Monday, February 15, 2010

Incubator Ayam

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Mesin Incubator

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Incubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan tugas pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut.
Biasanya bagi telur unggas seperti spesis burung ( ayam, itik dsb ), suhu yang di gunakan adalah sekitar 38 – 40oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis.
Pada hari ini, incubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan samada kecil, sederhana atau besar.

MENGAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN INCUBATOR ?
1)Induk/ayam betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan per tahun
2)Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
3)Kurang ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
4)Tiada ancaman pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dansebagainya.
Kurang risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
5)Dapat menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan sebagainya.
6)Menjimatkan kos pembelian anak ayam hidup, kos pengeraman menggunakan incubator adalah satu kali ganda lebih rendah berbanding kos pembelian anak ayam.
PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN


Antara Contoh Mesin Incobutor Temperatures Incobutor Suhu yang dicadangkan
Tempoh masa Tetasan
Mesin Incobutor tersebut dapat keluarkan anak ayam sekitar 200 ~ 230 ekor setiap pusingan. Tempoh tetas adalah 27 hari. Pada hari ke-26 anak telah menebuk, dalam tempoh 24 jam anak ayam akan menebuk sekeliling telur dan penetasan berlaku.Bagi ayam kampung, tempoh tetas adalah 18 hari - 21
hari Lebih kurang..

PANDUAN MENGGUNAKAN FORCED-AIR INCUBATOR
PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

3 comments:

  1. saya nk tnye...d mna kah sy leh mndapatkn mesin incobutor tersebut?

    ReplyDelete
  2. Mesin penetasan kapasiti 300 biji Ade x?kalo Ade wasap sy 0177600421

    ReplyDelete
  3. Mesin penetasan kapasiti 300 biji Ade x?kalo Ade wasap sy 0177600421

    ReplyDelete