Pengurusan fertiliti adalah suatu proses merangka dan mewujudkan satu persekitaran dimana individu-individu terlibat bekerjasama untuk memasti setiap induk pembiak melahirkan anak setiap 365 hari. Anak dilahirkan normal, sihat dan ibu mampu mengeluarkan susu berkualiti dengan kuantiti yang optimum
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
PENGURUSAN FERTILITI
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
PENGURUSAN FERTILITI
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Individu-individu yang terlibat termasuk peternak, pegawai teknikal dan pengembangan, juga yang terlibat dalam aspek pemasaran
Bagi mendapat kelahiran setiap 365 hari:
1. Selepas beranak, uterus mesti bebas daripada infeksi dan mengecut cepat untuk kembali seperti keadaan tidak bunting
2.Ovari mesti mengembalikan pusingan estrus untuk pekembangan folikel, ovulasi dan pembentukan korpus luteum
3.Lembu mesti menunjukkan tanda-tanda berahi yang boleh dikesan oleh pejantan yang subur atau dikesan untuk permanian beradas
4.Hanya satu suntikan A.I. untuk menghasilkan persenyawaan
5.Ovum yang disenyawakan mesti melekat (implant) pada endometrium uterus dan bebas daripada kemungkinan kematian awal fetus atau keguguran.
6.Ibu dan anak selamat tanpa kecederaan semasa kelahiran
_______________________________
AKTIVITI BERJADUAL UNTUK MENCAPAI MATALAMAT
Lawatan ke ladang dibuat secara berterusan, sekali sebulan & aktiviti-aktiviti pd senarai semak (check list) dilaksanakan. Lawatan terancang & berjadual ini dikelolakan & dikendalikan oleh kakitangan JPH
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
_______________________________
AKTIVITI BERJADUAL UNTUK MENCAPAI MATALAMAT
1: Pemakanan
-Penting kerana melibatkan 80% kos pengeluaran
-Pretasi pembiakan bergantung kepada pemberian makanan
-Teknik pemberian body score badan boleh membantu menilai tahap pemakanan
2: Pengesanan berahi
-Perlu ditahap tinggi, boleh guna teaser bull dan cat ekor
-Berahi tepat ialah ketika berdiri untuk dipanjat (Standing to be mounted)
3: Permanian beradas yang efisyen
a.Tentukan dibuat tepat pada masa. Berahi pagi, disuntik petang; Berahi petang
disuntik pagi.
b.Teknik A.I. yang baik
-Periksa kualiti air mani setiap 2 minggu
-Jika guna pejantan, pastikan bebas daripada penyakit Brucellosis, Camphylobacteriosis, -Trichomoniasis
4: Pemeriksaan Post-Partum
-Pemeriksaan organ pembiakan betina selepas 30 hari beranak
-Bertujuan memastikan tiada kes klinikal dan uterus telah kembali normal
5: Pemerikasaan anestrus
-Pemeriksaan secara rektum bagi yang tidak menunjukkan berahi selepas 42 hari beranak
-Jika ada korpus luteum suntik prostaglandin, lembu akan berahi selepas 2 - 5 hari
-Jika ada follicle besar (1 cm), tiada rawatan
-Jika ada follicle kecil dan tiada struktur pd ovari, masukkan progestrone (CIDR- Control Internal Drug Release) ke dalam vagina selama 7 hari, kemudian keluarkan serta beri suntikan PMSG (Pregnant Mare Serum Gonadotropin). Lembu yang tidak menunjukkan berahi perlu diperiksa selepas 11 hari.
7. Pemeriksaan kebuntingan (P.D.)
-P.D. selepas 42 - 60 hari selepas inseminasi.
8: Piawaian Fertiliti
-Kirakan pencapaian setiap bulan dan tentukan piawaian itu dipenuhi
PIAWAIAN FERTILITI
1 | Jarak antara kelahiran | 365 hari |
2 | Jarak antara kelahiran dan kebuntingan | 85 hari |
3 | Purata kelahiran ke inseminasi pertama | 65 hari |
4 | Purata lembu berahi selepas 60 hari kelahiran | 85 % |
5 | Kadar pengesanan berahi | 70 % |
6 | Kadar pengesanan berahi yang tepat | 80 % |
7 | Kadar konsepsi pada inseminasi pertama | 70 % |
8 | Kadar konsepsi pada semua inseminasi pertama | 58 % |
9 | Jumlah inseminasi setiap kebuntingan | < 1.5 |
10 | Purata umur pada kelahiran pertama | 24 bulan |
11 | Kadar singkiran sebab masalah pembiakan | < 10 % |
12 | Purata bilangan laktasi | > 7 |
13 | Kadar keguguran | < 3 % |
14 | Hari buka (days open ) | 110 hari |
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
No comments:
Post a Comment