Tuesday, August 17, 2010

Ternakan Itik Daging



▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Panduan Menternak Itik Pedaging

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
Biasanya itik di ternak di kawasan yang berparit atau kolam kerana dipertcayai itik memerlukan nya dalam kehidupanm untuk membesar dan membiak. Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itik yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripadaa ayam.
Risalah ini memberi panduan secara ringkas mengenai baka, makanan dan pengurusan yang boleh membantu mereka yang berminat untuk membela itik daging ini..
Baka Itik Pedaging

(A) peking

(B) Aylesbury (C) Rouen (D) Cherry Valley (E) Muscovy Potensi Itik Pedaging Mengikut Bakanya

Itik Peking- Umur 8 minggu –berat 2.8-3.0kg

Itik Rouen- Umur 8 minggu- berat 2.8-3.0kg

Itik Aylesbury- Umur 8 minggu- berat 2.7-2.9kg

Itik Muscovy – Umur 16 minggu- berat 4.5-5.0kg (jantan) 2.5-3.0( betina)

Itik Cherry Valley- Umur 47 hari- berat3.2(FCR 2.8:1)

C.P. Duck-Umur 47 hari- berat 3.0( FCR 2.8:1)

Reban Itik
Keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembab sepanjang tahun.Reban itik patut dibina rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang baik tingi (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring atau terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan atap nipah/ rumbia adalah digalakkan

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik:
Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Eloknya jika terdapat reban itu di bawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor/m2. Untuk 100 ekor itik saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3 m x 5 m. Jika reban sedia ada, bersihkan reban itu.· Sediakan/buatkan bidai/tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai/tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk.· Tabur abuk kayu/sekam padi setebal 2.5 – 5 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering.· Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik dimasukkan.· Sediakan tempat makan dan minum.
Ketibaan Anak Itik:· Periksa, kira dan rekod bilangan anak-anak itik yang diterima.· Asingkan yang mati dan sakit; takai yang cacat.· Celupkan paruh anak itik ke dalam air bercampur glukos dan vitamin
Dari 0 – 2 Minggu:
· Pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Suhu yang diperlukan ialah 35o C. Bila suhu bilik telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tirai, apabila panas (tengahari hingga petang).· Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya bilik reban terang dan itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.· Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk mempastikan tidak dijangkiti sakit.· Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble.· Tabur abuk kayu/sekam padi tambahan ditapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering.· Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai.· Setelah anak itik berumur 1– 2 minggu potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecederaan apabila ia mematuk sesama sendiri.

Umur 3 – 4 Minggu:
Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu ke atas, makanan Duck Grower diberi.· Itik boleh di didik bermain di dalam air jika terdapat kolam atau parit di tepi sawah dan boleh dilepaskan merayau ke tepi sawah dan sekeliling reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.

Umur 5 -13 Minggu:
Mulai minggu ke 5 atau pun selepas menuai, lepaskan anak-anak itik ke dalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mula panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu redup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.· Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya boleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan.

Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.
Kos Pemeliharaan Kos Pemeliharaan Bagi 100 Ekor Itik Dalam Semusim Padi

Anak itik (100 ekor @ RM2.50) - RM250.00

Reban (RM400) – - RM 80.00 (Untuk 5 musim)

Makanan (Duck Starter Crumble – 50 kg/bag) Makanan (Duck Grower – 50 kg/bag)
1 bag @ RM48 - RM 48.00

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

9 comments:

  1. wah afzainizam..siap ada menu cara memasak itik lagi...tak pernah aku rasa makan itik..meggi perisa itik pernahlah

    "Jam Terbesar Di Dunia ,Mecca Royal Clock Hotel Tower"

    ReplyDelete
  2. macam menarik pulak bela itik ni. kos pon boleh tahan.
    kali terakhir makan itik, masa tok buat rendang itik. haha, lain jugak rasa dia. ni kalau dapat itik sekor, nak juga cuba peking duck style. hahaah

    ReplyDelete
  3. huhuhu...comel lak tgok itik nih...x smpai ati nk semelih...hahaha

    ReplyDelete
  4. halo sya dari NTB di mana kita bisa dapatkan benih itik pedaging

    ReplyDelete
  5. Boleh kasi tau saya mana nak dapat makanan itek RM 48.00/bag tu..50kg/bag. Harga pasaran sekarang untuk duck starter ja dah RM 96.00/bag 50kg tu..Grower pula RM 94.00/bag 50kg la tuan. Kalau buat sendiri pun >< RM 62.00/bag 50kg tu.Tu tak kira lagi cost buruh , mesin dan utility lain spt api, air dan plastik bag..

    ReplyDelete
  6. salam saya nak cari mentor untuk ibu saya yang berminat untuk membela itik tanah ada cuma nak buat rban tak tahu bagai mana kawasan dekat dengan sungai dan masaalah utama binatang liar seperti ular, musang dan biawak paten bagai mana yang palig sesuai untuk reban itik di kawasan begini

    ReplyDelete