Monday, August 22, 2011

Peralatan Permanian Berhadas - A.I KIT


Permanian beradas (Artificial Insemination) adalah satu kaedah untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternakan jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternakan betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Peralatan Permanian Berhadas
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Peralatan asas untuk pemanian beradas untuk lembu.
1. Field tank
Bekas ini digunakan untuk mengisi samen beku @ benih lembu. Untuk memudahkan dibawa kelapangan. Alat ini berfungsi seperti 'thermos flask'.
2. Rectol glove @ sensitive glove...
Digunakan untuk menyelop bontut @ dubur lembu @ 'Rectal Palpation'. Ianya sebagai pelindung dari sebarang jankitan penyakit dari ternakan kepada manusia.
3. A.I. Kit
i. Pistolet dengan pembalut (sheath),
-Pistolet
Fungsinya macam pistol. Digukan untuk menenbak semen ke dalam uterus betina.
Terdapat 3 bhagian pada pistolet iaitu laras(Barrel), penekan(Plunger)=picu & lock ring = pengunci keloson peluru.
-Plastic sheath
Berfungsi seperti kelosong peluru. iaitu melindungi semen dari sebarangkekotoran dan pencemaran.
ii. Straw tweezer
iii. Sarung tangan (arm lemgth gloves)
iv. Pelincir (lubricant glove)
v. Tisu,
Kegunaanya ialah untuk mengambil straw semen dari field tank.
6. Flask air
Tak penting sangat bende ni. Jarang dibawa kelapangan. Kerana terdapat pelbagai cara lain untuk mencairkan semen. Flask(dilengkapi dengan termometer) Untuk menyimpan air suam 35 – 37 0C yang akan dibawa ke tempat A. I.
7. Balang pemanian beradas
Digunakan untuk menyimpan alantan seperti pistolet, Plastic sheath & Forcep..
8. Gunting @ pemotong straw semen
Satu lagi alat penting yang tertingal dalam gambarrajah diatas. Digunakan untuk memotong hujung straw semen untuk mengeluarkannya.....
9. Tangki Liquid Nitrogen
Alat ini tidak dibawa kelapangan. Ia hanya disimpan dirumah. Ia digunakan untuk menyimpan 'Liquid Nitrogen' untuk diisi di dalam field tank.
-Tangki Cecair Nitrogen (dengan dip-stick untuk mengukur aras nitrogen)
-Tangki penyimpan (Storage / Hire tank)
-Field tank
10. Water bath
i. Untuk memanaskan air ke suhu 35 – 37 0C
11. Rekod-rekod pembiakan







PERALATAN
Suhu cecair nitrogen – 196 0C
Ukur paras cecair setiap pagi untuk pastikan straw sentiasa dalam cecair nitrogen
PERSEDIAAN
(sebelum ke tempat suntikan)
Pasangkan water bath untuk memanaskan air ke suhu 35ºC
Periksa paras nitrogen cecair di dalam Field Tank
Periksa A.I. Kit untuk memastikan peralatan di dalamnya lengkap
Penuhkan Flask dengan air suam daripada water bath
Periksa & bawa bersama rekod-rekod berkaitan
Sediakan peralatan sedekat mungkin dengan tempat suntikan
Sediakan peralatan yang terang, kering dan teduh
Sinaran terus matahari merosakkan sperma
Periksa suhu air suam dlm flask 35ºC
Pastikan ternakan di dalam travis tanpa stress


MENGAMBIL STRAW DARIPADA FIELD TANK
Angkat bucket (canister) menggunakan bucket handle
Jangan melebihi aras pembekuan di leher tangki
Keluarkan straw daripada goblet menggunakan forcep
Masukkan kembali bucket ke tempatnya dengan segera


MEMASUKKAN STRAW KE DALAM FLASK UNTUK THAWING
Kepit straw pada hujung penutupnya (bah. Atas dlm goblet) dan goyang(shake) perlahan-lahan 2 - 3 kali
untuk menanggalkan N cecair pada hujung penyumbat supaya straw tidak pecah (split)
Elak straw daripada pendedahan yang tidak perlu
Straw yang sudah dikeluarkan daripada N cecair mesti digunakan
Masukan straw ke dalam flask yang berisi air suam (35ºC) - untuk thawing, minimum 30 saat
MEMASUKKAN STRAW KE DALAM PISTOLET
Keringkan gunting dengan tuala / tisu
Keluarkan straw daripada flask (air suam) dan keringkan dengan tisu @ tuala bersih
straw hendaklah dipegang pada salah satu hujungnya kerana perubahan suhu merosakkan sperma
Pastikan nama & no. lembu pada straw

MEMASUKKAN STRAW KE DALAM PISTOLET
Pegang straw dalam keadaan tegak dan ketuk hujungnya perlahan-lahan dengan gunting
supaya gelembung udara naik ke atas secepat mungkin
Masukkan staw ke dalam pistolet dengan penyumbat gabusnya di dahulukan
Penekan laras (plunger) akan tertolak sndirinya ke jarak yang diperlukan.

MEMASUKKAN STRAW KE DALAM PISTOLET
Pegang tegak pistolet yang berisi straw ke paras mata dan potong straw dengan gunting secara mendatar menerusi gelembung udara ke bawah sedikit daripada hujung penutup
Pemotongan mestilah 90° sepanjang bulatan straw
1 cm straw tersebut hendaklah menjulur keluar dari hujung pistolet
Keringkan mata gunting selepas memotong straw






MEMASANG SHEATH
Keluarkan sarung plastik (sheath)
Pegang pada hujung yang mempunyai belahan
Masukkan ke pistolet rapat ke laras dan ketatkan dengan cara memusingkan penggelang (lock ring)

INSEMINASI DAN MENAGGALKAN SHEATH
Tolakkan plunger (penekan) sehingga semen kelihatan di hujung sarung plastik (sheath)
Jalankan suntikan pada ternakan
Setelah suntikan dijalankan
Longgarkan lock ring. Jangan biarkannya terkena sheath yang kotor.
Buang sheath daripada pelaras, straw terkeluar sekali

INSEMINASI
Sediakan peralatan
Pakai sarung tangan (tangan kiri) dan licinkan dgn pelincir
Bawa pistolet dengan mulut
Kedua tangan bebas
Elak pistolet terkena sebarang objek. Kontiminasi boleh menyebabkan infeksi dan mengurangkan peluang bunting
Biar ternakan tahu anda menghamprinya, bercakap-cakap dengannya secara lembut
Angkat ekor, bentukkan jari bersarung tangan seperti kon dan dengan pergerakan twisting masukkan jari anda ke dalam rektum
Dapatkan serviks
Periksa, pastikan ternakann tidak bunting
Lepaskan serviks dan uterus. Buang najis / kekotoran daripada vulva dengan kertas tisu. Buka jari-jari (besarung tangan) dan tarik tangan ke belakang, tolak pergelangan tangan ke bawah dan ke kiri untuk membuka bibir vulva
Pistolet boleh dimasukkan dengan kontiminasi yang minimum

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

8 comments:

  1. Thanks untuk entri.

    ReplyDelete
  2. Afzan, ade x cara nak suruh kucing buang air dalam tandas?


    kucing belaan buang air dalam kain baju, sakit basuh.
    haha.

    ReplyDelete
  3. wah! agak sukar ye.

    kucing pula macam mana?

    ReplyDelete
  4. Di mana blh dptkan peralatan semen

    ReplyDelete
  5. mcm mne nl dapatkn peralatannye

    ReplyDelete
  6. mcm mne nk beli peralatan dn nk belajar Ai dn pd

    ReplyDelete