Saturday, May 5, 2012

Kembung perut (Bloat) pada ternakan

 
-Kembung atau Bloat atau Tympani pada ternakan terjadi kerana adanya gas yang berlebihan sehingga rumen ternakan menggembung. Penggembungan terjadi karena esophagus tersumbat sehingga menghalang pengeluaran gas dalam perut. 

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kembung atau Bloat pada ternakan 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
-Lembu, kambing atau bebiri yang mengalami kembung perut dapat mengakibatkan kematian dalam waktu yang singkat antara 1 - 2 jam setelah menunjukkan kembung jika lambat memberikan pertolongan. Kembung perut pada ternakan kambing dan bebiri sering berlaku disebabkan adanya pengumpulan gelembung - gelembung gas dikawasan rumen atau sebelah kiri perut ternakan. Gas itu terhasil dari makanan yang bertenaga tinggi dari proses fregmentasi Dari situlah gas akan terhasil dengan banyak dan berkumpul tetapi tidak dapat di keluarkan.. Gas yang terbentuk adalah karbondioksida (C02) dan gas metana (CH4). 

A)Faktor makanan berlakunya kebung perut
- Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi atau pemberian makanan ternakan dari tanaman leguminosae ( jenis kekacang) yang berlebihan boleh mengakibatkan kembung.. Makanan dari jenis leguminosae ( jenis kekacang)  jika dicerna berpotensi membentuk gas dan membentuk buih di dalam rumen.
-Elakkan memberikan rumput yang terlalu muda, pemberian rumput yang basah ( rumput yang di ambil masih basah selepas turunnya hujan) serta rumput yang menghasilkan getah atau bahan yang mudah menimbulkan buih dan gas dalam rumen.
-Pemberian PKC(PALM KERNEL CAKE) secara berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan gas dalam rumen.. Jika keadaan lebih teruk lagi boleh mengakibatkan keracunan "COPPER POISONING".. kebanyakan PKC100% mengandungi 30ppm copper.. Sedangkan seekor kambing hanya mampu bertahan pada kadar PKC tidak melebihi 20ppm dan pada bebiri tidak melebihi 10ppm
  
B)Faktor lain berlakunya kebung perut ternakan misalnya
-Ternakan yang baru hamil dimana janin dan rumen mengalami pergeseran dan penyempitan
-Ternakan yang mengeluarkan air liur berlebihan dan keasamannya tinggi, maka ternak tersebut lebih mudah terkena kembung perut. 
Tanda - tanda Kembung Perut
(1) Perut bahagian kiri akan kelihatan lebih besar dari kanannya dan bila dipukul dengan jari berbunyi seperti gendang.
(2) Kambing nampak gelisah dan tidak tenang, kerana tidak dapat mengeluarkan gas dari perutnya. Terbaring dan kesakitan
(3) Nafsu makan menurun atau tidak mahu makan sama sekali.
(4) Nafas semakin cepat, kerana rongga badan tersekat di bahagian rumen dan ruang gerak paru-paru menjadi terbatas.
(5) Air liur berbuih-buih dan sering terkencing-kencing
(6) Bila sudah parah, ternak kambing tidak dapat bangun dan jika tidak cepat ditolong dapat menyebabkan kematian.
Bagaimana caranya nak merawat penyakit kembung perut pada kambing ni?
Rawat pada peringkat awal
(1)Ternak ditempatkan pada kandang yang terlindung dan kalau boleh hidupkan unggun api supaya keadaan kandang sedikit kehangatan dimana sedikit sebanyak memberikan keselesaan pada ternakan sakit
(2) Beri kambing minum minyak masak ( minyak sawit) tetapi jangan bagi banyak (sekitar ½ – 1 gelas)
(3) Beri minuman berkarbonat (Disarankan beri Coca cola) atau Bancuh Eno Halia dalam kepekatan tinggi dan beri kambing minum..
Sesetengah penternak mencuba cara tradisional seperti
- Ambil ½ kg halia, buang kulit, kemudian diparut atau ditumbuk.  Airnya diambil & diberi minum.  
-Ambil asam jawa dan campurkan dengan air, diperah dan airnya diambil & diberi minum.
(4) Kalau boleh kambing atau bebiri diusahakan agar berdiri dengan kaki bahagian depan lebih tinggi kemudian perut di bagian kiri di urut - urut ( kalau ada minyak angin atau minyak urut panas boleh gunakan) sambil ditekan supaya gas dapat keluar. Mulut kambing harus selalu terbuka, dengan cara mulut kambing disumbat dengan kayu secara melintang bahagian anus kambing dimasukan dengan tangkai daun betik yang hujungnya sudah disapu minyak makan tidak melukai dinding anus supaya gas akan keluar melalui tangkai daun betik tersebut.. (cara rawatan ini ternakan harus dalam posisi berdiri) atau kambing / bebiri itu di ajak jalan -jalan di tempat yang agak naik untuk membantu keluarnya gas dari rumen.
Cara rawatan ubatan veterinar
Pemberian secara oral  Intizin, Therabloat, Tympasol dan  silikel dengan kadar bancuhan yang ditetapkan 
A. Stomach Tubing
Usaha terakhir iaitu mengeluarkan gas dalam rumen dengan cara melubangi perut ternakan bahagian kiri.
• Stomach tube kaedah rawatan yang diberikan dimana Stomach tube dimasukan kedalam rumen melalui rongga mulut dan esophagus..
-sebelum memasukan Stomach tube ukur dahulu panjang tube dari rumen ke mulut dan tandakan supaya kita senang menganggarkan sampai paras mana tube perlu dimasukkan.
-masuk penebat dan Stomach tube ke dalam mulut  seterusnya secara perlahan lahan jolok sampai masuk esofagus 
***Perhatian  jangan salah masuk saluran trakea ( sekiranya ternakan terbatuk itu dah salah masuk saluran trakea dan yang betulnya jika sekiranya ternakan menelan tube maka betul kemasukan tube ke saluran esofagus.. Tolak tube perlahan-lahan memasuki esofagus mengikut rentak menelan.
-Sambil memasukkan tube hidu hujung tube untuk mengesan bau gas yang keluar. ( bau sekan rumput masam)
-Tekan perut ( rumen) secara perlahan-lahan supaya mempercepatkan pengeluaran gas. 
-Setelah itu masukan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen). Kalau tak ada boleh masukkan air halia..
-Keluarkan tube secara perlahan-lahan dan lepaskan ternakan 

B. Alat Trocha and Cannulla
• Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla. Bila tidak ada trocha dapat digunakan jarum suntik ukuran 16 G.manakala  pengganti cannulla dapat menggunakan pipe plastik, batang daun betik atau batang buluh kecil 
• Trocha ditusukkan pada perut bahagian kiri iaitu  antara tulang iga terakhir dengan tulang pinggul. Cannulla pula dimasukkan pada bekas tusukan trocha untuk mengeluarkan gas, bila gas sudah keluar ditarik Cannulla dan bekas luka hendaklah disembur dengan iodine.. (pastikan iodine disemburkan sebelum dan selepas tusukan dilakukan untuk mengelakan jangkitan kuman)
  Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment
 

1 comment:

  1. kesiannye kene cucuk pula..huhu..pnyelesaian terakhir, sembelih je..dh try bagi air halia n myk masak..tp tak jadi jugak..urut dgn myk pns pon..x jadi jugak..las2 smbelih je ank kambing tu..buat mkn berbuke pose..ape2 pon..info yg bagus..tq

    ReplyDelete