Monday, August 23, 2010

Penternakan Lembu Fidlot


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Penternakan Lembu Fidlot

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

FIDLOT :DEFINISI
Ternakan diperlihara (dikurung) dalam kawasan terhad (kandang) dan diberi makanan dan minuman secukupnya
Memelihara lembu secara intensif dalam kandang / kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu pedaging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan bermutu, air bersih, mineral & vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.
TUJUAN & KONSEP
TUJUAN

1. Membesar & menggemukan lembu dengan cepat & cekap
2. Satu sistem bercorak komersil bertujuan mendapat keuntungan
KONSEP
1. Semua kos input utama : ternakan, makanan, .kandang dll adalah minimum tetapi pada spesifikasi sepatutnya
2. Kejayaan bergantung kepada persiapan yang rapi, lengkap dan teratur
SISTEM
ö Sekali masuk - sekali keluar
Sekumpulan ternakan diperlihara dalam satu masa sehingga tamat tempoh. Selepas semua habis dipasar baru diperlihara kumpulan berikutnya
Beberapa kumpulan diperlihara secara berperingkat sehingga tempoh tertentu. Setiap kumpulan diperlihara & dipasar secara berterusan
UNTUNG RUGI OPERASI
FAKTOR

ö Faktor ternakan
1. Harga belian feeder
2. Harga jualan finisher
3. Keupayaan & prestasi baka yg digunakan
ä Faktor makanan
Harga makanan

Garis panduan amalan penternakan fidlot yang baik
1. 0.50km jarak dari kawasan penempatan awam
2. paksi memanjang timur barat
3. Reka bentuk, ukuran menentukan kandang mempunyai pengudaraan yang baik
4. Mempunyai system saliran perparitaan berfungsi baik
5. Tempat menimbang,mempunyai tempat pemunggahan ternakan
Ternakan
Perolehan bekalan feeder bebas penyakit
Timbang berat badan individu semasa tiba
Tentukan feeder baru tiba tidak stress
INFRASTRUKTUR
1. Lokasi
2. Kandang
3. Pagar Perimeter & Pintu Utama
4. Kolam Takungan Najis
5. Tempat Pemungahan Ternakan
6. Stor Makanan, Peralatan,Ubatan & Bahan Kimia
7. Ruang Makan & Palung Air Minuman
8. Tempat Rawatan & Menimbang LOKASI
1. Terletak ≥ 0.5 km radius dari kawasan perumahan / perindustrian
2. Mempunyai kemudahan jalan keluar masuk untuk pengangkutan.
3. Mudah mendapat air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.
4. Berhampiran dengan kilang membuat makanan yang akan digunakan.
5. Mempunyai kemudahan salirkan untuk mengalirkan najis dan basuhan kandan, tanpa mencemar air kegunaan orang ramai.
6. Terletak berhampiran dengan pasaran daging yang berpotensi.
7. Mempunyai bekalan elektrik - bagi perusahaan secara komersil perlu untuk menjalankan mesin makanan, pam air, lampu dll.
8. Elak kawasan rendah & mudah ditenggelami banjir

KANDANG
1. Ruang kandang yg mencukupi & selesa, sekurangnya 20 - 25 kaki persegi bagi seekor lembu
2. Gunakan lantai konkrit (ketebalan 10cm/4 inchi)- memudahkan pencucian kandang serta memberi keselesaan pada ternakan
3. Kecuraman lantai - 1m bagi setiap 24 m panjang bagi mengelak air bertakung & memudahkan pembuangan najis ke longkang. Lantai tidak terlalu licin, elak daripada tergelincir
4. Tinggi kandang ≥ 10 (3.0 m) dari lantai ke bumbung bagi menyediakan siatem pengudaraan yang baik
5. Kandang separuh bumbung memadai untuk mengurangkan kos, mempercepatkan pengeringan lantai & memberi sinaran matahari terus pada lembu
6. Pagar / dinding setinggi 1.2 - 1.5 m dengan jarak antara palang dinding 0.3 mKandang daripada bahan yang tahan lama, tidak berkarat serta mudah dicuci.

PAGAR PERIMETER & PINTU UTAMA
1. Ladang dilingkungi dengan pagar perimeter yang mempunyai hanya satu pintu masuk utama bagi tujuan biosekuriti
2. Vehicle dip dibina dipintu masuk utama untuk tujuan disinfeksi kenderaan yang masuk keluar ladan

KOLAM TAKUNGAN NAJIS
1. Takungan najis bagi menampung pepejal najis supaya hanya air jernih sahaja mengalir keluar dari kawasan kandang. Elak najis daripada mencemarkan sungai & persekitaran
2. Ukuran takungan najis bergantung kepada bilangan ternakan. Bagi 50 ekor lembu dewasa kolam berukuran 2 m panjang, 2 m lebar & 1 meter dalam
3. Keluarkan najis apabila kolam penuh, boleh diguna sebagai baja
TEMPAT PEMUNGAHAN TERNAKAN
1. Diperlukan bagi menyenangkan kerja-kerja pemungahan ternakan & makanan
2. Tanah dipotong / ditambak @ tangga dibina setinggi lantai lori
3. Loading ram sentiasa berkeadaan baik & selamat digunakan

STOR MAKANAN, PERALATAN,UBATAN & BAHAN KIMIA
1. Stor makanan, peralatan, ubatan veterianar, bahan kimia dibina @ bilik berasingan
2. Berbumbung, berdinding, berlantai serta kalis api & serangga
3. Dibina dengan sistem pengudaraan yang baik
4. Ubatan veterinar disimpan dlm kabinet khas & terkawal dalam stor ubat
5. Stor makanan -mempunyai kemudahan untuk memungggah guni-guni makanan
RUANG MAKAN & PALUNG AIR MINUMAN
1. Ruang makan perlu disedia secukupnya supaya semua lembu boleh makan serentak. Anak lembu memerlukan ruang sepanjang 0.45 m seekor, dewasa 0.6 m.
2. Kedudukan palung air minuman bergantung pada reka bentuk kandang. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung air boleh ditempatkan di antara petak.
3. Konkrit merupakan bahan sesuai, tong dram dan alternatif lain boleh diguna

TEMPAT RAWATAN & MENIMBANG
1. Ladang mesti dilengkapi dengan travis untuk memudahkan kerja-kerja rawatan, pengasingan & menimbang ternakan
2. Travis mestilah sentiasa berkeadaan baik & selamat digunakan
— BEKALAN LEMBU FEEDER
1. Diperolehi daripada pembekal (samada ladang atau gerompok ternakan ) yang telah diperakui bebas penyakit oleh JPH.
2. Kempulan lembu feeder yang dibeli perlu mempunyai sijil kesihatan dan dokumen perjalanan yang lengkap

— PENGURUSAN
Pengurusan cekap & sistematik untuk kesihatan, peningkatan berat harian yang maksimum, kos operasi yang minimum & keuntungan optimum

€ MELIBATKAN PENGURUSAN
1. Personel
2. Ternakan & kandang
3. Makanan & kesihatan
4. Rekod
PEGURUSAN PERSONEL
€ Bil pekerja operasi fidlot secara komersil:
‚ Operasi manual : 1 orang untuk 200 ekor
‚ Operasi mekanikal : 1 orang untuk 400 ekor
‚Bagi Fidlot kecilan guna tenaga keluarga : 1 orang untuk 50 ekor
€ Sediakan jadual bertugas, jadual kerja harian supaya penyelenggaraan operasi &
pengurusan lebih cekap

PENGURUSAN TERNAKAN BARU TIBA
1. Periksa untuk kepastian bebas jangkitan penyakit, infestasi kutu , tidak cacat, tiada kecederaan serta mempunyai keseragaman badan .
2. Timbang untuk rekod berat awal dan diasingkan mengikut kumpulan berat badan yang sama .
3. Pastikan ternakan mendapat air minuman yang mencukupi dan telah dibancuh ubat `anti-stress` contoh stress pack untuk mengurangkan tekanan stress.

PENGURUSAN TERNAKAN SEMASA PEMELIHARAAN
1. Beri makanan bermutu secukupnya ( 3 % berat kering daripada berat badan), 2 x sehari: 7-9 pagi & 6 jam kemudian (1 - 3 petang)
2. Sekiranya ternakan belum biasa dengan PKC, perkenalkannya dengan mencampur rumput & molasses.
3. PKC sentiasa ada dalam palung, tambah jika kurang dengan kadar berpatutan Makanan sisai hendaklah diasing untuk ditabur ke atas makanan yang baru ditambah. Buang jika kualiti tidak elok.

å Air minuman
Air minum yang bersih sentiasa tersedia secukupnya di dalam palung
æ Mineral
Campur dengan kadar 1 kg setiap 100 kg PKC
Atau garam jilatan (blok mineral)
‰ Menimbang
Timbang setiap bulan @ sekuranganya pada pertengahan & akhir tempoh pemeliharaan untuk rekod kenaikan berat badan
Perlu untuk menyelaras pertambahan makanan & singkiran yang terbantut, sakit untuk mengelak kerugian
¥ Aktiviti lain
Elok mandikan ternakan 1 x sehari
Program kesihatan jika perlu
Kerja-kerja pengrekodan

PENGURUSAN KANDANG
1. Bersih kandang & kawasan sekeliling sekurangnya sekali sehari. Pastikan tidak membasahi palung makanan
2. Cuci perlatan ladang selepas digunakan
3. Bersih takung makanan setiap hari
4. Bersih palung air setiap minggu
PENGURUSAN MAKANAN
1. Bekalan makanan seperti PKC & hasil buangan pertanian : hampas soya, sagu, barli, nenas
2. Periksa kualiti makanan yang diterima & pantau dari masa kesemasa
Jika perlu, ambil contoh makanan secara rawak untuk ujian kualiti & aflatoksin
PENGURUSAN KESIHATAN
1. Pastikan kandang yang telah digunakan didisenfek sekurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk
2. Sediakan ubatan asas untuk rawatan luka, myiasis, diarea, sakit mata, kembung, rawatan sokongan (vitamin, tonik) & antibiotik berspektrum luas.
3. Perhatikan kesihatan ternakan semasa memberi makan, mandi @ basuh kandang
4. Laksanakan program kesihatan jika perlu seperti nyahkutu, nyahcacing terutama semasa menerima ternakan
5. Asing & buat rawatan awal ternakan sakit sekiranya ekonomik dirawat & tidak berjangkit pada ternakan lain
6. Penyakit lazim lembu fidlot ialah diarea, kembung,myiasis, pneumonia,asidosis, sakit mata

& kematian, pemsasaran/jualan, personel, kewangan
Makanan
Tempat simpanan makanan kalis haiwan liar, mempunyai pengudaraan yang baik
Jika tempat simpanan makanan berlantai simen atau tanah makanan di simpan dialas diatas lebih kurang 15 cm

Air minuman
sumber air bersih
ternakan diberi air minuman suhu sesuai 10-12°C
Pantau kualiti air pH 6.0-8.0

Kawalan Pencemaran

1. Tidak terus disalir ke dalam system peparitan luar
2. kolam effluent 3 peringkat pengolahan najis & air cucian kandang
3. BOD air kumbahan dr kolam effluent peringkat ketiga kurang 50 ppm

Sanitasi
Membiarkan kandang kering dan kosong sekurang2nya 1 minggu sebelum kumpulan feeder baru dibawa masuk

PENGURUSAN REKOD
1. Penting untuk penilaian projek : prestasi ADG, & kos operasi berbanding pendapatan bagi mendapat pulangan maksimum
2. Rekod yang perlu: pembelian feeder, pemberian makanan harian, ADG, kesihatan

PEMASARAN
1. Paling penting dikaji sebelum operasi fidlot dijalankan.
2. Timbangan hidup hendaklah diguna sebagai asas jualan
3. Kaedah pemasaran
4. Jualan lembu hidup pada peraih / butcher
5. Jualan hidup untuk aqiqah & kurban
6. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

Contoh aliran tunai

Penternakan Fidlot adalah usaha bercorak komersial, Segala kos kecekapan pemeliharaan perlu diambil kira supaya mendapat keuntungan. Segala pembaziran input spt makanan air dan elitrik hendaklah dielakkan.

Bil lembu Fidlot : 18 ekor

Jangka masa pelihara : 106 hari

A) Hasil

Item

Unit

Harga/unit

Kuantiti

RM

RM/ seekor

Jualan

Lembu hidup

Kg

6.05

3219.5

19477.96

1082.11

Jumlah

Hasil

19477.96

B) Kos berubah 1

Item

Unit

Harga/unit

Kuantiti

RM

RM/ seekor

Anak lembu

Kg

4.00

1934.50

7738.00

429.90

PKV

Kg

0.31

7833.00

2428.23

134.90

Molasses

Kg

0.38

144

54.72

3.04

Garam biasa

Kg

1.00

22

22.00

1.20

Mineral Primix

Kg

1.00

25

25.00

1.39

Mineral block

Kg

2.10

40

84.00

4.67

Jumlah

Kos berubah 1

10351.95

575.11

C) Marjin kasar 1(A-B) 9126.03 507.00

D) Kos berubah 2

Item

Unit

Harga/unit

Kuantiti

RM

RM/ seekor

Ubat-ubatan

RM

454.50

25.25

Peralatan

RM

23.50

1.30

Upah pekerja (4 orang) 1 orang RM 127.50

RM

RM 5X 4 orang X 106 hari

2040.00

113.00

Kos lain-lain

RM

30.00

1.67

Jumlah

Kos berubah 2

RM

2518

139.89

E. Marjin kasar 2

( Marjin kasar 1 – Jumlah kos berubah 2) 6608.03 367.11


Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Kenali Rumput untuk Ternakan Ruminan

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pastura atau Rumput Ternakan

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Rumput ragutan adalah merupakan sumber makanan utama bagi ternakan ruminan kerbau, kambing , lembu dan bebiri. Dengan adenya berbagai zat, maka kesihatan ternakan bergantung kepada zat-zat yang di perolehi dalam rumput.
Ciri Ciri Pastura yang diingini
-Hasil sepanjang masa ( kandungan bahan kering)
-Nilai zat yang tinggi, terutama kandungan proton kasar
-Mempunyai nilai penghadaman yang baik ( mudah dihadamkan)
-Tahan lasak iaitu tahan kepada keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula dari segi penjagaan
-Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula ( selepas potong atau diragut) yang cepat
-Kadar daun berbanding batang adalah tinggi
-Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang
-Berekonomik untuk di usahakan
-Lazat iaitu digemari oleh ternakan

Panduan am pemberian makanan

Diperingkat penternak panduan pemberian makanan untuk ternakan ruminan fidlot sama ada lembu, bebiri atau kambing ialah seperti berikut

Beri rumput segar 10% dari berat badan lembu = untuk sara diri
Contoh
Berat 400 kg lembu X 10 = 40 kg rumput
100

Kenali Rumput Disekeliling anda
Yang boleh digunakan untuk makanan Ternakan

Bracharia Mutica / Para Grass/ Rumput sawah
Famili: Gramineae (pastura)
Tanam: Biji benih / Batang 1’ X 2’
Protien kasa: 13% ( 3 minggu kematangan)
100-110 metrik tan/ hektar/ tahun
Bracharia Decumbens / Signal Grass/ Rumput Selon
Famili: Gramineae (pastura)
Tanam: Biji benih/ batang stolon
Protien kasar: 10% (3 minggu kematangan)
75-100 metrik tan/ hektar/ tahun Cynodon Plectostachyus/ African Star Grass
Famili: Gramineae (pastura)
Tanam: Biji benih, batang, stolon
Protien kasar: 8.5 %
75 metrik tan/ hektar/ tahun
Pannisetum Purpureum/ Napier/ Elephant Grass
Rumput Gajah Common
Uganda

Famili : Gramineae (Fodder/ Silaj)
Tanam : Keratan batang
Protin kasar: 17 % (3 minggu kematangan)
190-250 metrik tan/ hektar/ tahun
Panicum Maximum ( Guinea Grass)
Rumput Kuda Cv Hamil
Cv Common
Cv Green Panic
Cv Purple
Famili: Gramineae (pastura dan foder)
Tanam : Biji benih
Protin kasar: 13% ( 3 minggu kematangan)
150-200 metrik tan/ hektar/ tahu Paspalum Conjagatum / Buffalo Grass
Rumput kerbau
Famili : Gramineae (rumpai)

Chrysopogon Aciculatus / Love grass
Rumput kemuncup/ Rumput jarum
Famili : Gramineae (rumpai)
Mikania Cordata / CeromaSelaput Tunggul

Famili : Gramineae (rumpai)
Butterfly Pea/ Centrosema Pubescens / Centro
Famili: Leguminosae / Kekacang (pastura)
Tanam : Biji benih
Protin kasar: 19% Pueraria Phaseoloides / Peuro/ Tropical Kudzu

Famili: Leguminosae / Kekacang (pastura)
Tanam : Biji benih
Protin kasar: 15-16%

Calapogonium Mucunoides / Calapo
Famili: Leguminosae / Kekacang (pastura)
Tanam : Biji benih
Protin kasar: 15-16% Stylosanihes Guyanensis/ Stylo/ Brazilian Locerna
Famili: Leguminosae / Kekacang (pastura)
Tanam : Biji benih
Protin kasar: 17%
Leucaena Leucocephala/ Leucaena/ Petai belalang
Famili: Leguminosae / Kekacang (pastura)
Tanam : Biji benih
Protin kasar: 25% Lain- lain rumput yang boleh dimakan oleh ternakan
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks