Monday, January 23, 2012

Pemeriksaan Suhu Rectal, Kadar Pernafasan dan Nadi Haiwan


Untuk melihat tahap kesihatan haiwan boleh dilakukan melalui pengamatan perangai haiwan tersebut, baik tingkah laku mahupun pemeriksaan secara dekat. Perubahan-perubahan fungsi dan struktur tubuh abnormal yang mungkin tanda awalnya dipengaruhi oleh penyakit ringan, maka pemeriksaan selanjutnya haruslah dilakukan ini termasuklah diagnosa, prognosa, etiologi, penyebab peyakit, terapi dan perawatan haiwan sakit
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ Pemeriksaan Suhu Rectal, Kadar Pernafasan dan Nadi Haiwan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


· Pemeriksaan temperature
Pemeriksaan suhu badan (Temperature) dengan mengunakan alat Thermometer di licinkan menggunakan vasline dimasukan melalui anus ke dalam rectum sekitar dua per tiga bagian dari panjang thermometer, dibiarkan selama 1 minit.

Suhu Rectal

Spesis

Dewasa

Anak

°C

°C

Lembu

37.5-39.5

38.5-40.5

Kuda

37.5-38.0

37.5-38.5

Bebiri

38.5-40.5

30.5-40.5

Kambing

38.5-40.5

38.5-41.0

Babi

38.0-40.0

39.0-40.5

Kerbau

37.5-39.0

Anjing

37.5-39.0

Kucing

38.0-39.5

Arnab

38.5-39.5




· Pemeriksaan respirasi
Pemeriksaan respirasi normal perminit dengan memerhatikan cepat atau lambatnya pernafasan, ketidak teraturan atau iramanya, dangkal atau dalamnya, ringan atau berat, berisik atau tenang. Hendaklah meletakkan tapak tangan atau hujung jari di atas nostril dan merasakan pergerakan udara atau dengan memperhatikan pergerakan tulang rusuk atau nostril.

Kadar pernafasan

Spesis

Dewasa

Anak

Per minit

Per minit

Lembu

12-16

27-50

Kuda

9-10

14-15

Bebiri

9-15

15-18

Kambing

9-15

12-20

Babi

10-20

-

Anjing

14-16

20-22

Kucing

20-30

-

Arnab

50-60

-



· Pemeriksaan denyut jantung (pulsus) dan nadi
Pemeriksaan kadar denyutan jantung adalah dengan meletakkan tapak tangan dan meraba dada di belakang hujung dari elbow dekat kaki depan kiri di posisikan kira-kira satu per tiga di depan kaki kanan pastu buat kiraan denyutan jantung.. kemudian tekan hujung jari periksa nadi samaada di pangkal leher atau pada femoral artery berdenyut nadi dan buat kiraan

Kadar nadi

Spesis

Dewasa

Anak

Per minit

Per minit

Lembu

40-60

91-108

Kuda

28-40

40-120

Bebiri

70-81

85-115

Kambing

70-80

80-120

Babi

63-92

112-138

Anjing

60-80

110-120

Kucing

100-120

130-140

Arnab

120-150




· Pemeriksaan nostril
Nostril hendaklah, bersih dan kering serta bebas dari discharge. Udara yang keluar maupun yang masuk dapat mengalir dengan bebas dan tidak terdapat bau yang tidak menyenangkan.



· Pemeriksaan mulut
Bibir hendaklah bersih dan kering, tidak terdapat gejala salivasi yang berlebihan (berbuih), nanah, darah dan bau yang tidak menyenangkan,periksa lidah, gusi kalau ianya pucat lesi atau tidak dan keadaan gigi haiwan tersebut..



· Pemeriksaan Mata
Mata haiwan normal hendaklah jernih, bersinar serta terbuka tanpa ada kemerahan pada bola mata atau sclera ( selaput putih pada mata), lembab danconjunctiva berwarna pink berkilat. Pemeriksaan mata dapat dilakukan dengan memberikan suasana gelap kemudian dengan menggunakan bantuan lampu suluh disorotkan kearah mata dengan tujuan menilai reflek pupil mata untuk melihat respon mata haiwan dimana pupil berkontraksi. perhatikan kesimetrisan antara kedua bola mata. Cuba lihat samaada penonjolan membrana nictitans yang disebabkan oleh adanya infeksi tetanus; pucatnya membran mukosa conjunctiva yang menunjukan gejala ananemia, toxemia, atau jaundice; dan kalau berlaku kecekungan kondisi mata tanpa kelembaban dan cahaya mata yang normal, mungkin haiwan tersebut dehidrasi atau sebab-sebab lain..



· Pemeriksaan telinga
Pemeriksaan Telinga yang baik hendaklah berdiri tegak dalam keadaan waspada tetapi tidak kaku, kondisi telinga yang turun, jatuh kemungkinan menandakan adanya kerosakan tendon telinga. Semasa pemeriksaan lihat tanda-tanda reaksi sakit, bergerak dengan fleksibel. Lihat samaada gejala-gejala seperti hematoma dan luka goresan mungkin terdapat parasit pada bahagian dalam telinga yang menyebabkan kegatalan.



· Pemeriksaan kulit
Pemeriksaan kulit boleh menentukan kesihatan haiwan secara menyeluruh, Bulu –bulu tidak serabut atau kusut, keadaan kulit harus kering, halus dan mengkilap, serta bebas dari eksternal parasit.
· Pemeriksaan tinja
Cuba lihat tinja yang dikeluarkan , buat analisa kemungkinan penyakit dari warna, konsistensi, volume, bau dan cirit berair berwarna hijau atau berwarna kehitaman, keras dan sulit keluar ( sembelit)



· Pemeriksaan urin
Gejala-gejala abnormal dari urin (air kencing) cuba buat analisa kemungkinan penyakit jika tidak keluar urin dalam waktu 24 jam (anuria), jumlah pengeluaran urin yang berlebihan (polyuria), urin bewarna coklat kemerahan (haematuria) atau berwarna merah darah. Jika curiga terhadap adanya kelainan, ambil sampel urin dalam tabung dan tempatkan di refrigerator untuk pemeriksaan lab. ( makmal )

· Pemeriksaan parasit
Antara tanda-tanda ada masalah tentang parasit seperti bulu rambut kasar, penurunan berat badan, anemia, kelesuan, cirit birit dan tanda-tanda stress pada haiwan, Pada tahap larva parasit terdapat bintik-bintik darah pada anterior arteri dan terdapat thrombus (bekuan darah) akan terbentuk.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

No comments:

Post a Comment