Thursday, August 12, 2010

Ternak Puyuh IKTA



▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Usaha menternak Puyuh
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

-Puyuh daging tidak sesuai digunakan bagi pengeluaran telur ini kerana telurnya lbih besar tetapi pengeluaran telur amat kurang
-Puyuh daging baka IKTA kini mencecah 300grm boleh disembelih seawal umur 28 hari puyuh IKTAR lebih kenit tapi tinggi pengeluaran daging.

Pemiharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana sais puyuh jauh lebih kecil dari penternakan unggas lain seperti ayam. Walaupun demikian keperluan pemeliharaan adalah lebihkurang sama dengan penternakan ayam. Kawasan penternakan hendaklah mengikut perundangan negeri terlibat. Sebagai contoh, bagi negeri Johor penternakan puyuh memerlukan lesen mengikut keperluan Enakmen Industri Ternakan Negeri Johor.Didalam pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik perlu diambil kira didalam pemilihan kawasan.
Keperluan Bangsal
Keperluan bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan. Sais bangsal untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak 210 sentimeter persegi. Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal. Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih lagi mempunyai sifat terkejut dan 'excitability' yang boleh menjejaskan prestasi.

Bagi penternakan puyuh pedaging pada lazimnya pengusaha digalakan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan cara ini pengusaha diperlukan mengadakan logi pemprosesan sendiri. Logi ini hendaklah berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan bergantung kepada jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok puyuh proses.
Keperluan Sangkar Puyuh

Berukuran 60cm X 60cm sepetak
Berapa ekor dalam sepetak ialah 6 ekor betina tiga ekor jantan
Bagi puyuh Penelur sepetak boleh diisikan 15-20 ekor
palung makanan diletakkan di hadapan sangkar
Nipple minuman di letakkan di belakang sangkar

Peralatan
Bekas makanan jenis gantung /100 ekor
bekas minuman automatik /250 ekorBekas minuman jenis nipple 2 unit / sangkar (1' x1')
Bekas palung makanan jenis palung 4 kaki panjang
Pengurusan Perindukan Puyuh
Pemeliharaan anak-anak puyuh dari umur 1 hari hingga 10/14 hari dimana suhu kepanasan diberi sama seperti suhu induk asli iaitu 36-37C

Ada 2 cara
(a) guna kotak
( b) guna lantai bersarap

Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.
Tempoh Kritikal umur 1-5 hari

Angka kematian tinggi berbanding tempoh pembesaran disebabkan anak-anak puyuh masih lemah, Penjagaan tidak sempurna... jadi Kegagalan pengurusan adalah penyebab utama


Sebab-sebab kematian

(a)Kurang panas

Menyebabkan anak puyuh berhimpit-himpit dan mati tertindih . Suhu perindukan tidak mencapai tahap yang disyorkan, kerosakan hoover atau kemasukan angin sejuk...


(b) Terlalu panas

Mati kerana Heat Stress- Terutama pada musim Panas melepasi paras 33C tengahari.. Kepungan kecil/Sempit dari disyorkan. paras Hoover rendah dari 3 kaki


(c) Kesesakkan

Menempatkan bilangan anak puyuh yang tinggi / banyak dalam satu kepungan: Contoh untuk keluasan 1000ekor diisi 1500ekor


(d) lemas dan kesejukan

termasuk dalam bekas minuman yang tidak diletak guli/ batu kecil
air tumpah kertas alas basah menyebabkan lembab kesejukkan

(e) Terbantut pertumbuhan badan

salah bagi makanan makanan kasar (Broiler Starter Crumble)
Bekas dulang makanan tak cukup contohnya 1 bekas untuk 300 ekor

Kotak perindukan

Alas lantai kotak dengan kertas Corrugated ( kertas mengerutu) menyerap air dan tidak licin
gunakan mentol 60-100watt
suhu pada 3 hari pertama 36-37C
Panaskan kotak 1 jam sebelum kedatangan anak puyuh
Kurangkan suhu beransur-ansur dari hari ke hari
Letakkan 1 dulang makanan 1'X1'x1'
tutup diatas dulang makanan dengan Jaring BRC 1 cm segi mengikut ukuran dulang makanan menghalang pembaziran
1 bekas minuman 4.5 liter dan guli kaca / batu kecil menghalang dari mati lemas
Isikan larutan antistress dalam bekas minuman
Tutup kotak guna kertas/ guni/ plastik terang suhu dalam kotak 36-37C kurangkan beransur-ansur setiap hari
Buka penutup kotak sedikit demi sedikit/ tutup lampu perindukan/ hoover semasa cuaca panas Lewat tengahari hingga awal petang
Pemberian haba tamat pada 10-14 hari

Pengurusan perindukan reban lantai bersarap

Tutup sekeliling dinding bangsal dengan kertas/ plastik setinggi 1/4 bahagian dari paras lantai 1/4 dibiarkan terbuka untuk peredaran udara
Sediakan 1 pasu berisi larutan disinfectan untuk celup kasut but sebelum masuk reban

Untuk 1000 ekor anak puyuh

dalam reban / bangsal buat kepungan bulatan ukuran rentas 6.5- 7 kaki
gunakan 4 keping cadboard/ zink/alumunium (2.44m X 0.61m)
Alas lantai dengan Ketaman kayu / jerami/ sekam padi setebal 8 --10cm( 3"-4")
gantung 1 Hoover/ infra red bulb sekurang-kurang 3 kaki dari paras sarap
Hoover 30,00 BTU pasang 1-2 jam sebelum ketibaan anak puyuh
Letakkan 5 bekas minuman 8 liter berisi larutan antistress. isi guli kecil elak lemas dalam air
5 dulang makanan 30.48cm X 30.48cm X 2.54cm (1'X1'x1')

ketibaan anak puyuh
masukkan anak puyuh dengan segeraBerikan larutan vitamin/ antistress/ glucose
Biarkan anak puyuh lihat selaras agar dalam keadaan selesa. Setelah anak puyuh selesa barulah tinggalkan reban sementara.Umur minggu 1 awasi keadaan anak puyuh sekerap mungkin siang dan malam

Kawalan haba

Kawalan haba ditentukan dengan memerjhatikan posisi anak puyuh berkumpul disebabkan sejuk, berhimpit ke tepi disebabkan panas & jika berselerak merata suhu sesuai dengan keselesaan.
Haba dikurangkan jika anak puyuh tunjuk tanda panas kurangkan atau buka sedikit ruang udara yang menutupi kotak / dinding reban

Pengurusan Perindukan
Minggu 1 unsur haba boleh dinyalakan selama 24 jam ( siang & malam) tetapi bergantung kepada keadaan suhu dan pertaburan serta tingkah laku anak-anak puyuh. Sekiraya keadaan terlalu panas padamkan hoover/ infrared bulb waktu lewat tengahhari dan awal petang suhu di luar mencapai 33C cuaca panas.

Pengurusan Perindukan
Selalu melawat reban untuk pastikan keselesaan anak-anak puyuh. Besarkan kepungan sedikit bila anak puyuh kelihatan padat.
Minngu ke 2 hoover/ infra-red bulb dinyatakan di malam . di waktu siang bila cuaca sejuk/ hujan. Selalu melawat reban pastikan anak puyuh selesa air minum dan makanan sentiasa ada. Puyuh mati di buang segera, singkirkan yang cacat dan lemah dan adakan sistem rekod

Kepungan dibesarkan sedikit demi sedikit dan buka setelah mencapai umur 10/14 hari bagi sistem sarap . Penuhi ruang lantai dengan sarap. Gantung palung air automatik dan palung makanan gantung pada umur 10 hari. isikan makanan permulaan (broiler Starter Crumble) yang hancur

umur 1 hari- larutan glucose/ antibiotik/ antistress
umur 9 hari Coccidiostat (ubat pencegahan berak darah)
Ikuti cara pemberiannya seperti yang disyorkan oleh pembekal
Air minuman hendaklah diganti setiap hari bekas air dicuci
Buangkan najis diatas makanan berikan makanan baru pastikan tidak berkulat. Buang bangkai puyuh mati setiap hari..
Peringkat Pembesaran
Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram sekor. Sila lihat Lampiran 2 untuk piawaian puyuh pedaging IKTA. Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari. Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya hendaklah diberikan Pemakanan PuyuhPuyuh diberi makanan dari jenis 'Quail Starter mash' atau Makanan Permulaan Puyuh.


Tentukan pengusaha menggunakan makanan jenis ini untuk mempastikan pembesaran yang cepat. Di lapangan banyak pengusaha puyuh pedaging tempatan tidak menggunakan makanan dari jenis ini. Makanan permulaan ayam pedaging digunakan dengan meluas bagi memberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging kerana volume yang kecil. Walaubagaimanapun pengusaha besar boleh mendapatkan makanan puyuh pedaging dengan rundingan terus kepada pengeluar makananKesihatan

Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan 'flighty behaviour' dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

5 comments:

  1. wah byknyer burung puyuh..ni feberet kami.. selalu juge beli, kalau ade duit lebih nk juge ternak tapi tempat pun takde.. resepi tu yg tak tahan ,dugaan puasa..hehe

    ReplyDelete
  2. bgusla info ni..boleh melahirkan usahawan..simple gile dia punya reban

    "Permainan video game pada masa hadapan, simulator F1"

    ReplyDelete
  3. wah.. skang jadi penternak puyuh plak ke? (^__^)

    salam ramadan buat incek afzainizam n skeluarga..

    ReplyDelete
  4. bagus info ni.. alhamdulillah tak kedek ilmu bagus la..
    insyallah boleh guna untuk bela saje2 bawah 10 ekor :D

    ReplyDelete
  5. Salam,mcm gbar reban yg besi tu saiz dya 10'lebar×150'pjang.10in tgi...blh masok 250ekor tak??

    ReplyDelete