Wednesday, February 17, 2010

Pelan binaan Kandang Kambing


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pelan binaan Kandang Kambing

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

KEPERLUAN KANDANG
Memudahkan pengurusan
?Pengasingan ternakan mengikut kumpulan :
- Jantan, bunting, beranak, anak, sakit. Fidlot dsb.
'Keselamatan ternakan
?Anjing/binatang liar
?Kecurian
Untuk aktiviti/program khusus ternakan
?Rawatan
?Vaksinasi
?Pemberian ubat cacing/kutu,
?Ketam wul, potong kuku , dsb
PEMILIHAN LOKASI
·Mempunyai kemudahan pengangkutan (jalan) & tidak jauh dari tempat bekalan makanan / pemasaran
·Tidak terlalu dekat dengan kawasan kediaman/perumahan - elak gangguan ketenteraman awam
·Kawasan yang agak tinggi - elak lembap & lecak, memudahkan kerja pemunggahan ternakan, makanan dengan menarah tanah pada bahagian sesuai
·Elak gangguan kebisingan dan lalulintas - jauh dari jalan raya yang sibuk.
·Mempunyai saliran dan pengaliran yang tidak mencemar air kegunaan orang awam
·Kawasan yang agak redup, berpokok sedikit - elak tegasan panas waktu tengahari
·Mempunyai punca air bersih
·Jika kandang panjang mahu dibina, kawasan yang dipilih hendaklah boleh menempatkan kedudukan kandang dengan arah utara selatan bagi membolehkan kandang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang.
PLAN KANDANG
2 faktor perlu diambilkira :
¨Keselesaan dan kesihatan ternakan
¨mudah dan murah diurus dari segi kerja dan kos

·Jika lebih daripada satu kandang akan didirikan, jarak antara 2 bangunan dicadangkan sukurang-kurangnya sama lebar dengan bangunan itu sediri

PEMILIHAN JENIS KANDANG
2 jenis kandang :

¨ lantai di atas tanah
¨ lantai atas

LANTAI ATAS TANAH
·Tanah ditambak pada bahagian dalam kandang supaya lebih tinggi daripada sekeliling

·Lantai dibuat cerun ke satu sisi untuk memudah pengaliran air
LANTAI ATAS
·Lebih selesa - pengudaraan lebih baik, ¯ jangkitan penyakit
·Ketinggian lantai (dari tanah): 5- 6 kaki (1.2-1.4 m)
)Memudahkan kerja buang najis
)Jika terlalu rendah, terdedah kepada peruapan/evaporation ammonia drp air kencing pada waktu malam - menyebabkan pneumonia
)Sesuai jika peternak mengamalkan penggunaan unggun api di bawah kandang
·Lantai slated berkesan untuk mengawal cacing. Jarak 5/8”(1.5 cm) bagi beruti 1” X 2” (2.5 X 5 cm)
·Tanah di bawah kandang perlu lebih tinggi 8” daripada tepi - air tidak masuk ke bawah kandang
·Ruang untuk seekor bebiri dewasa - 1 m persegi & anak 0.5 m persegi
·Sifat lantai yang baik - tahan lama, tidak licin, mudah dicuci, tahan pada bahan kimia, tahan keadaan basah dan lembap

RANGKA KANDANG
·Lebar kandang tidak melebihi 9 m (20 kaki) untuk memastikan cahaya matahari pagi dan petang sampai ke tengah kandang
·Panjang kandang boleh di buat hingga 30 m (100 kaki)
·Rangka kandang seperti tiang, rusuk, alang dan kekuda hendaklah daripada kayu keras. Struktur asas ini mestilah tahan lama kerana ianya tidak seperti dinding, lantai dan bumbung yang senang diganti apabila rosak.
ATAP
· Bentuk berikut boleh dipilih :
¨Bentuk tiga segi dengan kuda-kuda
¨Bentuk pisang sesikat
·Pastikan ruang luas bagi pekerja berjalan, bekerja dalam kandang
·Atap double roofing dicadangkan bagi memastikan pengudaraan yang baik
·Tinggi lantai dengan alang - sekurang-kurangnya 2 m (8 kaki)
·Atap zink di kawasan redup boleh diguna kerana tahan lama & harga berpatutan. Atap zing di tempat terbuka tidak sesuai - menyebabkan keadaan yang terlalu panas pada waktu tengah hari

TANGGA
·Bahan tidak semesti mahal tetapi tetapi kukuh
·Tinggi dinding dari lantai 4 kaki memadai untuk bebiri
·Papan bersaiz 6” X 1” diguna sebagai dinding dipaku pada tiang dgn jarak 4” - 6” antara papan pertama, kedua dan seterusnya melainkan jarak antara lantai dengan papan pertama (dari bawah) hanya 2”.
·Dinding bagi baka jantan boleh dibuat lebih tinggi supaya tidak melompat keluar, elak pengawanan yang tidak diingini
·Tidak terlalu curam (masalah pada pekerja dan ternakan) & terlalu landai (memerlukan lebih bahan dan ruang )
·Kecuraman dicadangkan ialah 30 hingg 40°
·Papan setebal 2.5 cm (1”) disusun rapat & di permukaan atas di letak kayu-kayu melintang -i penahan bagi memudah perjalanan turun dan naik. Bahagian tengah di sepanjang tangga tidak perli kayu melintang -ai jalan untuk kereta sorong (wheel barrow)
·Kelebaran 1m – 1.3 m (4 kaki) dikira sesuai & dibina pemegang pd kiri & kanan tangga.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

3 comments:

  1. salam.. thank coz sudi bca sya nyer entry yg ntah pape jek..

    n then awk nie mmg ade wat kndang kambeng camnie ekk..mmg siap detail lg tue :)

    ReplyDelete