Wednesday, March 3, 2010

Penternakan Itik Daging & Itik Sawah


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Panduan Menternak Itik Pedaging

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Biasanya itik di ternak di kawasan yang berparit atau kolam kerana dipercayai itik memerlukan nya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak. Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itik yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripadaa ayam.

Risalah ini memberi panduan secara ringkas mengenai baka, makanan dan pengurusan yang boleh membantu mereka yang berminat untuk membela itik daging ini..

Baka Itik Pedaging
(A) peking
(B) Aylesbury
(C) Rouen
(D) Cherry Valley
(E) Muscovy
Potensi Itik Pedaging Mengikut Bakanya
Itik Peking- Umur 8 minggu –berat 2.8-3.0kg
Itik Rouen- Umur 8 minggu- berat 2.8-3.0kg
Itik Aylesbury- Umur 8 minggu- berat 2.7-2.9kg
Itik Muscovy – Umur 16 minggu- berat 4.5-5.0kg (jantan) 2.5-3.0( betina)
Itik Cherry Valley- Umur 47 hari- berat3.2(FCR 2.8:1)
C.P. Duck-Umur 47 hari- berat 3.0( FCR 2.8:1)

Reban Itik
Keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembab sepanjang tahun.Reban itik patut dibina rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang baik tingi (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring atau terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan atap nipah/ rumbia adalah digalakkan
Luas lantai daripada 0.19, 0.28 dan0.37 meter persegi (2,3,4 kaki persegi) seekor tidak menunjukkan kesan yang buruk dalam pembesaran dan pemakanan, seperti ayam juga itik boleh di bela dengan menggunakan lantai sarap tebal atau tinggi ( dibaluti atau kawat jarring)

Perindukan
Alat yang diperlukan
(a) hover / lampu
(b) Tempat makan
(c) Tempat minum
(d) Pembentung ( kadbod atau kawat jarring setinggi 12” )
(e) Habuk kayu atau sekam padi

Persediaan
(a) Sekat 1/3 bahagian reban untuk perindukkan
(b) Tabur habuk kayu / sekam padi setebal 2-3 inci
(c) Buat lengkungan bulatan
(d) Nyalakan hover / lampu sebelum itik masuk
(e) Sediakan makanan ( 2 buah tempat makanan bagi setiap 100ekor)
(f) Sediakan air (2 buah tempat air ( 2/3 gelen) bagi setiap 100ekor)

Pembelaan
Umur 1-2 minggu
(a) Celupkan paruh anak-anak itik ke dalam air sebelum memasukkan kedalam lengkungan bulatan
(b) Air bolih dicampurkan dengan anti stress selama 3 hari
(c) Lampu / hover di pasang diwaktu malam selama 1 minggu. Jika musim hujan tambahkan seminggu lagi
(d) Pastikan alas lantai sentiasa kering. Tukarkan/ tambah jika basah
(e) Air hendaklah sentiasa ada
(f) Besarkan pembentung (lengkungan bulatan) selalu. Buka lengkungan bulatan selepas 10-14 hari
Membesar (3-8 minggu)
(a) Anak itik boleh dibela di reban yang saama dari kecil hingga jual, dengan keluasan yang cukup.
(b) Tempat air hendaklah cukup dalam bagi membolehkan itik menyelupkan keseluruhan kepalanya kedalam air
(c) 3 buah tempat makan gantung cukup untuk 100 ekor
(d) Selepas 3 minggu anak-anak itik bolehlah dibiarkan keluar di kawasan yang berpagar di waktu siang
Makanan
(a) Duck Broiler Starter- ( 1 hari hingga 14 hari)
(b) Duck Broiler Finisher –( 15 hari hingga 7/8 minggu)

Contoh Campuran Makanan
Bahan Starter (%) Finisher (%)
Jagung halus 55.5- 6.8
Hampas Kacang Soya 32.0 -21.0
Dedak ikan 6.0 -5.0
Lemak 3.0 -3.0
Galian 2.5 -2.0
Vitamin 1.0 -1.0

Itik pedaging dipasarkan pada umur 7/8 minggu atau selepas 14 minggu. Bulu-bulu halus banyak terdapat ketika itik berumur di antara 9-14 minggu, susah untuk dibersihkan

Anggaran berat purata (pertukaran makanan-F.C.R)
Umur 4 minggu- berat 1.7kg- FCR 2.0
Umur 5 minggu- berat 2.2kg- FCR 2.2
Umur 6 minggu- berat 2.7kg- FCR 2.4
Umur 7 minggu- berat 3.2kg- FCR 2.6 Panduan Penternak
(a) beli anak itik dari baka yang baik yang digemari pengguna
(b) elak itik dari kekurangan air
(c) beri makanan yang bermutu mengikut jadual
(d) Pastikan itik mendapat perlindungan dari hujan/ panas dan cuaca buruk
(e) Elakkan lantai dari basah atau lembab semasa perindukan
(f) Jual itik ketika berumur 7/8 minggu untuk mendapat keuntungan yang baik
(g) Tangkap itik pada bahagian lehernya atau badannya dan bukan dekat kakinya
(h) Cari pasaran dulu jika hendak membela cara besar-besaran.
Penternakan Itik daging dikawasan Sawah Padi
Itik Moskovy
Itik Moskovy adalah sejenis itik pedaging dibiakan dari induk yang diimport dari negeri Perancis. Jabatan Pertanian menggalakkan penternakan itik Moskovy dalam sawah padi kerana ianya akan mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberi sumber protein pada keluaga tani dan juga pendapatan tambahan pada petani. Pemeliharaan itik adalah salah satu usaha untuk mengoptimakan penggunaan tanah selepas menuai padi. -itik ini apabila dilepaskan di sawah akan memakan tumpahan padi selepas penuaian, perosak-perosak seperti ulat, cacing, siput dan rumpai yang terdapat dalam sawah.

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik:
· Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Eloknya jika terdapat reban itu di bawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor/m2. Untuk 100 ekor itik saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3 m x 5 m. Jika reban sedia ada, bersihkan reban itu.
· Sediakan/buatkan bidai/tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai/tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk.
· Tabur abuk kayu/sekam padi setebal 2.5 – 5 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering.
· Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik dimasukkan.
· Sediakan tempat makan dan minum.
Ketibaan Anak Itik:
· Periksa, kira dan rekod bilangan anak-anak itik yang diterima.
· Asingkan yang mati dan sakit; takai yang cacat.
· Celupkan paruh anak itik ke dalam air bercampur glukos dan vitamin
Dari 0 – 2 Minggu:
· Pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Suhu yang diperlukan ialah 35o C. Bila suhu bilik telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tirai, apabila panas (tengahari hingga petang).
· Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya bilik reban terang dan itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.
· Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk mempastikan tidak dijangkiti sakit.
· Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble.
· Tabur abuk kayu/sekam padi tambahan ditapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering.
· Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai.
· Setelah anak itik berumur 1– 2 minggu potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecederaan apabila ia mematuk sesama sendiri.
Umur 3 – 4 Minggu:
· Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu ke atas, makanan Duck Grower diberi.
· Itik boleh di didik bermain di dalam air jika terdapat kolam atau parit di tepi sawah dan boleh dilepaskan merayau ke tepi sawah dan sekeliling reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.
Umur 5 -13 Minggu:
· Mulai minggu ke 5 atau pun selepas menuai, lepaskan anak-anak itik ke dalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mula panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu redup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.
· Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya boleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan.
Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.
Kos Pemeliharaan
Kos Pemeliharaan Bagi 100 Ekor Itik Dalam Semusim Padi
Anak itik (100 ekor @ RM2.50) - RM250.00
Reban (RM400) – - RM 80.00 (Untuk 5 musim)
Makanan (Duck Starter Crumble – 50 kg/bag) 1 bag @ RM48 - RM 48.00
Makanan (Duck Grower – 50 kg/bag)
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

17 comments:

  1. nak tanya,kat mana saya boleh dapatkan anak itik Moskovy?

    ReplyDelete
  2. saya bercadang nak menternak itik pedging mula bulan okt 2010 di melaka,saya ingin mendapatkan denih itik hubungi saya..012-9193199..zukey

    ReplyDelete
  3. d mana saya boleh dapat khidmat nasihat atau kursus menternak itik daging

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sebuah syarikat berdaftar sedang membuka peluang kepada mana-mana individu untuk menyertai projek ternakan itik pedaging secara usahasama. Modal RM20,000 - RM100,000. Pulangan kepada peserta RM5,000 - RM25,000 bagi setiap 1 pusingan @ 45 hari. Kontrak 3 tahun dan bayaran modal hanya sekali sahaja. Peserta xperlu ada tapak tanah, xperlu buat kandang, xperlu menjaga dan xperlu menjual kerana segala urusan ditanggung oleh pihak syarikat. Pinjaman untuk kakitangan kerajaan juga boleh diuruskan. Maklumat lanjut, sila hubungi 012-288 4211 Wady

    ReplyDelete
  6. Nak tanya..kat mane nk cari daging itik ni kalo mcm nk sekilo ke nk sekor ke?. Pasar pun xder.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. Kt mane saye boleh dpatkan anak itik rouen.. Sy nk jd kn haiwan peliharaan untuk anak sy.. Bole call sy 0177584959 bg sesiapa yg beminat nak jual.. Tq

    ReplyDelete
  8. Kat mana nk cari itik daging..berapa harga nye sekor..baru belajar..

    ReplyDelete
  9. Saya baru memelihara 500 ekor itik pedaging bermula pd 6 mac 18. Lokasi ternakan di Kg Kurung Batang Kangar Perlis. Jangkaan boleh jual bermula pd 6 Mei 18 kira2 seminggu sebelum puasa. Sesiapa yg berminat boleh hubungi saya 019 5705327 Sham

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa harga sekilor en norisham nak lepaskan

      Delete
  10. Salam, sy mencarik anak itik daging bagi area melaka. Please contact 01112745101 (syafiq)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbt.... skrng sy asa ternak ayam daging n aym kg. Sy cuba ternak itik... dimana blh sy beli telur itik serati/mascovy atau itik daging. Pls blh call/wasap sy segera. T.kasih

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Nama saya Din. Saya ada menternak itek dalam 300 ekor di Kampung Tahang Rimau Segamat. Jangka akan sesuai pada berat 3-3.4kg seekor pada 15 december. Saya juga boleh siap sembelih serta bersihkan itek dan buang dalam. Saya juga ada stock itek yang sudah disalai utk dijual. Jika berminat boleh hubungi 019-6537198. Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum saya dari DK Fram dikawasan labis Segamat ada menternak itik penelur.mencari supply yang ingin membeli telur segar dari dk fram dan telur Asin.
    -sesiapa mencari baka itik camblle umur 8bulan Ke atas pun kami ada order minimum 250+ untuk baka ye !
    Hubungi DK FRAM : 016-7889189

    ReplyDelete