Thursday, May 3, 2012

FOOT ROT pada kambing bebiri

Kambing & Bebiri memerlukan kuku yang boleh bertapak dengan baik, kemas supaya dapat berjalan jauh untuk meragut. Juga membolehkan mereka memanjat / mengawan dengan sempurna.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 FOOT ROT (BURUK KUKU)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penyakit buruk kuku atau reput kaki (foot rot) atau nama saintifiknya interdigital necrobacillos ialah sejenis penyakit radang kuku haiwan yang terjadi pada biri-biri, kambing dan lembu. Ia disebabkan oleh jangkitan nekrosis yang melibatkan kulit dan tisu-tisu haiwan ini di bahagian kuku.
Penyakit buruk kuku atau reput kaki ini kerap berlaku pada musim lembap atau musim hujan. Ini kerana pembiakan kuman adalah lebih cepat berlaku di musim lembap atau hujan.

PENYEBAB
Bakteria 
- Fusiformis nodosus
- Fusiformis necrophorus
- Spirochaetes
TANDA KLINIKAL
Nekrotik/tisu mati di kawasan celah kuku
Bengkak, merah, sakit bila disentuh
Mungkin ada nanah
Tempang
Demam, tiada selera
Toksemia, terbaring, kematian 


TUJUAN MEMOTONG KUKU
-Membolehkan bebiri bertapak dengan baik, kemas dan berjalan jauh untuk meragut.
-Membolehkan pejantan memanjat/mengawan dengan sempurna
-Mengelak pengumpulan kekotoran dalam kuku panjang dan tisu yang reput  yang menggalakkan jangkitan kuman seperti penyakit foot-rot.
-Juga membolehkan mereka memajat/mengawan dengan sempurna
Kumpulan sasaran
Semua ternakan yang berkuku panjang terutama kumpulan dewasa yang dipelihara secara intensif (berkurung) 
Kaedah
Kuku dipotong rata menggunakan alat seperti  foot-rot shear dan hoof paring knife
Mudah dipotong sekiranya bebiri dalam posisi duduk dan jika bilangan bebiri banyak  crush dan cradle elok digunakan. 

Rawatan
-Buang/ potong semua tisu kaki nekrotik/kulit mati dan reput
- Bersih kawasan terlibat dengan antiseptik  
-Keluarkan nanah  
-Rendam kaki dalam larutan formalin 10%, kuprum sulfat 5 %dan zink sulfat 2% 
-Sapu krim antibiotik dan sembur ubat cegah lalat 
-Dressing setiap hari, 
-Suntik antibiotik  
-Letak ternakan di tempat kering
KAWALAN
Guna footbath (Rendam kaki dalam larutan formalin 10%, kuprum sulfat 5 %dan zink sulfat 2% ) di pintu masuk kandang
Kesan tanda-tanda awal pada ternakan dengan memeriksa kawasan kuku / tapak kaki


Proses Rawatan Luka Maggot Worm Pada Foot Rot adalah:
-Semburkan dgn penyembur ulat-Herbanex
-Cucikan dgn menggunakan hydrogen peroxide(H2O2) dgn bacuhan
air 1:1 keluarkan ulat dengan mengunakan forcep.sentalkan dengan kapas
dan H2O2.
-Semburkan dgn Iodine
-Semburkan dgn Herbanex.



Suntikan Vaksin Footrot
Vaksin ini boleh diguna sebagai rawatan apabila berlaku wabak
 
Kumpulan sasaran
Ternakan berumur 6 minggu ke atas

Kekerapan
=Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu
=Dos kedua 6 minggu dan tidak lewat 6 bulan selepas dos pertama                        
=Dos booster 2 kali setahun

Kaedah
Suntikan sub-cutenous 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

No comments:

Post a Comment