Saturday, November 26, 2011

Baka Anjing Terlarang ( Banned Dogs)


Istilah Anjing Terlarang merujuk kepada anjing yang nalurinya semulajadinya untuk membunuh . Anjing yang dikuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada orang awam walaupun dipelihara dengan baik berdasarkan faktor keturunan dan genetik. Isu-isu anjing yang tidak terkawal perilakunya terjadi apabila anjing tersebut tidak menurut perintah dan arahan dan juga boleh menyebabkan kecederaan yang dahsyat kepada mangsa. Maka Baka Anjing Terlarang ( Banned Dogs) dilarang sama sekali di bawa masuk ke Negara Malaysia..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Baka Anjing Terlarang Dibawa Masuk
( Banned Dogs)

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Akita / Akita Inu, Japanese Akita
Negara asal: Jepun
Ketinggian: 60-71cm
Berat: 34-50kg
Perilaku: Aktif, Berdikari

Akita mempunyai telinga yang tegak dan ekor yang melengkung kearah badan menandakan baka ini berasal daripada stok spitz. Kepalanya besar dan lebar mempamirkan ekspresi seperti beruang. Baka Akita dikatakan berasal dari wilayah Akita, dikepulauan Honshu. Baka ini dahulunya digunakan secara berpasangan untuk tujuan berburu. Baka ini kebanyakannya dijumpai di negara Jepun dan merupakan sejenis baka yang garang dan menyerang manusia jika diganggu. Akita secara rasminya sebagai sebahagian warisan kebangsaan Jepun pada tahun 1931


American Bulldog / Old Country Bulldog
Negara asal: Amerika Syarikat
Ketinggian: 48-71cm
Berat: 30-58kg
Perilaku: Aktif, gagah

American Bulldog dikatakan hampir serupa dengan bentuk lama British Bulldog pada abad ke 16. Asalnya digunakan sebagai umpan dalam laga lembu. Kepalanya besar serta leher dan bahunya tegap dan kuat. Asal stok baka asli ini dibawa masuk dari Britain dan dibawa masuk ke Anerika Syarikat dan ianya menjadi terkenal sebagai anjing pemburu dan ladang ( field dog). Baka ini merupakan anjing kerja yang mempunyai variasi yang luas dari segi ketinggian dan berat badan berbanding dengan baka yang sama di Britain yang digunakan sebagai anjing kesayangan dan baka untuk pertunjukan.


American Pit Bull Terrier
Negara asal: Amerika Syarikat
etinggian: 46-56cm
Berat: 23-36kg
Perilaku: Berani

American Pit Bull Terrier adalah baka yang sangat ditakuti didunia pada masa ini. Mempunyai kepala yang lebar, rahang yang sangat kuat dan otot yang tebal pada bahagian leher dan badan. Baka ini dibiakkan khusus untuk pertarungan anjing dan masih digunakan bagi tujuan ini sehingga ke hari ini secara tidak sah. Baka ini terhasil daripada kacukan Staffordshire Bull Terriers dengan Bulldog. Di UK pemilikan hanya untuk anjing didaftar dan dimandulkan sahaja.


Canary Dog/ Perro de Presa Canario
Negara asal: Kepulauan Canary
Ketinggian: 55-65cm
Berat: 38-48kg
Perilaku: Berani

Canary Dog mempunyai persamaan yang sangat kuat seperti Perro de Presa Mallorquin. Bentuk badanya tegap dan mempunyai bentuk kepala segi empat seperti anjing baka mastiff. Fawn atau brindle adalah warna bulu yang biasa walaupun tanda-tanda putih boleh kelihatan dan bulunya adalah pendek serta kasar pada kesuluruhan badan. Baka ini berasal daripada kacukan diantara Baedino Majero yang telah pupus dengan Mastiff dan mula diperkenalkan di Canaries pada tahun 1800 an. Dihasilkan khusus bagi pertarungan anjing. Baka ini hampir pupus pada tahun 1960 berikutan kepada larangan aktiviti pertarungan anjing namun kini bilangannya kini sudah bertambah.


Dogo Argentino / Argentinian Mastiff
Negara asal: Argentina
Ketinggian: 61- 69cm
Berat: 36-45 kg
Perilaku: Gagah, Berani

Dogo Argentino ialah anjing yang kuat dan berwarna putih yang merupakan satu diantara beberapa baka yang dihasilkan di Amerika Selatan. Mempunyai kepala berbentuk segi empat yang menandakan keturunan asalnya daripada Mastiff dan dikenali kerana ganas, tidak gentar secara semula jadi dan kebiasaanya digunakan untuk memburu. Meskipun begitu, anjing ini boleh dipercayai dan sangat setia. Baka ini berasal daripada Old Fighting Dog yang mana asalnya adalah dari Sepanyol. Anjing ini diharamkan di pelihara di Great Britain berikutan kepada kebimbangan terhadap sifat nalurinya.


Fila Brasileiro / Brazillian Mastiff
Negara asal: Brazil
Ketinggian: 61-76 cm
Berat:41-50kg
Perilaku: Gagah, agresif

Fila Brasileiro adalah hasil daripada kombinasi stok mastiff yang kuat dengan Bloodhound, memperlihatkan lipatan kulit yang jelas diatas kepalanya yang luas sehingga ke bahagian leher. Pertalian yang rapat dengan Bloodhound dapat di lihat melalui deria baunya yang sangat tajam dan muncung yang panjang. Pertama kali dibiak untuk sifatnya yang ganas bertujuan untuk mengurangkan populasi kucing liar dan mengawal pergerakkan lembu di ladang. Anjing agresif yang digeruni ini turut digunakan untuk menjejaki hamba abdi yang terlepas pada masa dahulu.


Kai Dog / Tora Dog
Negara asal: Jepun
Ketinggian: 46-58cm
Berat: 16-18kg
Perilaku: berdikari

Kai Dog yang tegap dan mantap di hasilkan dengan baik dimana kakinya yang kuat menjadikannya sesuai bagi tujuan memburu di kawasan yang berbukit bukau di Jepun dan mempunyai warna brindle. Baka yang berwarna merah dikenali sebagai Aka Tora, medium bernama Chu Tora dan hitam pula ialah Kuro Tora. Nama baka ini berasal dari bahagian tengah Jepun yang dikenali sebagai Yamanashi. Anak anjing Kai Dog kebiasaannya dilahirkan berbulu hitam. Warna sebenar akan hanya menyerlah apabila ianya besar dan matang.


Owtcharka
Negara asal: Jerman
Ketinggian: 74-88cm
Berat:46-82 kg
Perilaku: Berani sentiasa berjaga-jaga

Owtcharka terdiri daripada dua jenis mengikut kawasan iaitu pergunungan atau dataran. Anjing jenis dataran mempunyai bulu yang lebih pendek dan tinggi manakala jenis pergunungan adalah lebih panjang bulunya dan lebih berotot.


Perro de Pastor Mallorquin / Ca de Bestiar
Negara asal: Kepulauan Balearic
Ketinggian: 48-56cm
Berat: 20.5-27kg
Perilaku: Agresif, berani

Perro de Pastor Mallorquin mempunyai muncung tirus yang memberikannya identiti tersendiri. Ekornya panjang dan tirus di penghujungnya dan mempunyai dua jenis bulu iaitu sama ada berbulu panjang atau pendek. baka ini berasal dari kepulauan Balearic dipersisiran pantai Sepanyol dan digunakan sebagai haiwan pelbagai guna. Anjing ini dibiakkan sebab ianya tahan pada kepanasan di Meditterranean dan boleh bertindak garang serta agresif


Russo- European Laika / Karelian Bear Laika
Negara asal: Russia dan Finland
Ketinggian: 53-61cm
Berat: 20.5-23kg
Perilaku: Berdikari , berani

Russo- European Laika merupakan anjing yang dikenali melalui warna bulunya yang putih dan hitam dan telinganya yang terpacak. Ekornya bergulung tetapi baka ini kebanyakannya dilahirkan tanpa ekor. Baka ini dievolusikan berhampiran dengan sempadan yang dikongsi bersama Russia dan Finland. Dikenali sebagai anjing pemburu serigala, kacukan dengan Utchak Sheepdog iaitu anjing yang garang membuka nalurinya yang luas bagi tujuan pemburuan beruang. Anjing ini tidak boleh dipelihara sebagai anjing yang tinggal serumah atau haiwan kesayangan.


