Thursday, August 12, 2010

Ternak Puyuh Telur


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Ternak Puyuh Telur

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Jenis Jenis Puyuh Penelur
A)Conturnix Japanica asal Jepun Pengeluaran / tahun 250-280biji
B)Japanese Seatke asal USA Pengeluaran/ tahun 240-260biji
C)Cari Strain asal India Pengeluaran / tahun 250-270biji
D)Japanese Taiwan asal Kacukan Jepun Taiwan Pengeluaran /tahun 220-250biji
E)Kacukan Tempatan Pengeluaran/ tahun 220-250biji

Persiapan Prasarana
Reban dan sangkar telah dicuci bersih tikus sudah dihapuskan dan gunakan penghapusan hama dan disinfectan. Pilih perindukan atas lantai atau dalam sangkar. Pilihan perindukan atas lantai atau dalam sangkar. Peralatan telah dicuci bersih, Letrik dan air dalam keadaan baik Biosekuriti di tahap terbaik dari segi kemampuan.
Pengasingan jantina
Jantina boleh dikenali pada umur sehari. Kecekapan di perlukan dengan periksa organ seks. kanta magnifying glass membantu periksaan tersebut.Perbezaan jantan betina seawal-awal umur mencapai 2 mingguJantan bulu dada berwarna kemerah-merahan cokelat. Betina buluan dada berwarna dan berbintik hitam dan coklat.

Pemindahan Ke Sangkar Penelur
Setelah saiz (badan) puyuh bersesuaian dengan sangkar penelur (supaya tidak lepas).Selepas asingkan (sexing) puyuh betina dipelihara tidak melebihiumur 35 hari, sebelum dipindahkan ke sangkar penelur.Berikan peluang sekurang-kurang 1 minggu untuk menyesuaikan diri dengan sangkar penelur.Pemberian minuman anti stress bagi mengurangkan tekanan
Sangkar Penelur
Jenis Sangkar telur. Upah / buat sendiri menggunakan kayu + Jaring BRC, Sangkar jenis galvanised tetapi agak mahal sedikit. Susunan bertingkat menegak keatas (pangsa). Susunan bentuk A. Lantai menurun curam sedikit ke hadapan bagi telur bergolek. Bekas makanan diluar Sumberair automatik (nipple ) atau palung air di luar.
Prestasi Puyuh penelur
Keperluan makanan sehingga umur 5 minggu sebanyak 410 gram sehari.. Umur 5-57 minggu sebanyak 9600gram sehari.. Berat badan mestilah mencapai umur 5 minggu ialah 125gram dan 57 minggu mestilah mencapai 174gram. Kadar kematian 5 hari pertama dalam lingkungan 1.07% dan Minggu kedua hingga 57 minggu 1.58% minggu.
Prestasi puyuh penelur IKTA
Pengeluaran umur mula bertelur pada 40-42 hari. Umur Puncak pengeluaran 13 minggu Puncak pengeluaran 94%. Pengeluaran seekor /52 minggu ialah 260biji telur. Kadar penukaran makanan adalah seperti berikut makanan /biji telur=347gram (Makanan /kg telur- 2.77kg makanan/ kilogram telur)
Pengurusan Telur
Sifat telur normal iaitu warna kelabu kekuningan bertompok hitam-cokelat. cengkerang nipis mudah retak /pecah.Sifat telur tidak normal ialah warna biruatau warna lain atau tanpa tompok, bentuk herot, cengkerang tidak terbentuk dengan baik ( lembik) telur jumbo-2 kunng telur.
Telur lembik dan herot sebab kurang kalsium, vitamin D, ada jangkitan penyakit. Penyelesaian makanan bermutu dan kawalan penyakit. Kurang pengeluaran telur, Zat makanan tidak mencukupi kalsium vitamin dan protien (puyuh gemuk sangat) Puyuh sudah tua penyakit sampar & bronchitis.
Kutip telur sebaiknya 2 kali sehari (75% puyuh bertelur diantara jam 3 hingga 6 petang). Penyimpanan telur sebaiknya tidak melebihi seminggu & simpan tempat berhawa sejuk dan lembap. Dulang telur puyuh susunan dengan bahagian runcing di bawah.
Pengurusan Cahaya
Cahaya matahari tenaga ultra violet (UV) merangsangkan penghasilan vitamin D untuk tujuan kesihatan tulang dan pembentukan cengkerang telur yang normal. Cahaya lampu panjang ada tenaga ultra violet. Cahaya mentol Balb tidak ada tenaga ultra violet. Sudah ada cukup vitamin D dalam makanan komersil tidak perlu UV cuma perlu cahaya bagi rangsang hormon badan. Pengaruh cahaya (bilangan jam yang mencukupi setiap hari) semasa peringkat bertelur. Penghasilan hormon yang optima supaya pengeluaran telur berada di tahap yang paling mampu dikeluarkan oleh puyuh.pengurusan (bilangan jam cahaya) bermula dari umur sehari hingga tamat tempoh pelihara.
A) 2 minggu pertama 24jam cahaya/ hari.
B) Minggu ke 3 berikan 13 jam cahaya terang (11jam cahaya malap)
C) Minggu ke 5 berikan 15 cahaya terang ( nilai kritikal bagi rangsangan peralatan / organ telur puyuh)
D) Minggu ke 6 hingga tamat- 16 hingga 17jam cahaya terang.
Pengurusan Penternakan
Sistem PengurusanSistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.
Peringkat Perindukan

Jika menjalankan sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik.Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000-1200 ekor anak puyuh penelur boleh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.Bagi pemeliharaan menggunakan kotak khas tentukan penempatan anak puyuh tidak bersesak. Kadar kematian yang tinggi sering berlaku semasa perindukan disebabkan kesesakan dan kesejukan. Gunakan keluasan lantai 167 sentimeter persegi untuk sekor puyuh sehingga berumur 5 minggu. Anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 100 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'.
Peringkat Pembesaran
Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 35 hari. Puyuh akan ditangkap dan dihantar ke bangsal pengeluaran. Puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) pada umur 42 hari.
Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak seluas 1 meter persegi boleh membesarkan sehingga 50 ekor puyuh penelur. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga berumur 35 hari. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu ketak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.
Peringkat PengeluaranSetelah tamat tempoh pembesaran, puyuh betina akan dipilih dan dipindahkan kebangsal pengeluaran. Pada peringkat umur 21 hari keatas jantina puyuh boleh dikenal mengikut warna bulu didada. Puyuh jantan dikenali dengan warna coklat ( cinnamon ) dibulu bahgian dada dan leher. Puyuh betina kelihatan sama seperti jantan kecuali bulu bahgian dada dan leher berbintik hitam. Puyuh jantan tidak diperlukan dan dijual atau diproses untuk dijual sebagai puyuh proses.Puyuh betina akan mula bertelur apabila berumur 42 hari keatas. Telur-telur permulaan adalah bersais kecil. Sais telur membesar mengikut umur. Masa bertelur adalah disebelah petang. Sebanyak 75 % telur diperolehi dari waktu 4 - 7 petang dan sebakinya pada waktu malam. Pungutan telur lebih baik dijalankan semasa malam kerana masih segar. Jika tidak, maka kutipan boleh diadakan diwaktu pagi. Gunakan bekas khas untuk telur puyuh semasa pungutan. Jangan gunakan bakul untuk kutipan telur. Telur puyuh mudah retak tetapi susah untuk pecah. Telur-telur puyuh hendaklah disimpan didalam bilik dingin dengan kelembapan yang tinggi. Untuk telur yang segar, telur puyuh hendakalah dijual dengan segera.Untuk pengeluaran telur yang optimum, puyuh penelur berkehendakkan 17 jam cahaya setiap hari . Dua belas jam adalah dari cahaya matahari dan sebakinya dari cahaya tiruan menggunakan lampu kalimantang. Kadar pengeluaran telur adalah seperti di Lampiran 5. Puyuh diternak selama 40 -50 minggu sebelum disingkirkan dan diganti dengan puyuh penelur baru. Puyuh-puyuh yang disingkir diproses dan dijual sebagai puyuh proses.Disepanjang pemeliharaan puyuh penelur, puyuh-puyuh yang mati perlu dikeluarkan dan dimusnahkan setiap hari. Makanan dan air diberi setiap hari. Sistem pemberian air menggunakan cawan atau puting ( peralatan ayam ) boleh digunakan untuk pemberian air. Puting atau cawan air ditempatkan dibelakang sangkar. Pemberian makanan menggunakan palong khas dan ditempatkan didepan sangkar. Pemberian makanan dan pungutan telur secara otomatik boleh dilaksanakan. Pembekal peralatan ternakan ayam ada membekalkan peralatan tersebut.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

4 comments:

  1. wow..telor ayam puyuh...tp banyak kolestrol..xleh makan banyak2..

    ReplyDelete
  2. haiipp macam buka bisnesss baru je haha detailss gitu

    ReplyDelete