Monday, May 3, 2010

Burung Budgie

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pelbagai warna burung Budgie

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Burung Budgie atau dikenali sebagai serindit di Kedah & Perlis ini terdiri daripada pelbagai warna. walaupun anda mula memelihara dengan sepasang burung yang berwarna putih, tapi anak anaknya akan jadi pelbagai warna. Jadi jangan risau tentang warnanya. Burung ini kini amat laris dipasaran. ianya amat cantik dipelihara untuk hiasan rumah atau lanskap taman.
Budgie cuma ade dua ketogori warna asas iaitu putih dan kuning. Budgie asas kuning biasa mempuyai bulu biru pada badannya menghasilkan warna hijau. Budgie asas putih juga mempunyai bulu biru tapi cuma menghasilkan warna biru sahaja.
Faktor penggelap menyebabkan warna budgie menjadi lebih gelap.
budgie hijau yg tiada faktor penggelap dipanggil Normal Green,
1 faktor penggelap dipanggil Dark Green
2 faktor penggelap dipanggil Olive
Budgie biru yg tiada faktor penggelap dipanggil Sky Blue,
1 faktor penggelap dipanggil Cobalt dan
2 faktor penggelap dipanggil Mauve
Faktor Kelabu Sama seperti faktor penggelap, faktor kelabu ibarat warna kelabu dispray atas warna asal budgie tersebut. Budgie hijau akan kelihatan hijau kekelabuan manakala budgie biru kan lebih nampak jelas warna kelabunya.
Faktor Ungu Satu lagi warna tambahan pada warna asas. Faktor ungu senang dikesan pada budgie biru tetapi sukar pada budgie hijau. Budgie biru yg ade faktor ungu kelihatan lebih terang dgn warna yg lebih menonjol kebiruannya.
Lutino & Albino Budgie ini cuma ada warna asas sahaja sama ada putih atau kuning. Lutino warna kuning dan Albino warna putih. Mudah untuk dikenalpasti pada matanya yang bewarna merah.
Opaline ialah mutasi pada belang budgie. Budgie opaline belangnya terbalik menjadikan belang hitam lebih nipis dan belang putih lagi nampak tebal. Budgie yg normal (tidak opaline) mempuyai belang hitam kunig/puith pada leher dan kepak. Budgie yg opaline mempunyai warna hijau atau biru boleh dilihat pada bahagian leher dan kepak. Opaline nampak berkepala cerah
Spangle mempunyai corak belang yg terbalik..Pada kepak budgie biasa belangnya ialah hitam dgn putih sedikit dihujung tetapi spangle hanya ade belang putih atau kuning dgn hitam sedikit dihujung.
mari kita lihat kecantikan burung budgie dengan kepelbagaian warna ni.....






























Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

4 comments:

  1. bestla burung ni..tapi nak bele kesian dia dalam sangkar..kata mak mel klau bele burung rezeki kita sempit.wallahualam.

    ReplyDelete
  2. salam......
    info sgt bagos.....
    dulu de bela gak brg nh....tp die asyk betelor jew pastu xmenetas2....de 2 kali je mentas then da beso xtahan....cepat mati...tp skng abah da lepaskan....sbb nk g haji...tp skng de burung baru...merpati....bole x terangkan pasal burung merpati plak...secara detail if bole....tq sgt2.....

    ReplyDelete
  3. Salam...maklumat yg padat dan sesuai untuk suma golongan...minta izin copy maklumat dari Tuan Tanah...

    ReplyDelete