Tibetan Mastiff
Negara asal: Tibet
Ketinggian: 61-71cm
Berat: 64-82kg
Perilaku: Berani, setia

Tibetan Mastiff mempunyai Saiz yang mengagumkan dan adalah anjing pengawal yang baik, responsive kepada latihan dan lazimnya terbukti baik terhadap kanak-kanak. Ekornya terletak tinggi dan bergulung kearah sisi dan adalah lumrah untuk dipakaikan dengan kolar sebagai tanda statusnya di tibet. Ada kemungkinan bahawa baka European Mastiff pada hari ini berasal daripada Tibetan Mastiff.


Tosa Inu / Tosa Fighting Dog
Negara asal: Jepun
Ketinggian: 62-65 cm
Berat: 90kg
Perilaku: Berani

Tosa Inu mempunyai susuk badan dan otot yang tegap dan kuat serta rahang dan gigi yang sangat kukuh, menjadikannya sebagai baka anjing yang sukar ditandingi dalam sebarang pertarungan. Anjing agresif ini telah diharamkan ( terlarang) di United Kingdom tetapi masih dipelihara di Amerka Syarikat.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Baka-baka Anjing Terhad ( Restricted Dog)


Anjing yang kebiasaannya dilatih untuk menjalankan tugas-tugas tertentu seperti anjing tentera, Polis, Kastam atau Pengawal. Haiwan ini bertindak berdasarkan arahan tertentu. Segelintir dari baka ini tidak dilatih tetapi sifat semulajadi menurut kata serta setia kepada arahan pemilik. Justeru itu anjing tersebut tergolong dalam kategori ini dimana anjing-anjing ini tidak dipelihara sebagai haiwan kesayangan tetapi untuk mengawal harta persendirian atau individu dan juga anjing tugasan ( working dog )

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Baka-baka Anjing Terhad ( Restricted Dog)

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬



Alaskan Malamute
Negara asal : Amerika Syarikat
Ketinggian: 58-71 cm
Berat: 39-57kg
Perilaku: Aktif, bersemangat

Alaskan Malamute suatu baka yang staminanya tinggi untuk kelajuan seperti kebanyakan baka anjing yang lain.. Bulunya tebal mebolehkan memberi perlindungan dirinya . Warna bulu berbeza -beza iaitu kelabu terang , agak hitam gelap, warna keemasan dan seakan warna merah hati. baka ini dinamakan sempena puak Mahemut ( orang Inuit) yang tinggal di kawasan barat laut Alaska. Mereka hidup secara berpindah randah dan anjing ini digunakan untuk menarik serta mengangkat barangan milik mereka dari satu tempat ke tempat lain.Berdasarkan kepada saiz dan kekuatan yang dimilikinya.Baka ini mengekalkan sifat semula jadi yang agrasif apa bila bersama anjing lain. Tetapi manja dan penyayang terhadap manusia yang menjaganya..



American Staffordshire Terrier
Negara asal : Amerika Syarikat
Ketinggian: 43-48 cm
Berat: 18-23kg
Perilaku: Bijak

American Staffordshire Terrier kelihatan seperti Stafford Bull Terrier iaitu asal usul keturunanya tetapi ianya lebih tinggi, berat dan besar. Anjing ini sangat kuat tetapi tidak merbahaya kepada manusia. American Kennel Club telah mengiktiraf baka ini sebagai baka yang lain/ terpisah pada tahun 1936



Dogue de Bordeaux / French Mastiff
Negara asal: Perancis
Ketinggian: 58-69cm
Berat: 36-45kg
Perilaku: Berani

Dahulu kala berasal dari Stok Mastiff, Dogue de Bordeaux merupakan baka yang sangat kuat, mempunyai struktur muka dan kepala yang melengkung. Kepalanya mungkin sebagai terbesar dalam golongan canine.. Pembiakbakaan secara teliti telah menstabilkan baka anjing ini. Sebuah program pembiakbakaan khas telah diwujudkan pada tahun 1960an



Estrela Mountain Dog / Coa da Serra da Estrela
Negara asal: Portugal
Ketinggian: 62-72 cm
Berat: 30-50kg
Perilaku: Setia, aktif

Dua jenis bulu khusus dikaitkan dengan Estrela Mountain Dog. Bulu yang lebih panjang dan lebat berbanding dengan bulu yang sama tetapi lebih halus. Saiz yang besar dan salakan yang kuat boleh menjadikan anjing ini sebagai lawan yang hebat tetapi lazimnya merupakan anjing yang mesra. Baka ini dinamakan sempena wilayah Estrela yang terletak di Protugal tengah.. Baka ini digunakan sebagai penjaga ternakan haiwan. Merupakan anjing yang tidak mempamirkan
nalurinya. Sepertimana baka lain anjing ini perlu menjalani latihan padu..



German Shepherd Dog/ Deutsher Scaferhund, Alsatian
Negara asal: Jerman
Ketinggian: 57-62cm
Berat: 34-43kg
Perilaku : Bijak

Ciri fizikal badan yang agak memanjang dan susuk tubuh yang tegap, German Shepherd Dog adalah baka yang paling popular di dunia. Banyak digunakan dalam pelbagai situasi seperti operasi mencari, menyelamat dan membimbing orang buta. Baka German Shepherd Dog pertama kali di pamerkan di sebuah pertunjukan di Hanover, Jerman pada tahun 1882.



Groenendael / Chien de Berger Belge
Negara asal: Belgium
Ketinggian: 56-66cm
Berat: 28 kg
Perilaku: Patuh, Setia

Berbulu hitam merupakan ciri mudah untuk membezakan Groenendael dengan 3 baka yang lain ianya diklasfikasikan dibawah anjing Belgian Shepherd. Anjing ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama tetapi berlainan dari segi warna dan bulu panjang. Di Amerika Syarikat Groenendael merupakan satu-satunya baka yang dianggap sebagai Belgian Shepherd, Tuervuren dan Mallinois sebagai baka yang berbeza di bawah nama masing-masing.



Malinois
Negara asal: Belgium
Ketinggian: 56-66cm
Berat: 28kg
Perilaku: Patuh, Setia

Malinois merupakan satu-satunya anjing belgian shepherd yang berbulu pendek. Baka ini dikatakan baka tertua yang berasal dari kawasan sekitar Malines di Belgium. Baka ini memperoleh warna dewasa sepenuhnya apa bila mencapai umur 18 bulan.



Miniature Bull Terrier
Negara asal: Great Britain
Ketinggian: 25- 35 cm
Berat: 11-15 kg
Perilaku: Berani

Miniature Bull Terrier ialah versi baka yang terkecil dalam keluarga Bull Terrier. Kepalanya hampir rata pada bahagian atas dan melengkung ke bawah hingga ke bahagian muncung. Baka ini banyak digunakan pada era 1800an.
Miniature Bull Terrier mesra ketika bersama manusia , namun sebaliknya apabila berada di dalam kelompok anjing lain.



Neapolitan Mastiff / Mastino Napoletano
Negara asal: Itali
Ketinggian: 65-75cm
Berat: 50-68 kg
Perilaku: Pelindung, Sentiasa berjaga-jaga

Neapolitan Mastiff mempunyai pergerakan yang perlahan, berat, gaya berjalan seakan-akan beruang, kepalanya juga sangat besar. dari bahagian kepala kulit yang berlipat-lipat ( dewlaps) di bahgian leher yang kelihatan multi-chinned dan dagu berlapis. Walaupun mempunyai perilaku agresif dalam pertarungan anjing, baka ini sebenarnya tenang dan mesra terutama pada orang yang dikenalinya. Keturunan baka ini mungkin berasal dari baka Molossus semasa pemerintahan Roman. Kekuatan yang hebat digunakan untuk petempuran dan ada juga digunakan sebagai anjing pengawal .



Rafeiro do Alentejo / Portuguese Watchdog
Negara asal: Portugal
Ketingian : 76cm
Berat: 43-50kg
Perilaku: Sentiasa berjaga-jaga, berdikari

Rafeiro do Alentejo mempunyai badan seperti St. Bernard tetapi kepala seperti beruang. Merupakan baka terbesar bagi baka-baka Portuguese dan anjing yang mengerunkan. Baka ini berasal dari wilayah Alenejo bahagian selatan Portugal. Spanish Mastiff mungkin menyumbang kepada keturunan baka ini, begitu juga dengan Estrela Mountain Dog. Anjing ini mempunyai sifat agrasif semula jadi dan sifat berdikari yang jelas.



Rottweiler
Negara asal: Jerman
Ketinggian: 58-69cm
Berat: 41-50 kg
Perilaku: Pelindung

Mempunyai kekuatan dan otot yang kuat dan baka ini tenang, expresi yang berkeyakinan. Baka ini dibangunkan di Rottweil, Jerman digunakan sebagai penunjuk arah dan penjaga ternakan. Pada masa ini Rottweiler merupakan salah satu daripada lima baka paling popular di Amerika Syarikat. Baka ini mempunyai naluri yang kuat dan akan berkelakuan ganas apabila di ganggu.



Staffordshire Bull Terrier
Negara asal: Great Britain
Ketinggian: 36- 46cm
Berat: 11-17kg
Perilaku: Berani, mempunyai keingnan yang sangat tinggi

Baka Staffordshire Bull Terrier yang mempunyai bulu yang licin mengambarkan kekuatan dan ketangkasan yang dimilikinya. Warna bulunya mempunyai pelbagai jenis. Baka ini berasal dari Staffordshire, England dan keturunannya menunjukkan kacukan dengan baka Bulldog dan beberapa baka Terrier yang lain.. Walaupun dibiak asalnya untuk anjing pertarungan, namun ketaatan dan kesetiaan adalah terbukti.



Tervuren/ Belgian Tervuren, Chien de Berger Belge
Negara asal: Belgium
Ketinggian: 56-66cm
Berat: 28kg
Perilaku: Patuh, Setia

Tervuren tergolong dalam kumpulan anjing Belgian Shepherd yang serupa dengan Groenendael namun berbeza dari segi warna bulu. Bagi membezakan rupa, fokus lebih tertumpu kepada warna dimana warna bulu Tervuren adalah lebih gelap di hujung yang boleh dilihat daripada belakang, sisi badan dan bahu terutama pada jantan dewasa. Tervuren betina mempunyai bulu yang lebih pendek.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Sunday, October 30, 2011

Cara Post Mortem Ayam & Lain-Lain Burung


Pemeriksaan Post Mortem adalah pemeriksaan pada tubuh ayam yang baru saja mati atau dimatikan. Pemeriksaan ini dimaksudkan untuk mengetahui perubahan patologi anatomi tubuh ayam, mungkin akibat serangan suatu penyakit. Pemeriksaan post mortem dan hasil diagnosa mungkin menunjukkan kematian akibat wabak penyakit di seperti coccidiosis, nekrotik enteritis, infeksi bakteri, dan sebagainya.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Cara Post Mortem Ayam & Lain-Lain Burung

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Di bawah ini disenaraikan beberapa maklumat yang diperlukan sebelum post-mortem dilakukan
1)Umur dan jumlah ayam.
2)Gejala penyakit yang dihidapi ternakan sebelum mati
3)Berapa lama gejala-gejala tersebut telah terjadi? akut atau kronik.
4)Jika terjadi kematian, beberapa jumlah ayam yang mati.
5)Adakah penyakit telah menular kepada kelompok ayam yang lain? Jika menular, berapa waktu yang diperlukan untuk penularan tersebut?
6)Adakah ayam lain yang baru dipindahkan ke dalam peternakan ayam tersebut?
7)Bilangan ternakan yang bersentuhan (in contact)
8)Adakah sering terjadi sebelumnya? Jika ada, bila terjadinya?
9)Sejarah dan rekod aktiviti penternakan. vaksinasi dari seluruh kelompok ayam dalam satu peternakan.

Dalam Post Mortem ayam, keseluruhan ayam yang perlu dihantar ke makmal diagnosa , Sekurang-kurangnya 10 ekor ayam yang perlu dihantar ke makmal. Ayam-ayam yang dihantar dimasukkan dalam kategori
1)Ayam yang sihat
2)Ayam yang menunjukkan tanda-tanda sakit
3)Ayam yang di peringkat akhir penyakit atau mati.

Pemeriksaan keseluruhan
1)Keadaan fizikal ternakan diperhatikan
2)Periksa tanda-tanda sakit pada mata, mulut, balung, sayap, badan kaki dan juga pernafasan



Membuka Rongga Badan
1)Ayam diletakkan di bahagian belakang
2)Potong kulit antara kaki dan badan
3)Dislocate sendi coxo femoral
4)Buang bulu ayam dari mulut ke anus
5)Periksa otot dada dan kaki
6)Periksa Saraf Sciatic
7)Periksa Sternum dari anus dan melintang ke arah tulang rusuk
8)Potong otot dada dengan tulang rusuk, Coracoid dan Clavicle di kedua-dua belah
9)Periksa rongga dan organ-organ badan


Pemeriksaan Organ dari luar
- Periksa hati dan jantung
- Periksa ’air sac’ dalam thorak dan abdomen
- Periksa usus besar dan kecil


***
Perhatian: Jika ada terlihat salur darah dan pembekuan darah pada jantung berwarna hitam, Maksudnya ayam tersebut mati mengejut tanpa disembelih terlebih dahulu..

Organ-organ dikeluarkan
1)Keluarkan usus, sekum, Proventrikulus dan hempedal
2)Asingkan hati, hempedu serta jantung dan limpa
3)Keluarkan paru-paru berasingan
4)Keluarkan buah pinggang ( ginjal) berasingan




Perhatian: Periksa dan observe satu persatu kalau ada tanda-tanda haemorrhage

Pemeriksaan organ dari dalam
1)Potong dikawasan tepi paruh dan terus ke bahagian mulut, Trakea dan esophagus
2)Potong Larynx, Trakea dan brochi
3)Periksa Ovary dan oviduct
4)Periksa setiap persendian

Pemeriksaan Otak
1)Asingkan kepala di kawasan sendi atlanto-occipital dan asingkan mandible bawah
2)Keluarkan kulit bersama balung
3)Potong tengkorak dengan mengerat di kedua belah menggunakan pisau
4)Bahagian otak dikeluarkan dan diperiksa



Pengambilan contoh darah
Pengambilan contoh darah untuk pemeriksaan serologis. Pengambilan sample darah digunakan untuk mengenal pasti mycoplasmosis, Newcastle Disease, Infectious Bronchitis dan sebagainya).Pemeriksaan darah harus dilakukan segera setelah terjadi wabak dan kemudian diulang 2 minggu kemudian.

Dalam mengambil contoh serum darah, Tabung spuit (tempat contoh darah) perlu diisi darah setengah volumenya dan segera diletakkan pada satu sisi tabung spuit. Cara tersebut akan membentuk serum darah. Kemudian dihantar segera untuk didiagnosa di Makmal.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Friday, October 28, 2011

Cara membuat Post Mortem Ternakan



Pendekatan terhadap Post Mortem
Sebenarnya tujuan post mortem ialah untuk mengenalpasti punca kematian ternakan. Oleh yang demikian perlulah satu siasatan melalui bedah siasat (post-mortem) dilakukan ke atas karkas atau ternakan yang mati. Samaada ternakan tersebut dijangkiti penyakit yang menyebabkan kematian atau ada sebab lain kematian kerana tidak ada menunjukkan tanda sakit.

Pemeriksaan ke atas ternakan selepas mati melalui bedah siasat (post-mortem) ini bertujuan untuk menentukan:-
a)Penyebab kematian
b)Sejauh mana keadaan jangkitan yang dihidapi
c)Punca penyakit
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Cara membuat Post Mortem Ternakan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Di bawah ini disenaraikan beberapa maklumat yang diperlukan sebelum post-mortem dilakukan:-
1-Jenis ternakan, baka, umur dan jantina, bilangan semua ternakan
2-Keadaan khas seperti bunting, tempoh bunting, tempoh cerai susu, jangkawaktu dimasukkan ke kumpulan ternakan baru dan lain-lain.
3-Keadaan kawasan meragut atau kaedah pemakanan khas.
4-Keadaan cuaca seperti hujan, panas, kemarau atau banjir.
5-Bilangan ternakan yang telah mati dan jangka masa mula berlaku sehingga kematian terakhir.
6-Bilangan ternakan menunjukkan tanda penyakit.
7-Bilangan ternakan yang bersentuhan (in contact)
8-Gejala penyakit yang dihidapi ternakan sebelum mati.
9-Maklumat yang penting ini hendaklah dicatitkan di dalam buku diari ladang yang digunakan oleh penternak untuk merekodkan aktiviti penternakan.


-Tindakan cepat dari penternak untuk malaporkan kematian ternakan beserta rekod penternakan yang tepat dan kemaskini banyak membantu dalam menentukan punca penyakit dan penyebab kematian.

-Keputusan dari bedah siasat yang dijalankan adalah amat penting dalam melaksanakan program kawalan penyakit terutamanya kawalan ke atas penyakit berjangkit. Tanggung jawab penternak untuk melaporkan kes kematian ternakan dan melaporkannya dengan segera sangat penting.

-Dengan keputusan post-mortem yang baik dan tepat, dapatlah penyakit dibendung
dengan cepat dan berkesan.

Sebelum karkas dibuka, anda patut melihat:
-Keadaan tubuh badan ternakan ( rigor mortis, keadaan kulit, rambut atau bulu)
-Apa-apa yang keluar dari rongga ( telinga, mata, hidung, Vulva dan anus)
-Selaput basah, Konjuntiva dan keadaan mata

Pemeriksaan keadaan luar
-Nombor ternakan
-Jenis haiwan
-Jantina
-Umur
-Keadaan Bangkai
-Kulit
-Selaput basah
-Gigi
-Telinga
-Keadaan perut
-Persendian
-Tetek
-Buah zakar
-Ekor
-Ektoparasit

Cara meletakkan ternakan
a) Kuda diletakkan di sebelah kanan, Sekum yang besar terletak disebelah kanan tidak akan menggangu penglihatan dan pemeriksaan.
b) Kambing, bebiri, Lembu dan kerbau di sebelah kiri. Keadaan rumen yang terletak di sebelah kiri akan mengganggu penglihatan dan pemeriksaan


Alat-alat yang diperlukan
-Pisau
-Forsep
-Gunting
-Scalpel
-Alat pengasah
-Chisel
-Gergaji
-Pemukul
-Bahan pengawit ( Fixative- Contoh Formalin)
-Botol
-Beg plastik
-Tali atau benang
-Slaid
-Sarung Tangan getah
-kasut getah ( boot)
-Baldi
-Pen Marker
-Disinfektan

Cara-cara membuat pemeriksaan Post-Mortem (Ternakan Ruminan)


1)Baringkan haiwan pada sebelah kiri . Potong kulit pada bahagian tengah ( Ventral midline) dari tulang mandibel ke pelvic symphysis. Potong di bahagian atas penis, ambing susu dan umbilicus supaya kesemua bahagian-bahagian tersebut terletak pada bahagian bawah dinding abdomen.
2)Buka kulit pada bahagian atas badan dan potong juga urat-urat pektoral ( terdapat antara kaki depan kanan dan thorak).

3) Potong otot-otot medial ( antara kaki kanan belakang dan abdomen) Potong juga sendi pinggul ( hip joint) serta tolak kaki belakang tadi ke belakang
4)Buka rongga abdomen. Potong bahagian abdomen yang telah terdedah dari tulang rusuk terakhir, linea alba dan tulang vertebra, semasa membuka dinding abdomen perhatikan kandungan rongga abdomen, cecair, serosa dan juga organ-organ.

5) Membuka rongga thoraks. Tentukan kedudukan diaphragm. Biasanya ianya melengkong ke dalam rongga thoraks. Jika tidak, isi kandungan thoraks mungkin abnormal. Tebuk diaphargm dan perhatikan angin masuk kedalam rongga thoraks.
6)Potong diaghragm dari dinding thoraks dan periksa rongga thoraks.

7)Buka dinding thoraks kanan dengan memotong tulang rusuk diantara sternum dan tulang vetebra menggunakan bone cutter/ gergaji/ kapak. Potong otot-otot antara tulang rusuk ( inter coastal muscle) dan patahkan tiap-tiap satu berhampiran tulang vertebra bermula dari yang belakang sekali
8)Periksa pleura dan pulmonary ( biasanya licin, berkilat dan lutsinar) juga cecair thoraks ( biasanya sedikit dan cair)

9)Periksa omentum dan periksa semua organ
10)Potong disepanjang tulang mandible dengan menggunakan pisau.

11) Keluarkan lidah diantara kedua-dua tulang mandibel, Potong pasda lelangit lembut dan rawan hyoid
12)Keluarkan esofagus dan trakea daripada bahagian leher hingga ke thoraks.

13)Keluarkan organ-organ yang terdapat didalam thoraks ( peparu dan jantung) potong aorta, esofagus dan vena kava yang berhampiran dengan diapragm.

14)Periksa dinding dalam rongga thoraks.
15)Periksa usus kecil, potong diantara ileum dan sekum.
16)Potong usus kecil bermula dari
mesentri bermula dari ileum dengan cermat.

17) Asingkan usus kecil dari mesenteri ke hati.
18)Alihkan lingkaran usus besar untuk menampakkan duodenum,
19)potong duedenum dari
mesentri sehinggan ke bawah usus besar.
20)Letakkan semula usus besar di tempat asal
dan teruskan memotong duodenum dari mesenteri.

21) Potong usus kecil dari abdomen.
22)Bersihkan kedua ginjal ( buah pinggang) dari lemak yang mengelilinginya dan potong juga salur ginjal ( ureter) serta lain-lain saluran.
23)Kelenjar Adrenal terdapat di hadapan
kedua-dua ginjal, keluarkan kedua-dua kelenjar adrenal dengan cermat.
24)Potong rektum dan asingkan mesenteri.

25)Keluarkan kesemua lingkaran usus besar dan juga pankreas serta potong dibahagian ia melekat.
26) keadaan usus besar yang dipotong dan di keluarkan.

27)Keluarkan perut dari rongga abdomen serta potong dibahagian mana ia melekat, Limpa akan kelihatan pada usus.
28)Potong diaphragm dari dinding thoraks bersama-sama hati.

29)Potong tulang pada kiri dan kanan pelvic symphysis.
30) Potong tulang pada kiri kanan pelvic symphysis
31)buka rongga pelvic dengan membuanfg tulang yang dipotong tadi
32)
Keluarkan sistem urogenital dan rektum dari rongga pelvic dengan memotong sekeliling dubur dan vulva.
-Rasa dari mana letaknya sendi atlantoocipital dari bahagian depan dan potong otot-otot sendi ini. Buka sendi dengan pergerakan yang singkat tetapi kuat dengan sebelah tangan lagi memegang leher karkas. Untuk memudahkan kerja lakukan di bahagian tepi meja. Potong kepala serta tisu-tisu lain. Buangkan kulit kepala dan otot.

33) Untuk mengeluarkan otak, potong tengkorak dengan cara melintang di belakang mata. Kemudian potong memanjang sehingga berhampiran tanduk ( bawah) dan potong lagi sehingga ke foramen magnum. Potong kedua-dua belah tengkorak sehingga menjadi bentuk seakan-akan enam segi.
34)Jangan gergaji terlalu dalam kerana akan
mencederakan otak, gunakan chisel jika perlu. Lakukan dengan cermat.

35)Tanggalkan bahagian tengkorak yang dipotong tadi dengan cermat.
36)Gunakan Forceps dan
gunting/ Scalpel untuk memotong lapisan dura meter. Untuk mengeluarkan otak, angkat kepala tadi dan dirikan muncung menghala keatas. Dengan cermat potong saraf yang terdapat di dasar otak.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks