Usaha penternakan bebiri merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang amat menguntungkan di Malaysia. Pada peringkat awal, penternakan bebiri kebanyakannya hanya dilakukan sebagai aktiviti sampingan untuk mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber makanan tambahan. Kini, perusahaan penternakan bebiri mula dijalankan secara intensif memandangkan permintaan yang semakin bertambah terhadap bulu dan dagingnya.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penternakan Bebiri
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
a) Sistem Meragut Bebas
Dalam sistem ini ternakan bergerak bebas untuk meragut pada bila-bila masa. Biasanya tiada kandang khas dibina. Ternakan akan berlindung dengan penjagaan penternak atau tinggal di bawah pokok tempat meragut pada malam hari atau semasa hujan/ panas. Walaupun sistem ini tidak memakan belanja yang banyak tetapi ianya tidak digalakan. Selain bebiri merayau dan boleh merosakkan tanaman orang, risiko kehilangan agak tinggi. Pengawasan terhadap ternakan agak rumit kerana tuan empunya tidak dapat melihat ternakan setiap masa.
b) Sistem Separa Berkurung
Pemeliharaan bebiri secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan bebiri pada siang hari dan mengurungkannya di dalam kandang pada waktu malam. Biasanya ternakan akan dilepaskan dari kandang selepas penternak balik bekerja ( 12.00tgh atau 1.00ptang atau selepas rumput agak kering sekitar 9.00pagi. Bebiri akan meragut di bawah pokok getah atau kelapa sawit hingga lewat petang, Biasanya bbiri akan pulang sendiri dan masuk kandang bila cuaca buruk atau waktu malam. Sistem pemeliharaan ini adalah baik kerana pengawasan kesihatan ternakan dapat dibuat setiap hari sebelum melepaskan ternakan untuk meragut atau ketika mengurung ternakan kembali
b) Sistem berkurung
Sistem ini tidakdigalakan kerana tujuan kita memelihara adalah untuk di integrasikan dengan tanaman kekal agar semua bahan makanan yang terdapat disekeliling dapat digunakan sepenuhnya. Biasanya sistem ini diamalkan oleh penternak yang tidak mempunyai kawasan ragutan dan selalunya dipelihara bersama ternakan kambing. Walaubagaimanapun sistem ini boleh digunakan untuk projek pengemukan, menggunakan rumput potong dan dedak PKC sebagai makanan harian. Selain itu pengurusan ternakan yang sakit dan bebiri baru lahir 2 minggu hingga 2 bulan elok dibuat secara berkurung agar pembesaran dan kesihatan lebih terjamin.
Kandang
Seperti ternakan lain bebiri juga memerlukan tempat perlindungan untuk berteduh pada waktu malam, menempatkan ibu-ibu beserta anak yang baru dilahirkan dan tempat merawat ternakan yang sakit
-Kandang hendaklah dibina dikawasan tinggi kawasan tanah yang agak keras agar tidak banjir atau becak ketika hujan
-Kandang yang panjang hendaklah dibina arah selatan – utara agar kandang mndapat lebih cahaya matahari pagi dan petang supaya kandang dan lantai sentiasa kering
-Jarak yang sesuai dalam lingkungan 200meter dari tempat kediaman
-Jika lebih dari sebuah kandang, jarak antara kandang dengan kandang sebelahnya adalah
kedudukan jangan terlalu rapat sekurangnya sama lebar dengan lebar kandang yang akan dibina
- Keperluan keluasan untuk ternakan bebiri ialah tidak kurang 0.7 meter persegi ( 7 kaki persegi) bagi setiap ekor
Urusan Penternakan
Pengurusan bebiri bermula dari kelahiran hinggalah ianya bunting dan beranak kembali.
1) Pengurusan Lahir hingga 3 bulan
Anak bebiri yang lahir hendaklah dikurung didalam kandang bersama ibunya dalam 2 minggu bagi memperolehi susu awal atau colostrum dalam masa 6 jam selepas kelahiran.adakalanya ibu bebiri tidak dapat mengeluarkan susu mencukupi terutama mempunyai anak kembar Susu tambahan jenis Calf Milk Replacer yang dibancuh dan diisi dalam botol susu diberikan 4 kali sehari.. susu diberi sebanyak 150-200 ml sekali minum sehingga bebiri umur 4 minggu sebanyak 300-350ml sekali minum.. jika bilangan anak bebiri banyak dalam satu-satu masa penggunaan susu tepung secara jilatan sebanyak 10-20 gm seekor sehari dan tambah sehingga 50 -100 gm seekor sehari sehingga umur meningkat 3 – 4 bulan. Selepas 3 atau 4 bulan mengurangkan pemberian susu pada anak bebiri. Pemberian rumput atau dedak digalakkan agar perut rumen cepat membesar dan dilakukan secara beransur-ansur agar pertumbuhan anak bebiri tidak terjejas
Pusat anak bebiri hendaklah disapu dengan iodine supaya cepat kering dan menghindari dari jangkitan kuman.
Pemberian tanda (tagging pengenalan ) pada telinga untuk memudahkan menanda pengenalan apabila bilangan bebiri telah banyak disamping memudahkan semasa mengadakan pemilihan.
b) Pengurusan anak bebiri 4 bulan – 1 tahun
Pengurusan Selepas Cerai susu dalam lingkungan umur 3 -4 bulan anak bebiri akan dipisahkan dari ibu-ibu mereka. Ditempatkan di kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Kumpulan anak-anak jantan elok diasingkan dari yang betina. Apabila umur meningkat 7 -9 bulan anak bebiri ini sudah mula membiak. Anak –anak yang tidak dipilih dijadikan baka bolehlah di gemukan dan dijual..
c) Pengurusan Bebiri Dewasa
Setiap ekor bebiri hendaklah diperiksa gigi, kaki dan ambing susunya. Bebiri yang tempang dan tidak bergigi juga ambing tidak normal perlu disingkirkan ( dijual atau disembelih) Kuku yang panjang dipotong supaya ia boleh bergerak jauh memperolehi makanan dan kuat untuk berdiri apabila bunting kelak. Bebiri yang menghadapi sakit uruk kuku dirawat segera. hendaklah melakukan Pemberian ubat cacing dan penyemburan atau pemandian ubat kutu hendaklah dilakukan mengikut jadual sama ada Sebulan sekali bergantung keadaan cuaca panas atau kerap hujan.Pencukuran bu;u bebiri perlu dilakukan kerana bulu bebiri yang panjang menyebabkan bebiri panas dan boleh menjadi tempat pembiakan kutu.
Kedewasaan bebiri dari segi tubuh badan akan dicapai pada 1 ½ tahun- 2 tahun. Umur yang baik bagi membiakkan bebiri betina adalah pada peringkat 15 bulan dan jantan 18 bulan
Kitaran berahi / jarak berahi: 15 – 20 hari secara purata 17 hari. Lama berahi: 20 – 42 jam purata 30 jam
Tanda tanda berahi
-Gelisah dan mengembek
-Nafsu makan berkurangan
-Suka memanjat bebiri lain
-Kerap berdampingan dengan bebiri jantan
-Kemaluan membengkak dan kemerahan
-Keluar cairan/ lendir dari kemaluan.Kerap terkencing
-Suka mengoyangkan ekornya
-Rela dirinya dipanjat dan dikahwini
d)Pengurusan Ibu bunting berat
Ibu bunting berat hendaklah di tempatkan di dalam kandang khusus yang diletakkan guni kering atau jerami. Pemberian makanan perlu disediakan didalam kandang
Tanda tanda kebuntingan
- Tidak adatang biang / berahi
- Nafsu makan bertambah badan kelihatan semakin besar dan bulat
- Pada peringkat akhir pergerakkan anak di dalam perut dapat dirasa di sebelah kanan perut terutama sebelah pagi sebelum diberikan makanan
- Puting susu sudah mula membengkak. Urat- urat perut jelas kelihatan..
- Jangka masa bunting :144 -152 hari atau purata 148 hari ( lebihkurang 5 bulan)
e) Pengurusan semasa kelahiran
Jarak kelahiran yang biasa adalah sekitar 6 – 8 bulan dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 10 – 20 % adalah dijangka purata bilangan anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.4 – 1.5 ekor anak untuk seskor ibu ( 3 ekor anak dalam masa 2 tahun)
Tanda-tanda ibu bebiri akan melahirkan anak
- Ambing susu bngkak kemerah merahan. Puting bila dipicit akan mengeluarkan susu
- Vulva membengkak serta keluar lendir yang agak pekat
- Perut meneran-neran , nafas turun naik
- Bila berdiri kakinya akan akan merentang serta pangkal ekor diangkat tinggi
Pada kelahiran normal pertolongan kepada anak bebiri baru lahir perlu dilakukan.
- Membersihkan lendir dari lubang hidung dan mulut supaya anak barukllahir segera bernafas. Bersihkan lendir seluruh badan dengan mengelapkannya sambil melakukan pemicitan pada dinding rongga dada untuk merangsang pernafasan.
-Jika tali pusat belum putus dari placenta potong segera dengan gunting disterilkan. Kemudian pusat perlu di celup dengan ticture iodine.
-Beberapa jam setelah lahir. Anak bebiri sudah boleh berdiri dan mencari tetek untuk dihisap. Anak bebiri yang lemah perlu dibantu.
Ibu yang melahirkan pula perlulah kita lakukan.
- Bersihkan ekor dan kaki belakang dari kotoran dan lendir cuci dengan air dicampur pembasmi kuman. Ambing susu perlu di cuci bersih sekali.
- Awasi Placenta yang mahu jatuh sepaya keluar segera. Bila tergantung panjang hendaklah dipotong dan dikeluarkan semua
f) Pengurusan Baka jantan
Baka jantan perlu diasingkan dari bebiri betina. Ia akan di campurkan hanya bila hendak dikahwinkan. Setiap ekorjantan disimpan berasingan untuk mengelakan berlakunya pergaduhan dan kecederaan. Setiap ekor jantan boleh digunakan untuk membiak dengan 20 -30 ekor bebiri betina
Anak anak jantan biasanya akan mengawan bila meningkat usia 7 -9 bulan tetapi umur yang sesuai dijadikan baka adalah 1 -1 ½ tahun
g)Pengurusan Penggemukan
Jika bebiri dipelihara untuk penggemukan dan dijual . yang penting adalah pemberian makanan bermutu bermula umur 3-4 bulan dimana berat badan mencapai 20- 35 kg.
h)Cara Pencukuran Bulu bebiri
PEMASARAN1. Paling penting dikaji sebelum operasi penternakan bebiri dijalankan.
2. Timbangan hidup hendaklah diguna sebagai asas jualan
3. Kaedah pemasaran
4. Jualan bebiri hidup pada peraih / butcher
5. Jualan hidup untuk aqiqah & kurban
6. Jualan runcit secara tunai (daging segar)
Contoh aliran tunai
Dalam memastikan ternakan berada dalam prestasi yang memuaskan. Langkah langkah dalam pengawalan, Pencegahan dan pembasmian perlu diambil berat. Ini kerana industri ternakan merupakan satu cabang perniagaan yang mendatangkan keuntungan . Bertindak selepas sesuatu terjadi akan menyebabkan pembaziran atau kerugian dari segi kos , masa dan tenaga
Baka: kacukan
Bilangan bebiri : 50 ekor
Jangka masa peliharaan: 3 bulan
Kadar kematian : 2%
A) Hasil
Item | Unit | Harga/unit | Kuantiti | RM | RM/ seekor |
Jualan Aqiqah | Kg | 6.715 | 1828.00 | 12275.02 |
|
Jumlah Hasil |
|
|
| 12275.02 | 245.50 |
B) Kos berubah 1
Item | Unit | Harga/unit | Kuantiti | RM | RM/ seekor |
Beli bebiri | Kg | 4.00 | 1136.00 | 4544.00 | 90.88 |
Sheep Pellet | Beg | 25.90 | 4.00 | 103.60 | 2.07 |
PKC + Zinc ocide | Beg | 16.52 | 90.00 | 1486.80 | 29.74 |
Garam biasa | Beg | 13.00 | 1.00 | 13.00 | 0.26 |
Rumput | Kg | 0.05 | 3044.00 | 152.20 | 3.04 |
Jumlah Kos berubah 1 |
|
|
| 6299.60 | 125.99 |
Jumlah Kos berubah 1 |
|
|
| 10351.95 | 575.11 |
C) Marjin kasar 1(A-B) 6299.60 119.51
D) Kos berubah 2
Item | Unit | Harga/unit | Kuantiti | RM | RM/ seekor |
Ubat-ubatan | RM |
|
| 7.50 | 0.38 |
Api /air | RM |
|
| 10.00 | 0.20 |
Upah pekerja (2orang) | RM |
|
| 1500.00 | 30.00 |
Kos lain-lain | RM |
|
|
|
|
Jumlah Kos berubah 2 | RM |
|
| 1517.50 | 30.35 |
E. Marjin kasar 2
( Marjin kasar 1 – Jumlah kos berubah 2) 4457.92 89.16
Anggaran Kos seekor 156.34
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
nk tnye...kalau bulu biri2 smakin gugur, adakah ia menunjukkn tnda2 sakit?? boleh tlong terangkn??
ReplyDeleteAda baka kacukan mmg camtu... semakin dewasa bulu akan gugur utk sesuai dgn cuaca... kacukan barbados dan long tail begini kalau tak silap
DeleteAda baka kacukan mmg camtu... semakin dewasa bulu akan gugur utk sesuai dgn cuaca... kacukan barbados dan long tail begini kalau tak silap
Deletesalam tuan,
ReplyDeletesaya berminat dengan bembakaan lembu kaedah pemanian berhadas..boleh wassup saya secepat mungkin di nombor ini 0169211101