Sunday, May 23, 2010

Pony dan kuda


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tentang Poni dan Kuda...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Poni
Poni ialah kuda yang kecil dengan ukuran ketinggian kurang daripada 14.2 hands tinggi. secara tradisinya poni dan kuda diukur dengan kaedah ukuran telapak tangan (hands hight) dan inci.
Berapa kecilkah seekor poni yang kecil?
Baka Falabella adalah baka yang kenit. ukurannya tidak melebihi 76sm (30 inci) atau 7 hannds 2 inci. Saiz baka Falabella adalah lebih kurang saiz anjing yang sederhana besar. Ia dipelihara sebagai binatang kesayangan. selain daripada itu, Poni itu tidak digunakan untuk di tunggang. Baka kedua kecil ialah Poni Shetland, purata ketinggiannya adalah 1 meter (39 inci)

Bagaimana cara untuk membiak Baghal (mule)?
Baghal (mule) adalah hasil persemanian diantara keldai jantan dan kuda betina. Baghal (mule)mempunyai kaki dan tapak kaki yang kuat.oleh itu binatang ini digunakan untuk membawa beban yang berat dikawasan permukaan yang tidak rata. Baghal (mule) tidak boleh menghasilkan baka.

Adakah kuda belang sejenis kuda?
Ya.. kuda belang dan kuda adalah daripada kumpulan mamalia yang sama yang dipanggil "Equidae" kuda belang hidup berkumpulan di Afrika. Jalur belang pada kuda tersebut adalah untuk penyamaran. Beberapa percubaan untuk menjinak dan menunggangnya telah dilakukan tetapi tidak berjaya. kerana mereka adalah terlalu liar

Perlukah kuda mempunyai teman?
Semua kuda dan poni adalah binatang yang hidup sekumpulan dipersekitaran yang liar. Mereka bergantung antara satu sama lain untuk teman dan keselamatan.Kuda dan poni yang jinak mempunyai hubungan yang rapat diantara satu sama lain dan juga dengan tuannya. Jika tiada kuda yang lain berdekatan, kuda biasanya akan berkawan rapat dengan binatang yang lain seperti kambing, kucing dan anjing.

Bolehkah poni di tunggang oleh golongan dewasa?
Kebanyakkan baka asli poni dari Britain seperti Exmoor, Fell dan New Forest boleh ditunggang oleh orang dewasa tetapi poni moden berbadan dan berkaki kecil dan kurus ( yang digunakan dalam pertunjukan) tidak sesuai untuk di tunggang oleh orang dewasa.Poni "Highland" yang tegap pula dibiak untuk mengambil penunggang. Walaupun kaki penunggang hampir menyentuh tanah semasa menunggang.


Baka kuda mana yang paling berat?
"kuda Shire" merupakan kuda yang paling besar dan berat. Ketinggian kuda ini melebihi 17.2 hands (178sm/70 inci) dan berat lebih kurang 1 tan. Kuda ini masih digunakan untuk menarik beban yang beart adalah kuda kerja atau tujuan tarik kereta kuda di bandaraya.Kuda ini juga digunakan dalan industri pembalakan untuk menarik balak-balak yang telah di tebang.

Kuda yang paling laju?
Kuda " Thorougbred" merupakan kuda yang paling laju di dunia. Kuda ini dibiak khas untuk berlumba sebab ia kuat dan ringan. Semua kuda "Thoroughbred" berketurunan dari tiga kuda jantan yang dibawa pada awal 1700an dari afrika utara ke britian. Tiga kuda jantan itu adalah " Byerley turk", "Darley Arabian" dan " Godolphin Barb"
Ketinggian kuda
Kuda yang paling tinggi didunia adalah kuda jenis Shire yang dikenali sebagai "king" tinggi kuda itiu adalah 19.2 hannds (198sm/78inci)
Poni-poni Shetland secara tradisinya diukur dalam ukuran inci dan tidak dengan ukuran hands..Pengenalan

Keperluan makanan
kuda sekarang telah ditetapkan sebagai nilai pukulrata untuk semua jenis kuda. Keperluan makanan bagi seekor kuda mungkin lebih atau kurang dari keperluan kuda biasa. Kebolehan kuda menggunakan makanannya dengan sepenuhnya berbeza-beza walaupun kandungan makanan adalah sama.

Pentingnya Memberi Makanan Seimbang
Pemberian makanan seimbang dan lengkap adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan prestasi seseekor kuda. Maka perhatian serius hendaklah diberi dalam menyediakan makanan kuda yang akan membekalkan segala keperluan khasiat makanan dan boleh digunakan secara efisen untuk mendapatkan prestasi yang maksima.

Seperti binatang lain, kuda juga memerlukan pemakanan asas iaitu, tenaga, protin, garam galian, vitamin dan air untuk fungsi sistem badan.

Tenaga
Kandungan tenaga adalah unsur utama dalam makanan kuda yang terlibat dalam latihan. Membekalkan tenaga yang mencukupnya adalah salah satu masalah dalam menyediakan makanan kuda terutamanya kuda yang terlibat dalam sukan. Tenaga diperolehi dari 3 sumber utama, iaitu karbohydrait, lemak dan protin.

Karbohydrait
Sumber utama tenaga kuda adalah karbohydrait seperti gula, chaff dan serat. Sumber utama adalah bijirin (kandungan tenaga tinggi), serat atau bahan makanan seperti chaff dan rumput kering (kandungan tenaga rendah).

Bijirin
Bagi kuda yang terlibat dalam kerja, bijirin merupakan sebahagian besar makanannya. Bijirin yang biasa digunakan adalah oats, barli dan jagung. Oats mengandungi serat yang paling tinggi dan tenaga penghadaman paling rendah, berbanding dengan barli dan jagung. Memandangkan oats mengandungi serat yang tinggi, rendah tenaga penghadaman dan ringan beratnya, ianya selalu dianggap bijirin yang paling selamat untuk makanan kuda.

Sebarang perubahan kepada makanan kuda (seperti memperkenalkan bijirin tenaga tinggi) hendaklah dilakukan secara beransur-ansur supaya mengurangkan risiko sakit perut.

Oleh kerana terdapat perbezaan dalam kekentalan bijirin, maka ianya hendaklah digunakan mengikut berat dan bukan mengikut isipadu.

Bahan Pelawas
Bahan pelawas (rumput kering, chaff atau pastura) adalah wajib dalam makanan kuda. Keperluan bahan pelawas bergantung pada aktiviti, iaitu kuda yang kerja ringan memperolehi keperluan tenaganya dari bahan pelawas manakala kuda yang kerja keras perlu dikurangkan bahan pelawas dan ditambah bahan bijirin.

Sebagai panduan, keperluan bahan pelawas kuda adalah dianggarkan 0.5 – 0.75 kg/100 kg berat badan.
Kesan-kesan penting ke atas kuda diberi makan chaff atau rumput kering bermutu rendah:

1) Mengurangkan tenaga yang diperolehi.
2) Merendahkan penghadaman semua bahan makanan.
3) Menambahkan ruang perut supaya kuda tidak kurang memakan.
4) Menambah berat perut, membebankan kuda pada waktu kerja.

Rumput kering yang bermutu perlu mengandungi bahagian besar daun, rendah bahagian batang dan bebas dari debu dan kulat.

Lucerne hay atau chaff adalah sumber pelawas yang baik untuk kuda yang bekerja kerana ianya mengandungi tenaga penghadaman tinggi, protin, kalsium dan vitamin. Rumput kering pastura/kekacang juga adalah sesuai sebagai bahan pelawas.
Minyak Dan Lemak Sebagai Sumber Tenaga
Minyak dan lemak adalah sumber tenaga yang mudah digunakan. Kebanyakan pemakanan kuda mengandungi 2– 6% lemak. Bagaimanapun kuda boleh menggunakan sehingga 20% lemak dalam makanannya. Lemak mengandungi 2.25 kali banyak tenaga berbanding dengan protin atau karbohydrait. 340 g minyak jagung dan minyak bunga matahari mengandungi lemak bersamaam 1 kg oats. Bagi kuda yang berlari pantas atau bekerja keras, lemak menjadi satu sumber tenaga penting tanpa menggunakan tenaga yang tersimpan didalam badannya.

Protin
Keperluan protin dalam makanan kuda bukan sahaja bergantung kepada kuantiti tetapi juga kualiti asid amino. Kuda sentiasa menggunakan protin untuk tumbuhan bahdan, pembiakan atau mengganti tissu yang cedera/lama. Protin diperlukan untuk membina otot dan banyak fungsi badan bergantung pada protin. Maka bekalan protin yang mencukupi dan berterusan amatlah penting.

Protin dibentuk dari lebih kurang 20 jenis asid amino. Kuda boleh ‘membuat’ separuh dari jumlah asid amino dan bahagian lain perlu disediakan dalam makanannya. Keseimbangan asid amino dalam makanannya adalah sangat penting kerana kekurangan sebahagian asid amino akan menjejaskan penggunaan asid amino yang lain oleh badan. Maka ini akan menyebabkan kuda kekurangan protin walaupun makanannya kaya dengan protin.

Pentingnya Protin Bermutu Tinggi Dalam Makanan Kuda
Memberi makanan yang mengandungi protin bermutu tinggi adalah perlu bagi pertumbuhan otot-otot dan tenaga kuda selain dari itu, pemberian protin bermutu tinggi adalah sangat penting untuk mengekalkan keadaan badan dan mengatasi ketekanan semasa bekerja. Tekanan menyebabkan badan menggunakan protin dan pengambilan protin perlu ditingkatkan untuk mengganti protin badan. Memberi makan protin bermutu tinggi juga meningkatkan mutu kulit/rambutnya. Satu lagi sumber protin ditambah kepada makanan selain dari sumber bijirin/rumput kering adalah penting untuk mengseimbangkan pengambilan protin.

Garam Galian
Kuda memerlukan sekurang-kurangnya 16 jenis garam galian dalam makanannya. Antara garam galian yang diperlukan dengan banyak adalah kaslsiumn, phosphorus, sodium, potassium, magnesium, chloride dan sulphur. Garam galian lain yang diperlukan sedikit sahaja iaitu menganese, zat besi, copper, cobalt, solenium, molybdenum, flourine dan iodine.

Pemberian garam galian dalam makanan kuda bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan keperluan garam galian tetapi juga fahaman tentang penyerapan garam galian.

Garam Galian Dalam Makanan Kuda
Kebanyakan pastura berkualiti mengandungi tahap yang tinggi garam galian berbanding dengan bijirin. Kuda yang meragut pastura/rumput kering dan tidak bekerja, tidak perlu diberi tambahan garam galian dalam makanannya. Kandungan garam galian dalam bijirin adalah rendah berbanding dengan pastura. Maka kuda yang diberi makan bijirin perlu diberi tambahan garam galian. Ini adalah sangat penting bagi kuda muda (hingga umur 3 tahun) yang bekerja dan sedang membesar kerana keperluan garam galian adalah lebih tinggi seperti kalsium, magnesium, sodum, chloride, potassium, phosphorus, zinc dan copper.

Kekurangan dan tidak keseimbangan garam galian dalam makanan kuda boleh menyebabkan gejala seperti kaku sendi, retak tulang, tempang dan patah tulang. Salah satu kekurangan garam galian yang sering berlaku ialah kalsium dan phosphorus. Kuda yang diberi makanan bermutu tinggi seperti bijirin dan/atau bran dan pollard perlu diberi tambahan kalsium yang tinggi.

Ketidak seimbangan Kalsium dan Phosphorus, jika tidak diperbetulkan, boleh menjejaskan prestasi kuda. Kuda sebagai binatang yang berlari pantas dan bekerja keras, memerlukan tulang yang kuat dan tahan lasak. Maka bahan garam galian, khususnya kalsium dan phosphorus sentiasa perlu dibekalkan dengan secukupnya untuk membaharui dan menguatkan tulang.

Vitamin
Vitamin diperlukan untuk fungsi badan biasa. Keperluan ini dipenuhi dari sumber makanan semulajadi dan vitamin kumpulan B dibuat oleh bacteria dalam perut.
Pentingnya Vitamin Dalam Makanan Kuda
Adalah didapati kuda yang bekerja memerlukan lebih vitamin yang tertentu. Maka vitamin A, D3, E dan Kumpulan B boleh ditambah dalam makanan. Kekurangan Vitamin A mungkin berlaku jika kuda diberi makan rumput yang bering. Vitamin D dibuat oleh kuda apabila tertedah kepada cahaya matahari. Kuda yang dikurungi dalam stable mungkin menghadapi kekurangan Vitamin A dan D kerana kurang meragut tumbuhan hijau dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin Kumpulan B terlibat dalam penghasilan tenaga dan kuda yang aktif memerlukan lebih banyak vitamin ini yang tidak dapat menampung dari sumber badan bagi menambah dalam makanan.

Air
Kuda memerlukan air yang banyak. Kuda yang mempunyai berat badan 450/500 kg boleh meminum antara 20 dan 80 litre air bergantung pada jenis makanan dimakan, kegtiatan dan tempoh kerja dan cuaca. Kuda di iklim panas dan lembab memerlukan banyak ait untuk menurunkan suhu badan kerana peluh tidak berkesan. Kuda hendaklah sentiasa disediakan air yang bersih dengan secukupnya untuk menggalakkannya meminum mengikut keperluannya.

Jadual Makan
Untuk Memastikan Makan Yang Mencukupi

Syarat pertama ialah menyediakan makanan yang secukupnya dan seimbang untuk dimakan oleh kuda. Kurang pengambilan makanan, akan menyebabkan kurang bertenaga, protin, garam galian, vitamin dan badan akan menjadi susut dan kulit menjadi kering. Kuda yang berehat atau bekerja ringan akan memakan lebih kurang 2 kg bahan kering bagi 100 kg berat badan.

Program Makan
Kuda hendaklah diberi makan pada masa yang tetap (3-4 kali sehari) untuk mengelak dari sakit perut. Kuda diberi makan lebih kerap kerana ianya mempunyai perut yang kecil. Jika diberi makan banyak pada suatu masa akan menyebabkan merosot penghadaman dan penyerapan juga menyebabkan sakit perut.

Memberi Makan Mengikut Berat
Memang ada perbezaan besar dalam kekentalan bahan-bahan makan kuda, khususnya bijirin. Jika kuda diberi makan mengikut isipadu akan berlaku ketidakseimbangan. Maka untuk memastikan kuda mendapat semua keperluan, makanan hendaklah diberi mengikut berat. Selain dari itu bahan makan hendaklah dibuat analysis untuk memastikan ianya bermutu tinggi, dari masa ke semasa.

Keenakan
Makanan kuda yang baik mestilah enak. Ini adalah untuk menggalakan kuda memakan dengan rela dan menghabiskannya. Jika tidak kuda tidak akan mendapat khasiat makanan yang diperlukannya. Tekanan akan meningkatkan keperluan tenaga, protin dan vitamin. Maka perkara ini hendaklah diambilkira apabila menyediakan makanan untuk kuda yang bekerja.

Merehatkan Kuda
Sebab-sebab merehatkan kuda adalah banyak dan berbeza. Kebiasaannya kuda direhatkan kerana kecederaan, badan susut, hilang selera, membenarkan kuda membesar atau matang, tidak tahan lasak, dan luar musim seperti permainan Polo. Kuda yang direhatkan hendaklah diberi makanan bermutu dan secukupnya untuk membolehkan ianya menghadapi latihan/kerja selepas tamat tempoh rehat dengan lebih daya. Kuda yang dikurangkan makanan dalam tempoh rehat akan kembali dalam keadaan lebih teruk berbanding sebelum direhatkan. Lebih kurang 1 bulan sebelum kembali bekerja kuda hendaklah diberi makan bijirin berlebihan.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

12 comments:

  1. Salam Izam..

    Macammana rasa tunggang kuda yer..tak pernah lagi ni..

    ReplyDelete
  2. payah jugak nak jaga kuda nie..tapi tren orang kg sini ada yang bela kuda cam seronok..

    ReplyDelete
  3. Information yang sunnguh menarik dan detail.Thanks Bro...

    ReplyDelete
  4. ada ke org bele kuda ni kat malaysia..kecik je bdn dia

    New Entry Pawaka19 Dot Com
    "Pemulihan Dara,apabila sudah ditebuk tupai? "

    ReplyDelete
  5. Salam

    Wah cerita pasal kuda dan konco2 nya! menarik untuk dibaca. thanks

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..hehe..thnks cment blog zif..
    crite psal kings hotel dulu kje situ ke?

    ReplyDelete
  7. salam,
    poni tue kuda padi ker?? hee

    ReplyDelete
  8. kuda yang 1st tue macam baka arab jer
    kat stable saya banyak yang ada tanda putih di kepala macam tue..

    ReplyDelete
  9. Thanx bro... good research. Teruskan usaha anda memberi ilmu kepada pembaca..

    ReplyDelete
  10. Datangah ke Lenggeng,Negeri Sembilan utk belajar menunggang kuda daripada jurulatih profesional(pesara PDRM). Rasanya kelas pertama 45 minit RM 50 jer kot. Nih jiran saya yang buat, kelas menunggang adalah terbuka utk orang ramai. Kuda lumba yang diimport drpd singapore/thailand. Bawalah juga keluarga berehat, Homestay turut disediakan oleh orang kampung utk kemudahan pelatih/pengunjung.

    http://asequine.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. salam bro , hehe, ada cara ker untuk dapatkan baka kuda , dan pakai sendiri di kampung , baka tempatan , rasa theringin nk ada kuda sendiri , berjalan-jalan macam naik motor . hehe

    ReplyDelete