Thursday, October 27, 2011

B.S.E. (SOUND FOR BREEDING) lembu pejantan


Pengurusan baka pejantan
1)Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidak kurang dari 3 tahun dan mempunyai ciri-ciri libido yang tinggi.
2)Setiap baka pejantan hendaklah lulus ujian dayabiak (B.S.E) yang dilakukan oleh JPV sekali setahun.
3)Setiap ekor baka pejantan yang tidak produktif, garang dan tidak dapat dikawal perlu diasingsingkir.
4)Memperluaskan penggunaan benih lembu pejantan baka yang bermutu
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
B.S.E (SOUND FOR BREEDING)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Suatu prosedur menilai potensi pembiakan lembu jantan yang meliputi aspek fizikal & klinikal.. Pejantan bebas daripada kelemahan / kekurangan / keabnormalan pada zakar, kaki dan tabiat mengawan, lain-lain yang boleh mengurangkan keupayaan untuk membuntingkan betina
-Melibatkan penilaian kualiti semen
-Menilai keupayaan memberi servis yang bermakna

B.S.E LIBIDO
Keinginan dan kesungguhan untuk memanjat lembu betina, seterusnya mampu memberi servis yang sempurna

FAKTOR MEMPENGARUHI KESUBURAN
-PENGARUH PERSEKITARAN
-KESAN MENGIKUT MUSIM
-KEKERAPAN MENGAWAN
-PENYAKIT
BILA B.S.E. DIPERLUKAN?
1.-Jualan jantan untuk baka
2.-Sebelum dilepas ke kumpulan betina
3.-Selepas tempoh mengawan
4.-Penyiasatan kesuburan ternakan

KEPENTINGAN B.S.E
1.-Mengenalpasti pejantan bermasalah
2.-Meningkatkan kualiti genetik & kesuburan kumpulan ternakan
3.-Mengurangkan kos dengan keluarkan segera pejantan bermasalah

PENGELASAN PEJANTAN MENGIKUT BSE
1)SATISFACTORY POTENTIAL BREEDER
- pejantan berpotensi
2)QUESTIONABLE POTENTIAL BREEDER-perlu ulang periksa, tidak sesuai untuk jual beli
3)UNSATISFACTORY POTENTIAL BREEDER- tidak sesuai diguna secara tabie

PROSEDUR BSE
-Pemeriksaan fizikal
-Pemeriksaan rapi external genitalia
-Meniliti dan mengukur diameter skrotum
-pemeriksaan genital organ secara pempalpatan rektum (rectal palpation)
-Memungut dan menganalisis semen
-Menilai tabiat mengawan (mating behaviour)

PEMERIKSAAN FIZIKAL
-Sebelum pungut semen
-Dapatkan biodata ternakan
-Perhati dari jauh dahulu
-Kendali / periksa dengan baik - elak stress & kejutan
-Senarai kekurangan/keabnormalan

PEMERIKSAAN KLINIKAL
1.-Tanda-tanda vital (suhu, nadi, pernafasan)
2.-kepala - mata, telinga, mulut, rahang
3.-Toraks & abdomen - konformasi
4.-Kaki
-Kecacatan
- Contohnya
sickle hocked, bow legged, toed out, toed in, abscess, foot rot, arthritis,interdigital fibroma dan weak patern




Testis, skrotum, korda spermatik
1.-Palpat - kesan randangan, bengkak, neoplasama dan lain-lain
2.-Testis normal - sama saiz, kenyal, mudah digerak dlm skrotum
3.-Testis lembik - degenerasi
4.-Singkir - orchitis, cryptorchid, kecederaan skrotum, testicular hypoplasia
5.-Bacaan diameter skrotum- ukuran tepat untuk kematangan, kuantiti & kualiti semen.

Epididimis
1.-Palpat - palpat bahagian kepala, badan & ekor di kedua-dua testis
2.-Singkir - fibrosis, neoplasia, bengkak, epididimitis.

Penis dan prepuce
1.-palpat - kesan radangan, bengkak, neoplasia, dan lain-lain
2.-Singkir – pendalous prepuce, persistent freenalum, hematoma, abses, balanoposthitis


PEMERIKSAAN GENITAL DALAM (INTERNAL GENITAL)

Pempalpatan rektum untuk memeriksa
1.-Seminal vesikel
2.-Prostat
3.-ampula

Kesakitan - ada abnormaliti
Singkir - seminal vesiculitis, lobulation of seminal vesicle, prostate enlargement, pembengkakan, neoplasia
MENGUKUR DIAMETR SKROTUM
Tujuan
1. Mendapat ukuran testis (bergantung pada umur, baka & pengeluaran sperma)
2. Diukur pada bahagian terbesar skrotum
Diameter skrotum (24 bulan)
kacukan > 28 cm
angus > 34 cm


SKOR KEKENYALAN TESTIS


LIBIDO & KEUPAYAAN MENGAWAN
1. Dibuat dalam kandang bersaiz sesuai
2. Dengan kehadiran lembu betina biang
3. Perhatikan selama 10 minit
4. Guna sistem pemarkahan



Pemungutan dengan:
1.1)Pempalpatan rektum
2.2)Electroejaculation
3.3)Peralatan Artificial Vagina
4.4)Pungut sampel semen
5.5)Titiskan atas slaid kaca
6.6)Periksa di bawah mikroskop

UKURAN KUALITI SPERMA



SKOR PERGERAKAN SPERMA



Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

6 comments:

  1. Bro...ko ade bela binatang ternakan ke..atau ko mmg bekas pelatih veterinar??

    ReplyDelete
  2. hebatnyer bro...semua info tahu...bagus la hang ni...xsia2 aku jadi kawan hang..hehe =)

    ReplyDelete
  3. wah semo info lembu ekau ado yo...terbaik...

    ReplyDelete
  4. haha..kalau lembu tu menondang memang sio sio..haha

    ReplyDelete
  5. Suka hati jer dia pegang-pegang picit-picit scrotum lembu... tak kena tendang ker? Hehe...

    ReplyDelete