Tuesday, January 24, 2012

Demam, Hyperthermia ,Hypothermia pada haiwan




Kekadang tertanya-tanya haiwan kesayangan kita terutama kucing dan anjing bila dirasakan panas pada badan kucing dan anjing bila disentuh ..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Demam, Hyperthermia ,Hypothermia pada haiwan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Demam

-Jika suhu badannya mencecah 40 celcius besar kemungkinan haiwan tersebut mengalami demam"fever" kerana badannya melawan virus yang menyerangnya.Ketika ini perlulah datang rawatan dari Vet.
-Ini berkemungkinan demam disebabkan tindak balas jangkitan virus, bacteria,protozoa dan lain-lain.Atau mungkin ada sebab-sebab lain... Mungkin juga demam akibat tindakan bahan kimia akibat suntikan kedalam badan..
-Tanda-tanda haiwan demam
antaranya suhu badan meningkat tinggi, haiwan dalam keadaan mengeletar (shivering) dan juga air kencing pekat
- Maka perkara ini perlu dirujuk pada klinik haiwan terdekat untuk rawatan selanjutnya

Hyperthermia
–suhu badan naik dari paras normal disebabkan cuaca keliling terlalu panas atau factor kurang pengudaraan,
-Tanda-tanda haiwan atau ternakan mengalami hyperthermia dapat dilihat haiwan tersebut letih lesu, berpeluh,air liur keluar, suhu badan tinggi (40°C keatas) pernafasan dan nadi bertambah .
-Cara pengubatan yang dapat dilakukan adalah pemberian air dan glucose atau fluid therapy ( normal saline/ 5% dextrose)


Hypothermia
–Banyak haba hilang menyebabkan suhu badan rendah dari paras normal disebabkan factor terdedah kepada suhu yang terlalu sejuk.
~ Contoh Hypothermia seperti Anak kucing yang baru dilahirkan tidak berupaya langsung mengawal suhu badannya sendiri tetapi bergantung terus dari ibunya untuk mencapai suhu badan yang optimum.Ianya akan mati sekiranya ibu kucing tidak memanas-badan anak-anaknya. Ini dapat dilihat,anak kucing akan sentiasa berada di sekeliling badan ibunya,kekadang tertindih di bawah ibunya.Jangan ubahkannya.
Rawatan Cara Tradisional merawat masalah demam pada haiwan atau ternakan
Air kelapa muda, 300 gm halia dan air badak (1 botol) dicampurkan dan diberi minum untuk mengurangkan panas badan (demam).
_______________________________
Bagaimana mengambil suhu badan haiwan :

bagi mengenal pasti Demam, Hyperthermia atau Hypothermia
_______________________________






1) Gunakan thermometer yang digital supaya mudah membaca bacaannya serta berbentuk seperti pen dan boleh didapati di kedai farmasi.
2) Sapukan sedikit Vaseline lotion di hujung tip thermometer sebagai pelincir ketika mengambil suhunya.3) Untuk mengambil suhu badan kucing adalah yang terbaik di bahagian punggungnya kerana dapat memberi bacaan yang tepat bukannya di bawah ketiaknya...
4) Masukkan thermometer ke dalam punggungnya selama lebih kurang 1 ~ 2minit ,thermometer digital akan bunyikan "Bippp" sebagai alat penggera bila cukup masanya (Perlu dibuat dengan pembantu kerana agak sukar mengawalnya).
Suhu Normal Badan Kucing:
Kucing dewasa antara suhu : 38 ~ 39 celcius
Anak kucing bawah 10 hari : 36 ~ 38 celcius

_______________________________
Anemia, Toxaemia, Septicaemia , Allergy & Anaphylaxis
_______________________________
Anemia,-Pucat, Kurang sel darah merah (RBC) ,Kurang kepadatan isipadu (Pack Cell Voleum) atau kurang haemoglobin dalam darah berpunca dari kesan sampingan jangkitan penyakit atau factor lain
-Serangan parasit cacing / babesia/anaplasma
-Kurang makanan
-Kurang zat besi, copper, colbat, vitamin
-Pendarahan dalaman
-Som-som tulang, hati, limpa tidak berfungsi

Toxaemia- toxin dalam edaran darah yang terhasil dari bacteria atau sel-sel badan. Ia dirawat dengan antibiotik

Septicaemia
- terdapat toxaemia, dan hyperthermia menyebabkan pendarahan (haemorrhages) pada selaput basah kesan dari agent mikro organisma, boleh dirawat dengan antibiotik
Allergy- Sensetif apabila terdedah pada sesuatu alahan melalui sentuhan, suntikan, bernafas atau makanan,merupakan tindakan antigent-antibody setempat
rawatan adrenaline, antihistamin
Anaphylaxis- kejutan badan,tindakan antigen-antibody menyebabkan alahan terhadap ubat-ubatan yang diberi, sensetif pada bahan protein atau pemindahan darah. Menyebabkan otot mengeletar rebah dan kebiruan.
rawatan adrenaline, antihistamin

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

5 comments:

  1. sian tengok kucing mcm kucing kurap...mcm2 sakit diorang ni..hehe bwk clinic haiwan je snang

    ReplyDelete
  2. maseh atas perkongsian bro..

    bro,nak tanya apasal ye dgn arnab sy..dibawah mulut dia skg ni dalam keadaan yang basah..lama2 menjadi kotor berwarna hijau,bulu2 kat bawah mulut dia dah tercabut yang lain..yang lain pula berbelit2 dah kotor ni.. gigi dia tak normal macam arnab sy yang lain,mulut dia tak boleh nak tutup ni..ermm

    ReplyDelete
  3. Salam.. Kucing sy dah 3 hari demam dan dia langsung taknak makan. Saya ada bagi dia air, ok je dia minum. Tapi makan wetfood pun taknak. Boleh tak kalau campurkan air dgn wetfood dan blend spya boleh suap guna picagari?

    ReplyDelete
  4. Salam, adekah kucing juga berpotensi menjadi kemurungan?
    Saya ada 2 ekor kucing jantan dan betina...Kucing tersebut merupakan adik beradik yang saya ambil dan pelihara daripada kawan sejak kecil lagi.. Skrg umur kucing tu 5bln
    2 hari lepas yang betina mati, demam.. Tapi si jantan sihat... selepas 2 hari kematian betina.. Kucing jantan saya seolah-olah rindu kan kawan die...Die mengiau sepnjang hari cm mencari sesuatu.. Lepas seharian die jadi murung, xnk makan, minum, buang air pun x.. Jadi lemah xbermaya... Muntah, hmm.. Saya jadi hairan perubahan drastik tu.. Kami 1 keluarga rasa mgkin kucing juga ada simptom kmurungan.. Rasa sedih jg tgk keaadan die...

    ReplyDelete