▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Untung Rugi Ternak Puyuh Daging
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1. Ternakan puyuh tidak memerlukan modal permulaan yang besar. boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah
2. cepat dapat hasil iaitu 6 minggu sahaja dah boleh jual
3. Memerlukan makanan yang kurang iaitu 780 grm-1 kg seekor puyuh (dalam masa 6 minggu)
4. Tak banyak masalah penyakit
5. Jarak ternak puyuh pendek.. dalam setahun boleh bela 5 hingga 6 pusingan
Di sini saya kirakan anggaran satu projek ternakan puyuh untuk 1 pusingan ternak puyuh ni... mari lihat jalan kira-kira tersebut seperti dibawah ni...
Analisis marjin kasar ( satu pusingan pemeliharaan)Untuk sekali bela dan terus jual Apa yang yang kita dapati dari analisis marjin kasar secara ringkasnya dari harga mula seekor anak puyuh umur sehari 0.45 sen..Jumlah kos pemeliharaan dari beli benih dan bela hingga akhir pemprosesan RM 1.65 sen seekor. dan kita akan dapat keuntungan bersih seekor 0.27 sen seekor sahaja.. hah kat sini nampak macam untung sikit sangat...
Sebenarnya jangan kita lihat pada keuntungan seekor 0.27 sen itu.. cuba kita lihat pula gred -gred puyuh dan harga pasaran .. macam kat bawah ni
Harga berbeza mengikut tempat, masa dan saluran pemasaran. hah kat sini lah ke untungan yang kita nampak sebenarnya... perbezaan harga antara harga proses dan kalau kita jual pula dengan harga borong atau harga runcit.. kat sini lah keuntungan kita
Pengedaran dan PemasaranBiasanya kalau nak dapat untung lebih penternak puyuh daging ni merupakan penternak dan pemproses puyuh. Daging puyuh dibungkus dalam bag plastik dan di simpan dalam keadaan sejuk beku untuk di edarkan..biasanya 10 ekor satu pack... pastu kalau orang oder baru hantar atau di jual di pasar tani atau kedai-kedai runcit ...atau jadi pengedar terus ke restoren, hotel yang menjadi pelanggan tetap..
Ok akhir sekali kalau kita kira lah ye puyuh boleh bela 5 hingga 6 pusingan setahun.. jadi kalau kita ternak 10000 ekor sekali ternak boleh dapat pendapatan baik lah gak.. 10000 ekor ni tak besar mana pun reban dia kecik aje...
Berkenaan bekalan anak puyuh tu... kami syorkan silalah rujuk semula● Pusat Latihan Ternakan Ayam, Ayer Keroh, Melaka Telefon: 06-2323280
Insya Allah mereka di sana akan membantu kepada sesiapa yang berminat menceburkan diri dalam ternakan puyuh.. ayam .. Itik ke atau aneka unggas... kami syorkan cari baka puyuh Ikta lebih besar dari yang biasa punya baka..
rugi jika tak makan puyuh tu
ReplyDeletelama tak makan puyuh goreng rangup...
ReplyDeletesalam sy baru mula ternak puyuh nak tau cara menetepkan harga puyuh peroses dantelor bagaimana kiraanya tq
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete