Thursday, October 13, 2011

Program Penyelarasan Berahi Lembu (CIDR)


Program penyelarasan berahi ialah kaedah yang digunakan untuk menyelaraskan berahi ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Program Penyelarasan Berahi Lembu
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ianya diselaraskan berahinya menggunakan hormon dengan alat silikon berbentuk Y yang dinamakan Control Intra-Vaginal Device Releasing Hormone (CIDR).
a) CIDR untuk kambing

b) CIDR untuk lembu

Ia biasa digunakan untuk penternak yang mempunyai ternakan yang ramai dan ingin menyelaras atau menyamakan waktu bunting dan beranak ternakan. Kebiasaan ternakan yang mengunakan kaedah ini ialah ternakan tenusu.Kaedah mengesan kebuntingan dan memasukkan CIDR ke dalam uterus induk. Kaedah ini juga digunakan untuk mempercepatkan waktu mengawan bagi ternakan yang telah matang contohnya bagi lembu antara 18 bulan hingga 24 bulan. Ia juga digunakan untuk mempercepatkan waktu untuk ibu ternakan yang telah beranak

* Program ni mula bermula dengan pregnant diagnosis - pasang CIDR - tarik
CIDR - inject hormon - pantau biang - buat AI - periksa kebuntingan .

Untuk induk lembu,
waktu yang sesuai ialah apabila anak yang dilahirkan mencapai umur 2 bulan.
_______________________________
Control Intra-Vaginal Device Releasing Hormone (CIDR)
Kaedah menggunakanya seperti di bawah:

1-CIRD ialah yang berbentuk seperti huruf 'Y' dimasukkan kedalam vagina ternakan.






2-Terdapat hormon progesterone pada alat ini yang meransang ternakan untuk mengawan.
Ia dibiarkan di dalam vagina ternakan selama seminggu.
3-Selepas seminggu CIRD ditarik keluar dengan menarik wayar biru dengan sekali sentap.

4-Ternakan direhat selama 24 jam
5-Selepas 24 jam, ternakan akan di suntik dengan 'cidirol injection' dan ternakan dibiarkan selama 24 jam
6-Untuk ubat memberi kesan. Suntikan dilakukan pada sisi
tengkuk ternakan.

7-Selepas itu, suntikan pemanian beradas boleh dilakukan.Setelah lembu dipermanikan di minta memastikan ternakan tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini adalah bagi memastikan yang lembu jantan di kawasan tersebut tidak boleh mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran berlaku..


Setelah tiga minggu penternak-penternak perlu mengesan sekali lagi pusingan berahi lembu tersebut. Ini adalah kerana kemungkinan lembu yang disuntik tersebut datang berahi lagi .. Maksudnya kat sini permanian berhadas tersebut tidak berjaya. Sekiranya seekor lembu tidak menunjukkan tanda-tanda mengawan antara 60 hingga 90 hari ( 3 bulan) lembu itu dianggap bunting..


Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

No comments:

Post a Comment