Monday, January 23, 2012

Asas Perubatan Veterinar


MUKADDIMAH
- Kamus Dewan ; Veterinar – berkenaan dengan rawatan penyakit atau kecederaan pada haiwan.
- Veterinary - sains veterinar – satu ilmu yang berkaitan dengan praktis pencegahan, penyembuhan atau perawatan penyakit dan kecederaan haiwan khususnya haiwan belaan.
- Dalam bahasa pasar , ahli veterinar dipanggil doktor haiwan.
- Dalam maslahat manusia, veterinar bukan sahaja merawat haiwan, tetapi juga memastikan pemeriksaan terhadap sumber haiwan untuk makanan.
- Hukum mempelajarinya – fardu kifayah. Umat Islam dituntut mengadakan ahli veterinar muslim yang beriman untuk memastikan kemaslahatan ummah terjaga
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Asas Perubatan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬



Sifat-sifat ternakan sihat
1.Berdiri tenang, cergas, tegap berjalan
2.berdiri atau berjalan: kepala tegak
3.muncung sejuk dan lembab
4.mengerak-gerakkan ekor dan telinganya
5.mata cergas, bersinar, tidak berair
6.najis lembut
7.tidak ketinggalan atau mengasingkan diri
8.selera makan baik
9.Suhu badan normal
10.Pernafasan normal
_______________________________



Sifat-sifat tidak sihat
1.Lemah tidak bermaya
2.Selera makan kurang atau menolak terus
3.muncung kering
4.mata kelihatan tidak bermaya, berair, merah
5.Jalan dengan kepala tunduk, lemah dan perlahan
6.malas atau enggan bergerak walau dipaksa
7.bulu kasar tidak tersusun rapi
8.pengeluaran susu kurang
9.najis keras (sembelit) atau cerit beret
10.Suhu badan, pernafasan, denyutan nadi tinggi atau kurang dari biasa
_______________________________
Keadaan Penyakit
1.per acute- Keadaan penyakit yang berlaku dengan cepat sekali dalam masa beberapa jam saja contohnya kes keracunan, gigitan ular, antrax
2.Acute –keadaan penyakit yang cepat berlaku dan boleh sembuh atau mati selang beberapa hari saja
3.Chronic- Keadaan penyakit lama berterusan secara perlahan-lahan berbulan-bulan hingga ketahun Contoh johns, turbeculosis
4.Sub acute- keadaan penyakit agak lama boleh dikawal atau dirawat supaya sembuh
_______________________________

Terminologi & difinisi

Anemia

Kurang darah atau sel darah merah

anorexia

Kurang selera makan

Anuria

Berhenti kencing

Ataxia

Hiang fungsi

Bacteremia

Kehadiran bacteria dalam darah

CHF

Kegagalan fungsi jantung

Constipation

Sembelit/ susah berak

Diarrhoe

Berak cair/ ceret beret

Dysentry

Berak bercampur darah

Dyspnea

Kesusahan bernafas

Edema

Bengkak berair

Haematuria

kehadiran sel-sel darah merah dalam air kencing

Haemogglobinuria

Pigmen hemoglobin dlm air kencing

Hematoma

Bengkak berdarah

Hyperthermia

Suhubadan tinggi dari normal

Hypothermia

Suhu badan rendah dari normal

Jaundice

Kekuningan, kehadiran bilirubin hasil bile hempedu dalam darah

Leukamia

Pertambahan sel-sel darah putih dan merosakkan sel-sel darah merah

Metritis

Radang pada uterus (rahim)

Pica

Kelaparan yang amat kuat

Pneumonia

Radang paru-paru

Pneumonia

Radangan paru paru

Polyphagia

Selera mkan bertambah

polyuria

Kerap buang air kencing

Pyometra

Radang pada mucosa rahim

Hydrophobia

takut air

Paralyse

Lumpuh

Pyrexia

Kenaikan suhu badan disebabkan jangkitan

Pyrexia

Demam

Rhinitis

Radang hidung

Toxaemia

Kehadiran toxin dihasilkan oleh bacteria atau sel-sel badan dalam edaran darah

Viremia

Kehadiran virus dalam darah


Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

No comments:

Post a Comment