▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jenis Jenis Baka Arnab
Lionhead Rabbit
Thrianta Rabbit
Holland Lop Rabbit
American Giant Chincilla Rabbit
New zealand white Rabbit
Californian RabbitCarolina RabbitGiant Angora RabbitDwarf RabbitDutch RabbitFrench Lop RabbitAngora RabbitRex RabbitGiant Bouscat RabbitSatin Rabbit
Mini Lop Rabbit
2. Bagi sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan
3. Untuk pengeluaran secara sepenuh masa boleh memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
Contoh Sangkar/ Reban Arnab
Untuk memulakan secara kecil-kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang dibawah ini.
1. 6 buah sangkar dawai brc (10 – 14 gauge) berukuran 2’ x 3’ x 1.5’ setiap sangkar. Ini bagi menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar-sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4’ x 22’ x 6’ . Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan sega.
4. Makanan juga perlu bersih dan segar.
5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6. 1 set arnab dewasa berumur 3 – 5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina
Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina.
MAKANAN ARNAB
Makanan arnab biasanya berbentuk pellet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4mm dan panjang 2-3 sm.Dijual secara timbang atau didalam beg mengandungi 50 kg/ begMengandungi segala nutrisi untuk pertrumbuhan badan sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimumJangan tukar makanan kepada jenama yang lain sekiranya makanan yang di beli banyak pecah atau berdebu.ini kerana akan menimbulkan masalah kepada arnab seperti kembung dan boleh menyebabkan kematian.Jika perlu membuat pertukaran makanan ( memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama) lakukan pecampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
MAKANAN TAMBAHAN
Selain memakan dedak, arnab juga boleh diberi dengan makanan tambahan lain seperti bahan-bahan hijau seperti daun keledek, daun kangkong dan daun rumput isreal (asystasia coromendeliana)lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut. Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dahulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2 ke 3 jam. Kemudian bolehlah diberikan kepada arnab. Lebihan ini hendaklah dibuang keesokkan harinya dan jangan di gunakan lagi.Makanan utama arnab adalah pellet (rabbit pellet) hendaklah diberikan dan boleh didapati di semua kedai pet shop.
PEMBIAKAN
Masuk arnab betina dalam sangkar arnab jantan . Tetapi jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab jantan tersebut.Masa mengawan antara 1 – 5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tersebut.Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang, elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
KEKERAPAN MENGAWAN
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.Penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Dalam penternakan arnab komersial, arnab betina akan dihakwinkan semula dalam tempoh antara 3 – 4 minggu selepas tempoh beranak. Atau dalam masa proses cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.
MENINGGIKAN KEBERNASAN
Untuk memastikan arnab tersebut telah mengawan ialah apabila arnab janatan memanjat arnab betina auntuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8.00 pagi – 10.00 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5 – 6 jam selepas proses mengawan yang pertama. Iaitu pada waktu petang.
TEMPOH BUNTING
Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
ukuran 9 1/2"x16"
BUNTING PALSU
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting palsu” keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 – 17, pada masa tu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
ANAK ARNAB
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana bau lain pada badan anaknya.Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
Mini Lop Rabbit
FAKTA-FAKTA LAIN MENGENAI ARNAB
-Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
-Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
-Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
-Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
-- Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
-- Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
-- Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
- -Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
--Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
-- Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
-- Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.
-- Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
- - Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.
-- Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
-- Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.
- - Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan. -Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain
PERINGKAT PERMULAAN
2. Bagi sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan
3. Untuk pengeluaran secara sepenuh masa boleh memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
Contoh Sangkar/ Reban Arnab
Untuk memulakan secara kecil-kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang dibawah ini.
1. 6 buah sangkar dawai brc (10 – 14 gauge) berukuran 2’ x 3’ x 1.5’ setiap sangkar. Ini bagi menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar-sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4’ x 22’ x 6’ . Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan sega.
4. Makanan juga perlu bersih dan segar.
5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6. 1 set arnab dewasa berumur 3 – 5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina
Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina.
MAKANAN ARNAB
Makanan arnab biasanya berbentuk pellet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4mm dan panjang 2-3 sm.Dijual secara timbang atau didalam beg mengandungi 50 kg/ begMengandungi segala nutrisi untuk pertrumbuhan badan sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimumJangan tukar makanan kepada jenama yang lain sekiranya makanan yang di beli banyak pecah atau berdebu.ini kerana akan menimbulkan masalah kepada arnab seperti kembung dan boleh menyebabkan kematian.Jika perlu membuat pertukaran makanan ( memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama) lakukan pecampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
MAKANAN TAMBAHAN
Selain memakan dedak, arnab juga boleh diberi dengan makanan tambahan lain seperti bahan-bahan hijau seperti daun keledek, daun kangkong dan daun rumput isreal (asystasia coromendeliana)lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut. Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dahulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2 ke 3 jam. Kemudian bolehlah diberikan kepada arnab. Lebihan ini hendaklah dibuang keesokkan harinya dan jangan di gunakan lagi.Makanan utama arnab adalah pellet (rabbit pellet) hendaklah diberikan dan boleh didapati di semua kedai pet shop.
PEMBIAKAN
Masuk arnab betina dalam sangkar arnab jantan . Tetapi jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab jantan tersebut.Masa mengawan antara 1 – 5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tersebut.Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang, elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
KEKERAPAN MENGAWAN
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.Penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Dalam penternakan arnab komersial, arnab betina akan dihakwinkan semula dalam tempoh antara 3 – 4 minggu selepas tempoh beranak. Atau dalam masa proses cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.
MENINGGIKAN KEBERNASAN
Untuk memastikan arnab tersebut telah mengawan ialah apabila arnab janatan memanjat arnab betina auntuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8.00 pagi – 10.00 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5 – 6 jam selepas proses mengawan yang pertama. Iaitu pada waktu petang.
TEMPOH BUNTING
Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
ukuran 9 1/2"x16"
BUNTING PALSU
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting palsu” keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 – 17, pada masa tu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
ANAK ARNAB
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana bau lain pada badan anaknya.Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
Menjelang kelahiran
-Penyediaan kotak - 3 hari sebelum beranak
-Kotak anak - dibasmi kuman menggunakan disinfectant seperti , Omnicide .
-Cara penggunaan :l 60ml Omnicide + 10 liter air.
Langkah disinfection:
-Kotak dicuci – larutan omnicidel Dibersihkan – air
-Dijemur dibawah cahaya mataharil Kotak diisi - habuk kayu, rumput kering, siratan surat khabar
- ibu arnab tempatkan anaknya dan elakkannya dari kesejukan.

-Pakai sarung tangan - dicelup Dettoll - elak ibu agresif terhadap anak.
-Buat pembersihan kotak sangkar - elak penyakit.
-Kotak anak dibuka - umur anak 21 hari
Pengurusan anak (1 hari-30 hari )
-Membuat catatan dalam rekod kelahiran:l No. ibul No. bapa
-Tarikh Jumlah anak Berat semasa kelahiran
-Catat pada borang dan kotak anak (umur 1 hari)
-Sangkar sentiasa dibersihkan - elakkan sebarang penyakit
-Rabbit Lactation Pellet’ diberi kepada ibu - menggalakkan penghasilan susu yang baik.
-Sepanjang tempoh awal penyusuan, ibu dan anak tidak boleh diganggu - dikhuatiri ibu akan membunuh anaknya.
MASA MENYUSU ANAK
Ibu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan (colostrums). Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anakmya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.Ibu angkatSekiranya bilangan anak melebehi putting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan putting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak arnab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibody untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 – 4 minggu.

CERAI SUSU
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah sebulan.Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa kesemasa.Setiap arnab yang dipilih hendaklah diletakan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dipilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging) anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar cecara berkumpulan selama 20 – 45 hari lagi

Arnab perlu diasingkan mengikut tahap umur dan saiz. Kalau tak akan berlaku pergaduhan yg boleh membawa maut atau kecacatan ke atas arnab-arnab
Pengurusan Semasa Cerai Susu
-Asingkan anak dan ibu
-Tulis nombor pada telinga anak arnab
-Tulis rekod berat badan anak
-Tentukan jantina anak
-Timbang berat anak
-Pemilihan baka dilakukan
-Asing anak arnab mengikut jantina
-Pasang palong makanan pada sangkar tersebut
-Singkiran - ‘notching ‘dilakukan
-Borang singkiran diisil Baka - dipasang ‘ear tag’
-Isi borang pindah stok
-Sebelum pindah anak - pasang palong makanan dan minuman
-Beri makanan ‘Grower Pellet’ (pembesaran) diberi - ad-lib
-Cerai susu dilakukan - hari ke 30
-Untuk baka - dihantar ke kandang 6 dalam masa 70 hari.
PENENTUAN JANTINA
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
Mengenal jantina arnab yang berusia bawah 3 bulan memang agak sukar. Ini adalah kerana yang testicles arnab jantan belum kelihatan. Namun jika diteliti betul-betul, ada perbezaan yang membolehkan kita mengenalpasti jantina anak2 arnab yang berusia dibawah usia 3 bulan. Bagi sesetengah baka-baka arnab, yang jantan dan betina dewasa boleh dibezakan dengan lebih mudah. Bagi yang mempunyai kantung seolah-olah seperti tembuluknya, maka arnab ia adalah betina dan bagi yang tiada, maka fahamlah kita bahawa arnab itu adalah arnab jantan.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
Salam bro,Best arr bro,Bro ada bela ker,Klu ada kwan nak datang melawat leh.Bgi alamat detail bro
ReplyDeleteSalam dari anummss.blogspot
ReplyDeletei selalu tertarik tok baca setiap entry yang u post kan..
kandungan yang mantap, padat n very interesting.
setelah membaca latest entry ni, i merasa teruja melihat pic arnab2 yang comey tu.
anyway, thanks untuk entry yang sungguh menarik ni. i like rabbit.
Salam Ziarah.
penerangan yg perfect dan lengkap... aku tengok baby rabbit tu, chumell sunggoh... :D
ReplyDeletealamak blog baru ker?
ReplyDeletedr dokter keta bertukar ke dokter hewan?
lepas nih mesti doketer cinta plak kan?
by the way, arnab kat australia adalah binatang liar yg sering dibunuh sebab selalu merosakkan tanaman. kire tarafnya sama mcm tikus.
just FYI.
nk tnye kt mn sy nk cr kotak sarang arnab tu @ cara membuatnya mcm mn ya nie no tel sy 0172691072
ReplyDeleteemail sy pulak manjalara44@yahoo.com
ReplyDeletebgus info yg sgt berguna untuk nadia ^___^
ReplyDeletearnab saya jenis anggora.. beranak tapi x pandai jaga baby.. semua baby dia mati... dia x nak susukan,, kulit pn kering. kesian sgt... camana nak buat? ini pun saya rasa dia bunting lagi..
ReplyDeleteinfo yg sgat bgus...harap lpas ni ibu arnab x mkn ank lgi...tq tq tq
ReplyDeletesalam.. sy ada 3 ekor arnab. buck=lionhead(5mths+) & 2ekor doe=lionheand(2mths+)& englishspot(4mths+). sy ltkkan ketiga-tiga ekor di dlm satu sangkar. bagaimana sy hendak tahu kalau2 arnab sy bunting dan adakah meletakkan 1 buck & 2 doe di dlm sangkar yg sama di blhkan?
ReplyDeleteinfo yang sangat berguna... TQ bro.. minta izin share..
ReplyDeleteTq.saya mmg sgt berminat aktiviti penternakkn.tapi saya masih belajar.saya mahu mulakan secara kecil2an..tqvm..
ReplyDeleteChincilla umur berapa sesuai utk megawan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMengapakah arnab saya sering bersin?dan mengapakah arnab betina saya tidak berputing
ReplyDeleteKenapa arnab saya di serang kurap'bagaimana nak atasi daripada masallah itu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetq atas info yg berguna...
ReplyDeletesy jgk mndpt 5 ekor baby rabbit hari ini,,tp ibu x mahu menyusukn baby...
hrp blog ini dpt mmbantu
arnab sya baka new zealan , masalah dia selalu keluarkan hingus ,umur da setaun bela dri anak lagi, satu lagi agak agresive kadang2 bagi makan pown kna samabar boleh tolong please email me for solution Uncle_nan2@yahoo.com
ReplyDeleteassalamuailakum,nak tanya macamana nak merawat arnab yang tangan kirinya yang sakit.saya x taulah samada dia sakit kaki tapi arnab tu akan sorokkan tangan kiri ke bawah badannya.sebab apa ye?dan boleh tau cara merawatnya?
ReplyDeletecam mana kita nak tahu jantina baby dia yg baru lahir tu
ReplyDeleteSangat membantu makaseh😊
ReplyDeleteKenapa arnab saya suka menjilat muka dan tangan saya?
ReplyDelete