Friday, March 12, 2010

Ternakan Puyuh Pedaging


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Penternakan Puyuh Daging

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Fakta yang menarik tentang puyuh
-Sejenis burung , sama keluarga dengan ayam, dari segi sifat nya sama mengais, mematuk, bersarang bertelur, mengeram & jaga anak.
-family phasiandae hasil kacukan yamyuh, kuyam, pulada spesis Coturnix coturnikjaponica
-Puyuh boleh disembelih lebih awal dari ayam umur 28 hari tapi daging dada tidak cukup pejal
-tahap pengeluaran telur bagi puyuh boleh melepasi 95% sehingga 100% pada umur 9 minggu..
-Jangka hayat singkat 50 % kematian pada umur setahun
Sejarah Puyuh

pada abad ke 16 zaman shogun , samurai puyuh dijadikan hibura bunyi melodinya diperdengarkan oleh pahlawan Jepun. Puyuh Jepun dibawa ke China kemudian memasuki Eropah... Prancis telah mencipta baka yang sesuai untuk daging
Usaha menternak Puyuh
-Puyuh daging tidak sesuai digunakan bagi pengeluaran telur ini kerana telurnya lbih besar tetapi pengeluaran telur amat kurang
-Puyuh daging baka IKTA kini mencecah 300grm boleh disembelih seawal umur 28 hari puyuh IKTAR lebih kenit tapi tinggi pengeluaran daging.
Pemiharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana sais puyuh jauh lebih kecil dari penternakan unggas lain seperti ayam. Walaupun demikian keperluan pemeliharaan adalah lebihkurang sama dengan penternakan ayam. Kawasan penternakan hendaklah mengikut perundangan negeri terlibat. Sebagai contoh, bagi negeri Johor penternakan puyuh memerlukan lesen mengikut keperluan Enakmen Industri Ternakan Negeri Johor.
Didalam pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik perlu diambil kira didalam pemilihan kawasan.
Keperluan Bangsal
Keperluan bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan. Sais bangsal untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak 210 sentimeter persegi. Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal. Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih lagi mempunyai sifat terkejut dan 'excitability' yang boleh menjejaskan prestasi.
Bagi penternakan puyuh pedaging pada lazimnya pengusaha digalakan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan cara ini pengusaha diperlukan mengadakan logi pemprosesan sendiri. Logi ini hendaklah berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan bergantung kepada jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok puyuh proses.
Keperluan Sangkar Puyuh
Berukuran 60cm X 60cm sepetak
Berapa ekor dalam sepetak ialah 6 ekor betina tiga ekor jantan
Bagi puyuh Penelur sepetak boleh diisikan 15-20 ekor
palung makanan diletakkan di hadapan sangkar
Nipple minuman di letakkan di belakang sangkar
Peralatan
Bekas makanan jenis gantung /100 ekor
bekas minuman automatik /250 ekor
Bekas minuman jenis nipple 2 unit / sangkar (1' x1')
Bekas palung makanan jenis palung 4 kaki panjang
Pengurusan Perindukan Puyuh
Pemeliharaan anak-anak puyuh dari umur 1 hari hingga 10/14 hari dimana suhu kepanasan diberi sama seperti suhu induk asli iaitu 36-37C
Ada 2 cara
(a) guna kotak
( b) guna lantai bersarap
Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.
Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

Tempoh Kritikal umur 1-5 hari
Angka kematian tinggi berbanding tempoh pembesaran disebabkan anak-anak puyuh masih lemah, Penjagaan tidak sempurna... jadi Kegagalan pengurusan adalah penyebab utama
Sebab-sebab kematian
(a)Kurang panas
Menyebabkan anak puyuh berhimpit-himpit dan mati tertindih . Suhu perindukan tidak mencapai tahap yang disyorkan, kerosakan hoover atau kemasukan angin sejuk...
(b) Terlalu panas
Mati kerana Heat Stress- Terutama pada musim Panas melepasi paras 33C tengahari.. Kepungan kecil/Sempit dari disyorkan. paras Hoover rendah dari 3 kaki
(c) Kesesakkan
Menempatkan bilangan anak puyuh yang tinggi / banyak dalam satu kepungan: Contoh untuk keluasan 1000ekor diisi 1500ekor
(d) lemas dan kesejukan
termasuk dalam bekas minuman yang tidak diletak guli/ batu kecil
air tumpah kertas alas basah menyebabkan lembab kesejukkan
(e) Terbantut pertumbuhan badan
salah bagi makanan makanan kasar (Broiler Starter Crumble)
Bekas dulang makanan tak cukup contohnya 1 bekas untuk 300 ekor
Kotak perindukan
Alas lantai kotak dengan kertas Corrugated ( kertas mengerutu) menyerap air dan tidak licin
gunakan mentol 60-100watt
suhu pada 3 hari pertama 36-37C
Panaskan kotak 1 jam sebelum kedatangan anak puyuh
Kurangkan suhu beransur-ansur dari hari ke hari
Letakkan 1 dulang makanan 1'X1'x1'
tutup diatas dulang makanan dengan Jaring BRC 1 cm segi mengikut ukuran dulang makanan menghalang pembaziran
1 bekas minuman 4.5 liter dan guli kaca / batu kecil menghalang dari mati lemas
Isikan larutan antistress dalam bekas minuman
Tutup kotak guna kertas/ guni/ plastik terang suhu dalam kotak 36-37C kurangkan beransur-ansur setiap hari
Buka penutup kotak sedikit demi sedikit/ tutup lampu perindukan/ hoover semasa cuaca panas Lewat tengahari hingga awal petang
Pemberian haba tamat pada 10-14 hari
Pengurusan perindukan reban lantai bersarap
Tutup sekeliling dinding bangsal dengan kertas/ plastik setinggi 1/4 bahagian dari paras lantai 1/4 dibiarkan terbuka untuk peredaran udara
Sediakan 1 pasu berisi larutan disinfectan untuk celup kasut but sebelum masuk reban
Untuk 1000 ekor anak puyuh
dalam reban / bangsal buat kepungan bulatan ukuran rentas 6.5- 7 kaki
gunakan 4 keping cadboard/ zink/alumunium (2.44m X 0.61m)
Alas lantai dengan Ketaman kayu / jerami/ sekam padi setebal 8 --10cm( 3"-4")
gantung 1 Hoover/ infra red bulb sekurang-kurang 3 kaki dari paras sarap
Hoover 30,00 BTU pasang 1-2 jam sebelum ketibaan anak puyuh
Letakkan 5 bekas minuman 8 liter berisi larutan antistress. isi guli kecil elak lemas dalam air
5 dulang makanan 30.48cm X 30.48cm X 2.54cm (1'X1'x1')
ketibaan anak puyuh
masukkan anak puyuh dengan segera
Berikan larutan vitamin/ antistress/ glucose
Biarkan anak puyuh lihat selaras agar dalam keadaan selesa. Setelah anak puyuh selesa barulah tinggalkan reban sementara.Umur minggu 1 awasi keadaan anak puyuh sekerap mungkin siang dan malam

Kawalan haba
Kawalan haba ditentukan dengan memerjhatikan posisi anak puyuh berkumpul disebabkan sejuk, berhimpit ke tepi disebabkan panas & jika berselerak merata suhu sesuai dengan keselesaan.
Haba dikurangkan jika anak puyuh tunjuk tanda panas kurangkan atau buka sedikit ruang udara yang menutupi kotak / dinding reban
Pengurusan Perindukan
Minggu 1 unsur haba boleh dinyalakan selama 24 jam ( siang & malam) tetapi bergantung kepada keadaan suhu dan pertaburan serta tingkah laku anak-anak puyuh. Sekiraya keadaan terlalu panas padamkan hoover/ infrared bulb waktu lewat tengahhari dan awal petang suhu di luar mencapai 33C cuaca panas.
Pengurusan Perindukan
Selalu melawat reban untuk pastikan keselesaan anak-anak puyuh. Besarkan kepungan sedikit bila anak puyuh kelihatan padat.
Minngu ke 2 hoover/ infra-red bulb dinyatakan di malam . di waktu siang bila cuaca sejuk/ hujan. Selalu melawat reban pastikan anak puyuh selesa air minum dan makanan sentiasa ada. Puyuh mati di buang segera, singkirkan yang cacat dan lemah dan adakan sistem rekod
Kepungan dibesarkan sedikit demi sedikit dan buka setelah mencapai umur 10/14 hari bagi sistem sarap . Penuhi ruang lantai dengan sarap. Gantung palung air automatik dan palung makanan gantung pada umur 10 hari. isikan makanan permulaan (broiler Starter Crumble) yang hancur
umur 1 hari- larutan glucose/ antibiotik/ antistress
umur 9 hari Coccidiostat (ubat pencegahan berak darah)
Ikuti cara pemberiannya seperti yang disyorkan oleh pembekal
Air minuman hendaklah diganti setiap hari bekas air dicuci
Buangkan najis diatas makanan berikan makanan baru pastikan tidak berkulat. Buang bangkai puyuh mati setiap hari..
Peringkat Pembesaran
Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram sekor. Sila lihat Lampiran 2 untuk piawaian puyuh pedaging IKTA. Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari.
Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya hendaklah diberikan Pemakanan Puyuh
Puyuh diberi makanan dari jenis 'Quail Starter mash' atau Makanan Permulaan Puyuh.

Tentukan pengusaha menggunakan makanan jenis ini untuk mempastikan pembesaran yang cepat. Di lapangan banyak pengusaha puyuh pedaging tempatan tidak menggunakan makanan dari jenis ini. Makanan permulaan ayam pedaging digunakan dengan meluas bagi memberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging kerana volume yang kecil. Walaubagaimanapun pengusaha besar boleh mendapatkan makanan puyuh pedaging dengan rundingan terus kepada pengeluar makananKesihatan

Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan 'flighty behaviour' dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.
Pengurusan Alam Sekitar
Pengusaha penternakan puyuh pedaging adalah dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan penternakan. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penternakan puyuh adalah seperti masalah lalat, berbau busuk dan melepaskan air buangan ladang kedalam sungai. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pengusaha untuk melanggar apa-apa peraturan yang terkandung didalam undang-undang alam sekitar. Pengusaha adalah dinasihatkan untuk mendapat maklumat yang lebih jelas dari Jabatan alam sekitar berhampiran di negeri masing-masing.
Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik(Good Animal Husbandry Practices - GAHP)

Cara penternakan yang diamalkan sekarang jauh dari yang dikehendaki untuk memenuhi keperluan pelanggan masakini. Penternak harus menitikberatkan sistem pemeliharaan yang disyorkan bagi menjamin kehendak pelanggan ( pengeluaran hasil yang bersih ) dan pulangan keuntungan yang optimum. Mengamalkan GAHP meningkatkan keyakinan keatas kebersihan dan keselamatan makanan dan ini dapat meningkatkan perniagaan luar dan dalam negeri.
Kedudukan ladang
Ciri-ciri yang baik didalam memilih tempat untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :
Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampongan.
Jauh dari ladang unggas yang lain.
Mempunyai hubungan jalanraya untuk kemudahan pengangkutan barang-barang input dan output.
Tanah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air.
Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.

Perumahan
Perumahan bagi penternakan puyuh pedaging mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitif keatas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal terpulang kepada sais penternakan yang hendak dijalankan. Beberapa perkara harus dipatuhi untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.

Tentukan paksi panjang mengikut arah timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsal yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.
Jarak antara bangsal hendaklah jangan kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.
Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok pokok besar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna. Elakan kawasan yang lembab.
Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3 meter sahaja.
Panjang bangsal bergantung kepada kontour tanah dan sistem peralatan yang digunakan.
Gunakan atap bangsal diperbuat dari aluminium.
Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai atau setaraf untuk mencegah kemasukan burung atau pemangsa.
Lantai bangsal mesti disimin untuk kebersihan dan kesenangan pengurusan.
Peparitan sekeliling bangsal perlu ada untuk mengalirkan air dari hujan ke parit besar.

Pembersihan Bangsal
Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :

Keluarkan sampah sarap lama/najis
Keluarkan dan cuci peralatan makanan
Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik.
Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung. Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal.
Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan 'High pressure sprayer' amat digalakan.
Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal.

Persiapan Penerimaan Anak Puyuh
Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan 'polyethelene sheets' bagi mengelakan kemasukan angin sejuk dari luar. Hanya 3/4 ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup. Ketaman kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan setebal 7.6 sentimeter hendaklah dialaskan keatas lantai. Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam . Bulatan untuk perindukan 1000 ekor anak puyuh serta peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.
Bagi sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal perlu juga ditutup. Gunakan kertas dari jenis ' corrugated paper ' untuk dijadikan alas lantai didalam kotak. Tempatkan lebihkurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan sebelum kemasukan anak puyuh.

Perindukan
Anak puyuh perlu dimasukkan kedalam bangsal sebaik sahaja sampai di ladang. Penangguhan akan menyebabkan anak puyuh menjadi lemah dan mengakibatkan kematian yang tinggi. Pengurusan perindukan amatlah penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat. Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna. Keperluan suhu yang sesuai adalah 35 - 36 C pada 3 hari pertama. Selepas itu suhu didalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari. Pemberian haba tamat pada hari ke 10. Pengurusan yang paling baik adalah dengan mengikut keperluan anak puyuh dan keadaan cuaca pada hari berkenaan. Suhu yang rendah mengakibatkan kematian puyuh kerana bertindih. Manakala suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan. Tempoh perindukan adalah 10 ke 14 hari. Air bersih hendaklah diberikan setiap hari. Guli-guli kaca ditempatkan didalam bekas minuman bagi mengelakkan anak puyuh mati lemas. Bekas minuman dan guli-guli perlu dibersihkan setiap hari. Pemberian makanan dilakukan setiap hari. Tentukan jumlah makanan yang diisikan kedalam bekas mencukupi dan tidak membazir. Tentukan hanya makanan yang bersih diberikan. Anak-anak puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang. Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut keadaan. Pengusaha dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan nasihat penggunaan ubatan.

Pembesaran
Selepas sahaja perindukan, didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan dibuka dan puyuh dibiarkan membesar diatas lantai sampah sarap. Sampah sarap setebal 7.62-12.7 sentimeter perlu diberikan di kawasan pemeliharaan. Gunakan bekas minuman otomatik kepada puyuh. Tentukan paras bekas minuman rendah dan dapat diminum oleh semua puyuh. Paras air didalam takongan bekas minuman otomatik perlu juga keparas yang dapat diminum oleh puyuh. Bekas minuman perlu dicuci selalu. Pemberian air bersih hendaklah diberikan untuk menjaga kesihatan puyuh. Bekas makanan gantung digunakan selepas perindukan dengan kadar satu bekas untuk 100 ekor puyuh. Jumlah makanan yang diisi tidak perlu penuh kerana jumlah tabongan makanan didalamnya adalah besar. Adalah penting makanan yang segar diberi setiap hari. Gantungkan bekas makanan keparas yang dapat dimakan puyuh.
Bagi pemeliharaan didalam kotak khas, selepas perindukan, tutupan diatas kotak perlu dibuka. Alas kertas hendaklah dibuang dan puyuh dipelihara diatas lantai kotak. Air minuman disyorkan dengan menggunakan bekas minuman air untuk 80 ekor ( satu petak ). Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar untuk kemudahan pemberian makanan.

Pengurusan Lain
Puyuh yang mati perlu dikeluarkan setiap hari dan dimusnahkan. Elakkan gangguan dari ternakan lain dikawasan penternakan puyuh dan kemasukan orang yang tidak berkenaan ke dalam bangsal.
Membenteras penyakit yang paling berkesan adalah dengan pengawalan. Menjaga kebersihan kawasan dan bangsal perlu sentiasa diberi tumpuan. Jika berlaku penyakit, pengusaha dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau Doktor Veterinar untuk mendapatkan nasihat. Apabila menggunakan ubatan, pemberian hendaklah mengikut kadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan kegunaan ubatan termasuk 'withdrawal period' sebelum puyuh diproses.

Penangkapan Puyuh untuk Diproses.
Apabila umur puyuh telah mencapai umur jual maka puyuh hendaklah ditangkap dan dimuatkan kedalam bakul untuk penghantaran ketempat pemprosesan. Penangkapan perlu dijalankan dengan baik untuk mengelakkan kecederaan puyuh. Puyuh-puyuh sebelum disembelih diberhentikan pemberian makanan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ditangkap.Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos makanan tetapi menjamin pemprosesan yang bersih dari sisa makanan dan najis. Penangkapan hendaklah dijalankan dengan cepat dan elakkan puyuh terperanjat. Gunakan penghalang untuk memudahkan pekerjaan. Elakkan dari menendang dan membaling puyuh. Tangkap puyuh secukupnya dan dipegang dibahagian kaki puyuh. Muatkan kedalam bakul dengan memasuki kepala dahulu. Masukan secukupnya bilangan puyuh kedalam bakul dan elakkan dari kesesakan.

Pemprosesan Puyuh
Puyuh yang telah sampai ketempat pemprosesan perlu diproses secepat mungkin. Bakul-bakul puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khas yang disediakan untuk pemunggahan. Kebersihan perlu dijaga semasa melakukan penyembelihan. Keadah penyembelihan mengikut kehendak hukum Islam perlu dilaksanakan. Teknik penceluran dan pembuangan bulu dijalankan dengan baiknya untuk mengelakkan berlaku kerosakan keatas karkas seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur. Tentukan pembuangan isiperut dilakukan dengan sempurna sehingga bersih. Paru-paru mesti dikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah dibasuh dengan sebersihnya dan disejukkan sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Puyuh-puyuh yang telah siap dibungkus hendaklah disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan.

Penyimpanan Rekod
Penyimpanan rekod pemeliharaan adalah penting bagi pengusaha untuk menganalisakan kejayaan atau kegagalan penternakan. Rekod membantu pengusaha mengenal pasti kelemahan pengurusan dan tindakan serta merta boleh diambil apabila mendapati masalah..
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

1 comment:

  1. sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak puyuh atau anak ayam daging bolehlah menghubungi saya...kami pembekal yg terletak di jelebu.negeri sembilan...
    zuraina 0126328085

    ReplyDelete