Thursday, May 3, 2012

Protokol Veterinar - Avian Influenza

Apa itu Protokol  - Avian Influenza ?
-Protokol Veterinar  bagi penyakit Selesema Burung (AVIAN INFLUENZA )
merupakan panduan rasmi kepada anggota Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengawal dan membasmi penyakit tersebut 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Protokol Veterinar  - Avian Influenza
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Apa itu Selesema Burung (HPAI)?

-Selsema burung atau AVIAN INFLUENZA disebabkan oleh virus Influenza A
Terbahagi kepada 2
1-Highly Influenza (HPAI)
2-Low Pathogenic Avian Influenza (LPAI)
-Penyakit HPAI merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Influenza A khususnya sub-tip H5N1 dan H7N7
-Termasuk dalam senarai penyakit wajib lapor, Jabatan Perkhidmatan Veterinar


A) Tanda klinikal pada Unggas (HPAI=Highly Pathogenic Avian Influenza)
-Kematian mendadak  
-Kelemahan, cengkeraang telur lembek, diare, keluar leleran dari hidung dan mulut
-Pial dan gelambir mengalami pembengkakan dan berwarna kebiruan(sianosis).
-Edema bawah kulit sekitar leher sering pula dijumpai pada penyakit AvianInfluenza.
-Pendarahan meluas atau bintik-bintik sering dijumpai pada mukosa trakea,proventrikulus, usus, lapisan lemak, otot dada dan kaki. Perdarahan pada kaki
yang berupa bintik-bintik merah di kaki kaki 
-Masa inkubasi: ± 1minggu 
B) Tanda klinikal pada Unggas (LPAI =Low Pathogenic Avian Influenza)
-Tanda kurang kelihatan
-Gejala pernafasan lebih menonjol disamping depresi.
-kurang nafsu makan
-Produksi telur turun,
-Pembengkakan pada kepala termasuk pial dan gelambir. 
Kenapa Penyakit HPAI Di beri Penekanan?
1-Menyebabkan kematian yang tinggi sehingga 100% dalam ternakan unggas.
2-Virus ini juga boleh menjangkiti manusia dan boleh mengakibatkan kematian.
3-Memberi implikasi negatif yang besar kepada industri unggas dan pelancongan negara 
Krisis Wabak HPAI di Malaysia?
1-Pada 17 Ogos 2004 di negeri Kelantan melibatkan 12 kes wabak dengan penakaian unggas 18,537 ekor
2-Pada 19 Februari 2006, melibatkan 3 negeri secara serentak iaitu Kuala Lumpur, Perak dan Pulau pinang dengan 5 kes wabak dengan penakaian unggas tertinggi dalam sejarah HPAI di Malaysia 58,457 ekor ( berjaya dikawal selama 124 hari )
3-Pada 3 Jun 2007 di negeri Selangor melibatkan 1 kes wabak dengan penakaian unggas 4,266 ekor ( berjaya dikawal selama 95 hari ) 
BAHAGIAN 1: KRITERIA BEBAS PENYAKIT
--Kemasukan Unggas baru dalam negara ( import ) mestilah datang dari negara zon bebas penyakit HPAI 
--Bagi Unggas import  Rujuk kepada Regulation Of Importation Into Malaysia dan APTVM Proses Kuarantin Haiwan 
 
 BAHAGIAN 2:PROTOKOL PENCEGAHAN PENYAKIT HPAI
--Protokol menjelaskan Strategi dan kaedah pencegahan penyakit HPAI untuk mengekalkan status negara bebas penyakit berdasarkan piawaian World Organization for Animal Health (OIE)
-
--Kemasukan unggas hidup, produk berkaitan unggas perlu diisytiharkan (declare) dan perlu mematuhi prosedur yang di tetapkan bagi kawalan penyakit HPAI 
 
A) Sebelum Wabak Berlaku
-Kemasukan unggas hidup, produk berkaitan unggas perlu diisytiharkan (declare) dan perlu mematuhi prosedur yang di tetapkan bagi kawalan penyakit HPAI 
- Bagi Unggas import  Rujuk kepada Regulation Of Importation Into Malaysia, APTVM Proses Kuarantin Haiwan, APTVM Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan Antara Negeri  Di Malaysia
 
B) Semasa Wabak Berlaku
 
1.Melapor Kejadian Penyakit
-Semua pemilik, veterinawan dan penguasa veterinar yang mengesyaki kejadian HPAI wajib melaporkan kejadian penyakit unggas tersebut kepada pihak DVS bedekatan serta merta. Unggas itu TIDAK DIBENARKAN dipindahkan dari premis kejadian.
Mengikut perkara 31(1) Akta Binatang 1953 (semakan 2006)
-Pihak DVS negeri kemudiannya wajib melaporkan kepada pihak Pasukan Amaran di Ibu pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya apabila ada kelompok unggas disyaki terjangkit penyakit HPAI dan langkah seterusnya akan diambil dengan serta merta .
-Warna Kelabu akan di tandakan dalam sistem pelaporan penyakit bagi indeks HPAI 
2.Pengambilan Sampel
-Pengambilan sample perlu dijalankan dengan segera dan ujian pengesahan atas sample perlu dijalankan di makmal serta- merta
-Sampel unggas masih hidup
-Sampel unggas yang menunjukkan tanda klinikal
-Sampel unggas yang baru mati 
-Bagi unggas yang masih hidup dan  baru mati perlu diambil sampel calitan Kloaka dan trakea atau Sampel tinja yang baru dan Sample sera 
-Post mortem dijalankan dan sampel dari tisu saluran penghadaman proventrikulus, pankreas, usus, tonsil sika dan tisu salur pernafasan ( trakea, peparu) 
Rujuk kepada Field Guide To Submission OF specimen, DVS 2000
Ujian Pengesahan
1-Kes Klinikal
Dikesan pada unggas yang menunjukkan gejala penyakit HPAI berdasarkan pada tanda klinikal, lesi patologi yang disahkan melalui ujian Polymerase Chain Reaction (RT-PCR)
2- Kes Bukan Klinikal
Jangkitan Penyakit Tiada menunjukkan tanda- tanda klinikal  semasa ujian saringan, Tetapi ada menunjukkan tanda-tanda pada ujian Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) 
3- Pengesahan Penyakit
Pengesahan Penyakit HPAI adalah melalui ujian makmal RT-PCR atau Ujian pengasingan virus influenza A sub-tip H5N1 dan H7N7 
 
Keputusan Ujian Negatif
-Jika ujian pengesahan makmal negatif  bagi kelompok unggas yang disyaki, prosedur kuarantin penyakit hendaklah ditarik balik dan gerompok tersebut kembali menjalani aktiviti seperti biasa
-Rujuk Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Pengurusan Pengurusan Indeks Penyakit Haiwan
 
Keputusan Ujian Positif
-Jika ujian pengesahan makmal Positif samada bagi survelan aktif atau ujian diagnosis maka tindakan menangani wabak HPAI dijalankan sera merta berdasarkan pengurusan krisis wabak
-Rujuk Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Pengurusan Krisis Penyakit Haiwan
- Penukaran warna kelabu kepada warna merah dalam sistem pelaporan penyakit haiwan ( ADIC)
 
Pengezonan menangani penyakit HPAI dibahagi 2 kategori 
1)Zon Jangkitan (Infected Zone)
-1km radius disekeliling  indeks HPAI bermula dengan penghapusan semua unggas dan produk unggas akan dijalankan segera dan efisien bagi memastikan virus tidak tersebar keluar zon jangkitan.
-Bagi menjalakan aktiviti ini pasukan pemusnah dan kelengkapan logistik khas diaktifkan.
-Rujuk Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Penghapusan 
--Semua premis menjalani proses dikontaminasi dan disinfeksi sebaik kerja penghapusan unggas selesai.
-
--Sebarang Pergerakkan keluar masuk unggas atau produk unggas adalah dilarang sama sekali
-
--Zon jangkitan adalah dibawah kawalan ketat melalui sekatan jalan, check point dan rondaan sepanjang tempoh kuarantin selama 42 hari
-
--Sepanjang Tempoh kuarantin kenderaan yang keluar dari zon jangkitan akan menjalani pross disinfeksi
-Rujuk Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Disinfeksi 
2)Zon Survelan
-Melibatkan kawasan 10km radius disekeliling zon jangkitan.Survelan akan dijalankan serentak dengan pemusnahan di zon jangkitan dengan kelengkapan logistik khas diaktifkan
-Sebarang Pergerakkan keluar masuk unggas atau produk unggas adalah dilarang sama sekali dari zon survelan ke zon bebas
-Seluruh Zon Survelan adalah dibawah kawalan ketat pasukan penguat kuasa  dalam tempoh kuarantin zon survelan selama 42 hari
- Rujuk Arahan Prosedur Tetap Survelan Untuk Penyakit Haiwan 

5.Pemvaksinan
-Pemvaksinan  untuk penyakit HPAI adalah dilarang sama sekali di semua negeri kecuali apabila diarah oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia berdasarkan keputusan T.A.C.B (Technical Advisory Commitee on Biologic)
 
6.Penghapusan Unggas
--Dasar DVS untuk membasmi wabak HPAI adalah dengan cara pemusnahan ( Stamping-out) Proses penghapusan yang pantas dapat memendekkan tempoh virus dari terus membiak dan tersebar kekawasan lain
--Mana-mana tanah atau kawasan yang pernah digunakan untuk penempatan unggas terjangkit tidak boleh digunakan sehingga pihak DVS mengesahkan bahawa virus HPAI telah dimusnahkan dan tidak aktif dari kawasan tersebut 
 
Oleh itu pembasmian Penyakit HPAI melalui penghapusan Unggas dijalankan dengan
-
1-Menjalankan kuarantin penyakit dengan pantas dan berkesan- Rujuk Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Kuarantin Haiwan Berpenyakit
2-Langkah penghapusan berkesan -Rujuk Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Penghapusan 
3-Langkah disinfeksi berkesan -Rujuk Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Disinseksi
 
7.Langkah Pencegahan (Biosekuriti)
-Semua Prosedur Langkah Pencegahan seperti pergerakan Unggas, personel, kenderaan perlu dirujuk pada Akta Binatang 1953(2006) perkara 22
-Notis Rasmi mestilah dipamirkan untuk perhatian pelawat atau sesiapa sahaja yang memasuki premis terjangkit untuk memberitahu supaya mereka mematuhi tatacara dan prosedur disinfeksi yang betul
-Kemasukan Pelawat ke dalam kawasan indeks penyakit adalah tidak dibenarkan
 
C) Selepas Wabak
1. Survelan
-Selepas tamat waktu kuarantin zon sevelan masih lagi diteruskan dan dilanjutkan lagi sehingga 3 bulan (90 hari) selepas kes HPAI terakhir dalam indeks kawasan penyakit.
-Tanda warna hijau diberi pada Indeks penyakit HPAI dalam ADIC. ( Pada waktu ini tempoh kuarantin telah tamat dan pergerakkan unggas keluar masuk adalah dibenarkan) . 
-Tanda warna hijau akan di tukar kepada warna putih selepas tamat tempoh 3 bulan dan tiada penyakit HPAI lagi dikesan semasa survelan 
2. Pengiktirafan
Dokumen pengiktirafan dihantar kepada O.I.E apa bila tiada penyakit HPAI dikesan semasa Survelan dijalankan selama 90 hari
 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment  

No comments:

Post a Comment