHULUAN
Kuku adalah bahagian yang paling sensitif
Banyak kerugian dari segi kewangan
Penyakit yang sering terjadi
“KUKU SIHAT KUDA CEMERLANG”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pemasangan Ladam Kuda
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Fungsi pemasangan ladam pada kaki kuda adalah untuk melindungi kuku kuda daripada tercedera . Tanah bercampur kerikil berbanding hutan berumput menyebabkan kuda cepat tempang dan mudah cedera. Lebih-lebih lagi bagi kuda yang digunakan untuk perlumbaan, endurance (kuda lasak) dan equestrian, keperluan memasang ladam sememangnya amat diperlukan



Anatomi Kaki
Pengurusan kaki kuda bukanlah satu tugas yang mudah. Ia merupakan satu kebolehan yang hanya diperolehi setelah mendalami pengetahuan mengenai anatomi kaki kuda dan mempunyai pengetahuan pengurusan serta pengalaman yang luas dalam rawatan kaki.


Kes-kes yang selalu dirawati
Thrush
Seedy Toe
Sand Cracks
Cara mengatasi
Pemeriksaan harian terhadap kaki
Amalan Pengurusan ladang yang betul
Trim kuku dan pasang ladam

KEPENTINGAN LADAM
melindungi kaki kuda
mengelakkan keretakan
meningkatkan cengkaman
membetulkan konformasi
menyelesaikan masalah seperti
brushing & over- reaching

LANGKAH- LANGKAH PEMASANGAN LADAM
Menanggalkan ladam
Membersih & menyediakan kuku
Menganggarkan saiz kuku
Membentuk kuku
Menganggarkan ketebalan dinding
Mengukur saiz ladam
Memaku ladam
Mengemaskini paku pada ladam
_______________________________
Alat- alat Untuk Pemasangan Ladam
a. Clinch Cutter
b. Driving Hammer
c. Pull- off
d. Hoof Knife

e. Nipper
f. Rasp

g. Forging Hammer
h. Anvil
i. Nail Puller
j. Nails

_______________________________
Menanggalkan Ladam


_______________________________
Membersih & Menyediakan Kuku


_______________________________
Menganggarkan Saiz Kuku


_______________________________
Membentuk Kuku


_______________________________
Menganggarkan Ketebalan Dinding


_______________________________
Mengukur Saiz Ladam




_______________________________
Memaku Ladam


_______________________________
Mengemaskini Paku Pada Ladam

Memasang ladam besi pada kuda sememangnya menuntut kesabaran dan skil yang bukan sedikit. Proses pertama menanggalkan ladam sedia ada dengan mencabut beberapa paku. Selepas itu tapak kaki kuda dikikis menggunakan alat khas (umpama pemahat) bagi membuang.. kulit-kulit rosak yang menjejaskan kuku kuda.
Cuma agak terkilan Malaysia Tidak ada sekolah boleh mengajar skil meladam kuda. Kemahiran ini diperoleh menerusi pengalaman dan keinginan untuk belajar daripada orang lain.
Kalau di sesetengah negara seperti Australia.. Kat sana ada tempat melatih skil meladam kuda.. Juru ladam kuda mempunyai gred tertentu dan mendapat pentauliahan daripada Australia. Melepasi gred tiga, juru ladam layak digelar master farrier dan diberi kepercayaan untuk melatih juru ladam-juru ladam baru.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks