Sunday, June 17, 2012

Spesimen dan ujian Makmal Veterinar

Seperti kita tahu,Makmal Diagnosa Veterinar diwujudkan untuk menjalankan perkhidmatan diagnosis Bakteriologi, Biologik, Hematologi & Biokimia Klinikal, Histopatologi, Serologi , Parasitologi, Post Mortem, Kesihatan Umum, dan Virologi..
Pemilihan specimen untuk dihantar kepada Makmal Diagnosa bergantung jenis penyakit yang disyaki dan juga dari tanda-tanda penyakit yang di tunjukkan oleh haiwan atau ternakan. Pada kebiasaannya, pemeriksaan post mortem tidak dapat memberi gambaran tentang penyakit sebenar. Dalam keadaan tersebut banyak specimen perlu dihantar supaya berbagai ujian dapat dijalankan bagi mendapatkan keputusan yang memuaskan..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Spesimen dan ujian Makmal Veterinar
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pada kebiasaannya , dua set specimen diperlukan
1-Dimasukkan bersama air batu (ice) untuk digunakan bagi mengasingkan bakteria dan virus
2-Satu set lagi didalam 10% formalin-saline.
Jangan sesekali letak specimen yang bercampur dengan formalin ke dalam air batu (ice) kerana ini akan merosakkan sel-sel organ tersebut
Jikalau terdapat karkas yang disyaki disebabkan kuman bacteria dan keadaanya terlampau decompose atau terdapat banyak pencemaran terhadap organ, sebahagian dari tulang panjang boleh dihantar. Ini kerana sumsum tulang merupakan organ terakhir sekali dicemari oleh bacteria..
Rekod
Semua specimen-spesimen yang dihantar ke Makmal Diagnosa dilabel dengan jelas tentang:
1-Jenis Spesimen, masa pengambilan, jenis ternakan dan bahan pengawet
2-Semua perkara yang bersangkutan dengan spesimen hendaklah ditulis dengan jelas didalam borang-borang  yang disediakan
3-Jika spesimen post mortem maka perlulah di sertakan sekali laporan pemeriksaan
a)Penyebab kematian ternakan
b)Sejauh mana keadaan jangkitan yang dihidapi ternakan
c)Punca penyakit ternakan
Makmal Veterinar
Secara umumnya Makmal Veterinar berfungsi sebagai menjalankan diagnostik penyakit ternakan melalui ujian Spesimen  Parasitologi, Hematologi, Bakteriologi.
Menjalankan penyelidikan serta mengeluarkan maklumat terkini dalam bidang sains ternakan.

Menjalankan diagnostik Parasitologi:
(analisa darah melalui calitan darah nipis, calitan darah basah dan dan calitan darah tebal bagi mengesan parasit)
   Mengesan kehadiran cacing dari tinja ternakan melalui ujian Mc Master,
   Mengesan kehadiran endoparasit melalui sampel otak dan darah,
   Mengesan ektoparasit melalui kikisan kulit
Menjalankan diagnostik Hematologi:
   Analisa darah melalui Pack cell volume,
   Kiraan sel darah merah,
   Kiraan sel darah putih,
   Anggaran kandungan Hemoglobin dan
   Kiraan perbezaan sel darah putih. 
Menjalankan diagnostik Bakteriologi:
Pengasingan dan identifikasi bakteria dari organ, susu, air, tinja, nasal swab, vaginal swab dan fetus.
Panduan Pengambilan dan penghantaran
spesimen makmal veterinar
1)Spesimen Bakteriologi
Spesimen patut diambil dalam tempoh 24jam selepas kematian
Spesimen hendaklah dikirimkan dalam keadaan segar serta dingin didalam thermos berisi ais
Spesimen berupa cairan edema dari rongga badan, nanah atau exudates  boleh diambil dengan contoh swab, pippet atu sringe yang distril kemudian dihantar dengan bekas berisi ais
2)Spesimen Virologi
Alatan spesimen perlu disterilkan dulu dengan autoclave oven atau rebus jangan guna alcohol
Virus/ bacteria boleh lebih tahan lama jika spesimen dibekukan
Spesimen yang dikirim mestilah berada dalam keadaan segar serta didinginkan didalam thermos berisi ais
Spesimen perlu dihantar cepat beserta tanda-tanda klinikal untuk memudah kenal pasti penyakit
Spesiment darah dihantar dalam EDTA atau Heprin
3)Spesimen Serologi
Contoh darah diambil guna plain venoject ( tanpa antiagulant)
Dikirim dalam tempoh 24jam dibekukan atau didinginkan
Jika wabak penyakit adalah lebih baik dihantar serum berpasangan yang diulang 2 minggu kemudian
4)Spesimen Histopathologi
Spesimen perlu diambil secepat mungkin selepas ternakan mati
Kelambatan menyebabkan urai diri menggangu pembacaan menggunakan mikroscop
Contoh spesimen
Rumen, buah pinggang, hati, otak, kandungan perut (Spesimen dipotong 1-2cm dengan ketebalan 0.5cm dimasuk dalam 10% formalin) Kadar formalin ialah 10 kali isipadu spesimen.
5)Spesimen Mycologi
Spesimen diambil seperti dermatophytes perlu diambil bulu secara cabut saja atau cara skin scrapping yang dalam hingga keluar darah dihantar tanpa bahan pengawit
6)Spesimen Parasitologi
Contoh najis mestilah segar dan diambil daripada rektum dan bukan dari lantai supaya dapat dikenali ternakan man yang diambil
Pengambilan semple tinja
Mesti  diambil baru 10gram dari rectum guna glove atau plastik
Kaedah Ractal Pinch bagi ujian Bakterialogi johns atau salmonella hantar dalam ais (5°C) ke makmal dalam 24 jam
Jika lebih 24jam tambah sama isipadu 10% formalin tetapi ianya hanya untuk ujian parasitologi
 Pengambilan semple Ektoparasit
 Ektoparasit mestilah diawet dengan cara berikut:
1)Parasit yang dewasa, larva dan telur yang melekat pada bulu/ rambut hendaklah dimasaukkan dalam alkohol 70%
2)Kutu-kikisan kulit kedalam alkohol 70% atau formalin 5%
3)Hama/Mites diawetkan menggunakan alkohol 70% atau formalin 5%
 Pengambilan semple Endoparasit
1)Menyediakan calitan darah nipis, dikeringkan dan difikasi dengan Methanol.
2)Menyediakan calitan darah tebal untuk Microfilaria, surra
3)Najis diawetkan menggunakan Buffer Formalin 10% atau NACl 10%
4)Serangga bersayap diletakkan dalam botol tertutup setelah dibunuh menggunakan Benzene Chloorm, Ether atau Kalium Cynide.

5)Nematod dan tapeworm patut dibersihkan menggunakan air garam biasa( Normal Saline) dan disimpan dalam 70% Methylated Spirit
7)Spesimen untuk pemeriksaan klinikal Pathologi
Ini termasuk pemeriksaan hematologi, serum Chemistry dan air kencing
Contoh air kencing dihantar ke makmal didalam bekas berisi ais
Untuk Hematologi contoh darah dihantar dengan secepat mungkin
8)Spesimen untuk pemeriksaan Toksikologi
Spesimen patut mempunyai latar belakang, tanda-tanda penyakit hasil laporan Post Mortem
Organ boleh dihantar mengunakan 10% Formalin

Bagaimana Cara Pengambilan Contoh Spesimen
A.Pengambilan Semple Darah Ternakan
Pengambilan sample darah mengunkan Venoject tiub Pengambilan darah melalui vena ekor (coxygea).
Venoject tiub ada beberapa fungsi:
Tiub plain- Ujian Serologi/ Protozua
Tiub Heprin- Ujian Virologi
Trypsin ethylen diamin tetra acetic acid (EDTA)- Ujian Toksilogi dan ujian kehadiran parasit dalam darah


Ujian yang dijalankan
1.Hematoma
2.Kultur
3.Serologi

Spesimen yang diambil
1.Keseluruhan darah
2.Smear
3.Serum
4.Plasma
Ujian pada sample keseluruhan darah
1.Spesimen Virologi
2.Ujian hematology / Complete Blood Count ( CBC)
3.Diagnosis Protozoa darah / Thin Blood Smear
-Guna anti Coagulant (EDTA)
-Simpan dalam bekas sejuk
-Jangan dingin beku

Ujian sample serum
-Bagi ujian spesimen Serologi
-Guna Plain Tube biarkan darah Clot ( beku)
-Minima 1 ml
-Masukkan darah beku dalam bekas dan dihantar dalam keadaan sejuk
-Centrifuge dan asingkan darah beku dari serum dalam keadaan dingin beku
Ujian bagi sample Smear
-Tujuan mengesan Protozoa dalam darah
-Smear diatas Slide Microskop
-Keadaan kering dan dengan methanol

B.Pengambilan Semple Tinja  Ternakan
Ujian yang dijalankan
1.Parasitologi
2.Virologi
3.Bakterialogi
Cara pengambilan spesimen tinja adalah 
-Spesimen tinja perlulah segar baru diambil, anggaran 10grm
-Kaedah rectal pinch untuk ujian bakterialogi bagi penyakit Johnes dan Salmonela
-Hantar bungkusan dalam ais 5° C kemakmal dalam masa 24 jam
C.Pengambilan Semple Susu Ternakan
Ujian yang dijalankan ialah Bakterialogi
Cara pengambilan spesimen susu adalah
1.Cuci ambing susu ternakan dan asingkan aliran pertama
2.Dapatkan sekurang-kurangnya 10ml susu
3.Simpan dalam keadaan sejuk
4.Hantar secepat mungkin
D.Pengambilan Semple Urin/ air kencing Ternakan
Ujian yang dijalankan
1.Parasitologi
2.Bakterialogi
Cara pengambilan semple urin
1.Gunakan bekas yang disteril
2.Simpan dalam keadaan sejuk
3.Dapatkan sekurang-kurangnya 2mg/100ml toluene atau 5ml
4.Boleh gunakan Chloroform boleh digunakan sebagai pengawet
E.Pengambilan Semple kulit ternakan
Ujian yang dijalankan adalah Bakterialogi 
Ujian kultur bakteria
Cara pengambilan semple kulit
1.Kikisan lesi (bahagian abnormal)
2.Ambil cecair Vesicular
3.Simpan dalam keadaan sejuk
4.Juga boleh digunakan untuk diagnosis penyakit FMD
 F.Pengambilan Semple Rembesan / cecair lelehan Ternakan
Ujian yang dijalankan adalah Bakterialogi
Cara pengambilan semple dari cecair lelehan adalah
1.Gunakan swab kapas dibasah dengan medium perantaraan
2.Hantar ke makmal pada suhu 4° C
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment


Saturday, June 16, 2012

Prosedur Kuarantin Haiwan MAQIS


 
PENGUATKUASAAN PERMIT IMPORT DAN EKSPORT HAIWAN PELIHARAAN
MULAI 1 OKTOBER 2013

Penguatkuasaan tersebut termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang menyatakan sebarang peruntukan bagi perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan bersepadu berhubung kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma termasuk makanan.


Segala urusan import eksport adalah dibawah bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sepenuhnya. Pihak MAQIS hanya akan mengeluarkan permit eksport setelah Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) diperolehi daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).hanya akan mengeluarkan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)  setelah segala peraturan menimport negara pengimport dipatuhi.

Tempoh sah laku Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)   adalah dalam tempoh 7 ke 10 hari bergantung kepada Negara berkenaan.

Haiwan eksotik asal hidupan liar mungkin tertakluk kepada syarat-syarat pemuliharaan hidupan liar dibawah CITIES. Sila rujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)


BINATANG-BINATANG YANG PERLU DIKUARANTINKAN
Semua binatang yang di import ke Malaysia dari sebarang Negara kecuali Negara United Kingdom, Ireland, Ireland Utara, New Zealand, Jepun, Sweden dan Brunei adalah di kehendaki menjalani suatu tempoh kuarantin yang ditetapkan melainkan yang di kecualikan oleh ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia ( MAQIS).

Negara Berjadual
Schedule Countries
( Import negara berjadual tidak perlu menjalani tempoh kuarantin)
 
Negara Tidak Berjadual
Non Schedule Countries
( Import perlu menjalani tempoh kuarantin )
Selama tujuh hari
1.      Australia
2.      United Kingdom
3.      Ireland
4.       Ireland Utara
5.       New Zealand
6.       Jepun
7.       Sweden
8.       Brunei
9.   Singapore
 
 
 
 
Selain dari Negara Berjadual
 

**Terdapat dua kategori bagi pengeluaran permit import dan eksport untuk haiwan peliharaan iaitu negara berjadual tidak perlu menjalani tempoh kuarantin dan negara tidak berjadual perlu menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari.
Negara Berjadual- Import tidak perlu di kuarantin
Haiwan dari Negara Berjadual (scheduled ) di mana program kawalan penyakit adalah sangat ketat dan adalah bebas daripada sebarang wabak penyakit merbahaya , tidak perlu di kurantin. Walaubagaimanapun keperluan kurantin tertakluk kepada jenis ternakan dan tujuan ia diimport.

Negara Berjadual  adalah negara-negara yang diisytihar bebas dari penyakit Rabies

·         Australia

·         United Kingdom

·          Ireland

·          Ireland Utara

·         New Zealand

·         Jepun

·         Sweden

·         Brunei
 
·         Singapore
 

Hal-hal lain yang berkaitan

1.       Import anjing dan kucing dari negara berjadual tidak perlu kuarantin

2.       Import kuda dari negara berjadual ianya dikenakan kuarantin selama 14 hari

Negara Tidak Berjadual

Adalah selain dari Negara berjadual
1.       Import bagi kuda bagi negara tidak berjadual perlu kuarantin selama 30 hari

Setiap haiwan yang dibawa masuk melalui kedua-dua kategori tersebut perlu mempunyai sijil kesihatan veterinar, sijil pelalian atau sijil imunisasi yang membuktikan
bahawa haiwan tersebut bebas daripada segala penyakit berbahaya. Jika didapati haiwan yang dibawa masuk dari negara tidak berjadual tidak mempunyai dokumen lengkap, ia akan dikuarantin sehingga 30 hari.

Pengecualian kuarantin hanya termaktub kepada anjing dan kucing yang dibawa masuk atas tujuan pertandingan sama ada di Malaysia atau di luar negara dan bukan dari baka terlarang. Anjing yang dibawa masuk untuk tujuan pertandingan akan dikuarantinkan di tempat pertandingan berkenaan diadakan. Haiwan itu diwajibkan mempunyai microcip dan passport perjalanan.


 


MIKROCIP YANG AKAN DITANAM, SAIZNYA SEPERTI SEBUTIR BERAS
DAN DITANAM DI BELAKANG LEHER KUCING / ANJING

Haiwan-haiwan yang mempunyai masalah kesihatan perlu diberi perhatian dan mendapat perakuan Pegawai Veterinar bertauliah dari negara asal. Ini juga termaktub untuk anjing guide dog yang digunakan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mana ia dikuarantin di rumah pemiliknya

a. Bahan-bahan yang dibawa bersama binatang-binatang yang diimport
Semua bahan-bahan seperti rumput kering , plastic, tulang dan sebagainya) yang dibawa masuk bersama tidak dibenarkan mendarat di Malaysia kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Sekiranya dibenarkan masuk, bahan-bahan tersebut akan di kuarantinkan bersama dan dikenakan beberapa peraturan lain yang di fikirkan perlu oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)seperti pembasmian kuman atau pemusnahan.

b. Binatang-binatang semasa berada dalam kuarantin
Binatang-binatang semasa menjalani kuarantin boleh dikenakan peraturan-peraturan seperti suntikan vaksin, pemeriksaan atau ujian-ujian dari pihak  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Pihak berkuasa  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) juga boleh mengarahkan mana-mana dari binatang tersebut supaya di hapuskan dengan segera jika didapati berpenyakit atau disyaki beserta dengan binatang-binatang yang berpenyakit. Ganti rugi tidak akan dibayar kepada tuan punya binatang sekiranya binatang tersebut terpaksa di musnahkan mengikut cara yang bersesuaian.

c. Garis Panduan Pengimportan Anjing
Anjing Terkawal adalah anjing dari baka yang disenaraikan iaitu Rottweiller, Doberman, German Sherpard/Alsatian termasukBelgian Sherpard dan East European Sherpard, Bull Mastiff, BullTerrier dan Perro de Presa Canario yang dibenarkan masuk tertakluk kepada syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh JabatanVeterinar.

Baka Anjing Terlarang
Baka Anjing Terkawal
1.Pit Bull Terrier / Pit Bull
2.American Bulldog
3.Neapolitan Mastiff
4.Japanese Tosa
5.Akita
6.Dogo Argentino
7.Fila Brazilliero
1. Bull Mastiff
2.Bull Terrier
3.Doberman
4.German Shepard/ Alsatian
5.Perro De Prega Canario
6.Rottweiller

 
 

d. Garis Panduan Pengimportan Burung 

Burung yang diimport perlu di kuarantin. Tempoh kuarantin tidak kurang 7 hari

Negara Larangan Import
Negara Berisiko Rendah Dibenar Import
Negara Berisiko Tinggi Kebenaran Import Tertakluk Keputusan Analisis risiko dan Peraturan Import Burung
Thailand
Indonesia
Jepun
Vietnam
China
Cambodia
Hong Kong
Laos
Korea Selatan
Pakistan
U.S.A
Canada
Belgium
Australia
Netherlands
New Zealand
Singapore
U.K
German
Holland
Argentina
Bostwana
Cote D’Ivorie
Chech Republic
Guinea
Guinie Bissau
Guyana
Italy
Liberia
MozambiQue
Myanmar
Peru
Philippines
Solomon Island
South Africa
Spain And Canary Island
Surinam
Tanzania
Uzbekistan
Brunei

Permohonan Permit Import dan Eksport MAQIS

Mulai 1 Oktober 2013, Jabatan  Perkhidmatan Kuarantin dan pemeriksaan Malaysia MAQIS akan mengeluarkan permit atau lesen import dan eksport bagi haiwan dan segala produk hasilan haiwan, Permohonan permit boleh dibuat secara di atas talian (e-permit) klik  Electronic Permit. Pengimport, pengeksport dan ejen berdaftar dengan MAQIS sahaja dibenarkan untuk mengimport dan mengeksport. Sila membuat permohonan permit sekurang-kurangnya 3 hari waktu bekerja sebelum konsainan bertolak ke Malaysia ( ETA- Estimade Time Arival)
Kadar Fi dan Caj yang dikenakan mengikut Peraturan-peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan pemeriksaan Malaysia (Fi dan Caj) 2013 adalah seperti berikut
Caj Pengeluaran Permit Import Dan Eksport MAQIS

Kategori
Import
Eksport
 Anjing dan kucing
RM 40.00 Seekor
RM 40.00 Seekor
Anjing –anjing yang dihadkan (baka anjing dari jenis Rottweiller, Doberman, German Shepard atau Alsatian termasuk Belgian Shepard, Bull Mastiff, Bull Terrier, Perrode Presa Canary Dog dan termasuk baka campurannya)
RM 100.00 Seekor
RM 100.00 Seekor
Rusa
RM 5.00 Seekor
RM 5.00 Seekor
Kuda
RM 20.00 Seekor
RM 20.00 Seekor
Lembu dan Kerbau
RM 5.00 Seekor
RM 5.00 Seekor
Kambing dan Biri‐biri
RM 3.00 seekor
RM 2.00 seekor
Anak ayam baka sehari atau itik atau burung unta atau angsa atau puyuh
RM 5.00 per lesen
Anak ayam sehari dagangan
RM 0.20 Seekor
Burung peliharaan
RM 2.00 Seekor
Burung unta
RM 5.00 Seekor
Mana –mana jenis burung yang lain
RM 2.00 Seekor
Babi
RM 10.00 Seekor
RM 10.00 Seekor
Haiwan zoo, pertandingan dan pameran
RM10.00 seekor
Mana‐mana haiwan untuk aktiviti penyelidikan
RM 10.00 per lesen
Mana‐mana haiwan selain bil. 1 – 14 untuk apa‐apa tujuan lain
RM 3.00 seekor
RM 10.00 per lesen
Telur
RM 10.00 per lesen
Karkas daging dan produk daging
RM 10.00 per 100 kilogram
RM 5.00 per 100 kilogram
Karkas burung dan produk burung
RM 20.00 per 100 kilogram
Tulang , kulit, bulu, produk hasilan susu, susu, vaksin, atau lain‐lain produk binatang kecuali bil. 20 di bawah
RM 50.00 per lesen
RM 5.00 per lesen
Tinja haiwan yang digunakan sebagai baja, hasilan tulang binatang untuk makanan ternakan, hasilan daging untuk makanan ternakan, hasilan darah untuk makanan ternakan, lemak binatang, kulit telur atau lain‐lain produk bukan untuk makanan manusia
RM 20.00 per lesen
RM 20.00 per lesen


KEPERLUAN KURANTIN

Keperluan kurantin dan tempoh masa tahanan di Pusat Kurantin berbeza dengan jenis ternakan/burung, tujuan diimport dan dari satu negara dengan negara lain.

Jadual dibawah menunjukan jenis ternakan / burung yang perlu kurantin dan jangkamasa di stesen kurantin :
Jenis Ternakan / Burung
Tujuan diimport
Jangkamasa Kurantin
Anjing dan Kucing
(dari Negara non-scheduled sahaja)
Sebarang tujuan
7 hari - 30 hari
Kuda
* Negara scheduled
* Negara non-scheduled
Sebarang tujuan
14 hari
30 hari
Lembu, Kerbau, Kambing, Bebiri dan babi (Semua negara)
Pelihara Penyembelihan
30 hari
10 hari
Burung (semua species)(semua negara)
Sebarang tujuan
10 hari -30 hari


Permohonan untuk mendapatkan tempat dalam stesen kuarantin haiwan boleh dibuat secara talian melalui system AQS (Animal  Quarantine Services) selewat-lewatnya 2 minggu (14 hari) sebelum haiwan itu tiba dan membuat status tempahan ruang kuarantin bagi memastikan terdapat ruang di stesen kurantin haiwan bagi mengkuarantin haiwan tersebut. Tempahan tempat kuarantin (03-87872379).

Maqis menyediakan tempat kuarantin di tujuh lokasi pintu masuk sempadan termasuk di KLIA; Rantau Panjang, Kelantan; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Padang Besar, Perlis; Kuantan, Pahang; Labuan; dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Pengimport perlu menyerahkan semua dokumen pengimportan seperti Permit Import MAQIS dan sijil kesihatan veterinary serta permit eksport dari Negara asal kepada pihak berkuasa kuarantin di pintu masuk.

Semua haiwan yang memasuki Negara ini perlu melalui prosedur kuarantin.

Haiwan yang datang dari  Negara yang telah disahkan bebas risiko hazard melalui analisis risiko, hendaklah juga melalui pemeriksaan di pintu masuk Negara dan diberi sijil kuarantin sebagai bukti kuarantin telah dilepasi

Haiwan yang memiliki risiko hazard sederhana seperti ternakan ruminan daripada Negara seperti Thailand, Myanmar dan Indonesia dibenarkan menjalankan proses kuarantin di stesen kuarantin sementara.

Haiwan kesayangan dan rekreasi hendaklah menjalankan proses kuarantin di stesen kuarantin haiwan yang ditetapkan

Haiwan kesayangan dan rekreasi yang memiliki risiko hazard rendah melalui kenyataan pegawai veterinary Negara pengeksport boleh di pertimbangkan untuk menjalani proses kuarantin di stesen kuarantin sementara atau kuarantin sementara rumah

Sebaik sahaja tiba di stesen kuarantin haiwan akan di tempatkan di ruang yang telah ditetapkan mengikut tempahan yang telah dibuat oleh pengimport.

Sebagai tanda pengenalan, semua haiwan kesayangan dan rekreasi perlu di pasang dengan mikrocip, Sekiranya masih belum mempunyai microcip dan akan dibekalkan dengan kad Pengenalan Haiwan Kesayangan.

Tempoh masa kuarantin bermula setelah pegawai kuarantin menjalani pemeriksaan awal dan menerima haiwan tersebut untuk di kuarantinkan. Pegawai kuarantin berhak untuk melanjutkan tempoh kuarantin sekiranya haiwan didapati mempunyai masalah kesihatan ataupun keputusan makmal belum diperolehi.

Proses kuarantin dikira tamat apabila haiwan selesai menjalani proses kuarantin dalam masa yang telah di tetapkan dan tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit serta negative terhadap semua ujian makmal yang dijalankan.

Sijil kuarantin dikeluarkan sebagai pengesahan yang konsainan di bawah pengawasan telah melalui proses kuarantin dan di lepaskan daripada perintah kuarantin.

Borang permohonan tempahan bilik kuarantin haiwan peliharaan

Semak maklumat kemasukan konsainan ke Malaysia

1.Menyemak maklumat di Permit Import MAQIS
Contoh Permit Import Maqis (klik untuk besar gambar)


 Contoh Permit Eksport dari Negara luar (klik untuk besar gambar)
 
Memastikan dokumen asal

Memastikan semua maklumat di Permit Import dan Eksport lengkap seperti:

- Nombor Permit Import dan Eksport 

- Nama dan alamat pengimport

- Tempoh sah laku (30 dari tarikh lesen dikeluarkan)

- Spesis

- baka

- Tujuan

- Kuantiti

- Cop tempat pengeluar permit

- Pintu masuk yang tertera di permit (point of entry)

- Negara Pengeksport


 2.Menyemak maklumat Sijil Kesihatan :






Contoh Sijil Kesihatan dari negara asal (klik utk besar gambar)
 
1.Memastikan dokumen asal

2.Memastikan semua maklumat butiran konsainan di Sijil Kesihatan lengkap seperti:

- Nama dan alamat pengimport

- Nama dan alamat pengeksport

- Spesis dan baka

- Umur ( tidak kurang 3 bulan)

- Nombor pengenalan, Jantina dan warna

- Kuantiti (sama atau kurang dari Lesen Import)

- Butiran bebas penyakit (seperti keperluan di Peraturan Import)

- Butiran ujian dan rawatan yang dilakukan

- Dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar

- Tandatangan, nama dan cop Pihak Berkuasa Veterinar negara pengeksport

- Tarikh sijil dikeluarkan (Tidak lebih dari 7 /10 hari –Bergantung pada Negara pengeksport)

* Pastikan pengimport  sudah mendapatkan permit import / kebenaran membawa masuk secara bertulis daripada negara yang hendak dibawa masuk.

3. Menyemak maklumat rekod vaksinasi

 







Contoh Rekod vaksinasi dari negara asal (klik utk besar gambar)
 

1.Memastikan dokumen asal.

2.Memastikan semua maklumat butiran vaksinasi lengkap seperti:
- Nama dan alamat pengimport / tuanpunya

- Spesis dan baka

- Nombor pengenalan (mikrocip/tattoo)
* Pastikan microchip , di "scane" terlebih dahulu dan angka yang terdapat sama dengan angka yang tercatat pada permit import atau pada sijil kesihatan  tersebut.

- Jantina

- umur /tarikh lahir ( tidak kurang dari 3 bulan)

- Kuantiti (sama atau kurang dari Lesen Import)

 - Butiran suntikan rabies ( dalam tempoh sahlaku seperti yang diistihar )

- Tandatangan, nama dan cop Pihak Berkuasa Veterinar.

* Bagi anjing telah di suntik dengan suntikan pelalian iaitu (Anti-Rabies dan CPV+DHL) – pastikan vaksin Anti-Rabies di berikan 30 hari sebelum anjing / kucing itu di bawa masuk ke malaysia.


* Perhatian Sekiranya dokumen dan maklumat tidak dipatuhi,

konsainan tersebut dilarang masuk atau ditahan;
4. Menyemak maklumat pengenalan haiwan
Dokumen Sokongan lain yang diperlukan untuk diperiksa

Contoh Passport Haiwan / Pengenalan Haiwan Malaysia (klik utk besar gambar)

Contoh Passport Haiwan / Pengenalan Haiwan luar negara (klik utk besar gambar)
Contoh Pedigree Certificate WCF (klik utk besar gambar)

5. Pemeriksaan Visual Bagi Konsainan Haiwan Peliharaan
 1.Pemerhatian visual tanda-tanda klinikal
Menjalankan pemerhatian secara visual keatas anjing pada bahagian mata, mulut, hidung, telinga,bulu dan najis.

 Jika terdapat tanda-tanda klinikal di bahagian–bahagian tersebut, seperti terdapat discaj dibahagian mata, hidung dan telinga, air liur meleleh berterusan,bertindak agresif yang melampau, ketakutan, kejang, bulu kusut, dan monyok. Anjing berkenaan disyak berpanyakit dan perlu menjalani pemeriksaan fizikal
 

Peralatan ketika membuat pemeriksaan terhadap haiwan peliharaan


 
 

 
Pemeriksaan Microchip di bawah kulit (sebelah kiri leher).







 

Tempat kuarantin Haiwan peliharaan
 
2.Pemeriksaan fizikal yang perlu dilakukan

- Periksa suhu badan

Suhu normal 38oC - 39.5oC

- Pemeriksaan nadi

Nadi normal 90-100/minit

- Pernafasan

Pernafasan normal 15 – 30 / minit

- Pemerhatian pada najis haiwan (diarhea/ najis berdarah dan berbau tidak normal)

Sekiranya anjing berkenaan menunjukkan tanda-tanda penyakit, konsainan anjing tersebut tidak dibenarkan masuk atau ditahan



 
 
3.Pelepasan konsainan

Sekiranya pemeriksaan dokumen, Pemeriksaan Visual dan pemeriksaan fizikal lulus, perakuan dokumen dibuat dan hasil dikutip mengikut kadar Enakmen Negeri.

a. Caj Pemeriksaan Import Dan Eksport


 

Kadar

Kategori

Import

Eksport

Anjing

RM 40.00 Seekor

RM 20.00 Seekor

Kucing

RM 25.00 Seekor

RM 10.00 Seekor

Rusa

RM 5.00 Seekor

RM 5.00 Seekor

Kuda

RM 50.00 Seekor

RM 50.00 Seekor

Lembu dan Kerbau atau unta

RM 1.00 Seekor

RM 1.00 Seekor

Kambing dan Biri‐biri

RM 0.50 Seekor

RM 0.50 Seekor

Anak ayam berusia sehari daripada ayam baka pembiak, anak itik, anak burung unta, anak burung angsa dan anak burung puyuh

RM 100.00 seekor


Anak ayam berusia sehari bagi tujuan komersial

RM 100.00 seekor


Burung peliharaan atau ayam peliharaan

RM 40.00 Seekor


Burung unta

RM 10.00 Seekor


Semua jenis burung selain burung di bil.7, 8, 9 dan 10

RM0.50 Seekor


Babi

RM 10.00 Seekor

RM 10.00 per lesen

Binatang zoo, sarkas, pertandingan atau pameran

RM 50.00 Seekor

RM 50.00 per lesen

Binatang untuk tujuan aktiviti penyelidikan

RM10.00 seekor

RM 10.00 per konsainan

Binatang untuk lain‐lain tujuan

RM 50.00 Seekor

RM 50.00 per lessen atau permit

Telur binatang

RM 50.00 per lessen atau permit



b.  Kuarantin dan Caj Prosedur Kuarantin

 

KATEGORI

KADAR

Tempat kurungan

 Burung (1 – 10 ekor)

(11 – 100 ekor)

(setiap ekor selepas 100 ekor)

RM 5.00 seekor sehari

RM 2.00 seekor sehari

RM 1.00 seekor sehari

 

Anjing

RM 10.00 seekor sehari

 

Kucing

RM 5.00 seekor sehari

 

Kuda

RM 20.00 seekor sehari

 

Kerbau, lembu dan unta

RM 2.00 seekor sehari

 

Kambing biri‐biri dan kambing

RM 0.50 seekor sehari

 

Rusa

RM 0.50 seekor sehari

 

Ayam, itik, angsa dan burung

Unta

(1 – 10 ekor)

(11 – 100 ekor)

(setiap ekor selepas 100 ekor)

 

 

RM 5.00 seekor sehari

RM 2.00 seekor sehari

RM 1.00 seekor sehar

 

Babi

RM 1.50 seekor sehari

 

Binatang‐binatang lain

RM 10.00 seekor sehari

Sijil Kuarantin

 Burung

RM 2.00 setiap konsainan

 

Anjing

RM 2.00 seekor

 

Kucing

RM 2.00 seekor

 

Kuda

RM 2.00 seekor

 

Kerbau, lembu dan unta

RM 2.00 seekor

 

Kambing biri‐biri dan kambing

RM 2.00 seekor

 

Rusa

RM 2.00 seekor

 

Ayam, itik, angsa dan burung

Unta

RM 2.00 setiap konsainan

 

Babi

RM 2.00 seekor

 

Binatang‐binatang lain

RM 2.00 seekor

Suntikan anti‐rabies

Anjing

RM 25.00 seekor

Mikrocip

Anjing

RM 100.00 seekor



Resit rasmi Kew-38 dikeluarkan.



-Merekod konsainan import anjing tersebut. Konsainan anjing dilepaskan.



Pensampelan Konsainan Anjing peliharaan Terkawal Yang Diimport Dari Negara-negara berjadual


 Pengendalian Haiwan


Anjing yang disyaki berpenyakit dikendalikan dengan cara memakaikan “muzzle” bagi mengelakan anjing menggigit.


 



4.Pengambilan sampel darah


Darah diambil pada bahagian ‘cephalic vein’ dengan menggunakan jarum (21 G) dan Venojet tiub.Sampel darah diambil sebanyak 10 ml.Sampel yang diambil ditanda no. Pengenalan.

Vena Cephalica Antibrachii Anterior ; Pembuluh darah ini terletak pada bagian distal anterior kaki depan. Ini boleh dilakukan pada haiwan anjing, kucing, ruminansia kecil seperti kambing yang berukuran kecil, jika haiwan tersebut direbahkan).
 

Prosedur pengambilan darah adalah sebagai berikut:


1.     Bulu di sekitar pembuluh darah dicukur bila perlu.
 Pembuluh darah diambil pada bahagian siku.
 Setelah darah diambil, tempat tersebut disapu dengan kapas yang dibasahi alkohol. Tujuannya adalah untuk desinfeksi.


2.     Jarum suntik steril dicucukkan dengan sudut 300 ke arah atas pada pembuluh darah dengan lubang jarum menghadap ke atas.
Setelah jarum masuk, lakukan pengambilan darah tersebut.



5.Pengendalian Penghantaran Sampel

Mengisi Borang Makvet 01 bagi penghantaraan sampel darah.



6.Penghantaran sampel



Sampel yang telah siap dimasukkan ke dalam plastik dan diletakkan dalam flusk bersama ais dan terus dihantar ke Makmal Diagnosa Veterinar dengan cara penghantaran sendiri atau penghantaran pos berbayar.


 

Penghantaran sample ke Institiut Penyelidikan Haiwan Ipoh (VRI)

 

* Pengambilan contoh darah dilakukan ( 1-3 ml ) di dalam Plain tube

* Pastikan darah yang diambil di simpan di peti sejuk jika tidak sempat melakukan penghantaran pada hari tersebut.

7.Keputusan makmal

Menerima keputusan pihak makmal.Jika keputusan yang diterima positif Rabies, anjing tersebut perlu dilupus. Jika keputusan yang diterima negatif Rabies, anjing sedia untuk dilepaskan.


 Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks