Sunday, June 6, 2010

Kelahiran Anak Lembu..


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Kelahiran Anak Lembu

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sorry lama gak tak buat entry ni... Tak ade citer ape kali ni.. cuma ceriter pasal kelahiran anak lembu aje... bagi sesiapa yang tak tau dan tak pernah nampak lembu beranak ni ade citer pasal lembu beranak secara life...kalau korang nak tau Lembu bunting selama 280 hari ( 9 bulan kurang/ lebih 10 hari) macam manusia gak...

Tanda Akhir Bunting
1) Ambing, puting susu semakin besar dan susu kolestrum mula terhasil 2) Vulva bengkak dan dua bibir vulva merenggang 3) Pangkal ekor terangkat

Tanda Hendak Beranak
1) Resah gelisah dan mengasingkan diri 2) denyutan nadi dan pernafasan meningkat.. Nampak tercungap-cungap.. 3) Vulva bengkak sehingga enam kali saiz biasa.. kemerah-merahan.. 4) Lendir kelabu pekat keluar melalui vulva 5) kelihatan water bag keluar hah ni gambar contoh- contoh tanda hendak beranak

Proses Kelahiran Normal
-Asing ternakan bunting berat (peringkat bunting 5 bulan) dalam kandang khas
-Jalankan pemerhatian /pengawasan selepas terdapat tanda kelahiran (jangkaan 3 jam selepas tanda akan berlaku kelahiran)
Proses kelahiran peringkat Pertama
- Selama 6 jam
-Tidak berapa jelas pada mata kasar kalau tak perhatikan betul-betul memang tak perasan
-Aktiviti teran meneran menolak anak keservik dan vargina
-kantung allantokorion pecah
-kantung amniotic (mengandungi anak) ditolak ke rongga pelvic
- rangsangan pengucupan abdominal
Proses Kelahiran Peringkat Kedua
- Selama 70 minit
-Bermula dengan pengucupan otot abdominal
-Kantung aminiotik ditolak ke vargina
-Fetus muncul di valva dan kaki hadapan kelihatan dalam kantung amniotic (water bag)
-Aktiviti meneran dan tunjahan kaki anak memecahkan kantung amniotic, cecair amniotic keluar
-Kepala anak memenuhi ruang vulva
-Kuncupan otot abdominal dan uterus sampai ke kemuncak menolak kepala anak keluar
-bahagian toraks anak ditolak melalui vulva diikuti peha dan kaki belakang.
Proses Kelahiran Ketiga
-Dalam tempoh 6 jam
-Kuncupan otot abdominal menurun
-Kuncupan otot uterus masih berlaku menolak keluar membran anak dan plasenta..
Mari lihat Proses Lembu nak beranak ni
Pengurusan anak lembu
-Anak lembu yang baru lahir mestilah diperiksa bagi memastikan ianya tidak cedera atau cacat semasa lahir
-Anak mestilah mendapat susu awal (Kolestrum) dalam tempoh 4 jam pertama selepas kelahiran
-Berikan pengenalan tetap pada setiap ekor anak lembu yang berumur seminggu
-Timbang setiap ekor anak lembu yang baru lahir dan setiap 6 bulan sekali
-Biarkan kelahiran secara natural beri bantuan kepada kelahiran yang bermasalah (dystokia)
-Rawat tali pusat anak yang baru lahir
-Pastikan anak menyusu induk selepas 1 jam utk keperluan kolostrum dan biarkan anak bersama induk untuk tempoh tiga bulan hingga cerai susu.
Kelahiran anak sukar ( tersangkut)
Ada gak proses melahirkan anak .. Mungkin disebabkan anak tersangkut di tulang Pelvik.. Mungkin anak lembu tersebut besar sangat atau ibu lembu tu kurus.. kesian plak lama dia meneran tak keluar-keluar anak dia.. Apapun proses kelahiran begini perlu kita bantu untuk tarik keluar anak tersebut sebelum ibu lembu tersebut kehilangan tenaga kerana kepenatan meneran tapi tak keluar juga.. takut anak lemah dan tak dapat bernafas dengan baik..
Pertama kena ada peralatan dalam keadaan darurat macam kat bawah ni sekurang-kurangnya
Pertama sapu pelincir disekeliling vulva dan seluk pakai tangan tolak baby tu masuk ke dalam, betulkan kedudukan baby tu... luruskan kaki bantu kelahiran tersebut...
Pasang rantai pada kaki baby lembu tu untuk tarik keluar...
kena berhati-hati tarik ikut tempoh pernafasan ibu lembu tu.. macam kat hospital orang kalau meneran kena buat perkiraan.. Satu... Dua.. Pussshhh... hah cam tulah kita tarik keluar baby tu..
Bsampai paras badan dan bahu betulkan kedudukan nya sekali lagi bantu lagi tarik keluar...

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

8 comments:

  1. sian nyer lembu nak beranak..huhu

    ReplyDelete
  2. info menarik ...bgus kepada org yang menternak lembu ni secara komersial.

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Alat Pengesan Laptop Di Kereta"

    ReplyDelete
  3. uih... susah gak lembu nak beranak yer... sampai tersplit haaa... :)

    ReplyDelete
  4. huhu thankz bro 4 the info, sonok bace tp ko jarang update la plak... pe2 pon teruskan berblogging....

    salam kunjungan

    ReplyDelete
  5. salam,

    bagus info ni..
    sebagai rujukan..

    ReplyDelete
  6. sy ade mslh ngn lembu.. bru branak smlm.. tp ibu nye bentong.. lpas je branak tros tggl kn ank die n xbg susu.. ea sepak2 anak ea lau ank ea nk isap susu.. dan skang ni sy suap ank 2 susu tp dah dalam keadaan tenat.. ank 2 dh lembik sgt.. cm ne nk wat ye?

    ReplyDelete
  7. berapa berat selalunya seekor anak lembu baru lahir

    ReplyDelete