Saturday, October 1, 2011

Proses Pemerahan Susu Lembu Tenusu



Teknik pemerahan mempengaruhi penghasilan susu, masa pemerahan dan kesihatan lembu (ternakan). Pemerahan yang kurang baik akan mengakibatkan kerosakkan ambing susu dan berlaku jangkitan mastitis menyebabkan kehilangan pengeluaran susu. Walaupun seseorang pemerah itu mahir tetapi dengan teknik yang salah , tidak di perah habis semua susu dalam ambing susu , ianya akan meninggalkan 25% susu yang tertinggal yang boleh menyebabkan residual milk. Susu ini hanya boleh dikeluarkan jika cara pemerahan dijalankan dengan baik dan betul yang diamalkan

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Proses Pemerahan dan Penurunan Susu

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Pemerah susu perlu tahu tabiat-tabiat lembu dan cara menggunakan mesin
  1. lakukan pemerahan dengan teratur dan masa yang sama setiap hari
  2. Jangan sentuh barang-barang yang akan mencemarkan susu semasa pemerahan dilakukan
  3. Biasakan lembu kepada kegiatan pemerahan dikandang selepas kelahiran

Rangsangan pada lembu susu

Proses keluaran susu bukanlah satu-satunya yang berterusan.Susu akan hanya dikeluarkan hasil dari perangsangan yang mencukupi. Penurunan ( Milk Let Down) susu adalah satu proses mengeluarkan susu dari ambing susu ibu

Contoh rangsangan

  1. Melepaskan dan biarkan anak lembu menyusu pada ibu
  2. Pembersihan ambing susu
  3. Pemberian makanan kosentret
  4. Suara dan kelakuan pemerah susu
  5. Bunyi-bunyi alat-alat atau mesin pemerah susu
_______________________________

Hormon Oxytocin

Tindakan hormon Oxytocin yang dihasilkan dari rangsangan wujud kira-kira 45 saat- 1 minit selepas bermula persiapan untuk memerah. Oleh kerana proses penurunan susu ini singkat, pemerahan susu mestilah disiapkan dengan segera, Jika tidak penurunan susu akan terhenti dan tidak dapat di keluarkan.

Didalam proses pemerahan susu hormon oxitoksin (oxytoxin) memainkan peranan penting di mana ianya akan menyebabkan otot seperti sel menekan di alveoli. Keadaan ini akan menyebabkan atau mewujudkan tekanan didalam ‘undder’ dan memaksa susu turun ke ‘teat cup’ jika menggunakan mesin atau di tekan keluar dengan jari jika pemerahan dengan tangan (hand milking).

Oxitoksin di keluarkan dari hypophysis ke dalam aliran darah apabila berlaku rangsangan. Oxitoksin dapat dilihat lebih kurang 1 minit setelah lembu diberi rangsangan.

_______________________________

Langkah-Langkah Pemerahan

Persediaan awal
-Ikat lembu di tempatnya
-kandang dan kawasan memerah hendaklah bersih dari najis, debu dan segala kekotoran lain
-Memandikan ternakan serta membersihkan ambing susu dengan sanitizer (air suam/ Divisol)
-Berikan minuman dan diikuti dengan makanan dedak
-Sediakan tali untuk mengikat anak lembu dan ibu
-Bawa segala peralatan memerah seperti 2 helai tuala, sebaldi air paip bersih, sebaldi air suam -panasbercampur Divisol dan sebuah tong yang telah dibersihkan dengan air panas.Peralatan ini hendaklah diletakkan jauh dari lembu dan anak dan hanya digunakan semasa pemerahan sahaja
-Penggunaan anak sebagai rangsangan sebagai pengeluaran susu
-Jangan sekali-kali memukul atau menakut-nakutkan lembu kerana ia akan mengurangkan pengeluarannya
-Biar anak menghisap susu sementara mengikat kaki ibunya
-Gunakan tuala untuk mencuci ambing susu dan putingnya dengan air bersih setelah itu gunakan pula air mengandungi campuran divisol. Keringkan ambing dan tangan anda
-Melakukan CMT/ RMT kepada keempat –empat puting susu (Strip cup mengesan mastitis) -Perahkan susu atas permukaan hitam dalam mangkuk susu untuk mengesan penyakit mastitis
_______________________________


Memasang Teat cup
-Pastikan ambing dan puting susu dalam keadaan bersih
-Tangan kanan pegang cluster buka injap sedutan (valve) dengan jari dan Tangan kiri pasang/ masukan teat cup pada puting susu.
-Pastikan Teat cup terlekat dengan baik dan sedutan vakum lancar
-Pastikan hose tidak terlipat supaya sedutan berjalan dengan baik

Selepas pemerahan
-Pastikan susu dari ibu diperah habis
-Tutup injap (valve) dengan jari bagi menghilangkan daya sedutan vakum
-Keluarkan teat cup dan cluster
-Teat cup yang digunakan pada lembu mestilah direndam dalam kimia sanitizer sebelum dipindahkan dari lembu ke lembu lain yang hendak diperah kemudiannya.
-Pastikan Set teat cup dan cluster tidak dicemari dengan najis dan kekotoran
-Celup puting dengan bahan pembasmi kuman (iosan)

Pemerahan susu dengan tangan
Kaedah ini masih digunakan diserata dunia terutamanya bagi pemeliharaan secara kecil-kecilan.Lembu yang biasa diperah oleh orang yang sama akan dirangsang dengan cepat. Iaitu dengan hanya mendengar suara/ penyediaan peralatan sebelum pemerahan dilakukan telah dapat merangsang lembu tersebut
Dua quarter akan diperah pada satu masa.Sebelah tangan menekan teat untuk mengeluarkan susu daripada teat cistern dan kemudiannya dilepaskan untuk membenarkan susu dari udder masuk ke teat cistern. Pada masa yang sama sebelah tangan lagi menekanteat yang satu lagi dan menjadikan keadaan dimana pemerahan kedua-dua teat dilakukan secara silih berganti. Proses ini akan berpindah kepada 2 lagi quarter sehingga selesai
Susu yang dikumpulkan di dalam akan dituang ke dalam tong susu ( churn) melalui tapis (filter) untuk mengasingkan susu dari bahan-bahan asing. Susu kemudianya akan disejukkan dan disimpan pada paras 4°C
_______________________________


Machine milking
Bagi pemeliharaan medium dan besar-besaran, kaedah pemerahan ialah dengan menggunakan mesin. Mesin akan menyedut susu keluar daripada teat dengan menggunakan vakum.
Peralatan pemerahan terdiri daripada vakum pump, Vakum Vessel pail (bucket), teat cup, Milk hose dan pulsator yang akan memberi tekanan vakum dan atmospheric kepada teat cup
Tekanan dalam ruang pulsation (pulsation chamber) akan berlaku secara silih berganti yang dikenekan oleh pulsator diantara 0.5 bar semasa ‘suction phase’ dan atmospheric pressure’ iaitu massage phase. Ini akan menjadikan susu di sedut keluar semasa suction phase
Semasa ‘massage phase’ teat cup liner akan tertekan rapat dan ianya akan menyekat susu disedut keluar dan dalam masa yang sama membenarkan susu keluar ke teat listern dari udder cistern.. Proses ini berlaku secara silih berganti
Didalam pemerahan menggunakan mesin empat (4) teat cup. Akan dipasang serentak ke empat-empat teat secara ‘Diagonal Opposed Teats’susu disedut keluar ke dalam bucket melalui milk hose. Apabila selesai pemerahan, susu didalam bucket akan dituang kedalam churn. Bagaimanapun kaedah ini dipermudahkan dengan menyambung saluran susu yang akan menyalurkan susu terus kedalam bilik. Ini akan menjimatkan masa mengangkut susu di dalam bucket sebaik sahaja selesai setiap pemerahan

Kebersihan Saluran Paip dan alat-alatan mesin
Kuman-kuman boleh membiak dalam saluran paip susu dan alatan mesin jika tidak dibersihkan dengan cara yang betul.Pembersihan membuang dan mengeluarkan kekotoran, lemak dan protien susu yang terlekat dalam paip susu, tangki dan tempat laluan susu bagi mengelakkan bakteria untuk terus hidup.
Untuk alat-alatan pemerahan , penyejukansusu, penyimpanan, semua saluran dan tabung an akhirnya ketangki besar mestilah dicuci dan di basmi kuman (sanitizer) selepas setiap kali selesai pemerahan susu.
Semua bahan getah yang digunakan juga perlu diperiksa dan diganti jika didapati keretakan .Amalkan penggantian bahan-bahan keluaran getah setiap 6 bulan sekali seperti yang ditentukan
Lapisan keladak susu perlu di buang dengan merendamkan dan dibersihkan dengan kimia asid setiap seminggu sekali. Pencucian asid ( membilas dengan air bersih) digunakan dengan air suhu tinggi 80°C. Di bilas berulang ulang kali .

Pencucian saluran paip
Sebelum mula pemerahan cuci dengan ubat Idophor ( campuran 5.4 grm dalam 10 liter air)
Selepas pemerahan cuci dengan bahan pembasmi kuman serta pencucian (Prosani atau Alfa –Laval No 1) guna 4-6 grm seliter air panas 50°C
Seminggu sekali gunakan asid (Milk Stone Remover atau Proses L) guna 12 jam/ liter dalam air panas 60-70°C
Untuk rendaman teat cluster atau alatan tenusu ( Gunakan Diversol CX atau Solar L) 6 grm dalam seliter air biasa

Ada banyak cara untuk mencuci alatan pemerahan susu
Prerising – air yang digunakan mestilah suam, jika terlampau panas menyebabkan berlaku keladak protein. Jika sejuk menyebabkan lemak susu membeku.
Pencucian pengaliran (Circulation Cleaning)- Dengan air yang dicampurkan detergent yang panas ianya akan mencairkan dan memudahkan mengeluarkan kekotoran
Bilas (Rising)-Membilas dengan membuang baki sisa susu yang tingal dan kesan sisa bahan kimia sebagai detergent
Keringkan (Drying) Semua alatan yang telah dicuci perlu dikering bagi mengelakkan lembapan
Penggunaan Asid – Seminggu sekali dibuat pencucian mengeluarkan keladak degil dalam saluran yang dilalui susu.

Detergent
Bahan-bahan pencucian yang digunakan
Perlu di buat khas untuk mencuci alat-alatan susu. Tidak boleh guna bahan-bahan detergen biasa yang digunakan dalam rumah. Gunakan detergent yang ditetapkan khas untuk tenusu
Ada 2 jenis pencucian yang asas iaitu alkali dan asaid
Pencucian dengan alkali adalah baik untuk mengeluarkan lemak susu yang melekat pada alat-alatan tetapi tidak boleh mengeluarkan bahan protien susu
Pencucian asid pula digunakan dengan air suhu yang tinggi 80-85°C boleh digunakan mengeluarkan semua jenis lapisan keladak susu
Jadual kegunaan berselang-selang dua ( alkali dan asid) jenis bahan ini boleh menghasilkan kesan yang baik dari segi kebersihan
Awas! Jangan pula campurkan bahan alkali dan asid.Ini akan membawa reaksi kimia serta akibat kemalangan

Faktor di dalam proses pencucian
A)Masa –tempoh masa yang diambil lebih berkesan , jika detergent digunakan dalam jangkamasa yang agak lama untuk mengeluarkan segala bahan-bahan yang lekat pada permukaan saluran-saluran dan tangki
B) Tindakan memberus- akan membantu keluarkan bahan kekotoran yang engan keluar dengan kegunaan detergent samaada menggosok atau scraping
C) Suhu –Larutan detergent akan lebih efektif (berkesan) dengan suhu yang tinggi. Tindakan kimia adalah lebih baik jika air panas digunakan. Suhu mesti dikawal dan diselia supaya ianya tidak turun/ rendah dari suhu optimum.
D)Tindakan bahan kimia membantu mengeluarkan bahan-bahan kotoran yang lekat pada permukaan saluran dan juga boleh melembutkan menghalang tumbuhan/ berlumut lapisan keladak susu

Setiap hari masa suhu

Setiap minggu masa suhu

Prerising

10 min

45°C

Prerising

10 min

45°C

Washing (alkali)

20 min

65°C

Washing

(asid)

20 min

65°C

Rising

10 min

Suhu biasa

Rising

10 min

Suhu biasa

Disinfektion

20 min

65°C

Washing

(alkali)

20 min

65°C

Postringsing

10 min

Suhu biasa

Rising

10 min

Suhu biasa

Disinfektion

20 min

65°C

Postringsing

10 min

Suhu biasa


Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

1 comment: